Gundog (Sebutan bahasa Melayu: [gandɔg]) atau anjing burung ialah jenis anjing pemburu yang dikembangkan untuk membantu pemburu untuk mencari dan mengutip buruan,[1] biasanya pelbagai unggas yang ditembak semasa terbang. Istilah "anjing pemburu" adalah luas dan merangkumi semua baka dan kemahiran anjing pemburu, tetapi "gundog" merujuk anjing yang dilatih untuk bekerja bersama dengan senjata api lantang semasa pemburuan atau pengutipan buruan.[2] Gundog dibahagikan kepada tiga kategori utama: anjing penuding dan anjing pengutip, seter dan spaniel, dan anjing air.[3][tiada dalam ayat yang diberikan]
Jenis
Terdapat beberapa baka yang digunakan sebagai gundog dengan set kemahiran naluri berlainan untuk setiap baka.[4] Gundog dibahagikan kepada tiga jenis utama: anjing pengutip, anjing penuding, dan anjing air.
Kaedah kerja
Walaupun dikelaskan mengikut kaedah kerja, gundog kerap mempunyai kemahiran melangkaui tugas yang digarisi untuk pengelasannya. Bergantung pada cara pelatihannya, anjing mungkin berguna dalam pelbagai situasi perburuan. Kaedah yang diperihalkan di sini adalah serupa dengan perburuan manusia-anjing sejak berpuluh-puluh ribu tahun dahulu.
Anjing penuding dan seter
Apabila tiba di padang, pengendali kerap mengutus atau mengarahkan anjing dalam bulatan luas. Anjing berpengalaman mencari di tepian padang kerana tahu bahawa burung biasanya ditemukan di sana. Larian lebar ini membantu menghilangkan keghairahan awal anjing berkenaan dan mungkin membantu anjing berkenaan untuk mengasaskan kedudukannya dan membentuk "latar belakang" yang mempunyai bau buruan yang diproses. Anjing itu kemudian mula bekerja berulang-alik, bermula dekat dengan pemburu dan perlahan-lahan menjauh. Anjing itu mengulangi proses ini samil pemburu bergerak melalui padang. Takat kejauhan pergerakan yang diizinkan oleh pengendali kepada anjing itu ialah soal keutamaan peribadi. Apabila sepasang anjing bekerja sebagai satu pasukan, seekor bekerja dekat-dekat manakala seekor lagi berada dalam lingkungan lebih besar. Jika salah seekor anjing menjadi terangsang terhadap burung, anjing lain itu datang untuk membantu. Anjing burung bagus berwaspada terhadap pengendalinya dan terhadap pembawaan anjing lain itu di padang. Kedua-duanya patut bersedia untuk patuh jika pengendali mengutus kedua-dua anjing ke kawasan minat tertentu, seperti longgokan belukar.
Apabila buruan dikesan, anjing membeku, sama ada menuding atau mendekam. Jika ada anjing lain, anjing tersebut juga membeku, sempena "menghormati" tudingan anjing pertama. Anjing penuding kekal tidak bergerak sehingga pemburu berada dalam kedudukan. Pengendali memberikan arahan whoa, lalu mengarahkan anjing itu untuk kekal diam. Hal seterusnya yang berlaku bergantung pada pelatihan anjing itu. Sesetengah jurulatih melatih anjing untuk kekal tidak bergerak sementara pemburu melangkah ke hadapan dan menggarah buruan. Jurulatih lain pula mengarah anjing untuk menggarah buruan dengan arahan seperti get it! ("dapatkannya!"). Anjing penuding cemerlang terhadap burung jenis berkawanan seperti bobwhite, puyuh, dan geros kerana burung ini kekal dalam kedudukan dengan baik, lalu membolehkan pemburu mendekat dan mendapatkan kedudukan.
Jika burung ditembak, anjing tersebut diarah untuk mencari dan mengutip burung tersebut dengan perintah dead bird ("burung mati"), atau hanya dead ("mati").
Anjing (penggarah) air
Apabila memburu buruan tanah tinggi, anjing penggarah (spaniel dan anjing pengutip) bekerja dengan jauh lebih rapat dengan pemburu. Penggarah tidak menjangkau luas wilayah sama seperti anjing penuding kerana penggarah mesti dikekalkan dalam jarak senapang patah. Anjing penggarah kerap digunakan terhadap burung yang berlari daripada pemburu. Terhadap burung seperti pheasant, garahan agresif diperlukan untuk melonjakkan burung itu untuk terbang. Anjing penggarah cemerlang terhadap jenis burung ini kerana tidak menuding burung itu, lalu memberi burung itu sedikit masa untuk melarikan diri di atas tanah. Baka anjing penuding] digunakan terhadap burung sedemikian, tetapi mesti dilatih dengan baik untuk tahu apabila burung yang dituding telah bergerak.
Sebaik burung telah digarah, anjing itu duduk atau "hup" untuk melihat penerbangan burung itu dan menandakan burung jatuh untuk pengutipan. Anjing yang melakukan ini dengan berjaya dirujuk sebagai anjing yang "mantap terhadap sayap dan tembakan". Kemantapan ialah ciri utama spaniel selesai.
