
Anjing pencarian dan penyelamatan, anjing mencari dan menyelamat, anjing carilamat, atau anjing SAR ialah anjing yang dilatih untuk bergerak balas terhadap kejadian jenayah, kemalangan, peristiwa orang hilang, serta bencana alam atau bencana buatan manusia.[1] Anjing ini mengesan bau manusia, yang merupakan bau tersendiri serpihan kulit dan rembesan air dan minyak yang unik untuk setiap orang[1][2] dan telah diketahui menemukan orang di bawah air, salji, dan bangunan runtuh, serta mayat yang tertimbus di bawah tanah.[3][4] Anjing carilamat ialah bantuan tidak invasif di lokasi manusia, sama ada hidup atau mati.[4]
Anjing kadaver
Anjing kadaver ialah anjing pekerja pencarian dan penyelamatan, yang dilatih secara khusus untuk menemukan bau pereputan, yang spesifik untuk pereputan manusia.[5][6] Anjing kadaver, yang juga dikenali sebagai anjing pengesan mayat manusia (human remains detection dog, HRDD), digunakan dalam konteks forensik untuk menghidu dan menemukan mayat manusia, yang dapat termasuk yang tertimbus, tersembunyi, atau lebih tua, serta bahagian badan, tinggalan rangka, dan tanih yang tercemar dengan bendalir penguraian.[5][7][8][9] Berbeza dengan jenis anjing penjejak lain yang menggunakan bau di atas tanah atau pada item spesifik, anjing kadaver dilatih untuk menemukan kedua-dua bau atas tanah dan bau bawaan udara, dan memberitahu tentang kawasan dengan kepekatan bau tertinggi.[5][7]
Di Croatia, anjing sedemikian telah digunakan untuk menemukan tapak pengebumian berusia hampir 3000 tahun.[10] Yang lebih terkini, HRDD telah digunakan di Kanada dan di Amerika Syarikat untuk menemukan kubur tidak bertanda bagi kanak-kanak Peribumi di sekeliling bekas tapak sekolah asrama.[11] Penguat kuasa undang-undang, pemeriksa perubatan, dan ahli antropologi kerap bekerja dengan rapat dengan anjing kadaver dan pengendalinya, untuk menyelaraskan pencarian dan bukti dan/atau pemerolehan jasad.[5]
Sejarah

Seawal abad ke-17, anjing Santo Bernard digunakan oleh para rahib di Hospis Santo Bernard di Pergunungan Alp Switzerland, untuk mencari dan menyelamatkan pengembara tercedera atau sesat atau mencari mayat mereka.[2][12] Walau bagaimanapun, anjing pencarian dan penyelamatan rasmi tidak pertama kali didokumenkan untuk kegunaan sehingga Perang Dunia Pertama, apabila anjing terlatih tentera digunakan untuk menemukan askar tercedera.[1][2][12] Semasa Perang Dunia Kedua, anjing ini digunakan oleh Angkatan Tentera British untuk menemukan orang yang tertimbus di bawah runtuhan.[2]
Sejarah anjing kadaver adalah lebih terkini. Pada tahun 1808, seekor anjing tidak terlatih memaklumkan tentang bangsal seorang suspek pembunuhan, yang membawa kepada penemuan mayat dua orang wanita hilang.[13] Walau bagaimanapun, penggunaan pertama anjing yang dilatih secara eksklusif untuk pencarian kadaver dalam kerja kes forensik tidak berlaku sehingga tahun 1974 oleh Polis Negeri New York, apabila mereka menyiasat homisid di Kaunti Oneida, yang melibatkan berbilang mangsa yang dikebumikan di kawasan hutan besar.[5] Dari situ, program pelatihan dibangunkan dan kini anjing kadaver pakar dilatih dan diselenggara oleh pertubuhan polis, serta banyak pasukan anjing pencarian sukarela.[5]
Pemilihan anjing

Baka anjing lazim yang digunakan untuk kerja pencarian dan penyelamatan termasuk anjing gembala Jerman, anjing pengutip Labrador, collie sempadan, dan anjing pengutip keemasan.[2][14] Paling kerap, anjing baka tulen dipilih, kerana ini membolehkan pemahaman lebih jelas tentang potensi kebolehan kerjanya dan kemungkinan masalah genetik.[2] Anjing individu dipilih untuk tingkah laku yang berkaitan dengan kerja lapangan berjaya, yang dapat termasuk yang berikut, tetapi tidak terbatas kepada hanya yang berikut:
- Kebolehgaulan dan perangai baik[2][5][15]
- Dorongan pemangsa kuat[5][1]
- Kecerdasan[2]
- Daya ketahanan[2][5]
- Ketangkasan[1][8]
- Kebolehsuaian terhadap persekitaran baharu[5]
- Keberanian[15]
- Keingintahuan[2]
Ciri fizikal, seperti lapis bulu dan stamina, juga diambil kira semasa memilih anjing sesuai untuk pekerjaan ini.[2][5]
Pelatihan
Banyak kaedah pelatihan yang digunakan dalam pelatihan carilamat adalah berdasarkan kaedah yang dibangunkan untuk melatih anjing tentera semasa Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.[16] Pelatihan anjing pencarian biasanya bermula semasa anjing berkenaan masih anak anjing.[5] Pelatihan bermula dengan "permainan bau" semasa anak anjing berusia 10–12 minggu.[5] Kegiatan "sorok-sorok" diperkenalkan semakin anjing menua, untuk mensimulasikan orang yang hilang dalam bencana.[17] Kebanyakan anjing carilamat, tanpa mengira tugas, meluangkan masa sekitar 12–18 bulan dalam latihan, selama 20 jam atau lebih seminggu.[1] Sesetengah negeri di Amerika Syarikat mensyaratkan perakuan sebelum anjing dikerahkan.[1]
