Allahyarham Dato' Syed Abdul Kadir Mohamed | |
---|---|
Menteri Besar Johor ke-8 | |
Dalam jawatan 20 Februari 1952 – 5 Jun 1955 | |
Didahului oleh | Dato' Onn Jaafar |
Digantikan oleh | Dato' Wan Idris Ibrahim |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Syed Abdul Kadir bin Mohamed 5 Jun 1900 Muar, Johor, (Malaya kini Malaysia) |
Mati | 3 Jun 1960 Johor Bahru, Johor, Persekutuan Tanah Melayu | (umur 59)
Tempat semadi | Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor |
Allahyarham Dato' Syed Abdul Kadir bin Mohamed (5 Jun 1900 – 3 Jun 1960)[1] merupakan Menteri Besar Johor kelapan dari 20 Februari 1952 hingga 5 Jun 1955. Sebelum beliau ialah Dato' Onn Jaafar (1947–1950) dan selepas beliau ialah Dato' Wan Idris Ibrahim (1955–1959).
Latar belakang
Beliau dilahirkan pada 5 Jun 1900 di Jalan Arab, Bandar Maharani, Muar. Beliau mengaji Al-Quran daripada ibu bapanya. Beliau bersekolah di Sekolah Melayu Muar dan Raffles School, Singapura.
Beliau menjadi kerani dan kerani pangkat dua di Pejabat Perbandaran Muar. Semasa bekerja beliau meneruskan pelajaran di bidang Setiausaha dan juga Undang-Undang.
Setelah belajar, beliau menjadi Setiausaha Bandaran Johor Bahru (1937-1940), Suruhanjaya Cukai dan Perniagaan, Muar (Nov 1940-1942), Pejabat Cukai Johor Bahru, Ahli Jemaah Menteri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli Federal Council dan dilantik Menteri Besar Johor pada 20 Februari 1952.[2]
Menentang Malayan Union
Beliau bersama Tan Sri Anwar Malik dan Haji Syed Alwi bin Syed Sheikh al-Hadi dari Hospital Sultanah Aminah telah menemui pegawai daerah Batu Pahat, Dato' Onn Jaafar bagi menulis surat serta rencana kepada Utusan Melayu agar semua orang Melayu menentang Malayan Union.
Meninggal dunia
Beliau meninggal dunia pada hari Jumaat, 3 Jun 1960 dan telah disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru.
Anugerah
- Johor :
- Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama (SPMJ) – Dato' (1960)[3]
- Pingat Ibrahim Sultan (PIS)
Rujukan
- ^ Pengemudi Bahtera Merdeka Johor. Abu Bakar bin Abdul Hamid, Zam Ismail, 1943-, Kamdi Kamil, 1949- (ed. 1st). Johor Bahru, Johor: Yayasan Warisan Johor. 2012. m/s. 99. ISBN 978-983-2440-46-8. OCLC 870691698.CS1 maint: others (link)
- ^ 1952 - 1955 : Dato' Syed Abd. Kadir Bin Mohamed
- ^ "90 RECEIVE SULTAN'S C-DAY AWARDS". The Straits Times. 12 February 1960. m/s. 2.