Ustaz = guru agama (L). Ustaz ah = guru agama (P). Asatizah merupakan kata jamak bagi perkataan ustaz-ustaz atau ustazah-ustazah atau ustaz dan ustazah. Dalam masyarakat Melayu, ustaz dikhususkan kepada mereka yang mengajar agama atau pelajaran agama Islam di sekolah, madrasah, masjid, pondok dan sebagainya. Tok guru pula merujuk kepada guru agama yang memiliki kepimpinan rohaniah.