Osman Sapian | |
---|---|
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Kempas | |
Dalam jawatan 10 Mei 2018 – 21 Disember 2021 | |
Didahului oleh | Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat |
Digantikan oleh | Ramlee Bohani |
Dalam jawatan 1999–2013 | |
Didahului oleh | Abdul Kadir Annuar |
Digantikan oleh | Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat |
Pengerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia | |
Dalam jawatan 2020–2021 | |
Didahului oleh | Lee Yow Chor |
Digantikan oleh | Larry Sng |
Menteri Besar Johor | |
Dalam jawatan 12 Mei 2018 – 8 April 2019 | |
Sultan | Sultan Ibrahim |
Didahului oleh | Mohamed Khaled Nordin |
Digantikan oleh | Sahruddin Jamal |
Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Johor | |
Dalam jawatan 12 Mei 2018 – 8 April 2019 | |
Didahului oleh | Muhyiddin Yassin |
Digantikan oleh | Mazlan Bujang |
Setiausaha BERSATU Johor | |
Dalam jawatan 13 April 2017 – 2018 | |
Pengerusi | Muhyiddin Yassin |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Digantikan oleh | Mohd Solihan Badri |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 24 Disember 1951 Segamat, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Mati | 21 Disember 2021 Damansara, Petaling Jaya, Selangor | (umur 69)
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Ar-Raudhah, Taman Mount Austin, Johor Bahru |
Parti politik | BERSATU (2020-2021) PH-PPBM (2017-2020) UMNO (1999-2016) |
Pasangan | Datin Nora Md Som Jumahani Sulaiman Ruzawati Badron |
Anak | 1)Nornekman Osman (Pejuang).
2)Mohd Alif Osman 3)Amalina Amirah Osman |
Pekerjaan | Ahli politik |
Allahyarham Dato' Haji Osman bin Haji Sapian (25 Disember 1951 – 21 Disember 2021) ialah seorang ahli politik di Malaysia. Beliau merupakan Menteri Besar Johor ke-16 selepas Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan.[1] Beliau juga merupakan Ahli Dewan Negeri Johor bagi DUN Kempas mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dari tahun 2018 hingga kematiannya pada 21 Disember 2021.
Kehidupan peribadi
Osman telah mendirikan rumahtangga dengan tiga orang isteri, iaitu, Datin Nora Md Som, Datin Jamatin @ Jumahani Sulaiman dan Datin Ruzawati Badron.
Politik
Menteri Besar Johor
Osman telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor di hadapan Sultan Ibrahim di Istana Bukit Serene pada 12 Mei 2018. Tidak sampai setahun, beliau telah meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar berkuatkuasa 8 April 2019.[2] Jawatan beliau diganti oleh Dr. Sahruddin Jamal
Pakatan Harapan Johor
Osman adalah Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Pakatan Harapan Johor. Beliau sudah menjadi ADUN di Kempas sejak 1999, ketika masih bersama UMNO, sebelum digugurkan pada PRU 2013. Osman dicalonkan semula oleh Pakatan Harapan pada pilihan raya negeri Johor 2018 dan memenanginya.
Beliau telah dipilih untuk memangku jawatan Pengerusi Pakatan Harapan Johor pada 29 September 2018 berikutan penyandangnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih berada dalam cuti sakit dan dalam proses menjalani rawatan susulan kimoterapi.[3]
Meninggal dunia
Pada 12 Oktober 2021, Osman dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Johor selepas diserang strok ringan. Pada 13 November, keadaan kesihatannya dilaporkan semakin baik selepas dirawat di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM), Serdang, Selangor susulan serangan strok ringan berkenaan.[4]
Osman meninggal dunia di rumah anaknya, Nornekman yang terletak di Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada 11.45 malam, 21 Disember 2021.[5]
Jenazah beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ar-Raudhah, Taman Mount Austin, Johor Bahru selepas solat zuhur.[6]
Anugerah
- Johor
- 2018 - Darjah Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) - Dato'
- 1999 - Pingat Ibrahim Sultan (PIS) (II)
- Negeri Sembilan
- Malaysia
- 1998 - Ahli Mangku Negara (AMN)
Lihat juga
Rujukan
- ^ Md Sani, Mohd Sabran (2018-05-12). "Osman Sapian is new Johor MB". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-05-12.
- ^ Yaacob, Janatul Firdaus (2019-04-09). "MB Johor sah letak jawatan". Sinar Harian. Dicapai pada 2019-04-09. Cite has empty unknown parameter:
|1=
(bantuan) - ^ Osman pemangku Pengerusi PH Johor
- ^ "Bekas MB Johor Osman Sapian dimasukkan ke hospital selepas diserang strok". Astro Awani. Oktober 13, 2021. Dicapai pada Januari 13, 2022.
- ^ Hakim Rahman (Disember 22, 2021). "Bekas Menteri Besar Johor, Osman Sapian meninggal dunia". Astro Awani. Dicapai pada Disember 22, 2021.
- ^ "Jenazah Osman Sapian selamat dikebumikan". Sinar Harian. 22 Disember 2021. Dicapai pada 22 Disember 2021.
Pautan Luar
- Osman Sapian di Facebook - Laman Facebook rasmi
- Kelahiran 1951
- Kematian 2021
- Orang dari Johor
- Muslim Malaysia
- Adik-beradik ahli politik Malaysia
- Menteri Besar Johor
- Anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia
- Bekas anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Penerima Darjah Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor
- Menteri Besar daripada Bersatu
- Ahli Dewan Negeri Johor ke-10
- Ahli Dewan Negeri Johor ke-11
- Ahli Dewan Negeri Johor ke-12
- Ahli Dewan Negeri Johor ke-14