Aliakbar Gulasan | |
|---|---|
| Ahli Dewan Undangan bagi Karambunai | |
| Menyandang jawatan 29 November 2025 | |
| Didahului oleh | |
| Majoriti | 365 (2025) |
| Pengerusi Lembaga Koko Malaysia | |
| Dalam jawatan 1 Julai 2020 – 30 September 2021 | |
| Perdana Menteri | |
| Menteri | |
| Didahului oleh | Anyi Ngau |
| Digantikan oleh | Rahimah Majid |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah | |
| ADUN Lantikan | |
| Dalam jawatan 8 Oktober 2020 – 14 November 2025 | |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 8 Februari 1971 Kampung Kota Ayangan, Keningau, Sabah |
| Parti politik | |
| Pasangan | Datin Rohayati Bilmahruf |
| Ibu bapa |
|
| Kediaman | |
| Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Malaysia |
| Pekerjaan | Ahli Akademik |
Datuk Dr. Aliakbar bin Gulasan (Jawi: علي أكبر بن ڬولاسن) (lahir 8 Februari 1971) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Dusun-Bajau-Pakistan. Beliau kini berkhidmat sebagai ADUN Karambunai Dewan Undangan Negeri Sabah. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Latar belakang
Aliakbar dilahirkan di Kampung Kota Ayangan Keningau dan seterusnya menetap di Tenom, Sabah. Beliau anak keempat daripada lapan beradik. Ayah beliau, Gulasan bin Mushall Khan, awalnya bekerja sebagai pemandu kereta penumpang menggunakan kereta Land Rover (Tenom-Keningau). Ayahnya juga mempunyai tanah getah dan koko. Selepas itu, ayahnya juga menjadi pemandu di Jabatan Kerja Raya (JKR) Tenom. Emak beliau, Ruhujah binti Musturullah pula bekerja sebagai suri rumah sepenuh masa[1].
Pendidikan
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan St Anthony Tenom bermula 1978 sebelum melanjutkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah St Anthony Tenom dari Tingkatan 1 hingga 5 (1983-1987). Kemudian beliau meneruskan persekolahan dalam Tingkatan Enam di SMK Gunsanad Keningau (1988-1989).
Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang pengajian Geografi. Selepas itu, beliau meneruskan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hingga lulus Ijazah Sarjana Pengurusan Alam Sekitar pada 1995 dan kemudian meneruskan pengajian di peringkat PhD dalam bidang Geografi Bandar pada 2009[1].
Kerjaya
Selepas berjaya menamatkan pengajian di UKM pada 1995, beliau diterima berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sejak November 1996. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Koko Malaysia ejak 1 Julai 2020[1]. Beliau juga telah dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)
Politik
Pascapemilihan kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia 2021, beliau telah dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat[2].
Kejayaan
Pada Pilihan Raya Negeri Sabah 2025, beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri N16 Karambunai dengan majoriti 365 undi, menewaskan sepuluh calon lain dalam pertandingan sebelas penjuru. Kemenangan tersebut menjadikan beliau wakil rakyat PAS pertama yang dipilih ke Dewan Undangan Negeri Sabah serta kerusi pertama Perikatan Nasional yang dimenangi dalam PRN berkenaan.[3]
Anugerah
Sabah :
Darjah Yang Amat Mulia Kinabalu Pangkat Kedua, Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) - Datuk (2024)
Darjah Yang Amat Mulia Kinabalu Pangkat Ketiga, Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) - 2022
Rujukan
- ^ a b c Utusan Borneo (15 Ogos 2020). "Dr Aliakbar Gulasan, membesar bersama koko". PressReader.
- ^ Nur Fazlizai Ali (November 7, 2021). "Muktamar Pas :Tiga penyandang Naib Presiden Pas kekal". Astro Awani. Dicapai pada 15 November 2021.
- ^ Ishak, Mahani (2025-11-29). "PRN Sabah: Aliakbar menang majoriti 371 undi, ucap terima kasih kepada pengundi Karambunai". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-12-01.
- Kelahiran 1971
- Orang Malaysia berketurunan Pakistan
- Muslim Malaysia
- Anggota Parti Islam Se-Malaysia
- Alumni Universiti Malaya
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16
- Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia
- Ahli politik Malaysia berketurunan Kadazandusun
- Ahli akademik Malaysia
- Ahli akademik Universiti Malaysia Sabah









