![]() | |||||||||||||||||||||
Nama lain | Perro fino colombiano, tinajero, chapolo, bramador, aullador[1] | ||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Colombia | ||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Sabueso fino colombiano atau perro fino colombiano[a] ialah satu baka anjing pemburu bau dan satu-satunya baka anjing beriktiraf yang asli dari Colombia.
Sejarah
Sabueso fino colombiano dipercayai diturunkan daripada anjing pemburu bau yang diimport ke Colombia. Baka ini telah dikenali di negara itu sekurang-kurangnya selama dua abad walaupun terdapat sesetengah bukti bahawa sesetengah leluhur baka ini telah berada di negara itu selama sehingga 350 tahun.[2] Babad kolonial El Carnero dan dokumen bersejarah lain mencadangkan bahawa, pada antara tahun 1550 dengan tahun 1800, anjing pemburu darah asal Sepanyol dibawa ke Colombia dan ke negara Andes lain untuk memburu rodensia, grehaun diperkenalkan untuk pemburuan rusa, dan anjing pengutip dibawa untuk pemburuan itik. Kemudian, semasa Perang Kemerdekaan Colombia, askar British memperkenalkan anjing pemburu rubah serta anjing penuding ke rantau itu untuk pemburuan burung.[1] Dengan penyesuaian untuk berkeliaran melalui hutan rimba dan pergunungan dalam suhu yang mencecah 30 °C (86 °F), anjing ini terdapat di serata komuniti luar bandar, khususnya di utara negara itu, dan dianggap sebagai sebahagian daripada kebudayaan petani yang dalamnya kemiskinan mewajibkan pemilikan anjing yang dapat menyediakan bekalan daging untuk keluarga.[2][3][1][4] Baka ini diiktiraf oleh kelab kenel kebangsaan Colombia, iaitu Asociación Club Canino Colombiano, merupakan satu-satunya baka anjing yang asli dari Colombia, dan pada tahun 2015 terdapat anggaran sebanyak 10,000 contoh baka ini di dalam Colombia.[5][2][6][4]
Perihal
Sabueso fino colombiano ialah baka panjang bersaiz sederhana dan berbulu pendek yang memaparkan banyak trait tipikal anjing pemburu bau.[2][3] Piawaian baka Asociación Club Canino Colombiano menyatakan bahawa baka ini terdapat dalam dua saiz, iaitu saiz piawai yang berdiri setinggi 43–50 sentimeter (17–20 in) dan saiz besar yang berdiri setinggi 51–60 sentimeter (20–24 in).[5] Piawaian baka menyatakan bahawa keragaman saiz piawai berukuran seberat 15–25 kilogram (33–55 lb) dan keragaman besar berukuran seberat 25–35 kilogram (55–77 lb).[5]
Sabueso fino colombiano mempunyai lapis bulu pendek yang terdapat dengan pelbagai warna. Menurut piawaian baka, lapis bulunya dapat terdiri daripada sebarang cahaya warna, corak, atau gabungan merah, hitam, putih, perang, atau brindle. Baka ini mempunyai ekor panjang.[2][3][5] Anjing ini, yang terkenal kerana deria bau luar biasanya, adalah penyayang, ramah, sabar, dan amat cerdas.[2][7] Dalam sejarah, ia telah menjadi cemerlang dalam perburuan kesukanan, kegiatan yang dilarang di Colombia sejak tahun 2019.[7][8] Sebagai hasil, ramai pakai dan banyak pertubuhan telah mencadangkan bahawa anjing ini dapat menjadi anjing unggul untuk operasi pencarian dan penyelamatan, khususnya dalam pencarian orang hilang.[7]
Lihat juga
Catatan
- ^ Jawi: سابوءيسو فينو کولومبيانو; ڤيرو فينو کولومبيانو; Sepanyol: sabueso fino colombiano; perro fino colombiano; bahasa Inggeris: Colombian fino hound
Rujukan
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Sabueso fino colombiano |
- ^ a b c "Sabueso Fino Colombiano" [Sabueso Fino Colombiano] (dalam bahasa Sepanyol). Asociación Club Canino Colombiano. Dicapai pada 28 Mac 2025.
- ^ a b c d e f Landeta, David (24 November 2015). "Un sabueso propio de Latinoamérica" [Anjing pemburu bau yang benar-benar dari Amerika Latin] (dalam bahasa Sepanyol). Quito, Ecuador: El Comercio. Dicapai pada 25 Mac 2024.
- ^ a b c Álvarez, J.; Jiménez Robayo, Ligia Mercedes; Martínez, R. E.; Rodríguez, Y. D.; Mendoza Morales, Luisa Fernanda; Leal Gutiérrez, Joel David; Atehortúa Bolívar, Mayra Katerin; Camargo López, Jessica Carolina; Sánchez Isaza, Carlos Arturo (2015). "COMPARACIÓN DE CARACTERÍSTICAS FANERÓPTICAS ENTRE CUATRO RAZAS DE SABUESOS Y EL SABUESO FINO COLOMBIANO = COMPARISON OF PHANAEROPTICAL CHARACTERISTICS BETWEEN FOUR HOUNDS BREEDS AND COLOMBIAN FINO HOUND" [PERBANDINGAN CIRI FANEROPTIK ANTARA EMPAT BAKA ANJING PEMBURU BAU DENGAN SABUESO FINO COLOMBIANO] (PDF). Actas Iberoamericanas de Conservación Animal (dalam bahasa Sepanyol). Red CONBIAND. 6: 372–380. ISSN 2253-9727. S2CID 135385970.
- ^ a b Cosoy, Natalio (12 Mac 2015). "¿Encontró Colombia su primera raza de perros?" [Colombia temukan baka anjing pertamanya?] (dalam bahasa Sepanyol). BBC News. Dicapai pada 28 Mac 2025.
- ^ a b c d "SABUESO FINO COLOMBIANO (Estándar oficial)" [SABUESO FINO COLOMBIANO (Piawaian rasmi)] (pdf) (dalam bahasa Sepanyol). Asociación Club Canino Colombiano. 20 Januari 2018. Dicapai pada 25 Mac 2024.
- ^ "Colombia sí tiene su raza canina, el sabueso fino colombiano" [Colombia memang ada baka anjing sendiri, sabueso fino colombiano] (dalam bahasa Sepanyol). La Crónica del Quindío. 14 Februari 2015. Dicapai pada 28 Mac 2025.
- ^ a b c Suárez Moreno, Angie Valentina (14 Ogos 2023). "El olfato del sabueso fino colombiano: una joya escondida para el rescate de personas" [Penghiduan sabueso fino colombiano: Permata tersembunyi untuk penyelamatan orang] (dalam bahasa Sepanyol). El Espectador. Dicapai pada 28 Mac 2025.
- ^ Harindranath, Arjun (9 Februari 2019). "Constitutional Court bans recreational hunting" [Mahkamah Perlembagaan larang perburuan rekreasi] (dalam bahasa Inggeris). The Bogotá Post. Dicapai pada 28 Mac 2025.