Pesuruhjaya PAS Kelantan | |
---|---|
Anggota bagi | Jawatankuasa Kerja PAS Pusat |
Institusi | Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan |
Dilantik oleh | Presiden PAS |
Penjawat sulung | Mohd Asri Haji Muda (1954-1962) |
sunting · sunting di Wikidata |
Pesuruhjaya PAS Kelantan ialah jawatan dan gelaran bagi pengerusi jawatankuasa perhubungan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di negeri Kelantan. Jawatan ini dilantik oleh Presiden Parti Islam Se-Malaysia sebagaimana diperuntukkan dalam perlembagaan parti tersebut..
Senarai
Berikut merupakan senarai Pesuruhjaya PAS Kelantan sejak 1954[1][2]:
# | Nama | Tempoh khidmat | Catatan |
---|---|---|---|
Pesuruhjaya PAS Daerah Pantai Timur | |||
1 | Mohd Asri Muda | 1954 - 1955 | |
Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Terengganu | |||
2 | Mohd Asri Muda | 1955 - 1956 | |
Pesuruhjaya PAS Kelantan | |||
3 | Mohd Asri Muda | 1956 - 1962 | |
4 | Ustaz Khaidir Khatib | 1962 - 1968 | |
5 | Haji Mohd Noor Yusof | 1968 - 1971 | |
6 | Ishak Lotfi Omar | 1971 - 1978 | |
Pengerusi Jemaah Pesuruhjaya PAS Kelantan | |||
7 | YB Senator Mohd Amin Yaakob | 1978 - 1981 | Merupakan Ahli Dewan Negara ketika dilantik |
Pesuruhjaya PAS Kelantan | |||
8 | YB Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat | 1981 - 2013 | Merupakan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat dan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa ketika dilantik |
9 | YB Datuk Ahmad Yakob | 2013 - kini | Merupakan Menteri Besar Kelantan ketika dilantik |
Jemaah Pesuruhjaya
Jemaah Pesuruhjaya PAS Kelantan ditubuhkan pada 1978 bertujuan untuk memulihkan semula PAS Kelantan setelah krisis politik yang berlaku di negeri itu dan kekalahan dalam Pilihan raya negeri Kelantan 1978. Ia dianggotai oleh Haji Mohd Amin Yaakob (Pengerusi), Ustaz Nik Abdullah Arshad, Tuan Guru Haji Mustafa Abu Bakar dan Haji Hassan Mohamad (Timbalan-timbalan Pengerusi), Ustaz Ismail Awang (Setiausaha) dan Wan Mahmud Wan Sulaiman (Bendahari). Ia dibubarkan pada 1981 dengan pelantikan pesuruhjaya baharu[1].
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b Mohd Fadhli Ghani (19 Mac 2016). "19 Mac 1978 : Haji Mohd Amin Dilantik Mempengerusikan Jemaah Pesuruhjaya PAS Kelantan". Akauntan Haraki. Dicapai pada 13 Oktober 2021.
- ^ Mohd Fadli Ghani (2016). Sejarah PAS 1951-1957 : membina jiwa merdeka. Kuala Lumpur: Penerbitan Harakah.