Apabila burung ditembak, anjing patut menandakan tempat kejatuhan dan menunggu sehingga diberi perintah untuk mengutip. Setelah diarah, anjing itu berlumba ke titik kejatuhan, mengangkat burung itu, dan mengembalikannya kepada pengendali.
Anjing pengutip
Anjing pengutip biasanya digunakan semasa pemburuan unggas air, walaupun juga dapat digunakan dalam pemburuan burung tanah tinggi juga. Memandangkan majoriti pemburuan unggas air menggunakan bot kecil dalam keadaan musim sejuk, anjing pengutip diharapkan untuk kekal duduk dengan tenang dan senyap sehingga diutus untuk mengutip. Apabila burung bergerak ke dalam jangkauan, anjing pengutip yang terlatih dengan baik memerhatikan dan mengikuti senapang pengendali semasa dia menembak, lalu menandakan dan mengingati setiap burung yang direbahkan. Ini dipanggil "menanda daripada senapang" dan burung rebah dipanggil "tanda". Anjing pengutip kerap diharapkan untuk mengingati lokasi banyak burung rebah dalam sekali duduk sebelum mengutip buruan. Apabila tembakan telah dihentikan, pengendali mengarah anjing untuk mengutip setiap burung yang telah direbahkan. Jika anjing tidak melihat kejatuhan burung itu, anjing pengutip menerima arahan daripada pengendali, yang dapat menggunakan isyarat tangan dan wisel untuk membimbing anjing itu ke arah burung rebah tidak terlihat. Ini dipanggil pengutipan "buta". Semasa hari penempakan biasa, burung tambahan kerap direbahkan semasa anjing itu melakukan pengutipan. Anjing pengutip diajar untuk mengabaikan "lencongan" ini sehingga pengutipan semasa telah diselesaikan. Juga kadang-kadang, berbilang anjing digunakan dalam perburuan dan anjing pengutip juga diajar untuk "menghormati" pengutipan anjing lain dengan kekal tenang dan senyap semasa anjing lain sedang bekerja.
Senarai baka gundog
- Anjing air Portugis
- Anjing air Romagna
- Anjing air Sepanyol
- Barbet
- Anjing berjanggut Czech
- Drentsche patrijshond
- Grifon penuding berbulu dawai
- Kokerspaniel Amerika
- Kokerspaniel Inggeris
- Kooikerhondje Belanda
- Anjing pengutip berbulu keriting
- Anjing pengutip berbulu rata
- Anjing pengutip keemasan
- Anjing pengutip Labrador
- Anjing pengutip pemburu itik Nova Scotia
- Anjing pengutip Teluk Chesapeake
- Anjing penuding berbulu dawai Hungary
- Anjing penuding berbulu dawai Jerman
- Anjing penuding berbulu kasar Jerman
- Anjing penuding berbulu panjang Jerman
- Anjing penuding berbulu pendek Hungary
- Anjing penuding berbulu pendek Jerman
- Anjing penuding besar Münster
- Anjing penuding Bourbonnais[5]
- Anjing penuding Burgos
- Anjing penuding Inggeris
- Anjing penuding Itali
- Anjing penuding kecil Münster
- Anjing penuding Portugis
- Pudel besar
- Pudel tali pintal
- Pudelpointer
- Anjing puyuh Jerman
- Seter Gordon
- Seter Inggeris
- Seter Ireland
- Seter merah dan putih Ireland
- Spaniel air Amerika
- Spaniel air Ireland
- Spaniel Boykin
- Spaniel Bretagne
- Spaniel Clumber
- Spaniel padang
- Spaniel Sussex
- Spinone Itali
- Springerspaniel Inggeris
- Springerspaniel Wales
- Anjing Weimar
Pengelasan kelab kenel
Apabila bertanding dalam pertunjukan pengakuran, kebanyakan kelab kenel, termasuk The Kennel Club mengelompokkan baka gundog pedigri bersama-sama dalam kumpulan gundog sendiri, manakala sesetengah kelab seperti American Kennel Club mengelompokkannya dalam kumpulan sukan.[6][7]
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Definition of GUNDOG". www.merriam-webster.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Mei 2024.
- ^ Lumontod, Patrick (3 Oktober 2017). "12 Types of Hunting Dogs and Which One You Need" [12 Jenis Anjing Pemburu dan Jenis yang Anda Perlukan]. Top Dog Tips (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Mei 2024.
- ^ "Gundog Breeds: Sizes, Personality & Behaviour | Purina" [Baka Gundog: Saiz, Keperibadian, dan Tingkah Laku | Purina]. www.purina.co.uk (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Mei 2024.
- ^ "Gun Dog Care - Caring for Different Dog Breeds" [Penjagaan Gundog - Menjaga Baka Anjing Berlainan]. Purina (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Mei 2024.
- ^ "Breed Profile: Braque d'Auvergne - Gun Dog Magazine" [Profil Baka: Anjing Penuding Auvergne - Gun Dog Magazine] (dalam bahasa Inggeris). 1 Jun 2016. Dicapai pada 27 Mei 2024.
- ^ "Gundog Group" [Kumpulan Gundog]. The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Mei 2024.
- ^ "Sporting Group" [Kumpulan Sukan]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Mei 2024.