Komponen penting bagi pelatihan adalah berdasarkan pembelajaran haiwan dan tumpuan pada pengulangan dan ganjaran.[5] Sesetengah latihan asas termasuk:
- Sosialisasi: Anjing dibawa ke dalam persekitaran awam dan didedahkan kepada pelbagai pengalaman dan orang.[1]
- Kepatuhan: Takat kebaikan gerak balas anjing terhadap arahan adalah penting, kerana banyak kerja carilamat dijalankan tanpa cawak.[1]
- Rupa bumi: Pendedahan kepada rupa bumi yang mencabar dan dielakkan secara semula jadi adalah perlu untuk pelatihan anjing carilamat, kerana semasa menjalankan tugas ia dikehendaki bergerak dengan berhati-hati dan pasti di kawasan yang mengandungi, sebagai contoh, runtuhan dan tanah tidak rata atau merekah.[1]
- Tingkah laku: Pengganjaran dan penandaan tekal bagi tingkah laku yang diingini adalah perlu untuk memastikan anjing berprestasi baik pada setiap peringkat latihan sebelum lanjut dan juga memperkukuh kesudahan yang diingini.[5]
Amaran

Anjing dalam latihan akan membangunkan amaran, iaitu tingkah laku yang dapat ditafsir oleh pengendalinya apabila anjing telah menemukan sumber bau.[18][19] Tingkah laku ini dapat menjadi pasif, aktif, atau kedua-duanya.[20] Penunjukan pasif mungkin termasuk kuitan dan penahanan muncung atau duduk, sementara penunjukan aktif mungkin melibatkan salakan, garuan, atau penggalian.[20]
Alat bantu pelatihan
Sumber bau yang digunakan untuk melatih anjing carilamat dikenali sebagai alat bantu pelatihan.[5] Alat bantu sama ada merupakan sumber bau semula jadi atau buatan.[5] Alat bantu semula jadi lazim merupakan yang berikut:
- Daging manusia: sumber bau paling tulen yang dapat diperoleh segar-segar atau di pelbagai peringkat pereputan. Walau bagaimanapun, oleh sebab pertimbangan etika dan perundangan, ini sukar diperoleh.[5]
- Darah manusia: satu lagi sumber bau tulen yang dapat dituakan ke peringkat berlainan putrefaksi, dapat mensimulasikan tempat kejadian jenayah dan ditanam.[5]
- Sampel tanih: tanih yang digali dari tapak mayat mengandungi hasil sampingan pereputan yang membantu untuk pelatihan, tetapi perlu digali dari tapak pengebumian sah.[5]
- Adiposera: hasil sampingan daripada pereputan dalam persekitaran basah yang merupakan sumber bau tulen, tetapi memerlukan mayat untuk diperoleh.[5]
Alat bantu buatan lazim termasuk:
- Putresina dan kadaverina: sebatian kimia yang digunakan untuk peneraan anjing kadaver, serupa dengan yang diwujudkan semasa proses pereputan semula jadi.[5]
- Badan Distres Semu Sigma (Sigma Pseudo Distressed Body): mensimulasikan bau mangsa hidup tidak responsif.[5]
Alat bantu berbau ini dapat ditempatkan pada mainan, di dalam bekas, atau di dalam tiub, yang kemudiannya lazimnya ditempatkan di dalam blok konkrit dan digunakan untuk melatih anjing carilamat.[5] Oleh sebab bau manusia hidup kesemuanya adalah unik, alat bantu pelatihan untuk anjing carilamat mesti dirombak dan diubah semasa pelatihan.[21]
Dalam pelatihan, anjing mesti menunjukkan kesanggupan untuk bekerja walaupun terdapat gangguan, kawalan perintah betul, dan keupayaan untuk belajar melalui pengukuhan ganjaran positif.[14] Terdapat banyak kaedah pelatihan berlainan yang tersedia dan untuk semua jenis berlainan carilamat dan setiap satu akan berfungsi dengan lebih baik dengan sesetengah anjing dan tidak sedemikian baik dengan yang lain.[5] Ada kepentingan untuk pengendali untuk memilih kaedah yang paling sesuai untuk anjing mereka, sambil memastikan bahawa mereka mengikuti 3 prinsip utama: "Kesabaran, ketabahan, dan pujian".[5]
Sebaik pasukan dilatih, kemahiran dan kekompetenan mesti dipertahankan dengan latihan nalar dan latihan tambahan.[5][22] "Latihan penyelenggaraan" diperlukan untuk mencegah kemerosotan prestasi penghiduan dan tingkah laku amaran kuat.[22][23][24]
Pelatihan anjing kadaver
Pelatihan anjing kadaver adalah lebih spesifik dan, sebagai tambahan kepada latihan carilamat nalar, memerlukan pendedahan nalar dan berulang kepada bau sasaran.[5][25] Dalam kes anjing kadaver, bau ini ialah bendalir pereputan semula jadi atau sintetik.[5] Gigi manusia juga digunakan.[21][26] Sebaik-baiknya, anjing yang dilatih untuk penentuan lokasi kadaver mempunyai pengalaman pencarian bau terdahulu.[5] Anjing kadaver yang dilatih dengan betul memelihara mayat manusia, kerana ia tahu untuk tidak mengutip atau menggalinya.[6] Alat bantu pelatihan dapat termasuk gabungan bahan kimia bau pereputan olok-olok, bangkai haiwan, dan mayat manusia.[5][27] Apabila bangkai haiwan digunakan, ini adalah untuk "memastikan" bahawa anjing tidak memberikan amaran mengenai bangkai haiwan. Ini ialah komponen kritikal dalam pelatihan anjing kadaver.
