Pembiakan kanin ialah proses pembiakan seks pada anjing bela jinak, serigala, koyote, dan spesies kanin lain.
Anatomi dan perkembangan seks kanin
Sistem pembiakan jantan

Tisu erektil
Seperti semua mamalia, zakar anjing terdiri daripada tiga keping tisu erektil. Ini merupakan dua korpus kavernosum dan korpus spongiosum tunggal yang bersinambung di dalam glans. Perbezaan ketara daripada zakar manusia ialah bahagian terlihat semasa ereksi terdiri sepenuhnya daripada glans.
Otot retraktor tercantum pada batang zakar. Ini ialah otot licin berpasangan yang digunakan untuk meretrak zakar ke dalam kulupnya.

Glans
Glans anjing terdiri daripada dua bahagian: Di belakang bahagian bawah panjang (pars longa glandis), terletak "simpulan" (bebuli glans)[1] yang mengembang hanya selepas menembusi faraj dan menyebabkan anjing jantan kekal di dalam betina ("ikatan") selama sesuatu tempoh selepas ejakulasi (biasanya selama antara 5 minit dengan 20 minit).[2] Ini meningkatkan peluang persenyawaan dan mencegah, walaupun untuk tempoh singkat, pelamar lain daripada mengawan dengan betina tertentu.
Di belakang simpulan, zakar adalah sangat boleh lentur dalam arah mendatar yang membolehkan jantan turun dari punggung sambil kekal terikat.
Batang
Batang zakar anjing tidak terlihat, walaupun semasa ereksi; walau bagaimanapun, laluannya dapat dirasai bermula pada simpulan, melepasi antara tungkai belakang dan terus sehingga dubur.
Bakulum dan uretra

Di dalam korpus spongiosum, terletak bakulum. Ini membolehkan anjing jantan memasuki faraj sebelum tisu erektil membengkak. Uretra terletak di dalam alur yang menghadap ke bawah pada bakulum dan berakhir di hujung zakar ("cuaran uretra").
Semasa ereksi, suatu condongan kecil betul-betul di atas cuaran uretra dapat dilihat. Ini kerana kulit di hujung zakar disambungkan melalui rawan ke bakulum. Apabila tisu erektil membengkak, saiz bakulum dan tisu penghubung kekal malar, lalu menarik balik kulit di hujungnya.
Kulup
Kulup sepenuhnya mengelilingi glans semasa tidak tegang. Bahagian belakang ditumbuhi berselang-seli dengan kulit abdomen. Bahagian hadapan, yang hampir mencecah pusat, adalah bebas. Kulup dalaman, sama seperti glans, dilitupi dengan membran mukus dan kulup luaran dilitupi dengan epidermis normal berbulu.
Sistem pembiakan betina
Perkembangan
Pada anjing bela jinak, kematangan seks (kebalighan) berlaku pada usia antara 6 bulan dengan 12 bulan untuk kedua-dua jantan dan betina, walaupun ini dapat ditangguhkan sehingga usia dua tahun untuk sesetengah baka besar.[3] Kebuntingan adalah mungkin sebaik kitaran estrus pertama berlaku, tetapi pembiakbakaan tidak disyorkan sebelum kitaran kedua.[4] Seperti spesies bela jinak lain, pembelajinakan telah membiakbakakan individu secara terpilih untuk libido lebih tinggi dan kitaran pembiakbakaan lebih awal dan lebih kerap pada anjing berbanding dengan yang pada leluhurnya.[5]
Kitaran pembiakan betina

Purata panjang kitaran pembiakan untuk betina ialah 4–48 hari. Setiap baka mempunyai kitaran sendiri yang terbina dalam genetiknya, yang menjadikan masanya dalam kemuncak unik bagi baka sendiri, lantas menjadikan baka silang terbuka kepada panjang kitaran baharu; 4–48 hari dalam kemuncak disahkan sebagai julat masa yang paling tepat direkodkan dan terbukti sebagai batas untuk tempoh masa untuk betina berada dalam kemuncak.[perlu rujukan] Betina mencapai kematangan seks (kebalighan) semuda usia 3 bulan dan jarang melebihi 9 bulan untuk baka lebih besar. Terdapat kebolehubahan besar dari segi usia pematangan antara baka, malah dalam baka anjing.[4]
- Proestrus, bilamana telur di dalam ovari mula menjadi matang dan paras estrogen mula meningkat, ialah peringkat pertama kitaran pembiakan. Semasa peringkat ini, betina, walaupun tidak reseptif, menarik jantan. Perubahan awal termasuk pembengkakan bibir vulva, yang menjadi mudah lentur, jumlah kecil leleh faraj berdarah, kencing kerap, dan tanda kegelisahan. Proestrus pada umumnya berlangsung selama sembilan hari.[4]
- Estrus menyusul, bilamana paras estrogen adalah tinggi, telur matang dikeluarkan dari kedua-dua ovari, dan betina menjadi reseptif secara fizikal dan mental kepada persanggamaan. Hanya semasa estrus, persanggamaan akan menyebabkan kebuntingan.
- Semasa proestrus dan estrus, betina mungkin mempunyai lelehan jernih, berbaur darah, atau berdarah. Anjing semasa kedua-dua peringkat ini kerap dirujuk secara tidak rasmi sebagai anjing yang berada dalam kemuncak. Panjang kitaran ini sangat berbeza-beza antara baka dan juga antara individu sebaka. Proestrus dan estrus dapat berlangsung selama bila-bila tempoh dari 5 hari hingga 21 hari.[4]
- Diestrus ialah tempoh susulan pengawanan. Diestrus berlangsung selama hampir-hampir 56 hari hingga 60 hari pada betina bunting dan 60 hari hingga 100 hari pada betina tidak bunting. Dalam kedua-dua tempoh ini, paras progesteron adalah tinggi. Oleh sebab profil hormon betina bunting dan betina dalam diestrus adalah sama, kadang-kadang betina tidak bunting melalui tempoh kebuntingan semu. Pada masa itu, ia mungkin bertambah berat, mengalami perkembangan kelenjar susu, mengeluarkan susu, dan mempamerkan tingkah laku persarangan.
