


Jenis anjing ialah kategori umum bagi anjing bela jinak berdasarkan bentuk, fungsi, gaya kerja, zuriat, atau penampilan. Sesetengah jenis anjing mungkin merupakan jenis anjing yang disesuaikan secara setempat (atau landrace) yang mungkin mempunyai ciri visual anjing baka tulen moden. Sebaliknya, "baka anjing" moden setegasnya mematuhi piawaian baka yang lama berasas,[a] yang bermula dengan ternakan pembiakbakaan asasi berdokumen yang mengongsi set bersama bagi ciri boleh waris,[1][2] yang dikembangkan oleh kelab kenel bereputasi bertahan lama yang mengiktiraf anjing berkenaan sebagai baka tulen.
"Jenis anjing" dapat dirujuk secara meluas, seperti gundog, atau secara lebih spesifik, seperti spaniel. Anjing yang diasuh dan dilatih untuk keupayaan kerja spesifik dan bukan pula penampilan mungkin tidak menyerupai anjing lain yang melakukan kerja sama, atau mana-mana anjing daripada kumpulan baka analog bagi anjing baka tulen.[3][4][5]
Jenis dan baka anjing moden
"Ada kepentingan", pesan Anne Rogers Clark dan Andrew Brace, "untuk tidak mendakwa usia besar untuk baka, walaupun ada kesahihan untuk mendakwa kepurbaan untuk jenis anjing".[6] Percubaan untuk mengelaskan anjing ke dalam 'spesies' berlainan menunjukkan bahawa jenis anjing dapat menjadi agak distingtif, daripada Canis melitaeus anjing riba yang diturunkan daripada anjing peliharaan Rom purba kepada Canis molossus yang malah lebih purba, iaitu jenis Molossus, kepada Canis saultor, iaitu koyok menari golongan pengemis. Jenis-jenis ini cukup seragam untuk kelihatan telah dibiakbakakan secara terpilih, tetapi seperti yang ditulis oleh Raymond Coppinger, "Proses semula jadi, dahulu dan kini, dapat dan memang menghasilkan populasi anjing luar biasa dan seragam, iaitu anjing dengan pengakuran distingtif."[7] Manipulasi manusia adalah sangat tidak langsung. Dalam sangat sedikit kes, maharaja, biara, atau pemburu kaya mungkin mengekalkan susur galur anjing khas, yang daripadanya kini ada anjing Peking, anjing Santo Bernard, dan anjing pemburu rubah.
Pada permulaan abad ke-19, terdapat hanya segelintir anjing yang dikenal pasti sebagai baka, tetapi apabila laga anjing diharamkan di England pada tahun 1835, sukan baharu penunjukan anjing bermula. Bersama-sama dengan sukan ini, muncul peraturan, rekod bertulis, dan buku pembaka tertutup. Peminat anjing mula memperhalus baka daripada pelbagai jenis anjing yang digunakan.[6] Sesetengah jenis lama yang tidak lagi diperlukan untuk kerja (seperti anjing pemburu serigala) dibuat semula dan dihalang daripada kepupusan sebagai anjing pertunjukan dan jenis lama lain pula diperhalus menjadi banyak baka baharu. Kadang-kadang, berbilang baka baharu mungkin dilahirkan dalam perinduk anak anjing sama.[8] Pada tahun 1873, hanya empat puluh baka dan keragaman diketahui;[9] kini, terdapat beratus-ratus baka, kira-kira 400 diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) sahaja. Jenis anjing kini diiktiraf dengan nama kategori Kumpulan atau Seksyen dalam daftar baka anjing. Jenis anjing bernama yang bukan baka anjing masih digunakan bilamana fungsi atau kegunaan adalah lebih penting daripada penampilan, terutamanya untuk penggembalaan atau perburuan, seperti jenis anjing gembala di New Zealand yang diperihalkan mengikut fungsi tepat masing-masing (heading dog, huntaway, stopping dog, dll.—istilah fungsian, bukan semestinya nama baka).[10]
Penggunaan lain perkataan "jenis" untuk anjing
Untuk ahli biologi, "jenis" mengikat nama pada takson. Penggemar anjing menggunakan istilah "jenis baka" dalam erti kata "kualiti (seperti kontur badan dan pembawaan) yang dirasai menunjukkan kecemerlangan pada anggota sesebuah kumpulan".[11] "Jenis baka" adalah spesifik bagi piawaian bertulis setiap baka anjing. Anjing yang hampir menyerupai penampilan yang dibentangkan dalam piawaian dikatakan "typey" ("kejenisan", "berjenis", "mengikut jenis").[12] "Jenis" juga digunakan untuk merujuk "anjing daripada susur galur berasas", iaitu gaya anjing yang boleh dikenal pasti dalam "jenis baka", biasanya daripada kenel spesifik.
