Nama lain | Anjing penuding Turki | ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Turki | ||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Tarsus çatalburun[a] atau anjing penuding Turki[b] ialah hound asli Turki yang paling terkenal kerana hidung terbelah atau dwicabangnya.[1][2][3] Perkataan "çatalburun" memaksudkan "hidung cabang".[4][2] Ia merupakan baka sangat jarang dengan hanya beberapa ratus spesimen.[1][5] Tarsus çatalburun tidak diiktiraf oleh mana-mana kelab kenel.[1]
Sejarah

Baka ini dikaitkan dengan bandar Tarsus di Wilayah Mersin, yang terletak di pinggir laut Laut Tengah. Di sana, ia telah dibiakbakan selama beratus-ratus tahun untuk memburu buruan tanah tinggi.[4][1]
Oleh sebab trait hidung terbelah kongsi serta pengakuran dan gaya perburuan, ada teori bahawa Tarsus çatalburun dan anjing penuding Navarra mengongsi asal usul bersama pada abad ke-8 semasa Turki selatan dan Sepanyol berada di bawah pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyah dan Kerajaan Bani Abbasiyah. Terdapat banyak perdebatan tentang sama ada Tarsus çatalburun ialah leluhur kepada anjing penuding Navarra atau sebaliknya.[2]
Ciri
Tarsus çatalburun mempunyai hidung terbelah, iaitu trait genetik jarang yang dikongsi oleh dua baka lain: anjing penuding Navarra dari Sepanyol dan anjing pemburu harimau Andes dari Bolivia.[6][7][3] Lubang hidung kiri dan kanan dipisahkan oleh lekukan atau celah dalam, yang kerap mewujudkan ilusi kehadiran dua hidung dengan satu lubang hidung masing-masing.[2][1]
Lapis bulunya pendek dan terdapat dengan pelbagai warna, dengan warna perang sebagai yang paling lazim, diikuti oleh perang dan putih, hati dan putih, hitam dan putih, dan hitam.[3] Tarsus çatalburun ialah anjing bersaiz sederhana hingga besar, dengan ketinggian sekitar 48–50 sentimeter (19–20 in), dada dalam, dan binaan atletik.[4][2] Ia mempunyai telinga labuh yang membingkaikan muka dan ekor lurus panjang.[2] Ia berukuran seberat 20–25 kilogram (44–55 lb).[4]
Tarsus çatalburun mempunyai deria bau sangat tajam, yang dianggap dipertingkatkan oleh struktur khusus hidungnya.[2][3] Ia mampu menjejak bau di atas tanah dan di udara, dengan kajian yang mendapati bahawa kebanyakan Tarsus çatalburun menggunakan kedua-dua gaya secara serentak.[5][1] Ia khususnya mahir dalam pemburuan bau sebagai anjing penuding, terutamanya dalam pemburuan partridge dan francolin.[1] Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Tarsus çatalburun telah dilatih sebagai anjing pengesan untuk narkotik, bahan letupan, dan pencarian dan penyelamatan.[3][5] Tarsus çatalburun memulakan latihan untuk berburu menjelang usia 6–7 bulan, dengan anak anjing semuda dua bulan yang memaparkan kebolehan penudingan.[1]
Tarsus çatalburun ialah anjing amat pintar dan patuh, tenang dan senyap di rumah tetapi bertenaga di padang.[2][3][5][1]
Kesihatan
Tarsus çatalburun dapat menghidap displasia pinggul, alahan, dan hipotiroidisme.[2]
Lihat juga
Catatan
- ^ Jawi: ترسوس چاتلبورون
- ^ Jawi: انجيڠ ڤنوديڠ تورکي; bahasa Inggeris: Turkish pointer
Rujukan
- ^ a b c d e f g h i Oğrak, Yusuf Ziya; Urošević, Milivoje; Drobnjak, Darko (1 Oktober 2012). "Tarsus Çatalburun Breed of Turkish Hunting Dog (Turkish Pointer) = Tarsus Çatalburun Irkı Türk Av Köpeği (Türk Pointeri)" [Tarsus Çatalburun Baka Anjing Pemburu Turki (Anjing Penuding Turki)]. Dicle Üniversitesi Veteriner Fakültesi Dergisi (dalam bahasa Inggeris). Fakulti Veterinar Universiti Dicle. 2 (5): 71–74. ISSN 1308-0679. S2CID 110533158.
- ^ a b c d e f g h i Wright, Michael. "Split Nose Dog Breeds: Rare And Mysterious Dogs" [Baka Anjing Hidung Terbelah: Anjing Jarang dan Bermisteri] (dalam bahasa Inggeris). The Goldens Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Januari 2023. Dicapai pada 26 April 2025.
- ^ a b c d e f Yılmaz, Orhan; Ertuğrul, Mehmet; Wilson, Richard Trevor (27 Ogos 2012). "The domestic livestock resources of Turkey: breed descriptions and status of guard and hunting dogs" (dalam bahasa en). Mesyuarat Tahunan Ke-63 Persekutuan Sains Haiwan Eropah. Bratislava, Slovakia. m/s. 27–31. https://www.researchgate.net/publication/282005963_The_domestic_livestock_resources_of_Turkey_breed_descriptions_and_status_of_guard_and_hunting_dogs. Diperolehi 26 April 2025.
- ^ a b c d "Cryptozoology and the Double-Nosed Andean Tiger Hound" [Kriptozoologi dan Anjing Pemburu Harimau Andes Berhidung Ganda] (dalam bahasa Inggeris). Ærchies Archive. 14 Mac 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Februari 2023. Dicapai pada 26 April 2025.
- ^ a b c d Oğrak, Yusuf Ziya; Yoldaş, Atila; Urošević, Milivoje; Drobnjak, Darko (1 Mac 2014). "Some morphological traits of Tarsus Çatalburun breed of Turkish hunting dog = Tarsus Çatalburun ırkı Türk av köpeklerinin bazı morfolojik özellikleri" [Sesetengah trait morfologi baka Tarsus çatalburun anjing pemburu Turki = Sesetengah kekhususan morfologi baka Tarsus çatalburun anjing pemburu Turki]. Eurasian Journal of Veterinary Sciences (dalam bahasa Inggeris). Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Saljuk. 30 (1): 25–29. doi:10.15312/EurasianJVetSci.201415912 (Tidak aktif 26 April 2025). hdl:20.500.12418/2601. ISSN 2146-1953. S2CID 85691163.CS1 maint: DOI inactive as of April 2025 (link)
- ^ "ORDEN FORAL 270/2006, DE 14 DE AGOSTO, DEL CONSEJERO DE AGRICULTURA, GANADERÍA Y ALIMENTACIÓN, POR LA QUE SE RECONOCE EL ESTÁNDAR RACIAL Y FUNCIONAL DE LA RAZA CANINA PACHÓN NAVARRO" [PERINTAH FUERO 270/2006, PADA 14 OGOS, DARIPADA KAUNSELOR PERTANIAN, PENTERNAKAN, DAN MAKANAN, YANG DENGANNYA PIAWAIAN BAKA DAN FUNGSIAN BAGI BAKA ANJING ANJING PENUDING NAVARRA DIIKTIRAF]. Boletín Oficial de Navarra (dalam bahasa Sepanyol) (115). 25 September 2006.
- ^ "Double-nosed dog not to be sniffed at" [Anjing berhidung ganda tidak patut dihidu] (dalam bahasa Inggeris). BBC News. 10 Ogos 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Oktober 2020. Dicapai pada 26 April 2025.