![]() Ilustrasi bergaya | |
Nama lain |
|
---|---|
Negara asal | Sepanyol |
Catatan | Diiktiraf dalam perundangan rantauan dan kebangsaan |
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Erbi txakur[a] ialah satu baka anjing pemburu bau Sepanyol. Ia berasal dari wilayah Álava dan Bizkaia di Komuniti Berautonomi Basque di Sepanyol utara. Ia merupakan salah satu daripada lima baka anjing Basque, yang lain merupakan anjing gembala Basque, anjing penuding Navarra, villano de las Encartaciones, dan villanuco de las Encartaciones,[1][2] dan merupakan salah satu daripada empat belas baka haiwan asli Negara Basque.[3] Ia digunakan secara tradisional untuk pemburuan kelinci, tetapi sejak kelinci telah menjadi jarang di Negara Basque ia lebih kerap digunakan untuk memburu babi hutan, rusa roe, atau kadang-kadang rubah.
Ia terancam genting: pada tahun 2009, terdapat kurang daripada lima puluh contoh.[4]:534
Sejarah
Erbi txakur berasal dari wilayah Álava dan Bizkaia di Komuniti Berautonomi Basque di Sepanyol utara dan merupakan anjing pemburu kelinci tradisional para pemburu Basque; nama baka ini memaksukan "anjing kelinci".[4]:533 Ia merupakan salah satu daripada lima baka anjing Basque, yang lain merupakan anjing gembala Basque, anjing penuding Navarra, villano de las Encartaciones, dan villanuco de las Encartaciones.[1][2] Daripada kesemua ini, semua kecuali anjing penuding Navarra adalah peribumi di Komuniti Berautonomi Basque dan diiktiraf sebagai baka tradisional Basque melalui dekri pemerintah pada tahun 2001.[4]:599[5] Ia merupakan antara empat belas baka haiwan peribumi yang termasuk dalam rancangan pembangunan luar bandar untuk Negara Basque untuk tahun 2007–2013.[3]
Dengan villanuco de las Encartaciones, ia merupakan salah satu baka paling terancam serius di Negara Basque: pada tahun 2009, terdapat kurang daripada lima puluh contoh.[4]:534
Ciri
Erbi txakur bersaiz sederhana. Ia agak lebih kecil daripada anjing pemburu Sepanyol tetapi lebih berotot dan tidak mempunyai telinga sedemikian panjang. Lapis bulunya pendek dan berwarna jingga-perang pucat seragam dengan tanda-tanda putih tidak nalar, biasanya pada muka, pada dada, pada kaki, dan di hujung ekor. Hidung dan lelangitnya berpigmen dan matanya berwarna perang berangan.[4]:534
Kegunaan
Erbi txakur digunakan secara tradisional untuk pemburuan kelinci, tetapi sejak kelinci menjadi jarang di Negara Basque ia digunakan terutamanya untuk memburu babi hutan; ia juga dapat digunakan dalam pemburuan rusa roe atau kadang-kadang rubah.[4]:533
Catatan
Rujukan
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Erbi txakur |
- ^ a b Gómez Fernández, Mariano (2002). "Las razas de ganado autóctonas vascas en el pastoreo vasco" [Baka Haiwan Ternakan Autokton Basque di Padang Ragut Basque]. Annals del Centre d'Estudis Comarcals del Ripollès (dalam bahasa Sepanyol). Centre d'Estudis Comarcals del Ripollès. 2002: 279–290. ISSN 2339-9716. S2CID 178717549.
- ^ a b Gómez Fernández, Mariano; Ametzaga Arregi, Ibone (April 2003). "Conservation of livestock genetic resources in Euskadi (Basque Country)" [Pemuliharaan sumber genetik haiwan ternakan di Euskadi (Negara Basque)]. Animal Genetic Resources (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. 33: 41–55. doi:10.1017/S1014233900001620. ISSN 2078-6344. S2CID 86708830.
- ^ a b "PROGRAMA DE DESARROLLO RURAL DEL PAÍS VASCO 2007-2013" [PROGRAM PEMBANGUNAN LUAR BANDAR NEGARA BASQUE 2007–2013] (PDF) (dalam bahasa Sepanyol). Pemerintah Basque. 11 Januari 2010. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 2 Ogos 2022. Dicapai pada 10 Mei 2025.
- ^ a b c d e f Fernández Rodríguez, Miguel; Gómez Fernández, Mariano; Delgado Bermejo, Juan Vicente; Belmonte, Silvia Adán; Jiménez Cabras, Miguel, penyunting (1 Oktober 2009). Guía de campo de las razas autóctonas españolas [Panduan Lapangan Baka Anjing Autokton Sepanyol] (dalam bahasa Sepanyol). Madrid, Sepanyol: Kementerian Alam Sekitar dan Persekitaran Luar Bandar dan Laut. ISBN 9788449109461. OCLC 804450785.
- ^ Ibarretxe Markuartu, Juan José (21 Januari 2002). "Zk-429: 373/2001 DEKRETUA, abenduaren 26koa, Euskal Herriko bertako abere-arrazei eta arrazok sustatzea helburu duten elkarteei buruzkoa = N°-429: DECRETO 373/2001, de 26 de diciembre, sobre razas animales autóctonas vascas y entidades dedicadas a su fomento" [No. 429: DEKRI 373/2001, pada 26 Disember, tentang baka-baka haiwan autokton Basque entiti-entiti yang didedikasikan untuk kemajuannya.] (PDF). Euskal Herriko Agintaritzaren Aldizkaria = Boletín Oficial del País Vasco (dalam bahasa Basque dan Sepanyol) (14): 1080–1087. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 18 Februari 2023.