Mui'zzuddeen Mahyuddin | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Hulu Bernam | |
Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
Didahului oleh | Rosni Sohar (BN–UMNO) |
Majoriti | 669 (2023) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mui'zzuddeen bin Mahyuddin 29 April 1988 |
Kerakyatan | ![]() |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia (PAS) |
Gabungan politik lain | Gagasan Sejahtera (GS) (2016–2020) Perikatan Nasional (PN) (sejak 2020) |
Pendidikan | Sekolah Kebangsaan Serendah (SK Serendah) Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah (SMA Izzuddin Shah) Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMA Persekutuan Kajang) |
Tempat belajar | Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) (Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Mekanikal) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Jurutera automotif |
Mui'zzuddeen bin Mahyuddin (lahir 29 April 1988), lebih dikenali sebagai Muiz Mahyuddin, merupakan seorang ahli politik dan jurutera automotif Malaysia. Beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Hulu Bernam sejak Ogos 2023. Beliau ialah ahli dan Ahli Jawatankuasa Bahagian Hulu Selangor bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sebuah parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) dan sebelum ini Gagasan Sejahtera (GS). Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Bahagian PAS Hulu Selangor dari tahun 2015 hingga 2021.[1]
Kerjaya politik
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (sejak 2023)
Pilihan raya negeri Selangor 2023
Dalam Pilihan raya negeri Selangor 2023, Mui'zzuddeen telah membuat penampilan sulung dalam pilihan raya selepas dicalonkan oleh Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding di kerusi negeri Hulu Bernam. Mui'zzuddeen memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Hulu Bernam untuk penggal pertama selepas menewaskan Mohd Amran Mohd Sakir dari Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti tipis sebanyak 669 undi sahaja.[2]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2023 | N05 Hulu Bernam | Mui'zzuddeen Mahyuddin (PAS) | 10,718 | 51.61% | Mohd Amran Mohd Sakir (AMANAH) | 10,049 | 48.39% | 20,767 | 669 | 68.39% |
Rujukan
- ^ "PRN: Jurutera automotif, calon PN Hulu Bernam". Sinar Harian. 1 Ogos 2023. Dicapai pada 6 Oktober 2023.
- ^ "Selangor polls: Official Results". New Straits Times. 13 Ogos 2023. Dicapai pada 6 Oktober 2023.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Negeri Selangor ke-15". Dicapai pada 5 Oktober 2023.