Ini ialah senarai baka silang anjing lazim. Ini merupakan anjing baka silang yang sengaja diwujudkan dengan menyilangkan dua ekor anjing baka tulen. Sesetengah baka silang dikenali sebagai anjing pereka dan dibiakbakakan sebagai anjing teman, yang kerap diberi nama kata lakur yang diterbitkan daripada nama baka induk; yang lain pula dibiakbakakan untuk menggabungkan kualiti kerja spesifik yang diwarisi pada baka induk.
Baka silang
Nama | Gambar | Baka induk dan catatan |
---|---|---|
American staghound | ![]() |
Silangan baka anjing pemburu penglihatan berlainan; dibiakbakakan di Amerika Syarikat sebagai anjing pemburu.[1] |
Beaglier | Silangan beagle dengan cavalier King Charles spaniel; pertama kali sengaja dibiakbakakan pada tahun 1990-an oleh pembiak baka anjing pereka di Australia sebagai anjing pendamping dengan tujuan pengurangan dorongan pemburuan bau yang lazim pada beagle.[2] | |
Bernedoodle | ![]() |
Bernedoodle, yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 2003, ialah silangan antara anjing gunung Bern dengan pudel.[3] |
Cavachon | Silangan bichon frisé dengan cavalier King Charles spaniel; pertama kali dibiakbakakan di Amerika Utara pada tahun 1996.[4] | |
Cavoodle atau cavapoo | ![]() |
Silangan cavalier King Charles spaniel dengan pudel; pertama kali sengaja dibiakbakakan oleh pembiak baka anjing pereka di Australia sebagai anjing pendamping dengan trait serupa dengan cockapoo, tetapi bersaiz lebih kecil.[5] |
Chipin | ![]() |
Silangan anjing Chihuahua dengan pincer katik.[6] |
Chiweenie | ![]() |
Silangan anjing Chihuahua dengan dachshund.[7] |
Chorkie | ![]() |
Silangan anjing Chihuahua dengan terier Yorkshire.[8] |
Chug | ![]() |
Silangan anjing Chihuahua dengan pug.[9] |
Cockapoo | ![]() |
Silangan kokerspaniel dengan pudel katik;[10] dibiakbakakan sebagai anjing pendamping. Kokerspaniel dan pudel telah sengaja disilangkan oleh pembiak baka anjing pereka di Amerika Syarikat sejak tahun 1960-an.[11] |
Dorgi | ![]() |
Silangan dachshund dengan corgi Wales Pembroke;[12] ia pertama kali dibiakbakakan apabila salah seekor corgi Ratu Elizabeth mengawan dengan Pipkin, seekor dachshund yang dimiliki oleh Puteri Margaret; sang Ratu mendapatinya sedemikian menarik sehinggakan sebilangan pengawanan berikutnya diaturkan.[13] |
Eurohound | ![]() |
Anjing kereta luncur salji yang dibiakbakakan dengan menyilangkan husky Alaska dengan mana-mana daripada sebilangan baka penuding, tetapi paling kerap anjing penuding berbulu pendek Jerman.[14] |
Feist | ![]() |
Silangan grehaun atau whippet dengan jenis terier. Dibiakbakakan di Amerika Syarikat sebagai anjing tupai atau anjing pemburu tikus.[15][16] |
Gerberian shepsky | ![]() |
Silangan anjing gembala Jerman dengan husky Siberia;[17] ia mempunyai telinga tegak dan warna lapis bulu anjing gembala Jerman dan lapis bulu tebal, muka sedikit lebar, dan topeng husky Siberia.[17] |
Goldador | ![]() |
Silangan anjing pengutip keemasan dengan anjing pengutip Labrador; contoh telah digunakan sebagai anjing pandu, anjing pencarian dan penyelamatan, dan anjing pengesan dadah, serta sebagai anjing pendamping.[18] |
Goldendoodle | ![]() |
