Negara asal | United Kingdom |
---|---|
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing pemburu Wales[a] ialah satu baka anjing pemburu daripada jenis anjing pemburu rubah yang peribumi di Wales.
Sejarah
Anjing pemburu Wales ialah baka asli Kepulauan British. Dari zaman pertengahan hingga awal abad ke-20, para pujangga, yang sentiasa menduduki tempat istimewa dalam masyarakat Wales, menyanyikan oda kepada anjing pemburu, kerap menamai setiap anjing, dan memuji kualiti masing-masing. "Undang-undang purba Wales yang dikanunkan semasa pemerintahan Hywel Dda (942–948 Masihi) meletakkan nilai anjing pemburu Wales sebanyak 240 peni untuk yang terlatih dan 120 peni untuk yang tidak terlatih. Sebagai perbandingan, seekor kuda kawanan kukuh dinilai pada masa sama dengan harga 120 peni."[1][sumber lebih baik diperlukan]
Perangai
Anjing pemburu Wales telah dibela sebagai anjing pemburu yang hidup dan berburu dalam kawanan. Ia disesuaikan untuk perburuan di rupa bumi berbatu dan bergunung-ganang di tanah airnya Wales. Ia telah dibiakbakakan untuk berburu di tengah-tengah Wales untuk kepantasan, stamina, dan penyuaraannya. Ia masih digunakan untuk drag hunting kini. Anjing pemburu Wales dijangkakan untuk segera bergerak balas terhadap suara pemburu, namun mempelajari perintah daripada gerak balas dan petunjuk kawanan. Ia terkenal kerana 'bercakap' dengan pemburu dengan pelbagai lolongan dan salakan yang menandakan kemajuan perburuan. Walaupun lemah lembut, tenang, dan ramah, ia juga merupakan anjing peliharaan rumah bagus. Ia sukar untuk dilatih dan memerlukan ketekalan dan bimbingan tegas tetapi amat setia, lemah lembut, dan toleran dengan kanak-kanak kecil dan haiwan lain.[perlu rujukan]
Pengiktirafan baka
Anjing pemburu Wales didaftarkan dengan The Welsh Hound Association, yang telah menyimpan buku pembaka baka ini sejak tahun 1922 dan mengekalkan baka ini sebagai baka tulen sejak tahun 1928. Persatuan itu dibentuk "untuk tujuan pemuliharaan dan promosi anjing pemburu rubah Wales sebagai baka spesifik British".[2] Anjing pemburu Wales diiktiraf oleh United Kennel Club pada 1 Januari 2006.[3]
Sejak pelarangan perburuan dengan anjing di Great Britain, pelbagai kelab telah menawarkan pendaftaran untuk anjing pemburu Wales sebagai anjing peliharaan baka jarang.
Penampilan
Lapis bulunya keras dan mirip dawai, merah dengan tompok-tompok putih. Ia berpenampilan serupa dengan anjing pemburu rubah Inggeris. Ketinggiannya ialah 24 in (61 cm) dan beratnya ialah 75 lb (34 kg).[4]
Lihat juga
Catatan
- ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو ويلس; Wales: ci hela Cymreig; bahasa Inggeris: Welsh hound
Rujukan
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing pemburu Wales |
- ^ "Submission to the Committee of Inquiry into Hunting with Dogs from The Welsh Hound Association" [Penghujahan kepada Jawatankuasa Penyiasat tentang Perburuan dengan Anjing daripada The Welsh Hound Association] (dalam bahasa Inggeris). Februari 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Julai 2008. Dicapai pada 2 April 2024.
- ^ "Judul tidak dikenal pasti" (dalam bahasa Inggeris). Perpustakaan Negara Wales. Dicapai pada 2 April 2024.[pautan mati]
- ^ "WELSH HOUND" [ANJING PEMBURU WALES] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Jun 2013. Dicapai pada 2 April 2024.
- ^ Mason, Walter Esplin (1915). Dogs of All Nations [Anjing dari Semua Bangsa] (dalam bahasa Inggeris). San Francisco, California, Amerika Syarikat: H. Judd. m/s. 35. OCLC 1148609.