Seekor anjing pemburu kelinci Yunani | ||||||||
| Nama lain | Anjing pemburu kelinci Yunani | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Negara asal | Greece | |||||||
| ||||||||
| Anjing (Canis lupus familiaris) | ||||||||
Anjing pemburu Yunani[a] atau anjing pemburu kelinci Yunani[b] ialah satu baka anjing yang hanya terdapat dengan warna hitam dan sawo matang, pada asalnya dibiakbakakan sebagai anjing pemburu bau untuk penjejakan dan pengejaran kelinci di Greece Selatan.
Perihal
Anjing pemburu kelinci Yunani ialah baka anjing bersaiz sederhana dengan helaian bulu hitam pendek tanda-tanda sawo matang. Ia berdiri setinggi 18–22 inci (46–56 cm) dan berukuran seberat 38–44 paun (17–20 kg). Baka ini adalah lebih panjang sedikit berbanding dengan ketinggiannya. Purata jangka hayat untuk anjing pemburu kelinci Yunani ialah sekitar 11 tahun.[perlu rujukan]
Sejarah
Anjing pemburu kelinci Yunani dipercayai diturunkan daripada baka Lakonia yang pupus, yang berasal dari Yunani Kuno. Genetiknya telah kekal tidak banyak berubah selama beribu-ribu tahun kerana pengasingan di pergunungan Greece.[1] Pada tahun 1996, anjing pemburu kelinci Yunani diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa[perlu rujukan] dan ia kekal sebagai satu-satunya baka Yunani yang diiktiraf oleh FCI.[1]
Catatan
- ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو يوناني; Yunani: ελληνικός ιχνηλάτης, rumi: ellinikós ichnilátis; bahasa Inggeris: Hellenic hound, Greek hound
- ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو کلينچي يوناني; bahasa Inggeris: Greek harehound
Rujukan
- ^ a b "The 6 dog breeds with ancient Greek roots" [6 baka anjing dengan akar Yunani kuno] (dalam bahasa Inggeris). Greek City Times. 4 September 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2023. Dicapai pada 6 Disember 2024.