Silangan anjing pengutip keemasan dengan pudel.[19] Dengan pembiakbakaan sebagai anjing pendamping, pembiak baka anjing pereka di Australia dan di Amerika Syarikat pertama kali mula sengaja menyilangkan anjing pengutip keemasan dengan pudel piawai pada tahun 1990-an sebagai alternatif kepada labradoodle.[20][21] |
Greyster | ![]() |
Silangan grehaun dengan anjing penuding berbulu pendek Jerman, dibiakbakakan untuk perlumbaan anjing kereta luncur salji, terutamanya sukan tanah kering seperti canicross dan bikejoring.[22] |
Jackabee | ![]() |
Silangan terier Jack Russell dengan beagle.[23] |
Jug | ![]() |
Silangan terier Jack Russell dengan pug.[9] |
Kangaroo dog | Silangan baka anjing pemburu penglihatan berlainan; dibiakbakakan di Australia untuk kebolehan perburuan.[24] | |
Labradoodle | ![]() |
Silangan anjing pengutip Labrador dengan pudel;[25] pertama kali dibiakbakakan di Australia pada tahun 1980-an dengan harapan untuk mewujudkan anjing pandu yang sesuai untuk orang buta yang alah terhadap bulu anjing; kini anjing pendamping popular.[26] |
Longdog | ![]() |
Silangan baka anjing pemburu penglihatan berlainan; dibiakbakakan di Kepulauan British sebagai anjing pemburu.[27] |
Lurcher | ![]() |
Secara tradisional silangan collie dengan grehaun, tetapi dapat menjadi sebarang anjing gembala (termasuk anjing belakang permatang Rhodesia) atau terier yang disilangkan dengan anjing pemburu penglihatan; dibiakbakakan di Kepulauan British sebagai anjing pemburu.[28] |
Mackenzie River husky | ![]() |
Silangan anjing tarikan kereta luncur salji Amerika Utara dan anjing penghela Eropah yang dihargai kerana kebolehan untuk menghela beban berat di sepanjang jarak jauh.[29] |
Mal-shi | ![]() |
Silangan anjing Malta dengan shih tzu; pertama kali sengaja dibiakbakakan oleh pembiak baka anjing pereka pada tahun 1990-an sebagai anjing pendamping.[30] |
Maltipoo | ![]() |
Silangan anjing Malta dengan pudel.[31] |
Morkie | ![]() |
Silangan anjing Malta dengan terier Yorkshire.[32] |
Pekepoo | ![]() |
Silangan anjing Peking dengan pudel.[33] |
Pomchi | ![]() |
Sebagai silangan anjing Pomerania dengan anjing Chihuahua, pomchi dibiakbakakan sebagai anjing riba kecil; ketinggian biasanya dalam lingkungan 6–9 inci (15.2–22.9 cm) dan berat 2–5 paun (0.9–2.3 kg), ia dapat berwarna padu atau berwarna-warni.[34] |
Poochon | ![]() |
Silangan pudel dan bichon frisé.[17] |
Pugese | ![]() |
Silangan pug dengan anjing berjambul China.[35] |
Puggle | ![]() |
Silangan pug dengan beagle.[36] Puggle pertama kali dibiakbakakan sebagai anjing pendamping pada tahun 1990-an di Amerika Syarikat dan kekal popular di sana; ia biasanya setinggi 13–15 inci (33–38 cm) dan seberat 18–30 paun (8.2–13.6 kg).[37] |
Schnoodle | Silangan schnauzer dengan pudel;[38] dengan pembiakbakaan sebagai anjing pendamping sejak tahun 1980-an, ia dapat dibiakbakakan daripada schnauzer katik, schnauzer piawai, atau schnauzer gergasi yang disilangkan dengan pudel mainan, katik, atau piawai, masing-masing; anak berbeza-beza dari segi saiz menurut pelbagai keragaman saiz induk yang dibiakbakakan.[39] | |
Sheepadoodle | Silangan anjing gembala lama Inggeris dengan pudel.[40] | |
Shih-poo | ![]() |
