| Nama lain |
| ||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Negara asal | Sepanyol | ||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
| Anjing (Canis lupus familiaris) | |||||||||||||||||||||
Guicho[a] atau quisquelo[b] ialah satu baka anjing pemburu sarang arnab kecil tradisional Sepanyol dari komuniti berautonomi Galicia di Sepanyol barat laut. Ia diiktiraf oleh Kementerian Pertanian, Perikanan, dan Makanan dan oleh Pemerintah Galicia, tetapi bukan oleh Real Sociedad Canina de España.[3][4][5]
Ia merupakan salah satu daripada empat baka anjing tradisional Galicia, yang lain merupakan can de palleiro, anjing penuding Galicia, dan podengo Galicia.[6]
Sejarah
Guicho ialah baka anjing pemburu sarang arnab tradisional dari komuniti berautonomi Galicia. Ia diiktiraf secara rasmi oleh Pemerintah Galicia pada April 2001;[4] ia menerima pengiktirafan kebangsaan melalui dekri diraja pada Mei tahun sama.[3] Buku pembaka diasaskan pada masa sama; buku ini diselenggarakan oleh persatuan baka, iaitu Club de Raza do Can Guicho ou Quisquelo ("Kelab Baka Can Guicho atau Quisquelo").[6]
Guicho tertabur di serata Galicia, tetapi terutamanya di Provinsi Ourense dan di Provinsi Pontevedra.[1]:528
Sehingga pengiktirafannya pada tahun 2001, ia hampir dengan kepupusan. Status pemuliharaannya diperihalkan pada tahun 2009 sebagai status "dalam bahaya kepupusan", tetapi semakin bertambah baik.[1]:528 Banci anjing di Comarca O Deza dan di Comarca Tabeirós – Terra de Montes di Pontevedra pada tahun 2024 mendapati 309 ekor anjing, atau kira-kira 2% daripada semua anjing, yang dikenal pasti mengikut baka dalam banci.[7] Pada tahun 2025, guicho disenaraikan oleh Real Sociedad Canina de España antara baka dalam proses pemulihan.[5]
Ciri
Guicho ialah anjing kecil: berat badan berkisar dalam lingkungan 6–8 kg (13–18 lb) untuk betina dan 8–10 kg (18–22 lb) untuk jantan dan ketinggian pada paras kelasa berbeza-beza dalam lingkungan 30–38 cm (12–15 in) untuk betina dan 34–42 cm (13–17 in) untuk jantan; betina pada umumnya agak lebih kecil dan lebih langsing daripada jantan.[2][6][3] Lapis bulunya mungkin berwarna padu, daripada warna pasir kepada coklat atau hati; atau mungkin dwiwarna, triwarna, atau sabel.[2]
Kegunaan
Guicho ialah anjing pemburu sarang arnab dan digunakan terutamanya untuk pemburuan arnab di pergunungan Galicia. Ia juga dapat digunakan untuk memburu rubah atau untuk mengesan kehadiran babi hutan.[1]:527
Catatan
Rujukan
- ^ a b c d Fernández Rodríguez, Miguel; Gómez Fernández, Mariano; Delgado Bermejo, Juan Vicente; Belmonte, Silvia Adán; Jiménez Cabras, Miguel, penyunting (1 Oktober 2009). Guía de campo de las razas autóctonas españolas [Panduan Lapangan Baka Anjing Autokton Sepanyol] (dalam bahasa Sepanyol). Madrid, Sepanyol: Kementerian Alam Sekitar dan Persekitaran Luar Bandar dan Laut. ISBN 9788449109461. OCLC 804450785.
- ^ a b c d e f "Guicho ou Quisquelo" [Guicho atau quisquelo] (PDF) (dalam bahasa Galicia). Pemerintah Galicia. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 16 Ogos 2012. Dicapai pada 30 Ogos 2025.
- ^ a b c Cañete, Miguel Arias (14 Jun 2001). "Real Decreto 558/2001, de 25 de mayo, por el que se regula el reconocimiento oficial de las organizaciones o asociaciones de criadores de perros de raza pura" [Dekri Diraja 558/2001, pada 25 Mei, yang mengatur pengiktirafan rasmi bagi pertubuhan-pertubuhan atau persatuan-persatuan pembiak baka anjing baka tulen.] (PDF). Boletín Oficial del Estado (dalam bahasa Sepanyol) (142).
- ^ a b Diz Guedes, Juan Miguel (11 Mei 2001). "Orde do 26 de abril de 2001 pola que se fai público o estándar racial do Guicho ou Quisquelo e se crea o libro xenealóxico da raza" [Perintah pada 26 April 2001 yang dengannya piawaian baka guicho atau quisquelo diumumkan dan buku genealogi baka ini diwujudkan] (PDF). Diario Oficial de Galicia (dalam bahasa Galicia) (91): 6338–6343.
- ^ a b "Razas Españolas" [Baka Sepanyol] (dalam bahasa Sepanyol). Real Sociedad Canina de España. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Julai 2025. Dicapai pada 30 Ogos 2025.
- ^ a b c "Guicho ou Quisquelo" [Guicho atau quisquelo] (dalam bahasa Galicia). Pemerintah Galicia. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Julai 2013. Dicapai pada 31 Mac 2024.
- ^ Loño, Alfonso (10 November 2024). "Más de 34.000 ladridos" [Lebih daripada 34,000 salakan] (dalam bahasa Sepanyol). Vigo, Sepanyol: Faro de Vigo. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 November 2024. Dicapai pada 30 Ogos 2025.








