Nor Zamri Latiff | |
---|---|
نور زمري لطيف | |
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi Sungai Bakap | |
Dalam jawatan 12 August 2023 – 24 May 2024 | |
Didahului oleh | Amar Pritpal Abdullah (PH–PKR) |
Digantikan oleh | Abidin Ismail (PN–PAS) |
Majoriti | 1,563 (2023) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Nor Zamri bin Latiff 24 September 1968 |
Meninggal dunia | 24 Mei 2024![]() ![]() | (umur 55)
Cause of death | Keradangan perut |
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Acheh |
Kewarganegaraan | ![]() |
Parti politik | ![]() |
Gabungan politik lain | Perikatan Nasional (PN) |
Pasangan | Musalmah Yusop |
Anak | 6 |
Pekerjaan | Ahli politik |
Nor Zamri bin Latiff (24 September 1968 – 24 Mei 2024) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (ADUN) bagi Sungai Bakap dari Ogos 2023 hingga kematiannya pada Mei 2024. Beliau adalah ahli dan Ketua Bahagian Nibong Tebal daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sebuah parti komponen gabungan Perikatan Nasional (PN). Beliau ialah ADUN Sungai Bakap yang paling singkat berkhidmat dalam sejarah, memegang jawatan selama lebih sedikit daripada 9 bulan.[1]
Kematian
Nor Zamri meninggal dunia akibat keradangan perut pada 24 Mei 2024 pada usia 55 tahun di Hospital Seberang Jaya, Seberang Jaya, Pulau Pinang, Malaysia. Pilihan raya kecil yang diadakan pada 6 Julai 2024 telah memilih Abidin Ismail dari PN dan PAS sebagai ADUN Sungai Bakap yang baharu.[2]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | N21 Sungai Acheh | Nor Zamri Latiff (PAS) | 2,383 | 13.85% | Zulkifli Ibrahim (PKR) | 7,486 | 43.51% | 17,205 | 416 | 85.95% | ||
Mahmud Zakaria (UMNO) | 7,070 | 41.09% | ||||||||||
2023 | N20 Sungai Bakap | Nor Zamri Latiff (PAS) | 15,433 | 52.69% | Nurhidayah Che Rose (PKR) | 13,870 | 47.31% | 29,530 | 1,563 | 76.88% |
Rujukan
- ^ "Nor Zamri Latiff". pru.sinarharian.com.my.
- ^ Sekaran, R. (24 Mei 2024). "Sungai Bakap assemblyman passes away at 56". The Star. Dicapai pada 25 Mei 2024.
- ^ "RESULTS OF CONTESTED ELECTION AND STATEMENTS OF THE POLL AFTER THE OFFICIAL ADDITION OF VOTES STATE CONSTITUENCIES FOR THE STATE OF PENANG". Dicapai pada 2022-05-01.
- ^ "RESULTS OF CONTESTED ELECTION AND STATEMENTS OF THE POLL AFTER THE OFFICIAL ADDITION OF VOTES" (PDF). Dicapai pada 2023-12-01.