![]() Seekor mountain cur muda | |||||||||||||||
Negara asal | Amerika Syarikat | ||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Mountain cur[a] ialah sejenis anjing pekerja yang dibiakbakakan khusus untuk treeing dan penjejakan buruan kecil, seperti tupai dan rakun. Ia juga digunakan untuk pemburuan dan pengepungan buruan besar seperti beruang dan babi hutan serta menjadi anjing ladang serba guna. Cur ialah anggota kumpulan hound dan mountain cur ialah salah satu daripada beberapa keragaman cur. Ia juga dapat digunakan sebagai anjing air. Dengan pembiakbakaan yang terutamanya di Ohio, di Kentucky, di Virginia, dan di Tennessee, ia telah didaftarkan dengan United Kennel Club sejak tahun 1998 dan sejak itu telah diiktiraf oleh American Kennel Club, National Kennel Club, dan Continental Kennel Club.[1][2][3] Mountain Cur Breeders' Association ("Persatuan Pembiak Baka Mountain Cur") dibentuk pada tahun 1957.
Sejarah
Mountain cur dibawa ke Amerika hampir dua ratus tahun lalu dari Eropah oleh peneroka pergunungan di Ohio, di Virginia, di Kentucky, dan di Tennessee, kemudian di Arkansas dan di Oklahoma, untuk menjaga keluarga dan harta benda serta mengejar buruan ke atas pokok.[4] Anjing ini membolehkan peneroka Eropah menyediakan daging dan kulit untuk kegunaan peribadi atau perdagangan, yang menjadikannya berharga di sempadan. Dengan ketibaan Perang Dunia Kedua, banyak keluarga yang telah membiakbakakannya meninggalkan kawasan luar bandar untuk bekerja di kilang dalam usaha perang. Menjelang penghujung tahun 1940-an, baka ini menjadi jarang. Empat orang individu, Hugh Stephens dan Woody Huntsman dari Kentucky, Carl McConnell dari Virginia, dan Dewey Ledbetter dari Tennessee dikreditkan kerana menyelamatkan baka ini daripada kepupusan dan menetapkan piawaian baka mountain cur. Pada tahun 1956, keempat-empat orang ini mengasaskan Original Mountain Cur Breeders' Association. Tidak lama selepas itu, kontroversi mengenai piawaian baka menyebabkan Hugh Stephen dan Carl McConnell meninggalkan OMCBA untuk mengasaskan Stephen Stock Mountain Cur Association.
Penjelajah dan penjaga sempadan di Pergunungan Appalachia, Daniel Boone, membiakbakakan dan membesarkan mountain cur. Seperti ramai peneroka lain di Amerika awal, beliau sangat bergantung pada baka ini sambil menempuh jejak melalui Pergunungan Appalachia, memberikan perlindungan kepada keluarga dan membantu dalam memburu buruan liar.[5] Beliau dikatakan telah malah membawa anak-anak anjing kecil di dalam bakul pelindung semasa dalam ekspedisi ini.
Pada tahun 1980-an dan tahun 1990-an, mountain view cur dikembangkan daripada mountain cur oleh Michael dan Marie Bloodgood dari Afton, New York selepas Perang Dunia Kedua.
Perihal
Penampilan
Mountain cur ialah anjing berlapis bulu pendek yang terdapat dengan pewarnaan biru, hitam, kuning, perang, atau brindle. Sesetengah individu juga menunjukkan tanda-tanda putih pada muka atau dada.[4][6] Berat biasanya dalam julat 30–60 paun (14–27 kg) dan ketinggian ialah 18–26 inci (46–66 cm) untuk jantan dan 16–24 inci (41–61 cm) untuk betina.[7]
Perangai
Mountain cur adalah cerdas, mudah dilatih, dan tidak ganas mahupun pemalu. Ia diketahui mencuba untuk menggembirakan manusianya dan dapat bergaul dengan baik dengan kanak-kanak dan haiwan peliharaan lain. Oleh sebab cur ini dibiakbakakan untuk bekerja, jika tidak diberi peluang untuk berburu, menjaga, atau bekerja di sekeliling ladang, ia kadang-kadang menjadi bimbang dan bosan. Walau bagaimanapun, apabila ia mempunyai pekerjaan untuk dilakukan, ia pada umumnya gembira dan patuh.[8]
Kesihatan
Mountain cur dapat hidup sehingga usia 14–16 tahun dan tiada isu kesihatan spesifik baka yang dilaporkan.[8]
Lihat juga
Catatan
Rujukan
- ^ "Mountain Cur" [Mountain Cur] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 2 April 2024.
- ^ "Mountain Cur" [Mountain Cur] (dalam bahasa Inggeris). National Kennel Club. Dicapai pada 2 April 2024.
- ^ "Mountain Cur" [Mountain Cur] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Dicapai pada 2 April 2024.
- ^ a b Smith, Steve, penyunting (2002). The Encyclopedia of North American Sporting Dogs: Written by Sportsmen for Sportsmen [Ensiklopedia Anjing Sukan Amerika Utara: Dikarang oleh Ahli Sukan untuk Ahli Sukan] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). Minocqua, Wisconsin, Amerika Syarikat: Willow Creek Press. m/s. 222–223. ISBN 9781572235014. OCLC 49277228.
- ^ Shuffett, Dave (26 Februari 2020). "An unbreakable bond" [Ikatan tidak boleh putus] (dalam bahasa Inggeris). Kentucky Living. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Ogos 2022. Dicapai pada 2 April 2024.
- ^ Lamb, Vickie (Ogos 2006). The Ultimate Hunting Dog Reference Book: A Comprehensive Guide to More than 60 Sporting Breeds [Buku Rujukan Anjing Pemburu Muktamad: Panduan Komprehensif untuk Lebih daripada 60 Baka Sukan] (dalam bahasa Inggeris). Guilford, Connecticut, Amerika Syarikat: The Lyons Press. m/s. 62–63. ISBN 9781592287451. OCLC 75964847.
- ^ "Mountain Cur Breed Profile" [Profil Baka Mountain Cur] (dalam bahasa Inggeris). Continental Kennel Club. Dicapai pada 2 April 2024.
- ^ a b De Vito, Dominique; Russell-Revesz, Heather; Fornino, Stephanie (2009). World Atlas of Dog Breeds [Atlas Dunia tentang Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-6). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. m/s. 592–593. ISBN 9780793806560. OCLC 262432407.
Pautan luar
- "Mountain Cur - Dog Pictures" [Mountain Cur - Gambar Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Dog Facts. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mei 2014. Dicapai pada 10 Ogos 2013.
- "OMCBA" (dalam bahasa Inggeris). Original Mountain Cur Breeders Association. Dicapai pada 2 April 2024.
- "Rare Dog Breed: Mountain Cur" [Baka Anjing Jarang: Mountain Cur] (dalam bahasa Inggeris). Rare Breed Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Oktober 2005. Dicapai pada 10 Ogos 2013.
- "MOUNTAIN CUR" [MOUNTAIN CUR] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. 15 April 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2009. Dicapai pada 10 Ogos 2013.
- "Mountain Cur Breed Profile" [Profil Baka Mountain Cur] (dalam bahasa Inggeris). Continental Kennel Club. Dicapai pada 2 April 2024.
- "Mountain Cur" [Mountain cur] (dalam bahasa Inggeris). AllAboutDogs.Net. 17 Mei 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Disember 2018. Dicapai pada 2 April 2024.