Mohd Nassuruddin Daud | |
---|---|
محمد ناصر الدين داود | |
![]() | |
![]() | |
Menyandang jawatan 15 Ogos 2023 | |
Raja | Sultan Muhammad V |
Didahului oleh | Ahmad Yakob |
Kawasan pilihan raya | Meranti |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan (Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan & Perhubungan Awam) | |
Dalam jawatan 8 Mei 2013 – 15 Ogos 2023 | |
Raja | Sultan Muhammad V |
Menteri Besar ke-19 | Ahmad Yakob |
Timbalan | Md Yusnan Yusof (2018–2021) |
Didahului oleh | Mohd Amar Abdullah (Pembangunan Islam & Dakwah) Mohamed Fadzli Hassan (Maklumat & Perhubungan Awam) |
Digantikan oleh | Mohd Asri Mat Daud |
Kawasan pilihan raya | Meranti |
Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan | |
Dalam jawatan 28 April 2008 – 12 Jun 2013 | |
Raja | Sultan Ismail Petra (2008–2010) Sultan Muhammad V (2010–2013) |
Timbalan | Mohamad Zaki Ibrahim |
Menteri Besar | Nik Abdul Aziz Nik Mat |
Didahului oleh | Wan Abdul Rahim Wan Abdullah |
Digantikan oleh | Abdullah Ya'kub |
Kawasan pilihan raya | Meranti |
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Meranti | |
Menyandang jawatan 25 April 1995 | |
Didahului oleh | Zakaria Ismail (PAS) |
Majoriti | 2,076 (1995) 3,018 (1999) 2,105 (2004) 3,135 (2008) 3,933 (2013) 6,100 (2018) 9,154 (2023) |
Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan | |
1995–2020 | Parti Islam Se-Malaysia |
2020– | Perikatan Nasional |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mohd Nassuruddin bin Daud 4 Oktober 1965 ![]() ![]() |
Kerakyatan | ![]() |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia (PAS) |
Gabungan politik lain | Angkatan Perpaduan Ummah (APU) (1990–1996) Barisan Alternatif (BA) (1999–2004) Pakatan Rakyat (PR) (2008–2015) Gagasan Sejahtera (GS) (2015–2020) Perikatan Nasional (PN) (sejak 2020) |
Pasangan | YABhg Datin Panglima Perang Hajah Wan Nor Hanita Wan Yaakob |
Anak | 10 |
Tempat belajar | Universiti Al-Azhar |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Ahli agama |
Ustaz Dato' Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud (lahir 4 Oktober 1965) merupakan ahli politik dan ahli agama Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Menteri Besar Kelantan sejak Ogos 2023 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan (ADUN) bagi Meranti sejak April 1995. Beliau berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan (EXCO) dalam pentadbiran negeri Pakatan Rakyat (PR), Gagasan Sejahtera (GS) dan Perikatan Nasional (PN) di bawah bekas Menteri Besar, Ahmad Yakob dari Mei 2013 kepada kenaikan jawatan Menteri Besar pada 8 Ogos 2023 serta Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan dari April 2008 sehingga Jun 2013. Beliau adalah ahli dan Ketua Penerangan Negeri Kelantan daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), parti komponen PN dan dahulunya GS, PR, Barisan Alternatif (BA) dan Angkatan Perpaduan Ummah (APU).[1]
Latar belakang
Beliau merupakan anak kepada Haji Daud Meranti, seorang tokoh agama yang pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tumpat Barat selama sepuluh tahun. Haji Daud Meranti dikenali sebagai seorang guru agama yang mengajar tafsir, hadis, nahu, tasawuf dan fiqh sirah di kawasan Pasir Mas. Beliau juga telah menubuhkan sebuah sekolah agama di Kampung Meranti, Pasir Mas. Usaha tersebut kemudian diteruskan oleh keluarga melalui penubuhan Maahad Tahfiz Daril Ulum (MAFIZ).
Nasharuddin mendapat pendidikan awal di Maahad Muhammadi, Kota Bharu sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Semasa cuti pengajian, beliau pernah berkhidmat sementara sebagai guru di Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu. Beliau kemudian ditawarkan bertanding dalam PRU 1995 bagi kerusi DUN Meranti atas arahan Nik Abdul Aziz Nik Mat, dan berjaya memenanginya. Sejak itu, beliau kekal sebagai ADUN Meranti.
Walaupun pengajian beliau di Al-Azhar tertangguh akibat tugas politik, beliau akhirnya berjaya menamatkan ijazahnya selepas beberapa kali kembali ke Mesir untuk menduduki peperiksaan akhir. Beliau turut dikenali sebagai salah seorang tokoh muda yang berani menggantikan Nik Abdul Aziz mengajar di Dewan Zulkifli Muhammad, Pejabat PAS Kelantan.