Pengendali

Anjing carilamat tidak bekerja sendirian.[28] Kebanyakan pasukan carilamat terdiri daripada pengendali sukarela dan anjing peliharaan peribadi mereka, yang juga merupakan pasangan kerja mereka.[1] Tanggungjawab utama pengendali adalah untuk memastikan bahawa anjing kekal selamat, beroperasi, dan dalam keadaan sihat.[28] Supaya anjing carilamat menjadi seberkesan yang termampu, ia mesti dipasangkan dengan pengendali yang sama terlatih dengan baik di lapangan, yang berkemampuan dan kenal dengan bahasa gerak-geri dan amaran anjing berkenaan.[2][5]
Ciri dan kemahiran penting pada pengendali termasuk:
- Cergas secara fizikal[2][5]
- Pengetahuan boleh terap tentang pelatihan anjing[5]
- Ikatan kuat dengan anjing[5]
- Kemahiran kerja berpasukan dan kerjasama bagus[5]
- Mampu melaksanakan tugas penyimpanan rekod tepat[5]
- Kemahiran dalam pertolongan cemas anjing dan manusia[2]
- Kemandirian di belantara[2]
- Kebiasaan dengan tingkah laku orang hilang[2]
Untuk pencarian kadaver, pengendali juga mesti mempunyai kefahaman tentang:
- Pengeluaran bau bendalir pereputan[28]
- Cara bau bersebar dalam persekitaran berlainan[28]
- Penjelasan kepada mahkamah dan pengkuat kuasa undang-undang tentang cara anjing melaksanakan tugas[28]
Walaupun penentuan lokasi sebenar bagi sesuatu bau bergantung pada anjing carilamat, paras kekompetenan pengendali adalah genting dalam operasi carilamat.[22] Tanggungjawab terletak pada pengendali untuk betul-betul mengecam dan menyahut amaran anjing atau perubahan tingkah laku ke arah bau untuk menemukan sumber bau.[5][22] Kegagalan untuk menyahut amaran dapat mengakibatkan keterlepasan sumber bau sasaran, yang bermaksud bahawa orang, kadaver, atau mayat mungkin tidak ditemukan.[22] Sebaliknya, kesilapan pengenalpastian tingkah laku anjing sebagai amaran mungkin membawa kepada pengenalpastian lokasi palsu.[22] Sebaik-baiknya, anjing bekerja dengan hanya seorang pengendali sepanjang tempoh kerjayanya, daripada latihan sebagai anak anjing sehingga persaraan, dan penugasan semula ialah senario pilihan terakhir, kerana ini menamatkan semua kerja dengan pengendali terdahulu.[22][29] Komunikasi antara anjing dengan pengendalinya kerap halus dan bukan lisan, lalu menyukarkan pengendali lain untuk membaca dan faham.[2]
Batasan
Faktor persekitaran dapat banyak mempengaruhi prestasi carilamat.[30] Suhu, arah angin, kelajuan angin, dan kelembapan kesemuanya mempengaruhi cara bau bergerak melalui udara dan mungkin mewujudkan bau tidak tekal untuk dijejaki oleh anjing.[12][30] Jenis tanih juga mempengaruhi pencarian.[5] Tanih berpasir atau kering, sebagai contoh, lebih berkemungkinan membolehkan keterlepasan bau berbanding dengan tanah liat atau tanih basah.[5] Pertumbuhan tumbuhan lebat juga mungkin mencegah anjing daripada dapat meninjau kawasan.[5] Ciri fizikal pada individu hilang juga mungkin mempengaruhi pencarian, kerana orang dewasa lebih besar memberikan bau lebih banyak berbanding dengan bayi kecil, yang bermakna bahawa kebolehan untuk menjejak bau berbeza-beza, bergantung pada individu yang sedang dicari.[5] Selain itu, jika orang berkenaan berpakaian atau berbalut semasa menghilang atau meninggal dunia, ini mungkin mencegah keterlepasan bau atau pereputan perlahan, yang menjadikan bau lebih sukar untuk dijejak oleh anjing carilamat.[5]