- Anestrus ialah tempoh tersisa, iaitu masa ketenangan pembiakan. Betina tidak mempunyai tarikan kepada pengawanan. Anestrus pada umumnya berlangsung selama empat bulan hingga lima bulan.[4]
Persanggamaan

Seperti kebanyakan tetrapod, persanggamaan kanin melibatkan jantan yang menaiki punggung betina dari arah belakang, iaitu kedudukan yang dalam bahasa basahan dirujuk sebagai "gaya anjing" tetapi tidak mempunyai asal usul yang diketahui secara spesifik. Apabila kanin jantan berminat untuk menaiki punggung betina, jantan menghidu vulva betina, yang, untuk betina dalam peringkat estrus, telah dirembesi dengan metil p-hidroksibenzoat.[6][7] Jika betina tidak reseptif, ia mungkin duduk, berbaring, menyentap, berundur, atau juga tidak bekerjasama. Jika betina reseptif, ia berdiri diam-diam dan menahan ekornya ke tepi.[8] Jantan kerap terus memeriksa belakang betina, sebelum menaiki punggung betina dari arah belakang sambil mencuba penembusan dengan zakarnya.[8]
Tidak seperti hubungan seks manusia, bilamana zakar lelaki lazimnya menjadi tegang sebelum memasuki perempuan, persanggamaan kanin melibatkan jantan yang mula-mula menembusi betina, kemudian pembengkakan zakar hingga ereksi berlaku, yang biasanya berlaku dengan cepat.[8] Pada masa penembusan, zakar kanin adalah tidak tegang dan hanya dapat menembusi betina kerana zakarnya menyertakan sebatang tulang nipis yang dipanggil "bakulum", iaitu ciri bagi kebanyakan mamalia berplasenta.[9] Apabila jantan mencapai penembusan, jantan biasanya memegang betina dengan lebih erat dan menujah dalam-dalam.[10] Pada masa ini, zakar jantan mengembang dan ada kepentingan supaya bebuli glans berada cukup jauh ke dalam agar betina dapat memerangkap zakar.

Kanin jantan ialah satu-satunya haiwan yang mempunyai bebuli glans mengunci yang lazimnya dikenali sebagai bebuli atau simpulan, iaitu kawasan sfera tisu erektil di pangkal zakar.[11] Semasa persanggamaan dan hanya selepas zakar jantan sepenuhnya berada di dalam faraj betina, bebuli glans membengkak dengan darah.[1] Apabila faraj betina kemudiannya mengecut, zakar menjadi terkunci di dalam betina.[12] Ini dikenali sebagai "pengikatan" atau "penyimpulan". Walaupun menjadi ciri pengawanan pada kebanyakan canid, ikatan persanggamaan telah dilaporkan tidak hadir[13] atau sangat singkat (kurang daripada satu minit)[14] pada anjing liar Afrika, mungkin kerana terdapat banyak pemangsa besar di dalam persekitarannya.[15]
Apabila zakar dikunci ke dalam faraj oleh bebuli glans (apabila pembaka "tersimpul"), tingkah laku penujahan berhenti dan jantan biasanya mengangkat tungkai dan mengayunkannya mengatasi belakang betina sambil berpusing arah. Kedua-duanya berdiri dengan hujung belakang yang bersentuhan dan zakar yang terkunci di dalam faraj semasa ejakulasi berlaku, lalu mengurangkan kebocoran air mani dari faraj.[16][17][18] Setelah sekian lama, biasanya antara 5 minit dengan 20 minit[2] (tetapi kadang-kadang lebih lama), bebuli glans menyahbengkak, lalu membolehkan pasangan berpisah. Anjing dara dapat menjadi agak tertekan kerana mendapati diri tidak dapat berpisah semasa persanggamaan pertama dan mungkin mencuba untuk menarik diri atau berlari. Pembiak baka anjing kerap mencadangkan bahawa ada kewajaran untuk pengendali mencuba untuk menenangkan anjing mengawan jika anjing menunjukkan keresahan apabila peringkat ini dicapai. Selepas pengawanan, jantan biasanya menjilat zakar dan kulupnya.[19]
Gestasi dan perinduk


Gestasi pada anjing adalah sepanjang 63 hari, jika diukur dari hari ovulasi. Memandangkan ada kesukaran untuk menentukan tarikh tepat ovulasi, ralat kerap dibuat dalam penghitungan tempoh gestasi.[20] Sperma kanin dapat hidup selama 10 hari hingga 11 hari[21] di dalam oviduktus (tiub Fallopio). Maka, jika betina dibiakbakakan 10 hari sebelum oosit (telur) dapat disenyawakan, ia kelihatan mempunyai tempoh gestasi selama 70 hari. Jika ia dibiakbakakan pada hari oosit dapat disenyawakan, tempoh gestasinya kelihatan selama 60 hari.
Semasa gestasi, banyak perubahan fisiologi adalah serupa dengan mamalia lain seperti manusia. Ini menghasilkan anjakan serupa bagi nutrien di dalam darah anjing, terutamanya mempengaruhi paras glukosa, paras asid lemak (seperti DHA), dan paras asid amino (seperti BCAA).[22]
Salah satu petua ialah bahawa mamalia menghasilkan anak sebanyak separuh daripada bilangan puting pada ibu.[23] Petua ini diubah pada haiwan bela jinak memandangkan perinduk lebih besar kerap digemari atas sebab ekonomi dan, pada anjing, terutamanya, julat besar bagi saiz dan rupa bentuk memainkan peranan dalam bilangan anak anjing sihat yang dapat dibuntingkan oleh betina.[perlu rujukan] Anjing betina biasanya mempunyai 10 puting, namun ini tidak bermakna bahawa ia dapat semestinya menyediakan nutrisi cukup untuk 10 ekor anak anjing dalam satu perinduk.[perlu rujukan]
Perinduk purata terdiri daripada lima hingga enam ekor anak anjing, walaupun bilangan ini mungkin berbeza-beza secara meluas berdasarkan baka anjing. Saiz baka berkorelasi dengan saiz perinduk. Baka katik dan baka kecil berpuratakan tiga hingga empat ekor anak anjing dalam setiap perinduk, dengan saiz perinduk maksimum sebanyak sekitar 5–8 ekor. Baka besar dan baka gergasi berpuratakan 7 ekor anak anjing setiap perinduk tetapi dapat mempunyai saiz perinduk maksimum sebanyak sekitar 15 ekor.[24] Dalam sebuah kajian, anjing belakang permatang Rhodesia mempunyai purata saiz perinduk tertinggi dengan 8.9 ekor anak anjing setiap perinduk sementara anjing Pomerania dan pudel mainan mempunyai yang terendah dengan 2.4 ekor anak anjing setiap perinduk.[24]
Bilangan anak anjing juga berubah seiring dengan usia ibu. Pada baka lebih kecil, kedua-dua usia muda dan usia lanjut dikaitkan dengan saiz perinduk lebih kecil. Pada baka lebih besar, hanya usia lanjut dikaitkan dengan saiz perinduk lebih kecil.[24] Penggunaan permanian beradas juga dikaitkan dengan saiz perinduk lebih kecil, dengan air mani beku yang mempunyai kesan lebih kuat berbanding dengan air mani segar.[24]
