| Pesuruhjaya PAS Pahang | |
|---|---|
| Anggota bagi | Jawatankuasa Kerja PAS Pusat |
| Institusi | Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang |
| Dilantik oleh | Presiden PAS |
| Penjawat sulung | Mohamed Yassin Salleh (1958–1963) |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Pesuruhjaya PAS Pahang ialah jawatan dan gelaran bagi pengerusi jawatankuasa perhubungan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di negeri Pahang. Jawatan ini dilantik oleh Presiden Parti Islam Se-Malaysia sebagaimana diperuntukkan dalam perlembagaan parti tersebut..
Senarai
Berikut merupakan senarai Pesuruhjaya PAS Pahang sejak 1958[1][2][3]:
| # | Nama | Tempoh khidmat | Catatan |
|---|---|---|---|
| Pesuruhjaya PAS Daerah Pantai Timur | |||
| 1 | Mohd Asri Muda | 1954 - 1955 | |
| Pesuruhjaya PAS Pahang | |||
| 1 | Mohamed Yassin bin Salleh | 1956 | Meninggal dunia pada 1956 |
| 2 | Tengku Abdul Hamid ibni Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Billah Shah | 1956 – 1959 | Merupakan anakanda Sultan Pahang ke-3, Sultan Abdullah Al-Mu'tassim Billah Shah, dan digelar Tengku Aria Diraja. |
| Pesuruhjaya PAS Pahang Timur | |||
| 3 | Tengku Abdul Hamid ibni Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Billah Shah | 1959 – 1964 | Merupakan anakanda Sultan Pahang ke-3, Sultan Abdullah Al-Mu'tassim Billah Shah, dan digelar Tengku Aria Diraja. |
| Pesuruhjaya PAS Pahang Tengah | |||
| 4 | Abdul Aziz Uda | 1959 – 1964 | |
| Pesuruhjaya PAS Pahang Barat | |||
| 5 | Muhammad Salleh | 1961-1964 | |
| Pesuruhjaya PAS Pahang | |||
| 6 | Tengku Abdul Hamid ibni Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Billah Shah | 1964 | Merupakan anakanda Sultan Pahang ke-3, Sultan Abdullah Al-Mu'tassim Billah Shah, dan digelar Tengku Aria Diraja. |
| 7 | Ishak Abdullah, Ustaz | 1964 | |
| 8 | Abu Samah bin Haji Ali, Dato' Setia | 1964 – 1969 | Bapa kepada menteri Malaysia, Datuk Hamzah Abu Samah |
| 9 | Jamahir bin Ideris, Ustaz | 1969 – 1977 | Kelahiran Indonesia dan pernah terlibat dalam Masyumi. Juga pernah dilantik sebagai Setiausaha Hizbul Muslimin. |
| 10 | Mohamed Rusdi bin Arif, YB | 1977 – 1981 | Merupakan ADUN Bukit Ibam semasa dilantik sebagai Pesuruhjaya. |
| 11 | Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman, Tuan Haji[4] | 1981 – 1983 | Seorang peguam, menjadi Bendahari PAS Pusat sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya |
| 12 | Mohamed Rusdi bin Arif | 1983 – 1987 | |
| 13 | Alwi bin Abdul Hamid, Tuan Guru Haji | 1987 – 1993 | |
| 14 | Muhammad Baki bin Osman, Tuan Guru Haji | 1993 – 2001 | Menjadi Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang pada masa yang sama |
| 15 | Idris bin Omar, YB Ustaz | 2001 – 2004 | Merupakan Timbalan Mursyidul Am PAS pada masa yang sama |
| 16 | Tuan Ibrahim bin Tuan Man, YB Dato' | 2004 – 2015 | Dipilih sebagai Ahli Parlimen Kubang Kerian pada 2018 |
| 17 | Rosli bin Abdul Jabar, YB Ustaz | 2015 – kini | Merupakan ADUN Tanjung Lumpur semasa dilantik sebagai Pesuruhjaya |
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Sejarah Penubuhan PAS Pahang". Pekan Awah. Dicapai pada 11 Oktober 2021.
- ^ Mohd Fadli Ghani (2016). Sejarah PAS 1951-1957 : membina jiwa merdeka. Kuala Lumpur: Penerbitan Harakah.
- ^ Sheikh Jaafar, Sheikh Hussein; Abdullah, Hashim (2024). 70 Tahun PAS Pahang Merentas Zaman. Malaysia: Minda Fadhilat Gemilang Resources dan Jabatan Arkib PAS Pusat. m/s. 31.
- ^ https://members.tripod.com/pas_jerantut/P077.htm