Bahan kimia, seperti petroleum, yang dapat mempengaruhi ketepatan penjejakan bau oleh anjing, adalah lazim dalam adegan carilamat.[2] Ada kepentingan bahawa anjing diberi masa untuk menyesuaikan diri terhadap persekitaran sebelum memulakan tugas dan bahawa pengendali menyedari sebarang kemungkinan bahan kontaminasi.[2] Oleh sebab pengenalpastian betul bagi lokasi bau bergantung pada kedua-dua penjejakan bau anjing dan tafsiran pengendali bagi isyarat, terdapat kemungkinan bahawa pengendali dapat salah mentafsir atau gagal mengecam amaran.[5] Selain itu, oleh sebab anjing adalah tidak sempurna, ia juga rentan terhadap keadaan buruk, dengan punca seperti penyakit fizikal atau kegagalan untuk menyesuaikan diri terhadap persekitaran penjejakan.[5]
Dari segi piawaian, tiada piawaian semasa untuk menentukan keberkesanan anjing carilamat.[12] Hanya sedikit yang diketahui tentang cara untuk mengoptimumkan prestasi dan keberkesanannya.[31] Buat masa ini, tiada piawaian atau perakuan antarabangsa yang wujud untuk anjing kadaver.[5] Walau bagaimanapun, terdapat ujian kemahiran yang tersedia dan pengendali anjing dapat memperoleh perakuan sebagai saksi pakar di mahkamah.[5]
Pertubuhan

Banyak negara, bandar raya, dan rantau mempunyai pertubuhan pencarian dan penyelamatan yang menggunakan pasukan anjing dan pengendali yang dapat dikerahkan dalam darurat atau bencana. Yang berikut merupakan segelintir pertubuhan terkenal:
- Pertubuhan Anjing Penyelamatan Antarabangsa (IRO) ialah pertubuhan penaung sedunia untuk pelatihan dan pengujian kerja anjing pencarian dan penyelamatan. IRO bekerjasama dengan Kumpulan Penasihat Pencarian dan Penyelamatan Antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk penyelarasan misi bantuan bencana di seluruh dunia.[32]
- National Association For Search And Rescue (NASAR) telah mengasaskan piawaian sukarela untuk pelbagai jenis anjing carilamat.[33]
- FEMA Urban Search and Rescue Task Force, menggunakan pasukan anjing dan pengendali, yang dikerahkan ke tapak darurat dan ke tapak bencana.
- National Disaster Search Dog Foundation (SDF) merekrut dan melatih anjing yang diselamatkan untuk menjadi penyelamat, dengan menggandingkannya dengan first responder di serata Amerika Utara. Pasukan terlatih SDF terus berkhidmat dalam pencarian dalam bencana, menyumbangkan hampir-hampir seperempat daripada jumlah anjing sistem FEMA Urban Search and Rescue, serta penempatan dalam pencarian di belantara, pencarian dalam runtuhan salji, dan kerjaya pengesanan bau lain.
- Dog Operations Unit dalam Special Tasks and Rescue menyokong Polis Australia Selatan dengan penjejakan, pencarian, dan penemuan orang hilang.
- Canadian Search Dog Association ialah pertubuhan kendalian sukarelawan bukan untung bagi pengendali dan anjing yang menjalankan pencarian tempatan dan mengadakan acara pendidikan awam.[34]
Anjing kadaver
Banyak pertubuhan sukarelawan di bandar raya, di negara, dan di rantau di seluruh dunia mengkhususkan diri dalam pencarian oleh anjing kadaver. Yang berikut merupakan segelintir yang ketara:
- OSARVA - Pertubuhan sukarelawan bukan untung yang menyokong pasukan pencarian dan penyelamatan di Ontario, Kanada, dan bekerjasama rapat dengan Polis Provinsi Ontario[35]
- Canadian Search Dog Association - Pertubuhan bukan untung yang melatih anjing untuk pencarian dan penyelamatan dan mendidik orang awam[36]
- Human Remains Detection Dog INTERNATIONAL menetapkan piawaian antarabangsa untuk penggunaan anjing pengesan mayat manusia dalam pencarian mayat manusia.[37]
Anjing terkenal
- Beauty, seekor terier berbulu dawai, ialah seekor anjing pencarian dan penyelamatan semasa Perang Dunia Kedua di England.
- Frida (2009–2022) ialah seekor anjing pengutip Labrador kuning dan anjing pencarian dan penyelamatan untuk Tentera Laut Mexico (SEMAR).
