Nazir Razak | |
---|---|
Kelahiran | Mohamed Nazir bin Abdul Razak 19 November 1966 |
Pusat pendidikan | Universiti Bristol Universiti Cambridge |
Pekerjaan | Eksekutif bank |
Pasangan | Puan Sri Yati Zainuddin (k. 2023) |
Anak-anak | 2 |
Ibu bapa | Tun Abdul Razak Hussein Tun Rahah Mohamed Noah |
Hubungan | Dato' Sri Najib Razak (abang) Tun Hussein Onn (bapa saudara) Tun Suhailah Mohamed Noah (ibu saudara) Dato' Seri Hishammuddin Hussein (sepupu pertama) Tan Sri Mohamed Noah Omar (datuk) Dato' Hussein Awang Mohd Taib (datuk) Tan Sri Abdul Aziz Taha (bekas bapa mentua) |
Tan Sri Dato' Sri Mohamed Nazir Tun Dato' Indera Haji Abdul Razak (lahir 19 November 1966) merupakan seorang pegawai eksekutif bank Malaysia. Beliau merupakan bekas pengarah urusan serta ketua pegawai eksekutif Kumpulan CIMB, salah satu penyedia perkhidmatan perbankan terbesar di Malaysia. Nazir merupakan anak bongsu kepada Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Rahah Mohamed Noah, serta adik kepada bekas Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak.
Kehidupan awal dan pendidikan
Nazir dilahirkan pada 19 November 1966 di Kuala Lumpur. Bapanya meninggal dunia masa beliau baru berusia sembilan tahun dua bulan. Beliau bersekolah di Institusi St. John dan Alice Smith School sebelum meneruskan pendidikan menengah di Universiti Bristol dan seterusnya memperoleh ijazah Sarjana Falsafah dalam bidang Ekonomi Pembangunan dari Universiti Cambridge.[1]
Kerjaya
Setelah pulang dari United Kindgom, Nazir menyertai jabatan penasihat korporat Commerce International Merchant Bankers Berhad. Beliau mula meningkat naik sehingga menjadi pengarah merangkap ketua pegawai eksekutif bank tersebut, pada masa tersebut dikenali sebagai CIMB, pada tahun 1999.[1]
Nazir dinamakan sebagai salah satu daripada 50 orang paling berpengaruh di Asia sepanjang dekad lalu oleh FinanceAsia pada tahun 2006. Beliau juga dinamakan sebagai "Eksekutif Teratas Terbaik" oleh Asiamoney bagi dua tahun berturut-turut, iaitu pada tahun 2009 dan 2010.[1]
Beliau tersenarai dalam 40 orang terkaya di Malaysia oleh majalah Malaysian Business tahun 2010.[2]
Kehidupan peribadi
Beliau berkahwin dengan Dato' Azlina Aziz, anak perempuan Tan Sri Abdul Aziz Taha, bekas gabenor Bank Negara Malaysia. Pasangan tersebut telah dikurniakan dua orang anak.[3] Mereka telah bercerai pada tahun 2023.[4]
Pada 17 November 2023, beliau berkahwin dengan kekasih hatinya Puan Sri Yati Zainuddin, seorang ahli perniagaan yang berjaya dan rakan pengasas Bluemolly Cosmetics.[5]
Filemografi
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022 | One Cent Thief | Pejalan Kaki / muda | Astro Ria | Penampilan kameo |
TBA | One Cent Thief (Musim 2) | Kameo; Episod: "The Revenge of All Digital Karma" |
Anugerah dan penghargaan
Pada Oktober 2015, Nazir telah diberi penghormatan dengan Asia House Asian Business Leaders oleh Asia House untuk "menggariskan manfaat kerjasama dan perkongsian di antara Asean melalui sokongannya terhadap pembelajaran, penyelidikan bebas dan kerja-kerja amal, serta dalam strategi perniagaan bercita-cita tinggi, menunjukkan bagaimana inisiatif Asean seluruh komersial yang berjaya boleh membawa rakyat bersama-sama untuk kebaikan bersama."[6] Beliau ialah ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa di Blavatnik School of Government, Universiti Oxford.[7]
Anugerah Malaysia
- Malaysia :
- Panglima Setia Mahkota (PSM) – Tan Sri (2021)[8]
- Pahang :
- Selangor :
- Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) – Dato' (2015)[9]
Rujukan
- ^ a b c "Dato' Sri Nazir Razak". CIMB.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-24. Dicapai pada 2011-06-07.
- ^ Robert Kuok Kekal Orang Terkaya Di Malaysia Bernama
- ^ "BIODATA OF DATO' SRI MOHAMED NAZIR ABDUL RAZAK". Wawasan Open University. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-16. Dicapai pada 16 October 2015.
- ^ "About Me | Nazir Razak". www.nazirrazak.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-12.
- ^ Umavathi Ramayah (17 November 2023). "Nazir Razak selamat bernikah dengan Yati Zainuddin". Astro Awani. Dicapai pada 27 Disember 2023.
- ^ "Nazir Razak honoured with prestigious award". Free Malaysia Today. 2015-10-15. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-16. Dicapai pada 2015-10-16.
- ^ "Dato' Sri Nazir Razak | Blavatnik School of Government". www.bsg.ox.ac.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-23. Dicapai pada 2015-12-22.
- ^ "Former Chief Justice and ex-FELDA chairman head King's birthday honours list". The Edge Markets (dalam bahasa Inggeris). 13 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 November 2021. Dicapai pada 13 November 2021.
- ^ a b c "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2019-06-02.
Pautan luar
- Kelahiran 1966
- Orang hidup
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Orang dari Pahang
- Muslim Malaysia
- Orang dari Kuala Lumpur
- Usahawan Malaysia
- Eksekutif perniagaan Malaysia
- Orang dari Johor
- Ketua eksekutif Malaysia
- Anak ahli politik Malaysia
- Penerima Panglima Setia Mahkota
- Penerima Darjah Sri Indera Mahkota Pahang
- Penerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang
- Penerima Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor
- Keluarga Abdul Razak Hussein