Silangan shih tzu dengan pudel;[41] dibiakbakakan sebagai anjing pendamping dengan kemungkinan pewarisan lapis bulu hipoalergenik; ketinggian dalam lingkungan 9–14 inci (23–36 cm) dan berat dalam lingkungan 9–16 paun (4.1–7.3 kg).[42] |
Springador | ![]() |
Sebagai silangan springerspaniel Inggeris dengan anjing pengutip Labrador, ia kerap digunakan sebagai gundog; ketinggian dalam lingkungan 18–22 inci (46–56 cm) dan berat dalam lingkungan 45–90 paun (20–41 kg).[43] |
Texas heeler | ![]() |
Silangan anjing lembu Australia (heeler) dengan sama ada anjing gembala Australia atau collie sempadan; dibiakbakakan di Amerika Syarikat untuk kebolehan silangan untuk mengerjakan lembu.[44] |
Westiepoo | ![]() |
Silangan terier putih Tanah Tinggi Barat dengan pudel.[45] |
Whoodle | ![]() |
Silangan terier gandum dengan pudel.[46] |
Yorkiepoo | ![]() |
Silangan terier Yorkshire dengan pudel;[47] dibiakbakakan sebagai anjing pendamping. Yorkiepoo, walaupun beragam-ragam, ialah salah satu baka silang pudel terkecil yang dihasilkan oleh pembiak baka anjing pereka.[48] |
Zuchon | ![]() |
Silangan shih tzu dengan bichon frisé; dibiakbakakan sebagai anjing pendamping.[49] |
Lihat juga
Rujukan
Kutipan
- ^ Morris (2002), m/s. 52.
- ^ Bennett Woolf (2006), m/s. 104.
- ^ Phillips, Michael M. (26 Oktober 2020). "Need a Pandemic Puppy ASAP? Call the Bernedoodle Delivery People" [Perlukan Anak Anjing Pandemik Segera? Panggil Orang Penghantaran Bernedoodle] (dalam bahasa Inggeris). The Wall Street Journal. Dicapai pada 6 Ogos 2025.
- ^ "Cavachon" [Cavachon] (dalam bahasa Inggeris). Nestlé Purina PetCare. Dicapai pada 6 Ogos 2025.
- ^ Hale (2008), m/s. 204.
- ^ Gen, Macy (28 November 2015). "Chipin Dog" [Anjing Chipin] (dalam bahasa Inggeris). 101DogBreeds.com. Dicapai pada 6 Ogos 2025.
- ^ Dogs 101: Chiweenie [Dogs 101: Chiweenie] (dalam bahasa Inggeris). Animal Planet. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Jun 2021. Dicapai pada 6 Ogos 2025.
- ^ "chorkie". Collins English Dictionary (dalam bahasa Inggeris). HarperCollins. Dicapai pada 6 Ogos 2025.
- ^ a b Mooallem (2007).
- ^ Oxford University Press, "Cockapoo".
- ^ Fogle (2009), m/s. 393.
- ^ Oxford University Press, "Dorgi".
- ^ Morris (2002), m/s. 499.
- ^ Friedman, Sam (4 Februari 2017). "Alaskan huskies bred for all-around sledding performance" [Husky Alaska dibiakbakakan untuk prestasi penarikan kereta luncur salji keseluruhan] (dalam bahasa Inggeris). The Spokesman-Review. Dicapai pada 6 Ogos 2025.
- ^ Davis, Donald; Stotkit, Jeffrey (1 Disember 1992). "Feist or Fiction?: The Squirrel Dog of the Southern Mountains" [Feist atau Fiksyen?: Anjing Tupai dari Pergunungan Selatan]. The Journal of Popular Culture (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 26 (3): 193–201. doi:10.1111/j.0022-3840.1992.2603_193.x. ISSN 1540-5931. S2CID 162625720.
- ^ Gray, Marcus B. (November 2007). "Introduction to the Treeing Feist: a squirrel dog breed history" [Pengenalan kepada Treeing Feist: Sejarah baka anjing tupai]. Countryside & Small Stock Journal (dalam bahasa Inggeris). Countryside Publications. m/s. 48.
- ^ a b c Conklin (2019).
- ^ Bennett Woolf (2006), m/s. 30.
