Allahyarham Dato' Mustapha Jaafar SPMJ, PIS (Johor) | |
---|---|
Menteri Besar Johor | |
Dalam jawatan 16 September 1928 – 23 November 1931 | |
Didahului oleh | Abdullah Jaafar |
Digantikan oleh | Abdul Hamid Yusof |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Teluk Belanga, Singapura | 10 Jun 1862
Meninggal dunia | 5 Januari 1946 Johor Bahru, Johor | (umur 83)
Allahyarham Dato' Abdullah bin Dato' Jaafar diikuti oleh saudaranya, Allahyarham Dato' Mustapha bin Dato' Jaafar Beliau yang ketika itu menjadi Timbalan Menteri Besar, dilantik oleh Sultan Ibrahim menjadi Menteri Besar Johor mengantikan Dato' Abdullah.
Beliau yang lahir pada 10 Jun 1862 di Teluk Belanga, Singapura memulakan kerjaya sebagai kerani di Pejabat Dato' Bendahara. Pada 1903 beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat dan Pemeriksa Besar Kira- Kira Kerajaan.
Pada 1 Julai 1931, Dato’ Mustapha telah bersara daripada jawatannya iaitu setelah berkhidmat lebih kurang 50 tahun sebagai pegawai kerajaan Johor.
Beliau meninggal dunia pada 5 Januari 1946 di Johor Bahru.