Pertubuhan Pengurusan Kecemasan & Bencana Malaysia atau Khidmat Malaysia merupakan badan pengurusan, penyelaras, penyelamat, bantuan dan pemulihan bencana serta kecemasan yang berdaftar dengan ROS.
Sejarah
Ditubuhkan pada 17 Disember 2013 dengan nama Malaysia Emergency & Disaster Management (MEDM), ditukar nama pada tahun 2015 kepada Khidmat Malaysia yang kini diketuai oleh Pengerusi, YB Datuk Dr. Ahmad Marzuk Shaary, merangkap Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Kelantan dan Ketua Pengarah, Tuan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil.
Motto, Visi & Misi KHIDMAT Malaysia
Motto Khidmat Malaysia ialah “BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BERAMAL KERANA ALLAH”.
Visinya pula adalah untuk menjadi organisasi pengurusan penyelamat (rescue), bantuan (relief) dan pemulihan (rehabilition) bencana dan kecemasan yang terkehadapan di peringkat nasional. (To be a leading national organisation of rescue, relief and rehabilition for disaster and emergency management)
Misi Khidmat Malaysia:
- Menjadi organisasi pilihan yang dipercayai dan diyakini di dalam pengurusan bencana dan kecemasan
- Mewujudkan pasukan profesional dalam mengendalikan bencana dan mengurus kecemasan yang sentiasa prihatin, bersiap siaga, terkehadapan dan efektif.
- Mewujudkan gerak kerja yang cekap, mahir dan berkesan dalam pengurusan sumber manusia, aset, maklumat dan kewangan.
- Membawa kesejahteraan kepada umat sejagat.
Organisasi
Di bawah Khidmat Malaysia, terdapat 3 unit operasi utama iaitu Unit Rescue, Relief, Rehabilitation (3R), Unit Pengurusan Sumber Manusia & Latihan, Unit Telekomunikasi, Unit Logistik & Aset, Unit Kesihatan & Kaunseling, Unit Dana & Kewangan, Unit Research & Development, dan Unit Operasi & Bilik Gerakan.
Rujukan
Pautan Luar
- https://khidmatmalaysia.net/
- PKP Khidmat Malaysia Santuni Lebih 100 Ribu Keluarga
- Khidmat Malaysia Terus Berbakti di Johor
- Khidmat Malaysia Patuhi Arahan Ditetapkan MKN
- Khidmat Malaysia Buka Bilik Gerakan Info Bencana Banjir
- Khidmat Malaysia Tutup Operasi Bencana Banjir
- Presiden PAS Lancar Kempen Sekampit Beras
- Banjir : Khidmat Malaysia Buka Bilik Gerakan Banjir
- Ribut : Khidmat Malaysia Kerah Petugas Turun Padang
- Khidmat Malaysia Sedia Hadapi Kemungkinan Banjir
- Pencemaran Udara : Khidmat Malaysia Buka Bilik Operasi
- 200 Petugas Khidmat Malaysia Berbakti Di Tumpat
- Iskandar Lawat Tapak Kebakaran
- Khidmat Malaysia Diperkasa Tangani Bencana
- Arahan Mobilisasi Khidmat Malaysia
- Khidmat Malaysia diperkasa tangani bencana Diarkibkan 2017-05-26 di Wayback Machine
- Facebook KHIDMAT Malaysia