- ^ Oxford University Press, "Goldendoodle".
- ^ Bennett Woolf (2006), m/s. 52.
- ^ Fogle (2013), m/s. 294.
- ^ Waaler, Rune; Skjesol, Knut, penyunting (1 Julai 2019). Dog Sledding in Norway: Multidisciplinary Research Perspectives [Dog Sledding di Norway: Perspektif Penyelidikan Berbilang Disiplin] (dalam bahasa Inggeris). Zürich, Switzerland: LIT Verlag. m/s. 33. ISBN 9783643910974. OCLC 1134610904.
- ^ Andersen (2006).
- ^ Hancock (2012), m/s. 104–105.
- ^ Oxford University Press, "Labradoodle".
- ^ Fogle (2009), m/s. 392.
- ^ Oxford University Press, "Longdog".
- ^ Hancock (2012), m/s. 90.
- ^ Adney, Edwin Tappan (1900). The Klondike Stampede [Rempuhan Klondike] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Harper & Brothers. m/s. 124–132. ISBN 9780598284020. OCLC 2623947.
- ^ Bennett Woolf (2006), m/s. 92.
- ^ "Maltipoo". Merriam-Webster (dalam bahasa Inggeris). Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 6 Ogos 2025.
- ^ Saben, Susanne (5 Februari 2017). Morkies, Morkie Puppies, and the Morkie: From Morkie Puppies to Adult Morkies [Morkie, Anak Morkie, dan Morkie: Daripada Anak Morkie hingga Morkie Dewasa] (dalam bahasa Inggeris). Milan, Itali: DYM Worldwide Publishers. ISBN 9781911355502. OCLC 1269219455.
- ^ Morris (2002), m/s. 565.
- ^ Gagne (2008), m/s. 16–17.
- ^ "Britain's ugliest dog Peggy beautiful inside and out says owner" [Anjing terhodoh Britain Peggy cantik di dalam dan di luar kata pemilik] (dalam bahasa Inggeris). BBC News. 30 Januari 2023. Dicapai pada 6 Ogos 2025.
- ^ Oxford University Press, "Puggle".
- ^ Bennett Woolf (2006), m/s. 98–100.
- ^ "schnoodle". Merriam-Webster (dalam bahasa Inggeris). Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 6 Ogos 2025.
- ^ Bennett Woolf (2006), m/s. 46–47.
- ^ National Geographic Kids (2018), m/s. 45.
- ^ Hochberg (2007), m/s. 141.
- ^ Pickeral (2014), m/s. 292.
- ^ Fogle (2013), m/s. 295.
- ^ Dohner (2016), m/s. 219.
- ^ Choron & Choron (2005), m/s. 211.
- ^ Nevada, Shiloh (18 Disember 2014). "Whoodle" [Whoodle] (dalam bahasa Inggeris). 101DogBreeds.com. Dicapai pada 6 Ogos 2025.
- ^ "Yorkie-poo". Merriam-Webster (dalam bahasa Inggeris). Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 6 Ogos 2025.
- ^ Bennett Woolf (2006), m/s. 80.
- ^ Hall (2016), m/s. 444.
Rujukan umum dan kutipan
- Andersen, Erin (23 Julai 2006). "Custom canines" [Anjing custom] (dalam bahasa Inggeris). Lincoln Journal Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Disember 2019. Dicapai pada 6 Ogos 2025.
- Bennett Woolf, Norma (1 November 2006). Hot Dogs: Fourteen of the Top Designer Dogs [Hot Dogs: Empat Belas Anjing Pereka Teratas] (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. ISBN 9780764135125. OCLC 74670981.
- Choron, Sandra; Choron, Harry (2005). Planet Dog: A Doglopedia [Planet Dog: Ensiklopedia Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Boston, Massachussetts, Amerika Syarikat: Houghton Mifflin Harcourt. ISBN 9780618517527. OCLC 60348998.
- "Collins English Dictionary" [Kamus Bahasa Inggeris Collins] (dalam bahasa Inggeris). HarperCollins. Dicapai pada 6 Ogos 2025.
