
Anjing pengawal atau anjing penjaga atau anjing pengawas ialah anjing yang digunakan untuk mengawasi dan menjaga orang atau harta benda daripada manusia atau haiwan penceroboh yang tidak diingini.[1][2] Anjing yang dilatih untuk menyerang penceroboh dikenali sebagai anjing penyerang.
Sejarah


Anjing telah digunakan sebagai penjaga sejak zaman purba. Orang Rom kuno pernah menempatkan mozek Cave canem di pintu masuk rumah untuk memberikan amaran kepada pelawat dan penceroboh tentang kehadiran anjing berbahaya di hartanah itu.[3]
Salah satu jenis anjing pertama yang digunakan sebagai penjaga ialah baka tempatan jenis mastif bagi kumpulan yang dikenali sebagai anjing penjaga haiwan ternakan, yang melindungi haiwan ternakan daripada pemangsa besar seperti serigala, beruang, dan harimau bintang.[4] Dalam mitologi Yunani, Orthrus ialah contoh bagi anjing penjaga haiwan ternakan yang terkenal kerana menjaga lembu merah milik Geryon. Di kawasan bandar, sesetengah anjing pengawal purba, seperti bandog yang pupus, dirantai pada waktu siang dan dilepaskan pada waktu malam[5] untuk melindungi harta benda, kem, dan kampung.
Salakan

Anjing pengawal menyalak dengan lantang untuk memaklumkan pemiliknya tentang kehadiran penceroboh dan untuk menakutkan penceroboh.[6]
Anjing penjaga haiwan ternakan kerap cukup besar—100–200 paun (45–91 kg)—dan cukup kuat untuk menyerang dan mengusir pemangsa haiwan ternakan.[4] Anjing pengawal menyalak untuk memberikan amaran kepada tuannya dan untuk memberikan amaran tentang ancaman haiwan atau manusia yang menghampir sebelum memintas penceroboh.
Khususnya, anjing penjaga haiwan ternakan seperti anjing gembala Kangal menggunakan salakan amaran lantang sebagai barisan pertahanan pertama terhadap ancaman anggapan; jika ini tidak menghalang musuh anggapan, paparan lain, seperti serangan acah dan serangan meluru, digunakan. Bagi anjing penjaga haiwan ternakan, bentuk pertahanan proaktif seperti gigitan hanya digunakan jika semua bentuk pencegahan lain gagal.
Jika risikonya adalah daripada manusia penceroboh, anjing sesuai dapat dilatih untuk bersikap agresif terhadap manusia yang tidak dikenali dan kemudian ditambat atau dipagari di kawasan yang ingin dilindungi oleh pemiliknya ketika tidak diawasi oleh pemilik (seperti pada waktu malam).[7]
Baka
Banyak anjing pengawal yang terkenal buat masa ini bermula sebagai anjing ladang tujuan umum, tetapi beransur-ansur berkembang menjadi baka pengawal. Walau bagaimanapun, baka anjing seperti anjing Dobermann dan dogue Brazil dibiakbakakan secara khusus untuk menjaga.[8][9][sumber tidak boleh dipercayai?] Baka anjing pengawal cenderung untuk bersifat teritorial, tidak menyukai orang asing, dominan, dan bersikap pelindung serta setia.
Perundangan
Undang-undang mengenai pemilikan dan penggunaan anjing pengawal berbeza-beza dari negara ke negara.[10][11][1] Di England, perundangan utama yang berkaitan dengan penggunaan anjing pengawal di premis komersial terkandung dalam Akta Anjing Pengawal 1975. Akta itu menyatakan kewajipan kenel dan keperluan untuk memaparkan tanda amaran anjing pengawal di pintu masuk ke tapak.[12]
Lihat juga
- Anjing dalam peperangan
- Anjing pekerja
- Anjing penjaga haiwan ternakan
- Anjing penyerang
- Awas anjing
- Bandog
- Faithful Ruslan
Rujukan
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing pengawal |
- ^ a b "Guard dogs" [Anjing pengawal] (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Alam Sekitar, Tanah, Air, dan Perancangan. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mac 2020. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ "guard dog". Merriam-Webster (dalam bahasa Inggeris). Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ "Pompeii guard dog mosaic back on show" [Mozek anjing pengawal Pompeii kembali dipamerkan] (dalam bahasa Inggeris). BBC News. 27 Julai 2015. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ a b "Livestock Guardian Dogs and Their Care in Winter" [Anjing Penjaga Haiwan Ternakan dan Penjagaannya pada Musim Sejuk] (dalam bahasa Inggeris). Kementerian Pertanian, Makanan, dan Hal Ehwal Luar Bandar. Mac 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mei 2019. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ Beilby, Ralph (1792). A General History of Quadrupeds [Sejarah Umum Kuadruped] (dalam bahasa Inggeris). Diilustrasi oleh Thomas Bewick. (ed. ke-3). Newcastle upon Tyne, United Kingdom: S. Hodgson, R. Beilby, & T. Bewick. OCLC 7326995.
- ^ Clayden, Paul, penyunting (1 Mei 2011). The Dog Law Handbook [Buku Panduan Undang-undang Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). London, United Kingdom: Sweet & Maxwell. m/s. 46. ISBN 9780414048188. OCLC 726597754.
- ^ Tierney, John (11 Jun 2011). "For the Executive With Everything, a $230,000 Dog to Protect It" [Untuk Eksekutif dengan Semuanya, Anjing $230,000 untuk Melindunginya] (dalam bahasa Inggeris). The New York Times. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ "Breed History" [Sejarah Baka] (dalam bahasa Inggeris). Doberman Pinscher Club of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Julai 2019. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ "Brazilian Dogo - Working Dog Breed" [Dogue Brazil - Baka Anjing Pekerja] (dalam bahasa Inggeris). Animals Adda. 19 April 2018. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ "Guard Dogs Act 1975" [Akta Anjing Pengawal 1975] (dalam bahasa Inggeris). Legislation.gov.uk. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ "Permits and Housing of Guard Dogs - 6.10" [Permit dan Penempatan Anjing Pengawal - 6.10] (dalam bahasa Inggeris). Pemerintah Colorado. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mei 2019. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ "Guard Dogs Act 1975" [Akta Anjing Pengawal 1975] (dalam bahasa Inggeris). Legislation.gov.uk. Dicapai pada 8 Jun 2024.