
Anjing kampung Afrika ialah anjing yang terdapat di Afrika yang secara langsung diturunkan daripada takungan leluhur bagi anjing peribumi.[1] Anjing kampung Afrika menjadi teman rapat bagi orang di Afrika, bermula di Afrika Utara dan tersebar ke selatan.[2]
Asal usul di Timur Tengah
Tinggalan anjing tertua yang ditemukan di Afrika bertarikh 5,900 tahun sebelum kini dan ditemukan di tapak Neolitik Merimde Beni-Salame di Delta Nil, Mesir. Tinggalan tertua seterusnya bertarikh 5,500 tahun sebelum kini dan ditemukan di Esh Shareinab di Sungai Nil di Sudan. Ini mencadangkan bahawa anjing tiba dari Asia pada masa sama dengan biri-biri dan kambing bela jinak.[3] Anjing kemudian bersebar ke utara dan ke selatan ke serata Afrika di samping gembala haiwan ternakan, dengan tinggalan yang ditemukan di tapak-tapak arkeologi yang bertarikh 925–1,055 tahun sebelum kini di Ntusi di Uganda, yang bertarikh 950–1,000 tahun sebelum kini di Kalomo di Zambia, dan kemudian di tapak-tapak di selatan Sungai Limpopo dan ke selatan Afrika.[4]
Kepelbagaian genetik
Pada tahun 2009, sebuah kajian genetik tentang anjing kampung Afrika mendapati bahawa ini berbeza secara genetik daripada anjing tidak asli dan anjing baka kacuk. Anjing kampung di Afrika ialah mozek yang terdiri daripada anjing asli yang tiba awal-awal di Afrika dan anjing baka kacuk tidak asli. Basenji bergugus dengan anjing peribumi, tetapi anjing pemburu firaun dan anjing belakang permatang Rhodesia sebahagian besarnya berasal usul bukan Afrika.[5]
Variasi tempatan
Terdapat jenis berlainan anjing kampung Afrika:
- Anjing Afrika Timur: anjing pemburu dari Kenya, bersaiz besar[6]
- Avuvi: anjing kampung jenis paria dari Ghana[7]
- Anjing Baganda: anjing pemburu buruan besar mirip lurcher dari Uganda, dinamai sempena bangsa Baganda[6]
- Anjing Baguirmi: anjing besar dengan warna piebald, dinamai sempena Jabatan Baguirmi di Chad[6]
- Anjing Cameroon: anjing pemburu dari Afrika Barat, bersaiz sederhana dan daripada jenis primitif, dengan telinga tegak, tungkai panjang, dan lapis bulu pendek, kerap berwarna piebald, dinamai sempena Cameroon[6]
- Grehaun Sudan: anjing pemburu kelinci pupus dari Sudan[6]
- Hahoawu: anjing pengawas "bersih" bersaiz sederhana (11–14 kg (24–31 lb)) dari Togo, dengan penglihatan jauh dan lapis bulu berwarna perang kekuning-kuningan atau merah, amat tersesuai terhadap kehidupan bandar, dinamai sempena Sungai Haho[8]
- Anjing Liberia (juga dikenali sebagai terier Liberia): anjing mirip terier dari Afrika Barat, kecil dan perang kemerah-merahan, dinamai sempena Liberia[6]
- Anjing Mangbetu: varian tempatan bagi nyam nyam yang dibela oleh bangsa Mangbetu di Republik Demokratik Congo[6]
- Anjing mencit Afrika Barat: anjing pemburu tikus kecil (36 cm (14 in)) pupus mirip pincer Dobermann, dengan lapis bulu pendek, licin, dan merah[6]
- Nyam nyam (juga dikenali sebagai anjing Zande): anjing pemburu kecil dari Afrika Tengah dengan telinga tegak, ekor melingkar, dan lapis bulu pendek berwarna perang kekuning-kuningan, dianggap serupa atau entah bagaimana berkaitan dengan basenji, dinamai sempena bangsa Zande[6]
- Nkita (juga dikenali sebagai kare, ekuke): baka anjing kacuk Nigeria langsing, kerap berwarna perang atau sawo matang dengan telinga tegak; ia kerap digunakan oleh petani[9]
- Anjing pemburu Madagaskar: anjing pemburu dari Madagaskar[6]
- Simaku: anjing pemburu tikus dari Afrika Selatan, juga digunakan untuk pembersihan laman (dengan mengais sisa), dikembangkan dengan menyilangkan anjing paria dengan terier[6]
- Anjing Zulu: anjing pengawal dan anjing pemburu kecil dengan muncung persegi dan lapis bulu perang kekuning-kuningan, dinamai sempena bangsa Zulu[6]
Selain itu, boleh ada pertikaian sama ada baka-baka berikut juga tergolong atau pernah tergolong dalam "anjing kampung Afrika".[perlu rujukan]
- Anjing botak Afrika: anjing botak yang barang kali pupus[6][10]
- Anjing botak Mesir: anjing botak pupus, kerabat terdekat atau mungkin juga baka sama dengan anjing botak Afrika, bersaiz kecil (41 cm (16 in)), dengan telinga terkelepai[6]
- Grehaun Bishari: anjing pemburu kelinci dari Sudan, dengan telinga tegak dan ekor melingkar, dinamai sempena bangsa Bishari[6]
- Grehaun Dinka: anjing pemburu paria mirip grehaun dari Sudan, daripada jenis lebih kasar berbanding dengan baka Sudan lain, dengan lapis bulu pendek perang kekuning-kuningan, dinamai sempena bangsa Dinka[6]
- Grehaun Shilluk (juga dikenali sebagai anjing Shilluk): anjing pemburu antelop dengan tubuh tegap dan telinga separa tegak (terlipat), biasanya berwarna merah dengan topeng hitam, dinamai sempena bangsa Shilluk[6]
- Grehaun Zanzibar (juga dikenali sebagai anjing Zanzibar): anjing pemburu besar (68 cm (27 in)) dari Zanzibar, dengan telinga tegak, tubuh tegap, dan warna merah-putih, dipercayai dikembangkan dengan menyilangkan saluki dengan anjing paria[6]
Lihat juga
Rujukan
- ^ "African Village Dogs Are Genetically Much More Diverse Than Modern Breeds" [Anjing Kampung Afrika Jauh Lebih Pelbagai secara Genetik Berbanding dengan Baka Moden] (dalam bahasa Inggeris). ScienceDaily. 6 Ogos 2009. Dicapai pada 25 Jun 2013.