Sepanjang penglibatan dalam pentadbiran negeri, beliau pernah dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Kelantan dengan portfolio pembangunan Islam, dakwah, penerangan dan hubungan serantau. Beliau juga dikenali sebagai antara pemimpin yang lantang mempertahankan dasar kerajaan negeri dan PAS, hingga mendapat gelaran "Singa PAS Kelantan". Beliau turut menerima gelaran kebesaran negeri sebagai Dato’ Panglima Perang.
Kehidupan peribadi
Pada malam 26 Disember 2023, rumah Mohd Nassuruddin dan kawasan sekitar Kampung Meranti dinaiki air berikutan banjir di Kelantan semakin teruk.[2]
Pada Februari 2025, beliau membuat laporan polis melalui Pegawai Khasnya selepas akaun WhatsApp miliknya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab. Orang ramai yang menjadi mangsa penipuan menggunakan akaun berkenaan disarankan membuat laporan polis.[3]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1995 | N13 Meranti | Mohd Nassuruddin Daud (PAS) | 5,060 | 62.90% | Mohamed Ya'acob (UMNO) | 2,984 | 37.10% | 8,235 | 2,076 | 69.68% | ||
1999 | Mohd Nassuruddin Daud (PAS) | 5,983 | 66.86% | Zaid Fadzil (UMNO) | 2,965 | 33.14% | 9,160 | 3,018 | 73.16% | |||
2004 | N14 Meranti | Mohd Nassuruddin Daud (PAS) | 6,095 | 60.44% | Ab Halim Che Man (UMNO) | 3,990 | 39.56% | 10,273 | 2,105 | 75.01% | ||
2008 | Mohd Nassuruddin Daud (PAS) | 7,237 | 63.82% | Abdullah Mat Yasim (UMNO) | 4,102 | 36.18% | 11,509 | 3,135 | 79.19% | |||
2013 | Mohd Nassuruddin Daud (PAS) | 8,522 | 65.00% | Mohd Afandi Yusoff (UMNO) | 4,589 | 35.00% | 13,305 | 3,933 | 80.80% | |||
2018 | N13 Meranti | Mohd Nassuruddin Daud (PAS) | 10,318 | 64.41% | Ahmad Anuar Hussin (UMNO) | 4,218 | 26.33% | 16,482 | 6,100 | 76.70% | ||
Mohd Romizu Mohd Ali (AMANAH) | 971 | 6.06% | ||||||||||
Che Daud Che Man (BEBAS) | 512 | 3.20% | ||||||||||
2023 | Mohd Nassuruddin Daud (PAS) | 13,260 | 76.36% | Zahri Omar (UMNO) | 4,106 | 23.64% | 17,366 | 9,154 | 57.93% |
Anugerah
Kelantan
Setia Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (J.M.K.) - (2007)[6]
Darjah Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) - Dato' (2010)[7]
Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) - Dato' (2019)[8]
Gelaran Kebesaran Negeri Dato' Bergelar - Dato' Panglima Perang (2019)[9]
Rujukan
- ^ "Mohd Nassuruddin is new Kelantan MB". The Star. 15 Ogos 2023. Dicapai pada 15 Ogos 2023.
- ^ "Floods: Kelantan MB's house inundated as situation worsens in the state". The Star. 27 Disember 2023. Dicapai pada 27 Disember 2023.
- ^ "WhatsApp digodam, MB Kelantan lapor polis". Harian Metro. 14 Februari 2025. Dicapai pada 16 Ogos 2025.
- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada 17 Mei 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ "Kelantan Sultan's birthday honours list". The Star (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Julai 2008. Dicapai pada 28 Mei 2024.
- ^ "Lebih 70 bergelar Datuk esok" [More than 70 conferred Datuk tomorrow]. Malaysiakini. 30 Mac 2010.
- ^ "Mukhriz terima darjah kebesaran Kelantan". Bernama. Malaysiakini. 4 Mac 2019.
- ^ "Penganugerahan Dato' Panglima Perang dan Ahli Yang Kehormat Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia". Facebook. Dicapai pada 4 Mac 2019.
- Penerima Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan
- Penerima Darjah Dato’ Paduka Jiwa Mahkota Kelantan
- Penerima Darjah Setia Jiwa Mahkota Kelantan
- Kelahiran 1965
- Orang hidup
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Anggota Parti Islam Se-Malaysia
- Orang dari Kelantan
- Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Kelantan
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-9
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-10
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-11
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-12
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-13
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-14
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-15
- Tunas ahli politik Malaysia