Saiz perinduk terbesar setakat ini ditetapkan oleh seekor mastif Napoli di Manea, England, pada 29 November 2004; perinduk itu mempunyai 24 ekor anak anjing.[25]
Sesetengah baka telah dikembangkan untuk menekankan trait fizikal tertentu melebihi titik yang padanya ia dapat selamat melahirkan perinduk atas usaha sendiri.[perlu rujukan]
Sebuah kajian berskala besar di Norway menunjukkan bahawa merentasi semua baka, sekitar 4% daripada jumlah anak anjing lahir mati dan 4% lagi mati dalam minggu pertama (mortaliti neonatal awal). Pada usia antara 8 hari dengan 8 minggu, 1% mati. Saiz perinduk, saiz baka, dan usia betina dikaitkan dengan peningkatan risiko. Baka berisiko tinggi untuk lahir mati termasuk dogue Bordeaux (14.2%), anjing Santo Bernard (12.3%), cau-cau (12.1%), corgi Wales Pembroke (11.7%), dan anjing Dalmatia (10.6%). Basenji, grehaun Itali, terier Australia, terier gandum berbulu lembut Ireland, dan bichon Havana mengalami segelintir atau tidak mengalami lahir mati (0%–0.6%). Baka berisiko tinggi untuk mortaliti neonatal awal termasuk anjing belakang permatang Rhodesia (11.6%), dogue Bordeaux (10.4%), anjing Dalmatia (8.8%), dan anjing gembala Iceland (8.7%), sementara basenji dan terier Tibet tidak mengalami mortaliti neonatal awal dan terier sempadan dan anjing ladang Denmark-Sweden mengalami <1% mortaliti neonatal awal.[26]
Punca lazim bagi mortaliti neonatal awal merupakan jangkitan bakteria, asfiksia janin, dan sindrom anak anjing memudar. Punca lain mungkin termasuk eutanasia elektif kerana kecacatan kongenital atau kegagalan untuk memenuhi piawaian baka.[26]
Kajian berbilang baka lain telah meletakkan kadar lahir mati pada 6.5%–7% dan mortaliti neonatal awal pada 11.5%–19.8%.[26]
Kemurungan pembiakbakaan dalam
Berdasarkan analisis data tentang 42,855 perinduk dachshund, terdapat penemuan bahawa semakin pekali pembiakbakaan dalam meningkat, semakin saiz perinduk berkurang dan peratusan anak anjing lahir mati meningkat, lantas menunjukkan kemurungan pembiakbakaan dalam.[27] Kemurungan pembiakbakaan dalam ialah pengurangan kecergasan progeni sebahagian besarnya kerana ekspresi homozigot bagi mutasi resesif mudarat.[28]
Serigala kelabu (Canis lupus) dari Taman Negara Isle Royale, Michigan, Amerika Syarikat, merupakan populasi kecil yang amat terbiak baka dalam yang dianggap berada di ambang kepupusan pada tahun 2019.[29] Populasi serigala ini telah mengalami kemurungan pembiakbakaan dalam parah sebahagian besarnya kerana ekspresi homozigot bagi mutasi resesif amat mudarat.[29][30] Satu lagi populasi yang amat terbiak baka dalam bagi serigala (Canis lupus) di Skandinavia juga menderitai kemurungan pembiakbakaan dalam yang sekali lagi diatributkan kepada ekspresi homozigot bagi mutasi resesif mudarat.[31]
Penghindaran pembiakbakaan dalam
Oleh sebab anjing liar Afrika (Lycaon pictus) sebahagian besarnya wujud dalam populasi kecil berpecah, kewujudannya terancam. Penghindaran pembiakbakaan dalam melalui pemilihan pasangan ialah ciri bagi spesies ini dan mempunyai akibat berpotensi penting untuk keterusan populasi.[32] Pembiakbakaan dalam adalah jarang dalam kawanan kelahiran. Simulasi populasi komputer menunjukkan bahawa semua populasi yang terus menghindari pengawanan inses akan menjadi pupus dalam tempoh 100 tahun kerana ketidaktersediaan pasangan tidak berkaitan.[32] Oleh itu, impak pengurangan bilangan pasangan sesuai tidak berkaitan akan berkemungkinan mempunyai impak demografi parah terhadap kebolehhidupan masa hadapan bagi populasi kecil anjing liar.
Serigala merah terutamanya hidup dalam kawanan yang terdiri daripada pasangan pembiakan bermonogami secara sosial dan anak berlainan usia. Dengan menggunakan data jangka panjang tentang serigala merah individu dengan pedigri yang diketahui, terdapat penemuan bahawa pembiakbakaan dalam sesama kerabat darjah pertama adalah jarang.[33] Mekanisme berkemungkinan untuk penghindaran pembiakbakaan dalam ialah trajektori persebaran bebas daripada kawanan kelahiran. Banyak serigala muda meluangkan masa bersendirian atau dalam kawanan kecil tidak membiak yang terdiri daripada individu tidak berkaitan. Penyatuan dua individu tidak berkaitan di dalam wilayah rumah baharu ialah pola utama bagi pembentukan pasangan pembiakan.[33]
Dalam kalangan serigala Habsyah, kebanyakan betina bersebar daripada kawanan kelahiran pada usia sekitar dua tahun dan sesetengah menjadi "pengapung" yang mungkin berjaya berhijrah ke dalam kawanan sedia ada. Pasangan pembiakan paling kerap tidak berkait antara satu sama lain, yang mencadangkan bahawa persebaran bias betina mengurangkan pembiakbakaan dalam.[34]
Serigala kelabu dan rubah Artik juga mempamerkan penghindaran pembiakbakaan dalam.[35]
Pembiakbakaan dalam biasanya dihindari kerana ini membawa kepada pengurangan kecergasan progeni (kemurungan pembiakbakaan dalam) sebahagian besarnya kerana ekspresi homozigot bagi alel resesif mudarat.[28] Persenyawaan silang antara individu tidak berkaitan biasanya membawa kepada pelitupan bagi alel resesif mudarat pada progeni.[36][37]
Isu klinikal
Anjing betina berisiko untuk endometritis dan piometra dalam tempoh postpartum dan selepas estrus atau vaginitis. Tanda dan gejala termasuk demam, ketidakbermayaan, kehilangan selera, dahaga berlebihan, kegelisahan, lelehan faraj berbau tengik yang mungkin berdarah atau tidak, kemandulan, atau ini mungkin tanpa gejala.[38][39][40][41] Jangkitan rahim patut dirawat dengan segera jika disyaki. Bertentangan dengan kepercayaan umum, jangkitan rahim dapat menyerang mana-mana betina utuh, sama ada ia telah dibiakbakakan atau belum dan sama ada ia telah melalui musim pertamanya atau belum walaupun ini adalah lebih lazim semakin anjing menua.