- Jake, seekor anjing pengutip Labrador, ialah seekor anjing pencarian dan penyelamatan yang menangani bencana serangan 11 September (2001) dan Taufan Katrina (2005).
- Orion, seekor anjing Rottweil, membantu menyelamatkan nyawa sekurang-kurangnya 37 orang pada tahun 1999 daripada lemas semasa banjir kilat di Vargas, Venezuela.[38]
- Rex memasuki bangunan terbakar untuk mencari orang terperangkap semasa Perang Dunia Kedua di England.
- Mancs ialah seekor anjing gembala Jerman yang dilatih untuk mencari orang yang tertimbus akibat gempa bumi.
- Anjing Newfoundland tanpa nama yang belajar untuk menolak kanak-kanak ke dalam Sungai Seine pada tahun 1908 supaya ia dapat memperoleh ganjaran bifstik dengan menyelamatkan mereka.[39]
Anjing kadaver terkenal
- Pearl, seekor labrador kuning, dan pengendalinya Jim Suffolk daripada Polis Negeri New York, merupakan contoh tercatat pertama bagi pasukan pencarian dan penyelamatan yang terdiri daripada seekor anjing yang dilatih secara eksklusif dalam pencarian kadaver.[5]
- Buster, seekor anjing pengutip Labrador hitam yang digelar "Sherlock Bones" dan "Wonder Dog", dikenali kerana membantu dalam penemuan bukti baharu dalam kes Black Dahlia.[40]
Dalam cereka
- Siri televisyen PAW Patrol tertumpu pada pasukan anjing carilamat, dengan setiap anjing yang mewakili pekerjaan berbeza.
Lihat juga
- Anjing pekerja
- Kerja hidung
- National Disaster Search Dog Foundation
- Pencarian dan penyelamatan berkuda
- Pertubuhan Anjing Penyelamatan Antarabangsa
Rujukan
- ^ a b c d e f g h i j k Jones, Katherine E.; Dashfield, Karen; Downend, Amanda B.; Otto, Cynthia M. (15 September 2004). "Search-and-rescue dogs: an overview for veterinarians" [Anjing pencarian dan penyelamatan: gambaran keseluruhan untuk doktor haiwan]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 225 (6): 854–860. doi:10.2460/javma.2004.225.854. ISSN 1943-569X. PMID 15485043. S2CID 8587049.
- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s Fenton, Vikki (Ogos 1992). "The use of dogs in search, rescue and recovery" [Penggunaan anjing dalam pencarian, penyelamatan, dan pengutipan]. Journal of Wilderness Medicine (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 3 (3): 292–300. doi:10.1580/0953-9859-3.3.292. ISSN 1545-1534. S2CID 73122872.
- ^ Lockett, Michael S. (4 November 2019). "Keeping a nose out: SEADOGS takes guesswork out of searches" [Memastikan hidung berjaga-jaga: SEADOGS singkirkan kerja agakan daripada pencarian] (dalam bahasa Inggeris). Juneau Empire. Dicapai pada 9 November 2025.
- ^ a b Glavaš, Vedrana; Pintar, Andrea (16 November 2018). "Human Remains Detection Dogs as a New Prospecting Method in Archaeology" [Anjing Pengesan Mayat Manusia sebagai Kaedah Cari Gali Baharu dalam Arkeologi]. Journal of Archaeological Method and Theory (dalam bahasa Inggeris). Springer Science+Business Media. 26 (3): 1106–1124. doi:10.1007/s10816-018-9406-y. ISSN 1573-7764. JSTOR 45216606. S2CID 149830494.
- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z aa ab ac ad ae af ag ah ai aj ak al am an ao ap aq ar as at au av Rebmann, Andrew; David, Edward; Sorg, Marcella H. (29 Ogos 2000). Cadaver Dog Handbook: Forensic Training and Tactics for the Recovery of Human Remains [Buku Panduan Anjing Kadaver: Pelatihan Forensik dan Taktik untuk Pemerolehan Mayat Manusia] (dalam bahasa Inggeris). Boca Raton, Florida, Amerika Syarikat: CRC Press. ISBN 9780849318863. OCLC 44173058.
- ^ a b Morris, Adela; Randolph, Donna (11 Januari 2006). "Evolution of the Historical Human Remains Detection Dog: Choosing the Best Resource" [Evolusi Anjing Pengesan Mayat Manusia Bersejarah: Memilih Sumber Terbaik] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Land of Pure Gold. Dicapai pada 9 November 2025.
- ^ a b Alexander, Michael Ben; Hodges, Theresa K.; Bytheway, Joan A.; Aitkenhead-Peterson, Jacqueline Ann (2 Februari 2015). "Application of soil in Forensic Science: Residual odor and HRD dogs" [Penerapan tanih dalam sains forensik: Bau sisa dan anjing pengesan mayat manusia]. Forensic Science International (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 249: 304–313. doi:10.1016/j.forsciint.2015.01.025. ISSN 1872-6283. PMID 25747330. S2CID 35946958.
