Nama lain | Anjing pemburu berbulu kasar Steiermark Anjing pemburu Peintinger Anjing pemburu gunung berbulu kasar Stiria Anjing pemburu gunung berbulu kasar Steiermark | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Austria | |||||||
| ||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing pemburu berbulu kasar Stiria atau anjing pemburu berbulu kasar Steiermark[a] ialah satu baka hound bersaiz sederhana yang berasal dari provinsi Stiria di Austria. Ia dibiakbakakan sebagai anjing pemburu bau untuk memburu babi hutan di rubah bumi pergunungan. Baka ini merupakan salah satu baka anjing pemburu besar Austria.
Penampilan
Anjing pemburu berbulu kasar Stiria ialah hound bersaiz sederhana dengan ketinggian 45–53 cm (18–21 in) pada paras kelasa dan berat 15–18 kg (33–40 lb) dengan tubuh cukup berotot dan wajah serius.[1][2]
Nama baka ini merujuk bulunya, yang keras dan kasar (namun tidak berumbai). Warna bulunya ialah merah dan perang kekuning-kuningan; tanda putih di dada mungkin ada. Baka ini tahan dengan baik terhadap suhu ekstrem dan kekal sebagai baka sihat melalui "pembiakbakaan segar semula" (Auffrischungszucht, persilangan luar).[3]
Sejarah
Baka ini dihasilkan pada tahun 1870-an oleh Carl Peintinger, seorang usahawan dari Stiria.[4] Peintinger menyilangkan "Hela 1" beliau, daripada jenis lama anjing pemburu bau Hanover, dengan seekor anjing pemburu Istria, dan meneruskan pembiakbakaan terpilih sehingga anjing pemburu berbulu kasar tahan lasak tercapai.[1][2] Baka ini digunakan oleh orang Austria dan orang Slovenia untuk memburu babi hutan. Ia juga boleh digunakan untuk menjejak haiwan cedera melalui rupa bumi mencabar dan di altitud tinggi.
Seperti banyak baka yang dibiakbakakan untuk kerja, anjing ini pada amnya tidak dipelihara sebagai anjing teman dan bukan anjing peliharaan yang bagus; ia memerlukan banyak ruang dan senaman, dan mampu menjadi dominan dan destruktif.
Pengiktirafan
Anjing pemburu berbulu kasar Stiria kadang-kadang dipanggil anjing pemburu Peintinger sempena pencipta baka ini pada tahun 1870-an. Baka ini pertama kali diiktiraf pada tahun 1889.[4] Ia diiktiraf di tanah airnya oleh Österreichische Kynologenverband (Kelab Kenel Austria) dan di peringkat antarabangsa oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa sebagai anjing pemburu bau bersaiz sederhana, baka nombor 62. Baka ini juga diiktiraf di Amerika Utara oleh United Kennel Club dalam Kumpulan Anjing Pemburu Bau. Di Austria, pembiakbakaannya diselia dan pengujian perburuannya dilakukan oleh Österreichischer Verein Brack (kelab perburuan).[5] Baka ini juga mungkin disenaraikan oleh pelbagai kelab kenel dan pertubuhan kecil di bawah nama aslinya, terjemahan bahasa Inggeris, nama alternatif, atau pelbagai gabungan, dan dipromosikan sebagai baka jarang untuk mereka yang mencari haiwan peliharaan luar biasa.
Baka berkaitan
Anjing pemburu hitam dan sawo matang Austria (brandlbracke, anjing pemburu berbulu pendek Austria atau vieräugl) (FCI 63) dan anjing pemburu Tirol (FCI 68) merupakan dua baka berbulu pendek bagi anjing pemburu besar Austria yang diturunkan daripada jenis hound purba sama.
Lihat juga
Catatan
- ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو بربولو کاسر ستيريا; انجيڠ ڤمبورو بربولو کاسر ستايرمرک ; Jerman: steirische Rauhaarbracke; steirische Rauhhaarbracke ; bahasa Inggeris: coarse-haired Styrian hound
Rujukan
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Anjing pemburu berbulu kasar Stiria. |
- ^ a b "FCI - Standard Nr. 62 STEIRISCHE RAUHHAARBRACKE" [Piawaian FCI No. 62 Anjing Pemburu Berbulu Kasar Stiria] (pdf) (dalam bahasa Jerman). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 10 Oktober 1995. Dicapai pada 20 Disember 2023.
- ^ a b "FCI-Standard N° 62 STEIRISCHE RAUHHAARBRACKE (Coarse-Haired Styrian Hound)" [Piawaian FCI No. 62 Anjing Pemburu Berbulu Kasar Stiria] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Seidler, Chris. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 18 Jun 1996. Dicapai pada 20 Disember 2023.
- ^ Steirische Rauhhaarbracke (dalam bahasa Jerman)
- ^ a b Rogers Clark, Anne; Brace, Andrew H., penyunting (10 November 1995). The International Encyclopedia of Dogs [Ensiklopedia Antarabangsa tentang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Disumbangkan oleh Renée Sporre-Willes. (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 96–97. ISBN 9780876056240. OCLC 32697706.
- ^ Maklumat pembiakbakaan dan ujian perburuan (dalam bahasa Jerman) Diarkibkan 3 Mac 2016 di Wayback Machine