Pembiakbakaan anjing

Pengumpulan mani
Faraj tiruan disediakan, iaitu lengan lateks nipis berbentuk kon yang berhujung dengan tiub pengumpulan steril. Bahagian dalam lengan lateks dilincirkan sedikit. Jantan diizinkan menghidu betina dalam estrus. Pembaka berpengalaman sedia bekerjasama dalam proses ini. Pembaka baharu kerap memerlukan galakan dalam bentuk rangsangan manual.[42] Pada umumnya, jantan menaiki punggung betina dan pengumpul cepat-cepat mengarahkan zakar jantan ke dalam lengan lateks. Jantan berejakulasi dan air mani dikumpulkan di dalam tiub. Air mani kemudian ditarik ke dalam pipet nipis panjang.[43]
Pembiakbakaan silang
Anjing baka pereka ialah anjing baka kacuk yang dibiakbakakan dengan sengaja daripada induk daripada dua baka berasas.[perlu rujukan] Kajian telah menunjukkan bahawa anjing baka silang mempunyai sebilangan trait pembiakan yang diingini. Scott dan Fuller[44] mendapati bahawa betina baka silang merupakan ibu unggul berbanding dengan betina baka tulen, kerana mengeluarkan lebih banyak susu dan memberikan penjagaan lebih baik. Kelebihan ini membawa kepada penurunan mortaliti pada anak; walau bagaimanapun, kualiti anjing sedemikian tidak dapat diramalkan.[perlu rujukan] Sebagai contoh, labrador x pudel ("labradoodle") dapat mewarisi lapis bulu sama ada labrador, pudel, atau campuran semula.[perlu rujukan]
Pengembirian dan peneuteran
Pengembirian atau peneuteran merujuk pemandulan haiwan—biasanya melalui pengasian (pembuangan testis jantan) atau ovariohisterektomi (pembuangan ovari dan rahim betina)—untuk menghapuskan kebolehan untuk membiak dan mengurangkan dorongan seks. Pengasian juga telah diketahui mengurangkan agresi pada anjing jantan (dalam sesetengah kes), tetapi pengembirian telah ditunjukkan sekali-sekala meningkatkan agresi pada anjing betina.[45]
Agensi kawalan haiwan di Amerika Syarikat dan ASPCA menasihatkan agar anjing yang tidak diniatkan untuk pembiakbakaan lanjut patut dikembiri atau dineuterkan supaya tidak melahirkan anak anjing yang tidak diingini.[46] Pengembirian dan pengasian dapat mengurangkan risiko penyakit dorongan hormon seperti kanser buah dada, serta tingkah laku dorongan hormon yang tidak diingini.[47] Walau bagaimanapun, masalah perubatan tertentu adalah lebih berkemungkinan selepas peneuteran, seperti inkontinens kencing pada betina[48] dan kanser prostat pada jantan.[49]
Anjing yang ditunjukkan di dalam gelanggang pengakuran tidak diizinkan untuk sama ada dineuterkan atau dikembiri. Ini menyingkirkannya daripada ditunjukkan kerana ia mesti utuh dan tidak berubah.[perlu rujukan]
Anjing dan kucing betina adalah tujuh kali lebih berkemungkinan untuk menghidap tumor buah dada jika tidak dikembiri sebelum kitaran estrus pertama.[47]
Kajian[50][51][52][53] telah menunjukkan bahawa pengembirian atau peneuteran mungkin dikaitkan dengan peningkatan sesetengah akibat kesihatan dan tingkah laku serius sambil mengurangkan yang lain.[54][55] Kedudukan Persatuan Perubatan Veterinar Amerika (AVMA) tidak memberikan sebarang syor tunggal untuk pengembirian atau peneuteran mahupun untuk satu usia untuk pengembirian atau peneuteran yang lebih kurang optimum berbanding dengan yang lain. Sebaliknya, kedudukan AVMA ialah bahawa pengembirian atau peneuteran ditentukan mengikut kes untuk mentaksir risiko untuk penyakit ortopedik, neoplasia, penyakit pembiakan, kelanjutan usia, dan kawalan populasi untuk setiap individu.[54]
Betina terubah
Peningkatan agresi dapat ditunjukkan pada betina terubah jika ia pernah menunjukkan agresi sebelum pembedahan pengubahan. Dalam sebuah kajian oleh O'Farrell dan Peachy, anjing betina berusia kurang daripada 11 bulan yang pernah menunjukkan tanda agresi lebih berkemungkinan mengalami peningkatan dari segi agresi selepas dikembiri.[56] Peningkatan agresi ini mungkin kerana perubahan mendadak dari segi kepekatan hormon yang merupakan hasil daripada pengubahan. Walaupun pengembirian anjing betina tidak "mengaruh" agresi, ini dapat meningkatkan agresi dan memudahkan selera sembarangan pada betina terubah muda dan dapat termasuk pengambilan makanan dengan cepat atau penelanan item berkaitan dengan makanan seperti sampah.[56][57]
Jantan terubah
Dalam hampir 2/3 daripada jumlah kes yang melibatkan agresi antara anjing, pengasian dapat membantu untuk mengurangkan agresi. Pengasian juga mengurangkan trait tingkah laku tipikal jantan lain seperti naik punggung, merayau, dan penandaan kencing. Namun, sesetengah kajian telah menunjukkan bahawa isu tingkah laku jantan seperti naik punggung, merayau, dan penandaan kencing masih wujud pada jantan terubah. Sesetengah orang telah melaporkan selepas mengubah anjing jantan mereka bahawa tingkah laku seperti merayau, naik punggung, dan penandaan kencing tidak mengubah tingkah laku. Agresi mungkin meningkat, kerana pengurangan testosteron mungkin membawa kepada isu emosi dan anjing menjadi lebih berkemungkinan untuk bertindak balas secara agresif apabila berasa terancam.[58] Anak anjing jantan yang dineuterkan pada usia antara 7 minggu dengan 10 minggu adalah tiga kali kurang berkemungkinan untuk memaparkan masalah tingkah laku, berbanding dengan kanin yang dineuterkan pada usia 6 bulan atau lebih tua.[59] Anjing yang paling agresif secara dominan merupakan jantan, yang menyebabkan ramai orang meneuterkan anjing pendamping jantan mereka. Pembuangan testosteron dapat mengurangkan keamatan tindak balas kanin terhadap rangsangan. Testosteron tidak menyebabkan tingkah laku berlaku, tetapi ketidakhadirannya mungkin mengurangkan kejadian tingkah laku "buruk".[59]
Lihat juga
- Kilang anak anjing
- Penternakan
- Tingkah laku pembiakan anjing
- Tingkah laku seks jakal keemasan
- Tingkah laku seks koyote
- Tingkah laku seks rubah merah
- Tumor kelamin boleh pindah anjing
Rujukan
- ^ a b Evans, Howard E.; de Lahunta, Alexander (15 Jun 2012). Miller's Anatomy of the Dog [Anatomi Anjing Miller] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-4). St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat: Elsevier. ISBN 9780323266239. OCLC 912232747.