- ^ a b Martin, Clément; Diederich, Claire; Verheggen, François Jean (17 Julai 2020). "Cadaver Dogs and the Deathly Hallows—A Survey and Literature Review on Selection and Training Procedure" [Anjing Kadaver dan Rongga-rongga Maut—Tinjauan dan Semakan Kesusateraan ke Atas Tatacara Pemilihan dan Pelatihan]. Animals (dalam bahasa Inggeris). MDPI. 10 (7): 1219. doi:10.3390/ani10071219. hdl:2268/254120. ISSN 2076-2615. PMC 7401519. PMID 32709097. S2CID 221034090.
- ^ Buis, Rebecca C.; Rust, LaTara; Nizio, Katie D.; Rai, Tapan; Stuart, Barbara H.; Forbes, Shari Louise (November 2015). "Investigating the Sensitivity of Cadaver-Detection Dogs to Decomposition Fluid" [Menyiasat Kepekaan Anjing Pengesan Kadaver terhadap Bendalir Pereputan]. Journal of Forensic Identification (dalam bahasa Inggeris). International Association for Identification. 65 (6): 985–997. hdl:10453/37677. ISSN 0895-173X. S2CID 112212706.
- ^ Learn, Joshua Rapp (24 Oktober 2019). "Dogs show a nose for archaeology by sniffing out 3,000 year old tombs" [Anjing tunjukkan hidung untuk arkeologi dengan hidu makam berusia 3,000 tahun] (dalam bahasa Inggeris). The Guardian. Dicapai pada 9 November 2025.
- ^ Patterdale, Sassafras (10 Mei 2022). "What are Cadaver Dogs Teaching Us About History?" [Apakah yang Diajarkan oleh Anjing Kadaver kepada Kita tentang Sejarah?] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 9 November 2025.
- ^ a b c d Greatbatch, Ian; Gosling, Rebecca J.; Allen, Sophie (18 Mei 2015). "Quantifying Search Dog Effectiveness in a Terrestrial Search and Rescue Environment" [Mengkuantitikan Keberkesanan Anjing Pencarian dalam Persekitaran Pencarian dan Penyelamatan Daratan]. Wilderness & Environmental Medicine (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 26 (3): 327–334. doi:10.1016/j.wem.2015.02.009. ISSN 1545-1534. PMID 25998861. S2CID 2028368.
- ^ Hodson, Ray (15 Oktober 2023). "Buster" (dalam bahasa Inggeris). Dog Man Ray. Dicapai pada 9 November 2025.
- ^ a b Hare, Elizabeth; Kelsey, Kathleen M.; Serpell, James Andrew; Otto, Cynthia M. (5 Jun 2018). Hart, Lynette Arnason (penyunting). "Behavior Differences Between Search-and-Rescue and Pet Dogs" [Perbezaan Tingkah Laku antara Anjing Pencarian dan Penyelamatan dengan Anjing Peliharaan]. Frontiers in Veterinary Science (dalam bahasa Inggeris). Frontiers Media. 5. doi:10.3389/fvets.2018.00118. ISSN 2297-1769. PMC 5996094. PMID 29922685. S2CID 46934328. Unknown parameter
|article-number=ignored (bantuan) - ^ a b Mariti, Chiara; Ricci, Eva; Carlone, Beatrice; Moore, Jane Lansdown; Sighieri, Claudio; Gazzano, Angelo (26 Oktober 2012). "Dog attachment to man: A comparison between pet and working dogs" [Ikatan anjing kepada manusia: Perbandingan antara anjing peliharaan dengan anjing pekerja]. Journal of Veterinary Behavior (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 8 (3): 135–145. doi:10.1016/j.jveb.2012.05.006. hdl:11568/246043. ISSN 1878-7517. S2CID 39113662.
- ^ Helton, William S., penyunting (28 April 2009). "Canine Ergonomics: Introduction to the New Science of Working Dogs" [Ergonomi Anjing: Pengenalan kepada Sains Baharu Anjing Pekerja]. Canine Ergonomics: The Science of Working Dogs [Ergonomi Anjing: Sains Anjing Pekerja] (dalam bahasa Inggeris). Boca Raton, Florida, Amerika Syarikat: CRC Press. m/s. 1–16. ISBN 9781420079913. OCLC 226357437.
- ^ Layton, Julia; Gleim, Sarah (16 Disember 2005). "How Search-and-rescue Dogs Work" [Cara Anjing Pencarian dan Penyelamatan Bekerja] (dalam bahasa Inggeris). HowStuffWorks. Dicapai pada 9 November 2025.
- ^ Lit, Lisa; Schweitzer, Julie Beth; Oberbauer, Anita M. (12 Januari 2011). "Handler beliefs affect scent detection dog outcomes" [Kepercayaan pengendali mempengaruhi kesudahan anjing pengesan bau]. Animal Cognition (dalam bahasa Inggeris). Springer Science+Business Media. 14 (3): 387–394. doi:10.1007/s10071-010-0373-2. ISSN 1435-9456. PMC 3078300. PMID 21225441. S2CID 11052140.