- ^ Simpson, M. A. (8 Januari 2013). "Dogs do come from Africa" [Anjing memang berasal dari Afrika] (dalam bahasa Inggeris). Health24. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mac 2014. Dicapai pada 7 Ogos 2025.
- ^ Wendorf, Fred; Schild, Romuald (11 November 2013). Holocene Settlement of the Egyptian Sahara [Petempatan Holosen di Sahara Mesir] (dalam bahasa Inggeris). 1. New York, New York, Amerika Syarikat: Springer Science+Business Media. doi:10.1007/978-1-4615-0653-9. ISBN 9781461506539. OCLC 885402023.
- ^ Clutton-Brock, Juliet; Driscoll, Carlos A. (18 Januari 2017). "1-Origins of the dog: The archaeological evidence" [1-Asal usul anjing: Bukti arkeologi]. Dalam Serpell, James Andrew (penyunting). The Domestic Dog: Its Evolution, Behaviour and Interactions with People [Anjing Bela Jinak: Evolusi, Tingkah Laku, dan Interaksinya dengan Orang] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Cambridge, United Kingdom: Cambridge University Press. m/s. 17. ISBN 9781107024144. OCLC 957339355.
- ^ Boyko, Adam R.; Boyko, Ryan H.; McLean Boyko, Corin; Parker, Heidi G.; Castelhano, Marta Guilherme Pimentel; Corey, Elizabeth; Degenhardt, Jeremiah Daniel; Auton, Adam; Hedimbi, Marius; Kityo, Robert Martin; Ostrander, Elaine Ann; Schoenebeck, Jeffrey J.; Todhunter, Rory James; Jones, Paul Glyn; Bustamante, Carlos Daniel (18 Ogos 2009). Ohta, Tomoko (penyunting). "Complex population structure in African village dogs and its implications for inferring dog domestication history" [Struktur populasi kompleks pada anjing kampung Afrika dan implikasinya untuk membuat inferens tentang sejarah pembelajinakan anjing]. Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America (dalam bahasa Inggeris). Akademi Sains Kebangsaan Amerika Syarikat. 106 (33): 13909–13908. Bibcode:2009PNAS..10613903B. doi:10.1073/pnas.0902129106. hdl:20.500.11820/d0e75821-7b1a-4f7d-b40d-a85d5e2176f8. ISSN 1091-6490. JSTOR 40484340. PMC 2728993. PMID 19666600. S2CID 21279498.
- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. ISBN 9781570762192. OCLC 859060407.
- ^ "Avuvis" [Avuvi] (dalam bahasa Inggeris). West African Dogs. Dicapai pada 7 Ogos 2025.
- ^ Krämer, Eva-Maria (2009). Der große Kosmos-Hundeführer: mit allen 341 FCI-Rassen und 150 zusätzlichen Rassen [Panduan Anjing Kosmos Besar: dengan Semua 341 Baka FCI dan 150 Baka Tambahan] (dalam bahasa Jerman) (ed. ke-5). Stuttgart, Jerman: Franckh-Kosmos. m/s. 114. ISBN 9783440106457. OCLC 317287436.
- ^ Saidu, Abubakar Mshelia; Olorunfemi, J. O.; Laku, Dauda (31 Mac 2023). "Infrared Thermography following Castration, Otectomy and Gastrotomy in Nigerian Indigenous Dogs" [Termografi Inframerah Ikutan Pengembirian, Otektomi, dan Gastrotomi pada Anjing Peribumi Nigeria]. Sahel Journal of Veterinary Sciences (dalam bahasa Inggeris). Universiti Maiduguri. 20 (1): 50–56. doi:10.54058/saheljvs.v20i1.373. ISSN 1117-6210. S2CID 259047768 Check
|s2cid=value (bantuan). - ^ Lane, Charles Henry (10 September 2010). All About Dogs: A Book for Doggy People [Semua tentang Anjing: Buku untuk Orang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Kessinger Publishing. ISBN 9781165937967. OCLC 1512925180.