- ^ a b Ruvinskiy, Anatoliy Ovseyevich; Sampson, Jeffery, penyunting (Oktober 2001). The Genetics of the Dog [Genetik Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). Wallingford, Oxfordshire, United Kingdom: CAB International. m/s. 407. ISBN 9780851995205. OCLC 45707635.
- ^ "2. Reproductive performance" [2. Prestasi pembiakan] (dalam bahasa Inggeris). Institut Penyelidikan Ternakan Antarabangsa. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2015. Dicapai pada 14 November 2025.
- ^ a b c d e "The Normal Canine Estrous Cycle" [Kitaran Estrus Anjing Normal] (dalam bahasa Inggeris). Universiti Negeri Louisiana. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2013. Dicapai pada 21 Mei 2013.
- ^ Tobiassen Crosby, Janet. "Pregnancy and estrus (heat) periods of dogs" [Tempoh kebuntingan dan tempoh estrus anjing] (dalam bahasa Inggeris). Dotdash Meredith.
- ^ Feldman, Edward C.; Nelson, Richard William (31 Oktober 2003). Canine and Feline Endocrinology and Reproduction [Endokrinologi dan Pembiakan Anjing dan Kucing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-3). St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat: Saunders. ISBN 9780721693156. OCLC 52806299.
- ^ Goodwin, Michael; Gooding, Karen M.; Regnier, Fred Eugene (9 Februari 1979). "Sex Pheromone in the Dog" [Feromon Seks pada Anjing]. Science (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Amerika untuk Kemajuan Sains. 203 (4380): 559–561. Bibcode:1979Sci...203..559G. doi:10.1126/science.569903. ISSN 0036-8075. JSTOR 1747182. PMID 569903. S2CID 38490215.
Methyl p-hydroxybenzoate has been identified in the vaginal secretions of female dogs in estrus. When small amounts of this compound were applied to the vulvas of anestrous or spayed females, males placed with these females became sexually aroused and attempted to mount them.
- ^ a b c Rice, Dan (2009). The Complete Book of Dog Breeding [Buku Lengkap Pembiakbakaan Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. m/s. 51. ISBN 9780764138874. OCLC 226911758.
- ^ Sharir, Amnon; Israeli, David; Milgram, Joshua; Currey, John Donald; Monsonego Ornan, Efrat; Shahar, Ron (20 Jun 2011). "The canine baculum: The structure and mechanical properties of an unusual bone" [Bakulum anjing: Struktur dan sifat mekanikal bagi sebatang tulang luar biasa]. Journal of Structural Biology (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 175 (3): 451–456. doi:10.1016/j.jsb.2011.06.006. ISSN 1095-8657. PMID 21708270. S2CID 25722647.
- ^ Turner, Trevor (31 Ogos 2011). Veterinary Notes for Dog Owners [Catatan Veterinar untuk Pemilik Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Ebury Publishing. ISBN 9781446489765. OCLC 1476342681.
- ^ Christenson, Dawn E. (6 November 2019). Veterinary Medical Terminology [Peristilahan Perubatan Veterinar] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-3). St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat: Saunders. m/s. 238. ISBN 9780323612081. OCLC 1253585891.
- ^ Bekoff, Marc; Diamond, Judy (20 Mei 1976). "Precopulatory and Copulatory Behavior in Coyotes" [Tingkah Laku Prapersanggamaan dan Persanggamaan pada Koyote]. Journal of Mammalogy (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 57 (2): 372–375. doi:10.2307/1379696. ISSN 1545-1542. JSTOR 1379696. S2CID 87066763.
- ^ Kleiman, Devra Gail (Mei 1967). "Some Aspects of Social Behavior in the Canidae" [Sesetengah Aspek Tingkah Laku Sosial dalam Canidae]. American Zoologist (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 7 (2): 365–372. doi:10.1093/icb/7.2.365. ISSN 1557-7023. JSTOR 3881441. S2CID 84942181.
- ^ Creel, Scott (1998). "Social organization and effective population size in carnivores" [Organisasi sosial dan saiz populasi berkesan pada karnivor]. Dalam Caro, Timothy M. (penyunting). Behavioral Ecology and Conservation Biology [Ekologi Tingkah Laku dan Biologi Pemuliharaan] (dalam bahasa Inggeris). Oxford, United Kingdom: Oxford University Press. m/s. 246–265. ISBN 9780195104905. OCLC 185022102.
- ^ Kleiman, Devra Gail; Eisenberg, John Frederick (November 1973). "Comparisons of canid and felid social systems from an evolutionary perspective" [Perbandingan sistem sosial canid dan sistem sosial felid dari sudut pandangan evolusi]. Animal Behaviour (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 21 (4): 637–659. Bibcode:1973AnBeh..21..637K. doi:10.1016/S0003-3472(73)80088-0. ISSN 1095-8282. PMID 4798194. S2CID 30070366.
- ^ Sarkar, A. (2003). Social Behaviour in Animals [Tingkah Laku Sosial pada Haiwan] (dalam bahasa Inggeris). New Delhi, India: Discovery Publishing House. ISBN 9788171417476. OCLC 61734974.