- Conklin, Lisa Marie (16 Julai 2019). "The Cutest Mixed Breed Dogs You'll Want to Bring Home" [Anjing Baka Kacuk Tercomel yang Ingin Anda Bawa Pulang] (dalam bahasa Inggeris). Reader's Digest. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Disember 2019. Dicapai pada 6 Ogos 2025.
- Dohner, Janet Vorwald (4 Oktober 2016). Farm Dogs: A Comprehensive Breed Guide: 93 Guardians, Herders, Terriers, and Other Canine Working Partners [Anjing Ladang: Panduan Baka Komprehensif: 93 Anjing Pengawal, Anjing Gembala, Terier, dan Pasangan Anjing Pekerja Lain] (dalam bahasa Inggeris). North Adams, Massachusetts, Amerika Syarikat: Storey Publishing. ISBN 9781612125930. OCLC 952855477.
- Fogle, Bruce (2009). The Encyclopedia of the Dog [Ensiklopedia Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. ISBN 9780756660048. OCLC 697506545.
- Fogle, Bruce (15 Julai 2013). Dennis-Bryan, Kim (penyunting). The Dog Encyclopedia: The Definitive Visual Guide [Ensiklopedia Anjing: Panduan Visual Muktamad] (dalam bahasa Inggeris). Disumbangkan oleh Ann Baggaley dan Katie John. (ed. berilustrasi). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. ISBN 9781465408440. OCLC 812257274.
- Gagne, Tammy (2008). Designer Dogs [Anjing Pereka] (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. ISBN 9780793837915. OCLC 145378602.
- Hale, Rachael (April 2008). Dogs: 101 of the World's Most Adorable Breeds [Anjing: 101 Baka Paling Comel di Dunia] (dalam bahasa Inggeris). Kansas City, Missouri, Amerika Syarikat: Andrews McMeel Publishing. ISBN 9780740773426. OCLC 243960462.
- Hall, Derek (15 Ogos 2016). The Ultimate Guide to Dog Breeds [Panduan Muktamad untuk Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Chartwell Books. ISBN 9780785834410. OCLC 935989346.
- Hancock, David (1 Disember 2012). Sighthounds: Their Form, Their Function and Their Future [Anjing Pemburu Penglihatan: Bentuknya, Fungsinya, dan Masa Hadapannya] (dalam bahasa Inggeris). Ramsbury, Marlborough, Wiltshire, United Kingdom: The Crowood Press. ISBN 9781847973924. OCLC 794816555.
- Hochberg, Ilene (November 2007). Dogs by Design: How to Find the Right Mixed Breed for You [Anjing mengikut Reka Bentuk: Cara untuk Mencari Baka Kacuk Betul untuk Anda] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Sterling Publishing. ISBN 9781402743542. OCLC 85822602.
- Hodgson, Sarah (16 April 2019). Puppies for Dummies (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-4). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley. ISBN 9781119558477. OCLC 1091644102.
- "Lexico LLC" (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Disember 1998. Dicapai pada 6 Ogos 2025.
- "Merriam-Webster: America's Most Trusted Dictionary" [Merriam-Webster: Kamus Amerika yang Paling Diyakini] (dalam bahasa Inggeris). Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 6 Ogos 2025.
- Mooallem, Jon (4 Februari 2007). "The Modern Kennel Conundrum" [Teka-teki Kenel Moden] (dalam bahasa Inggeris). The New York Times. Dicapai pada 6 Ogos 2025.
- Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. ISBN 9781570762192. OCLC 859060407.
- National Geographic Kids (28 Ogos 2018). Weird but True! 4 [Aneh tetapi Benar! 4] (dalam bahasa Inggeris). Washington, D.C., Amerika Syarikat: National Geographic Kids. ISBN 9781426331107. OCLC 1048608547.
- Pickeral, Tamsin (Oktober 2014). Dogs Unleashed [Anjing Dilepaskan] (dalam bahasa Inggeris). San Diego, California, Amerika Syarikat: Thunder Bay Press. ISBN 9781626862739. OCLC 895428370.