Khairuddin A Rahim Ahli Dewan Negeri | |
---|---|
Ketua PKR cabang Batu Pahat | |
Dalam jawatan 2022–2025 | |
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Senggarang | |
Dalam jawatan 28 Jun 2018 – 22 Januari 2022 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Batu Pahat, Johor | 23 April 1959
Parti politik | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Pasangan | Noraini Aman |
Pekerjaan | Ahli politik |
Khairuddin A Rahim (lahir 23 April 1959) merupakan seorang ahli politik di Malaysia. Beliau merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Senggarang, Johor dari 2018 hingga 2022. Beliau juga merupakan setiausaha Parti Amanah Negara (AMANAH) negeri Johor. Beliau pernah bertanding semasa Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-13 di kawasan Parlimen Parit Sulong atas tiket Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tetapi telah ditewaskan.[1] Selepas itu, beliau telah menyertai parti AMANAH dan berjaya menewaskan calon-calon dari Barisan Nasional dan PAS di DUN Senggarang dengan majoriti yang kecil iaitu 809[2].
Beliau pernah memintah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat Tabung Amanah Sumbangan Kuota Bumiputera Negeri Johor kerana dipercayai berlaku penyelewengan.[3] Khairuddin juga mengemukakan usul tergempar untuk Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Johor mengkaji semula status Taman Negara Pulau Kukup.[4]
Pada 2021, beliau bersama dengan 3 orang ADUN AMANAH Johor yang lain telah meninggalkan AMANAH dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pada Pilihan Raya Negeri Johor 2022, beliau dicalonkan oleh PKR untuk bertanding di kawasan DUN Rengit.
Keputusan Pilihan Raya
Parlimen
Tahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | Parit Sulong | Khairuddin A. Rahim | PAS | 18,505 | Noraini Ahmad | BN (UMNO) | 30,258 | 11,573 |
Dewan Undangan Negeri (DUN)
Tahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | Rengit | Khairuddin A Rahim | PH (PKR) | 2,065 | Mohd Puad Zarkashi | BN (UMNO) | 7,903 | 1,920 |
Mohamad Huzair Lajis | PN (BERSATU) | 5,983 | ||||||
Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir | PEJUANG | 206 | ||||||
2018 | Senggarang | Khairuddin A Rahim | PH (AMANAH) | 10,568 | Zaidi Japar | BN (UMNO) | 9,759 | 809 |
Mohd Ramli Md Kari | PAS | 2,699 | ||||||
1999 | Semerah | Khairuddin A. Rahim | PAS | 8,048 | Tan Teck Poh @ Tan Ah Too | BN (MCA) | 14,241 | 6,193 |
Pemilihan PKR 2022 & 2025
Pada Pemilihan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat 2022 beliau menang jawatan Ketua Cabang Batu Pahat sehingga penggal tamat pada tahun 2025.
Pemilihan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat 2025 pula menyaksikan kekalahan beliau mengekalkan jawatan Ketua Cabang Batu Pahat apabila tewas kepada Onn Abu Bakar yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat.
Rujukan
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-29. Dicapai pada 2018-12-09.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-09. Dicapai pada 2018-12-09.
- ^ https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/12/507129/exco-jawab-dakwaan-seleweng-tabung-amanah
- ^ http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/pulau-kukup-kekal-taman-negara-johor-1.800594