- ^ Bagemihl, Bruce (23 September 2025). Biological Exuberance: Animal Homosexuality and Natural Diversity [Keriangan Biologi: Kehomoseksualan Haiwan dan Kepelbagaian Semula Jadi] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: St. Martin's Press. ISBN 9781466809277. OCLC 865103745.
- ^ Encyclopedia of North American Mammals [Ensiklopedia Mamalia Amerika Utara] (dalam bahasa Inggeris). Boston, Massachussetts, Amerika Syarikat: MobileReference. 2010. ISBN 9781605012797. OCLC 437236459.
- ^ Beaver, Bonnie Veryle Gustafson, penyunting (25 November 2008). Canine Behavior: Insights and Answers [Tingkah Laku Anjing: Pandangan dan Jawapan] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat: Saunders. m/s. 197. ISBN 9781416054191. OCLC 226911788.
- ^ "Canine Pregnancy and Pseudopregnancy" [Kebuntingan dan Kebuntingan Semu Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Universiti Negeri Louisiana. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2009. Dicapai pada 21 Mei 2013.
- ^ Scott, Mary A. (6 Jun 2000). "A glimpse at sperm function in vivo: sperm transport and epithelial interaction in the female reproductive tract" [Bayangan sekilas tentang fungsi sperma in vivo: pengangkutan sperma dan interaksi epitelium di dalam salur pembiakan betina]. Animal Reproduction Science (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 60–61: 337–348. doi:10.1016/S0378-4320(00)00130-5. ISSN 1873-2232. PMID 10844205. S2CID 19555195.
- ^ Arlt, Sebastian Patrick; Ottka, Claudia; Lohi, Hannes Tapani; Hinderer, Janna; Lüdeke, Julia; Müller, Elisabeth; Weber, Corinna N.; Kohn, Barbara; Bartel, Alexander (10 Mei 2023). Ölmez, Mükremin (penyunting). "Metabolomics during canine pregnancy and lactation" [Metabolomik semasa kebuntingan dan laktasi anjing]. PLOS One (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 18 (5). Bibcode:2023PLoSO..1884570A. doi:10.1371/journal.pone.0284570. hdl:10138/563975. ISSN 1932-6203. PMC 10171673 Check
|pmc=value (bantuan). PMID 37163464 Check|pmid=value (bantuan). S2CID 258616031 Check|s2cid=value (bantuan). Unknown parameter|article-number=ignored (bantuan) - ^ Yoon, Carol Kaesuk (19 Oktober 1999). "Of Breasts, Behavior and the Size of Litters" [Mengenai Buah Dada, Tingkah Laku, dan Saiz Perinduk] (dalam bahasa Inggeris). The New York Times. Dicapai pada 14 November 2025.
- ^ a b c d Borge, Kaja Sverdrup; Tønnessen, Ragnhild; Nødtvedt, Ane; Indrebø, Astrid (31 Disember 2010). "Litter size at birth in purebred dogs—A retrospective study of 224 breeds" [Saiz perinduk semasa kelahiran pada anjing baka tulen—Kajian retrospektif tentang 224 baka]. Theriogenology (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 75 (5): 911–919. doi:10.1016/j.theriogenology.2010.10.034. ISSN 1879-3231. PMID 21196028. S2CID 2880229.
- ^ "Largest litter of dogs" [Perinduk terbesar anjing] (dalam bahasa Inggeris). Rekod Dunia Guinness. Dicapai pada 14 November 2025.
- ^ a b c Tønnessen, Ragnhild; Borge, Kaja Sverdrup; Nødtvedt, Ane; Indrebø, Astrid (25 Februari 2012). "Canine perinatal mortality: A cohort study of 224 breeds" [Mortaliti perinatal anjing: Kajian kohort 224 baka]. Theriogenology (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 77 (9): 1788–1801. doi:10.1016/j.theriogenology.2011.12.023. ISSN 1879-3231. PMID 22365700. S2CID 21713849.
- ^ Gresky, Christina; Hamann, Henning; Distl, Ottmar (10 Mac 2005). "Einfluss von Inzucht auf die Wurfgröße und den Anteil tot geborener Welpen beim Dackel = Influence of inbreeding on litter size and the proportion of stillborn puppies in dachshunds" [Pengaruh pembiakbakaan dalam terhadap saiz perinduk dan perkadaran anak anjing lahir mati pada dachshund]. Berliner und Münchener Tierärztliche Wochenschrift (dalam bahasa Jerman). vetline. 118 (3–4): 134–139. ISSN 1439-0299. PMID 15803761. S2CID 29290078.
- ^ a b Charlesworth, Deborah; Willis, John H. (November 2009). "The genetics of inbreeding depression" [Genetik kemurungan pembiakbakaan dalam]. Nature Reviews Genetics (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 10 (11): 783–796. doi:10.1038/nrg2664. ISSN 1471-0064. PMID 19834483. S2CID 771357.
- ^ a b Robinson, Jacqueline Anita; Räikkönen, Jannikke; Vucetich, Leah M.; Vucetich, John Andrew; Peterson, Rolf Olin; Lohmueller, Kirk Edward; Wayne, Robert Keith (29 Mei 2018). "Genomic signatures of extensive inbreeding in Isle Royale wolves, a population on the threshold of extinction" [Tunjuk tanda genomik bagi pembiakbakaan dalam meluas pada serigala Isle Royale, iaitu suatu populasi di ambang kepupusan]. Science Advances (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Amerika untuk Kemajuan Sains. 5 (5). Bibcode:2019SciA....5..757R. bioRxiv 10.1101/440511. doi:10.1126/sciadv.aau0757. ISSN 2375-2548. PMC 6541468. PMID 31149628. S2CID 92473646. Unknown parameter
|article-number=ignored (bantuan) - ^ Kyriazis, Christopher C.; Wayne, Robert Keith; Lohmueller, Kirk Edward (1 Februari 2021). Wright, Stephen Isaac (penyunting). "Strongly deleterious mutations are a primary determinant of extinction risk due to inbreeding depression" [Mutasi amat mudarat merupakan penentu primer bagi risiko kepupusan akibat kemurungan pembiakbakaan dalam]. Evolution Letters (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 5 (1): 33–47. bioRxiv 10.1101/678524. doi:10.1002/evl3.209. ISSN 2056-3744. PMC 7857301. PMID 33552534. S2CID 221834640.