Kebolehlatihan dan keberanian
Pada tahun 2011, sebuah kajian mendapati bahawa anjing gembala lebih mudah dilatih berbanding dengan hound, anjing mainan, dan anjing bukan sukan. Anjing sukan lebih mudah dilatih berbanding dengan anjing bukan sukan. Terier adalah lebih berani berbanding dengan hound dan anjing gembala. Baka dengan asal usul purba di Asia atau di Afrika kurang mudah dilatih berbanding dengan baka dalam gugusan gembala/anjing pemburu penglihatan dan baka pemburu. Baka dalam gugusan mastif/terier adalah lebih berani berbanding dengan baka purba, baka dalam gugusan gembala/anjing pemburu penglihatan, dan baka pemburu.[13]
Lihat juga
Catatan
- ^ Setiap baka anjing moden mempunyai "piawaian" bertulis yang secara terperinci memerihalkan aspek penampilannya. Piawaian baka moden ialah asas bagi sukan penunjukan anjing, kerana setiap anjing dibandingkan dengan anjing unggul dalam piawaian bertulis dan anugerah adalah berdasarkan takat keserupaan anjing berkenaan dengan piawaian. Asal usulnya berasal daripada cynegetica Eropah terawal: untuk "anjing pemburu kukuh", lihat Xenophon, dan untuk "jenis betul" anjing pemburu penglihatan bagus, iaitu vertragus, lihat Arrianos.
Rujukan
- ^ Webster's Third New International Dictionary of the English Language, Unabridged [Kamus Bahasa Inggeris Antarabangsa Baharu Ketiga Webster, Tidak Diringkaskan] (dalam bahasa Inggeris). Springfield, Massachusetts, Amerika Syarikat: G&C Merriam Company. 1967. m/s. 274.
A breed is a group of domestic animals related through common ancestors and visibly similar in most characteristics, having been differentiated from others by human influence; a distinctive group of domesticated animals differentiated from the wild type under the influence of man, the sum of the progeny of a known and designated foundation stock without admixture of other blood.
- ^ "Foundation Stock Service" [Khidmat Ternakan Asasi] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 14 Ogos 2025.
- ^ McMasters, Jill. "The Functional Labrador" [Labrador Fungsian] (dalam bahasa Inggeris). Doindogs Kennel. Dicapai pada 14 Ogos 2025.
- ^ "Comparisons of working, conformation, & pets in your breed" [Perbandingan anjing pekerja, anjing pengakuran, dan anjing peliharaan dalam baka anda] (dalam bahasa Inggeris). dog.community. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Julai 2011. Dicapai pada 14 Ogos 2025.
- ^ "If you Are Looking For A HUNTING Dog Know The Difference Between A Show Bred & Field Bred English Springer Spaniel" [Jika Anda Sedang Mencari Anjing PEMBURU, Kenali Perbezaan antara Springerspaniel Inggeris Baka Pertunjukan dengan Springerspaniel Inggeris Baka Padang] (dalam bahasa Inggeris). English Springer Spaniel Field Trials. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Jun 2007. Dicapai pada 14 Ogos 2025.
- ^ a b Rogers Clark, Anne; Brace, Andrew H., penyunting (10 November 1995). The International Encyclopedia of Dogs [Ensiklopedia Antarabangsa tentang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Disumbangkan oleh Renée Sporre-Willes. (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 8. ISBN 9780876056240. OCLC 32697706.
In the strictest sense, dog breeds date back only to the last couple of decades of the nineteenth century, or to more recent decades in this (the twentieth) century but distinct types of dogs have existed centuries earlier.
- ^ Coppinger, Raymond Parke; Coppinger, Lorna (27 Mei 2001). Dogs: A Startling New Understanding of Canine Origin, Behavior & Evolution [Anjing: Pemahaman Baharu Mengejutkan bagi Asal Usul, Tingkah Laku, dan Evolusi Anjing] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Scribner. m/s. 87. ISBN 9780684855301. OCLC 45466125.
- ^ Marvin, John T. (1982). "2. Background and Heritage of the Terrier Family" [2. Latar Belakang dan Warisan Keluarga Terier]. The New Complete Scottish Terrier [Terier Scotland Lengkap Baharu] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 27. ISBN 9780876053065. OCLC 7975535.
- ^ Marvin, John T. (1982). The New Complete Scottish Terrier [Terier Scotland Lengkap Baharu] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 17. ISBN 9780876053065. OCLC 7975535.
- ^ McLintock, Alexander Hare, penyunting (1966). "DOGS, WORKING" [ANJING, PEKERJA]. Te Ara: The Encyclopedia of New Zealand (dalam bahasa Inggeris). Pemerintah New Zealand. Dicapai pada 14 Ogos 2025.
- ^ Webster's Third New International Dictionary of the English Language, Unabridged [Kamus Bahasa Inggeris Antarabangsa Baharu Ketiga Webster, Tidak Diringkaskan] (dalam bahasa Inggeris). Springfield, Massachusetts, Amerika Syarikat: G&C Merriam Company. 1967. m/s. 2476.
qualities (as of bodily contour and carriage) that are felt to indicate excellence in members of a group <won the show with a beagle of superior ~>
- ^ Stern, Jane; Stern, Michael (10 Februari 1997). "Glossary" [Glosari]. Dog Eat Dog: A Very Human Book About Dogs and Dog Shows [Anjing Makan Anjing: Sebuah Buku Sangat Manusiawi tentang Anjing dan Pertunjukan Anjing] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Scribner. m/s. 186. ISBN 9780684822532. OCLC 35723719.
typey: showing the breed characteristics to maximum effect
- ^ Turcsán, Borbála; Kubinyi, Enikő; Miklósi, Ádám (31 Mac 2011). "Trainability and boldness traits differ between dog breed clusters based on conventional breed categories and genetic relatedness" [Trait kebolehlatihan dan trait kegalakan berbeza sesama gugusan baka anjing berdasarkan kategori baka konvensional dan keberkaitan genetik]. Applied Animal Behaviour Science (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 132 (1–2): 61–70. doi:10.1016/j.applanim.2011.03.006. ISSN 1872-9045. S2CID 17728364.