Negara asal | Estonia | ||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing pemburu Estonia[a] ialah satu baka anjing pemburu bau yang merupakan satu-satu baka anjing yang dikembangkan di Estonia. Ia dibiakbakakan pada tahun 1947 apabila menteri ekonomi kebangsaan Kesatuan Soviet memutuskan bahawa setiap negara dalam Kesatuan Soviet mesti mempunyai baka anjing sendiri. Pada September 2019, FCI secara rasmi mengiktiraf baka ini.[1]
Sejarah
Anjing pemburu Estonia dihasilkan daripada pembiakbakaan silang beberapa baka anjing asing dengan anjing pemburu tempatan. Perkembangan anjing pemburu Estonia diumumkan oleh ultimatum yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertanian dan Ekonomi Kesatuan Soviet pada tahun 1947, yang memerintah agar setiap Republik Soviet mengasaskan baka anjing pemburu tempatan untuk menggantikan baka anjing pemburu besar yang dibiakbakakan pada masa itu. Anjing besar ini dipersalahkan atas penurunan cepat bagi populasi hidupan liar Estonia; ada ketetapan bahawa hanya anjing dengan tinggi maksimum 17 inci (43 cm) diizinkan untuk berburu. Hasilnya merupakan baka sangat tangkas dengan dorongan tinggi yang telah mengalami kepopularan mengagumkan sejak itu: anjing pemburu Estonia moden. Selepas Estonia mencapai kemerdekaannya, anjing pemburu Estonia diisytiharkan sebagai anjing kebangsaan negara itu.[2]
Perihal
Anjing pemburu Estonia ialah anjing bersaiz sederhana dengan tubuh berotot kuat, struktur tulang kuat, dan otot cukup terbentuk. Ia tidak mempunyai lipatan pada kulitnya dan ia mempunyai telinga labuh. Lapis bulunya pendek dan kasar dan patut berkilat. Lapis bulu bawahnya kurang berkembang. Mata baka ini berwarna perang gelap. Anjing pemburu Estonia biasanya mempunyai tompok hitam dan kulit berpigmen gelap. Saiz tompoknya tidak tetap. Warna perang kehitam-hitaman, tompok merah, dan tompok mirip pelana di belakang juga diizinkan, tetapi hujung ekor mesti putih. Tinggi anjing pemburu Estonia ialah 17–21 inci (43–53 cm) dan ia berukuran seberat 33–44 paun (15–20 kg).
Perangai
Anjing pemburu Estonia ialah anjing gembira dan menyenangkan dengan perangai seimbang, tenang, dan aktif dan kecerdasan tinggi. Ia ramah dan tidak patut agresif langsung. Maka, ia perlu disosialkan dan didedahkan kepada situasi dan persekitaran baharu untuk mengelakkannya daripada menjadi agak takut. Ia berbaik dengan anjing lain dan biasanya juga dengan kucing juga dibiasakan sebagai anak anjing. Ia menyukai perhatian manusia dan mungkin gelisah apabila dibiarkan bersendirian. Komunikasi betul antara manusia dengan anjing adalah penting untuk pelatihannya. Ia mesra dan mudah dilatih. Ini adalah penting kerana ia perlu belajar bahawa ia tidak boleh memburu haiwan bertelapuk di Estonia. Hanya kelinci dan rubah diizinkan untuk diburu. Anjing pemburu Estonia mempunyai suara elok yang tidak menjengkelkan semasa ia berburu.
Lihat juga
Catatan
- ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو ايستونيا ; Estonia: eesti hagijas ; bahasa Inggeris: Estonian hound
Rujukan
- ^ "FCI breeds nomenclature: EESTI HAGIJAS (366)" [Tatanama baka FCI: ANJING PEMBURU ESTONIA (366)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 29 Disember 2023.
- ^ "Estonian Hound" [Anjing Pemburu Estonia]. Sarah's Dogs (dalam bahasa Inggeris). I-TGK. Dicapai pada 29 Disember 2023.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing pemburu Estonia |
- [1] Diarkibkan 1 Ogos 2016 di Wayback Machine
- Estonian Hound Web-Clab Diarkibkan 12 Mei 2013 di Wayback Machine