Noor Najhan Mohamad Salleh | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Sementa | |
Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
Didahului oleh | Daroyah Alwi (PH–PKR) |
Majoriti | 10,039 (2023) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Noor Najhan bin Mohamad Salleh ![]() |
Kerakyatan | ![]() |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia (PAS) |
Gabungan politik lain | Perikatan Nasional (PN) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Noor Najhan bin Mohamad Salleh ialah seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Sementa sejak Ogos 2023. Beliau merupakan ahli dan Ketua Bahagian Kapar bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS), iaitu sebuah parti komponen dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).[1]
Kerjaya politik
Dalam Pilihan raya negeri Selangor 2023, Noor Najhan telah membuat penampilan sulung dalam pilihan raya apabila dicalonkan oleh Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding di kerusi negeri Sementa. Noor Najhan memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor bagi Sementa buat penggal pertama selepas menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Erni Afrishah Azizi dengan majoriti sebanyak 10,039 undi.[2]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2023 | N43 Sementa | Noor Najhan Mohamad Salleh (PAS) | 32,300 | 59.20% | Erni Afrishah Azizi (PKR) | 22,261 | 40.80% | 54,561 | 10,039 | 79.11% |
Rujukan
- ^ "Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh". Dewan Negeri Selangor. Dicapai pada 20 Januari 2024.
- ^ "Selangor polls: Official Results". New Straits Times. 13 Ogos 2023. Dicapai pada 20 Januari 2024.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Negeri Selangor ke-15". Dicapai pada 5 Oktober 2023.