- ^ Reeve, Catherine; Wilson, Clara; Hanna, Donncha; Gadbois, Simon (14 April 2021). Olsson, Ingrid Anna Sofia (penyunting). "Dog Owners' Survey reveals Medical Alert Dogs can alert to multiple conditions and multiple people" [Tinjauan Pemilik Anjing mendedahkan bahawa Anjing Amaran Perubatan dapat memberikan amaran tentang berbilang keadaan dan berbilang orang]. PLOS One (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 16 (4). Bibcode:2021PLoSO..1649191R. doi:10.1371/journal.pone.0249191. ISSN 1932-6203. PMC 8046193. PMID 33852599. S2CID 233242236. Unknown parameter
|article-number=ignored (bantuan) - ^ a b "Indication / Alert for the Search Dog" [Penunjukan / Amaran untuk Anjing Pencarian] (dalam bahasa Inggeris). Virginia Search and Rescue Dog Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 April 2024. Dicapai pada 9 November 2025.
A dog can have a passive indication (final behavior) and a very active alert (interest), such as digging or bouncing between source and handler, before offering a final and steady sit at the source.
- ^ a b Simon, Alison; Lazarowski, Lucia; Singletary, Melissa A.; Barrow, Jason; Van Arsdale, Kelly; Angle, Thomas Craig; Waggoner, Lowell Paul; Giles, Kathleen J. (5 Jun 2020). Otto, Cynthia M. (penyunting). "A Review of the Types of Training Aids Used for Canine Detection Training" [Semakan Jenis Alat Bantu Pelatihan yang Digunakan untuk Pelatihan Pengesanan Anjing]. Frontiers in Veterinary Science (dalam bahasa Inggeris). Frontiers Media. 7. doi:10.3389/fvets.2020.00313. ISSN 2297-1769. PMC 7301692. PMID 32596267. S2CID 219327604. Unknown parameter
|article-number=ignored (bantuan) - ^ a b c d e f g DeChant, Mallory Tatum; Ford, Cameron; Hall, Nathaniel James (27 Mei 2020). Hofmeister, Erik (penyunting). "Effect of Handler Knowledge of the Detection Task on Canine Search Behavior and Performance" [Kesan daripada Pengetahuan Pengendali tentang Tugas Pengesanan terhadap Tingkah Laku dan Prestasi Pencarian Anjing]. Frontiers in Veterinary Science (dalam bahasa Inggeris). Frontiers Media. 7. doi:10.3389/fvets.2020.00250. hdl:2346/86620. ISSN 2297-1769. PMC 7266931. PMID 32528982. S2CID 218891399. Unknown parameter
|article-number=ignored (bantuan) - ^ Cablk, Mary E.; Heaton, Jill S. (1 Oktober 2006). "ACCURACY AND RELIABILITY OF DOGS IN SURVEYING FOR DESERT TORTOISE (GOPHERUS AGASSIZII)" [KEJITUAN DAN KEBOLEHHARAPAN ANJING DALAM PENINJAUAN KURA-KURA GURUN (GOPHERUS AGASSIZII)]. Ecological Applications (dalam bahasa Inggeris). Ecological Society of America. 16 (5): 1926–1935. doi:10.1890/1051-0761(2006)016[1926:AARODI]2.0.CO;2. ISSN 1939-5582. JSTOR 40061762. PMID 17069383. S2CID 10094015.
- ^ Cooper, Richard; Wang, Changlu; Singh, Narinderpal (1 Disember 2014). "Accuracy of Trained Canines for Detecting Bed Bugs (Hemiptera: Cimicidae)" [Kejituan Anjing Terlatih untuk Pengesanan Pijat (Hempitera: Cimicidae)]. Journal of Economic Entomology (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 107 (6): 2171–2181. doi:10.1603/EC14195. ISSN 1938-291X. PMID 26470083. S2CID 3621057.
- ^ Rust, LaTara; Nizio, Katie D.; Wand, Matthew Paul; Forbes, Shari Louise (1 Jun 2018). "Investigating the detection limits of scent-detection dogs to residual blood odour on clothing" [Menyiasat batas pengesanan bagi anjing pengesan bau kepada bau darah sisa pada pakaian]. Forensic Chemistry (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 9: 62–75. doi:10.1016/j.forc.2018.05.002. hdl:10453/130611. ISSN 2468-1709. S2CID 135246630.
- ^ Jezierski, Tadeusz; Ensminger, John; Papet, L. E., penyunting (20 April 2016). "Cadaver Detection in Forensic Anthropology and Criminology: An Overview with Personal Notes" [Pengesanan Kadaver dalam Antropologi dan Kriminologi Forensik: Gambaran Keseluruhan dengan Catatan Peribadi]. Canine Olfaction Science and Law: Advances in Forensic Science, Medicine, Conservation, and Environmental Remediation [Sains dan Hukum Penghiduan Anjing: Kemajuan dalam Sains Forensik, Perubatan, Pemuliharaan, dan Pemulihan Alam Sekitar] (dalam bahasa Inggeris). Boca Raton, Florida, Amerika Syarikat: CRC Press. m/s. 273–286. doi:10.1201/b20027-25. ISBN 9780429256998. OCLC 948286132.