- ^ Smeds, Linnéa; Ellegren, Hans (2 Disember 2022). Davison, Angus (penyunting). "From high masked to high realized genetic load in inbred Scandinavian wolves" [Daripada beban genetik terlindung tinggi kepada beban genetik ternyata tinggi pada serigala Skandinavia terbiak baka dalam]. Molecular Ecology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 32 (7): 1567–1580. Bibcode:2023MolEc..32.1567S. doi:10.1111/mec.16802. ISSN 1365-294X. PMID 36458895 Check
|pmid=value (bantuan). S2CID 254150076 Check|s2cid=value (bantuan). - ^ a b Becker, Penny A.; Miller, Philip S.; Szykman Gunther, Micaela; Somers, Michael J.; Wildt, David Edwin; Maldonado, Jesús Eduardo (16 Mei 2012). Fenton, Melville Brockett (penyunting). "Inbreeding Avoidance Influences the Viability of Reintroduced Populations of African Wild Dogs (Lycaon pictus)" [Penghindaran Pembiakbakaan Dalam Mempengaruhi Daya Maju Populasi Perkenalan Semula Anjing Liar Afrika (Lycaon pictus)]. PLOS One (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 7 (5). Bibcode:2012PLoSO...737181B. doi:10.1371/journal.pone.0037181. hdl:10088/21112. ISSN 1932-6203. PMC 3353914. PMID 22615933. S2CID 3856525. Unknown parameter
|article-number=ignored (bantuan) - ^ a b Sparkman, Amanda Marie; Adams, Jennifer Rae; Steury, Todd D.; Waits, Lisette P.; Murray, Dennis L. (25 Julai 2012). "Pack social dynamics and inbreeding avoidance in the cooperatively breeding red wolf" [Dinamik sosial kawanan dan penghindaran pembiakbakaan dalaman dalam pembiakbakaan secara kerjasama bagi serigala merah]. Behavioral Ecology (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 23 (6): 1186–1194. Bibcode:2012BeEco..23.1186S. doi:10.1093/beheco/ars099. ISSN 1465-7279. S2CID 8636232.
- ^ Randall, Deborah A.; Pollinger, John P.; Wayne, Robert Keith; Tallents, Lucy A.; Johnson, Paul J.; Macdonald, David Whyte (9 Mac 2007). "Inbreeding is reduced by female-biased dispersal and mating behavior in Ethiopian wolves" [Pembiakbakaan dalam dikurangkan oleh persebaran dan tingkah laku pengawanan bias betina pada serigala Habsyah]. Behavioral Ecology (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 18 (3): 579–589. Bibcode:2007BeEco..18..579R. doi:10.1093/beheco/arm010. ISSN 1465-7279. S2CID 85714222.
- ^ Geffen, Eli; Kam, Michael; Hefner, Reuven; Hersteinsson, Páll; Angerbjörn, Anders; Dalén, Love; Fuglei, Eva; Norén, Karin; Adams, Jennifer Rae; Vucetich, John Andrew; Meier, Thomas J.; Mech, Lucyan David; vonHoldt, Bridgett Marie; Stahler, Daniel R.; Wayne, Robert Keith (11 November 2011). "Kin encounter rate and inbreeding avoidance in canids" [Kadar pertemuan sanak dan penghindaran pembiakbakaan dalam pada canid]. Molecular Ecology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 20 (24): 5348–5358. Bibcode:2011MolEc..20.5348G. doi:10.1111/j.1365-294X.2011.05358.x. ISSN 1365-294X. PMID 22077191. S2CID 14682287.
- ^ Bernstein, Harris; Hopf, Frederic A.; Michod, Richard E. (1987). "The Molecular Basis of the Evolution of Sex" [Dasar Molekul bagi Evolusi Jantina]. Advances in Genetics (dalam bahasa Inggeris). Academic Press. 24: 323–370. doi:10.1016/S0065-2660(08)60012-7. ISSN 0065-2660. PMID 3324702. S2CID 21924645.
- ^ Michod, Richard E. (1995). Eros and Evolution: A Natural Philosophy of Sex [Eros dan Evolusi: Falsafah Semula Jadi Seks] (dalam bahasa Inggeris). Reading, Massachusetts, Amerika Syarikat: Basic Books. ISBN 9780201442328. OCLC 30625193.
- ^ Teunissen, Gerrit Hendrik Bart (1 April 1952). "The Development of Endometritis in the Dog and the Effect of Oestradiol and Progesterone on the Uterus" [Perkembangan Endometritis pada Anjing dan Kesan Estradiol dan Progesteron terhadap Rahim]. Acta Endocrinologica (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 9 (4): 407–420. doi:10.1530/acta.0.0090407. ISSN 1479-683X. PMID 13007336. S2CID 32642624.
- ^ Okano, Shozo; Tagawa, Masahiro; Takase, Katsuaki (1998). "Relationship of the Blood Endotoxin Concentration and Prognosis in Dogs with Pyometra" [Hubungan Kepekatan Endotoksin Darah dengan Prognosis pada Anjing dengan Piometra]. Journal of Veterinary Medical Science (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Sains Veterinar Jepun. 60 (11): 1265–1267. doi:10.1292/jvms.60.1265. ISSN 1347-7439. PMID 9853312. S2CID 35841677.
- ^ Howe, Stephanie (3 Februari 2022). "Pyometra and Cystic Endometrial Hyperplasia in Dogs" [Piometra dan Hiperplasia Endometrium Sista pada Anjing] (dalam bahasa Inggeris). PetMD. Dicapai pada 14 November 2025.
- ^ "Endometritis" [Endometritis] (dalam bahasa Inggeris). Wiki-Pet.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Disember 2014. Dicapai pada 21 Mei 2013.
- ^ "Judul tidak dikenal pasti". Veterinary Medicine (dalam bahasa Inggeris). Veterinary Medicine Publishing. 84. 1989. ISSN 8750-7943.
- ^ Rouge, Melissa (14 September 2002). "Semen Collection from Dogs" [Pengumpulan Air Mani daripada Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Universiti Negeri Colorado. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Februari 2012. Dicapai pada 21 Mei 2013.
- ^ Scott, John Paul; Fuller, John Langworthy (1965). Genetics and the Social Behavior of the Dog [Genetik dan Tingkah Laku Sosial Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Chicago, Illinois, Amerika Syarikat: University of Chicago Press. doi:10.7208/chicago/9780226190822.001.0001. ISBN 9780226743387. OCLC 786181048.