- ^ Dargan, Rushali; Samson, Clifford Leonard; Burr, Wesley S.; Daoust, Benoit; Forbes, Shari Louise (13 Julai 2022). Goodpaster, John Vincent (penyunting). "Validating the Use of Amputated Limbs Used as Cadaver Detection Dog Training Aids" [Mengesahkan Penggunaan Anggota Teramputasi yang Digunakan sebagai Alat Bantuan Pelatihan Anjing Pengesan Kadaver]. Frontiers in Analytical Science (dalam bahasa Inggeris). Frontiers Media. 2. doi:10.3389/frans.2022.934639. ISSN 2673-9283. S2CID 250459919 Check
|s2cid=value (bantuan). Unknown parameter|article-number=ignored (bantuan) - ^ a b c d e Stejskal, Susan M. (30 Disember 2022). Death, Decomposition, and Detector Dogs: From Science to Scene [Kematian, Pereputan, dan Anjing Pengesan: Daripada Sains kepada Tempat Kejadian] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Boca Raton, Florida, Amerika Syarikat: CRC Press. m/s. 1–45. ISBN 9781032108308. OCLC 1348102087.
- ^ Abraham, Sarah; Abderhalden, Frances P.; Matusiak, Matthew C. (18 Julai 2022). "Canine/handler relationships: a descriptive mixed-methods analysis of handlers' well-being and stress" [Hubungan anjing/pengendali: analisis kaedah bercampur perihalan bagi kesejahteraan dan stres pengendali]. Policing (dalam bahasa Inggeris). Emerald Group Publishing. 45 (6): 908–923. doi:10.1108/PIJPSM-04-2022-0049. ISSN 1758-695X. S2CID 250576132 Check
|s2cid=value (bantuan). - ^ a b Novák, Karel; Chaloupková, Helena; Bittner, Václav; Svobodová, Ivona; Kouba, Marek (8 Jun 2022). "Factors affecting locomotor activity of search and rescue dogs: The importance of terrain, vegetation and dog certification" [Faktor yang mempengaruhi kegiatan lokomotor bagi anjing pencarian dan penyelamatan: Kepentingan rupa bumi, tumbuh-tumbuhan, dan perakuan anjing]. Applied Animal Behaviour Science (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 253. doi:10.1016/j.applanim.2022.105674. ISSN 1872-9045. S2CID 249526385 Check
|s2cid=value (bantuan). Unknown parameter|article-number=ignored (bantuan) - ^ Riezzo, Irene; Neri, Margherita; Rendine, Marcello; Bellifemina, Alessandro; Cantatore, Santina; Fiore, Carmela; Turillazzi, Emanuela (3 September 2014). "Cadaver dogs: Unscientific myth or reliable biological devices?" [Anjing kadaver: Mitos tidak saintifik atau peranti biologi boleh harap?]. Forensic Science International (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 244: 213–221. doi:10.1016/j.forsciint.2014.08.026. hdl:11369/354617. ISSN 1872-6283. PMID 25264919. S2CID 23531672.
- ^ "Strong Partners" [Pekongsi Kuat] (dalam bahasa Inggeris). Pertubuhan Anjing Penyelamatan Antarabangsa. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Januari 2022. Dicapai pada 10 November 2025.
- ^ "National Association For Search And Rescue" (dalam bahasa Inggeris). National Association For Search And Rescue. Dicapai pada 10 November 2025.
- ^ "Community Involvement" [Penglibatan Komuniti] (dalam bahasa Inggeris). Canadian Search Dog Association. Dicapai pada 10 November 2025.
- ^ "K9" (dalam bahasa Inggeris). Ontario Search and Rescue Volunteer Association. Dicapai pada 10 November 2025.
- ^ "Home" [Laman] (dalam bahasa Inggeris). Canadian Search Dog Association. Dicapai pada 10 November 2025.
- ^ "Willkommen" [Selamat Datang] (dalam bahasa Jerman). Human Remains Detection Dog INTERNATIONAL. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2024. Dicapai pada 10 November 2025.
- ^ "Orión, el perro rescatista en la tragedia de Vargas" [Orión si anjing penyelamatan dalam tragedi Vargas] (dalam bahasa Sepanyol). Últimas Noticias. 11 Disember 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Disember 2014. Dicapai pada 10 November 2025.
- ^ "DOG A FAKE HERO.; Pushes Children Into the Seine to Rescue Them and Win Beefsteaks" [ANJING WIRA PALSU.; Tolak Kanak-kanak ke Dalam Sungai Seine untuk Selamatkan Mereka dan Menangi Bifstik.] (dalam bahasa Inggeris). The New York Times. 2 Februari 1908. Dicapai pada 10 November 2025.
- ^ "The History Of Cadaver Dogs" [Sejarah Anjing Kadaver] (dalam bahasa Inggeris). A Life of Dogs. 30 September 2022. Dicapai pada 10 November 2025.