- ^ Heidenberger, Eva; Unshelm, Jürgen (Februari 1990). "Verhaltensänderungen von Hunden nach Kastration = Changes in the behavior of dogs after castration" [Perubahan Tingkah Laku Anjing selepas Pengembirian]. Tierärztliche Praxis Ausgabe K: Kleintiere / Heimtiere (dalam bahasa Jerman). Thieme. 18 (1): 69–75. ISSN 2567-5842. PMID 2326799. S2CID 44925745.
- ^ "Top 10 Reasons to Spay or Neuter Your Pet" [10 Sebab Teratas untuk Mengembirikan atau Meneuterkan Haiwan Peliharaan Anda] (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Pencegahan Kekejaman terhadap Haiwan Amerika Syarikat. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Disember 2013. Dicapai pada 14 November 2025.
- ^ a b Morrison, Wallace B. (15 Jun 1998). Cancer in Dogs and Cats: Medical and Surgical Management [Kanser pada Anjing dan Kucing: Pengurusan Perubatan dan Surgeri] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat: Lippincott Williams & Wilkins. ISBN 9780683061055. OCLC 751352869.
- ^ Arnold, Susi (1997). "Harninkontinenz bei kastrierten Hündinnen, Teil 1. Bedeutung, Klinik und Ätiopathogenese = Urinary incontinence in castrated bitches. Part 1: Significance, clinical aspects and etiopathogenesis" [Inkontinens kencing pada anjing betina kembiri. Bahagian 1: Kepentingan, aspek klinikal, dan etiopatogenesis]. Schweizer Archiv für Tierheilkunde (dalam bahasa Jerman). Gesellschaft Schweizer Tierärztinnen und Tierärzte. 139 (6): 271–276. ISSN 1664-2848. PMID 9411733. S2CID 22195210.
- ^ Johnston, Shirley D.; Kamolpatana, Kaitkanoke; Root Kustritz, Margaret Viola; Johnston, Gary Robert (6 Jun 2000). "Prostatic disorders in the dog" [Kecelaruan prostat pada anjing]. Animal Reproduction Science (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 60–61: 405–415. doi:10.1016/S0378-4320(00)00101-9. ISSN 1873-2232. PMID 10844211. S2CID 5555634.
- ^ "The Negative Aspects of Neutering" [Aspek Negatif Peneuteran] (dalam bahasa Inggeris). DogtorJ.com. Dicapai pada 21 Mei 2013.
- ^ Bailey, Pat (13 Februari 2013). "Golden retriever study suggests neutering affects dog health" [Kajian anjing pengutip keemasan mencadangkan bahawa peneuteran menjejaskan kesihatan anjing] (dalam bahasa Inggeris). Universiti California, Davis. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Disember 2013. Dicapai pada 21 Mei 2013.
- ^ Sanborn, Laura J. (14 Mei 2007). "Long-Term Health Risks and Benefits Associated with Spay / Neuter in Dogs" [Risiko Kesihatan Jangka Panjang dan Faedah yang Dikaitkan dengan Kembiri / Neuter pada Anjing] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). National Animal Interest Alliance. Dicapai pada 21 Mei 2013.
- ^ Moore, George Edward; Guptill-Yoran, Lynn F.; Ward, Michael Patrick; Glickman, Nita W.; Faunt, Karen K.; Lewis, Hugh Bilson; Glickman, Lawrence T. (1 Oktober 2005). "Adverse events diagnosed within three days of vaccine administration in dogs" [Peristiwa-peristiwa buruk yang didiagnosis dalam tempoh tiga hari pemberian vaksin pada anjing]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 227 (7): 1102–1108. doi:10.2460/javma.2005.227.1102. ISSN 1943-569X. PMID 16220670. S2CID 8625559.
- ^ a b "Gonadectomy resources for veterinarians" [Sumber gonadektomi untuk doktor haiwan] (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Januari 2021. Dicapai pada 14 November 2025.
- ^ Khalsa, Ji (19 September 2019). "A New Perspective on Determining Best Age of Spay or Neuter" [Perspektif Baharu tentang Penentuan Usia Terbaik bagi Pengembirian atau Peneuteran] (dalam bahasa Inggeris). Midwoofery. Dicapai pada 14 November 2025.
- ^ a b Beaver, Bonnie Veryle Gustafson (1999). Canine Behavior: A Guide for Veterinarians [Tingkah Laku Anjing: Panduan untuk Doktor Haiwan] (dalam bahasa Inggeris). Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat: Saunders. ISBN 9780721659657. OCLC 38890835.
- ^ Borchelt, Peter L. (Mac 1983). "Aggressive behavior of dogs kept as companion animals: Classification and influence of sex, reproductive status and breed" [Tingkah laku agresif anjing yang dibela sebagai haiwan pendamping: Pengelasan dan pengaruh jantina, status pembiakan, dan baka]. Applied Animal Ethology (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 10 (1–2): 45–61. doi:10.1016/0304-3762(83)90111-6. ISSN 0304-3762. S2CID 143978347.
- ^ Ward, Mat (2010). "Neutering Male Dogs - the Behavioural Effects of Castration" [Meneuterkan Anjing Jantan - Kesan Tingkah Laku daripada Pengembirian] (dalam bahasa Inggeris). Association of Pet Behaviour Counsellors. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Disember 2016. Dicapai pada 14 November 2025.
- ^ a b O'Farrell, V.; Peachey, E. (Disember 1990). "Behavioural effects of ovariohysterectomy on bitches" [Kesan tingkah laku daripada ovariohisterektomi pada anjing betina]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 31 (12): 595–598. doi:10.1111/j.1748-5827.1990.tb00701.x. ISSN 1748-5827. S2CID 72998664.
Bacaan lanjut
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pembiakan kanin |
- Schatten, Heide; Constantinescu, Gheorghe M. (2 Jun 2008). Comparative Reproductive Biology [Biologi Pembiakan Bandingan] (dalam bahasa Inggeris). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley. ISBN 9780470390252. OCLC 437219650.
- Siegal, Mordecai, penyunting (25 Oktober 1995). UC Davis School of Veterinary Medicine Book of Dogs: A Complete Medical Reference Guide for Dogs and Puppies [Buku Anjing Sekolah Perubatan Veterinar UC Davis: Panduan Rujukan Perubatan Lengkap untuk Anjing dan Anak Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). New York, New York, Amerika Syarikat: HarperCollins. ISBN 9780062701367. OCLC 32589720.








