| Negara asal | Sepanyol | ||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
| Anjing (Canis lupus familiaris) | |||||||||||||||||
Anjing air Sepanyol[a] ialah satu baka anjing air dari Sepanyol. Ia digunakan secara tradisional untuk pelbagai tugas: sebagai anjing gembala untuk biri-biri atau lembu; sebagai gundog untuk mencari dan mengutip buruan di tanah rawang; dan sebagai bantuan kepada nelayan tepi pesisir di pinggir laut Cantabria.[3]:571 Pada abad kedua puluh satu, ia dibela terutamanya sebagai anjing pendamping.[3]:571
Tiga subpopulasi baka ini dikenal pasti: marismeño ("[anjing] dari rawang") dari Rawang Guadalquivir di muara Sungai Guadalquivir; serrano ("[anjing] dari siera") dari Andalusia selatan; dan norteño ("[anjing] dari utara") dari Cantabria dan Asturias.[3]:573 Yang terakhir ini diiktiraf dalam undang-undang Sepanyol pada tahun 2012 sebagai baka terpisah, iaitu anjing air Cantabria.[4]
Sejarah
Pada asalnya terdapat tiga populasi berasingan bagi anjing air Sepanyol di Sepanyol dengan fenotip dan saiz agak berlainan. Salah satu populasi ini ditemukan di Sepanyol Utara, di Asturias dan di Cantabria; anjing ini biasanya lebih kecil dan berwarna lebih cerah dan menjadi baka baharu pada 22 Mac 2011, iaitu anjing air Cantabria. Kumpulan lagi satu dapat ditemukan di rawa di Andalusia barat; jenis anjing ini mempunyai lapis bulu yang terdiri daripada tali pintal panjang dan nipis. Akhirnya, kumpulan terbesar berasal dari siera Andalusia selatan; jenis anjing ini ialah yang terbesar dan terkuat kerana ia terutamanya digunakan untuk penggembalaan.
Anjing air Sepanyol diiktiraf oleh Real Sociedad Canina de España, iaitu kelab kenel Sepanyol, pada tahun 1975;[3]:571 ia diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1999;[5] dan diiktiraf dalam undang-undang Sepanyol oleh Dekri Diraja pada tahun 2001.[3]:571[6]:21173
Ciri

Anjing air Sepanyol ialah anjing bersaiz sederhana, atletik, dan teguh yang sedikit lebih panjang daripada ketinggiannya. Hampir-hampir separuh lahir dengan ekor kontot semula jadi. Anjing berekor panjang biasanya melalui pemotongan ekor di Amerika Syarikat tetapi ekor tidak terpotong bukan kecacatan dalam penunjukan pengakuran sekiranya anjing berkenaan dibiakbakakan di negara tanpa pemotongan ekor.
Kepalanya patut kuat dan terangkat dengan keanggunan. Tengkoraknya rata dan bahagian atasnya selari dengan bahagian atas muncung. Hidungnya, pinggir mata, dan tapak kaki adalah sewarna dengan bahagian paling gelap bagi lapis bulu atau lebih gelap. Matanya ekspresif dan terletak agak jauh antara satu sama lain. Kedua-dua biji mata patut berwarna hazel, perang berangan, atau perang gelap, bergantung pada warna lapis bulu. Telinganya terletak pada ketinggian sederhana pada tengkorak dan berbentuk segi tiga.

Ia mempunyai lapis bulu keriting distingtif yang bertekstur wul dan mungkin membentuk pintalan apabila panjang. Lapis bulunya tidak patut dipangkas atau didandani untuk tujuan estetik. Sebaliknya, lapis bulunya patut kelihatan sepenuhnya semula jadi, seakan-akan tidak didandani langsung. Lapis bulunya sama sekali tidak patut dirapikan, tetapi dipendekkan sekurang-kurangnya sekali setahun. Anak anjing air Sepanyol sentiasa lahir dengan bulu keriting.
Ia mungkin hitam padu, kuning air, perang, atau putih; dwiwarna bilamana warna kedua ialah putih; atau berwarna-warni. Anjing triwarna seketatnya dilarang oleh piawaian (sedunia) semasa untuk baka ini sama seperti gabungan warna hitam dan sawo matang atau perang dan sawo matang.

Ia merupakan anjing bersaiz sederhana. Ukuran hampirannya ialah:
- Jantan
- Tinggi (pada paras kelasa): 44–50 cm (17–20 in)
- Berat: 18–22 kg (40–49 lb)
- Betina
Kesihatan

Jangka hayat baka ini dianggap kira-kira 14 tahun. Ujian kesihatan terkini telah mendedahkan isu berikut:
- Displasia pinggul[8]
- Atrofi retina progresif (prcd-PRA)
- Hipotiroidisme
- Hipoadrenokortisisme (yang juga dikenali sebagai penyakit Addison)
- Kekurangan pankreas eksokrin
- Alahan
- Katarak
- Hipotiroidisme kongenital dengan goiter (CHG)
- Distikia
- Mata ceri
- Distrofi neuroakson[9]
Catatan
- ^ Jawi: انجيڠ اءير سڤاڽول; Sepanyol: perro de agua español; bahasa Inggeris: Spanish water dog
Rujukan
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing air Sepanyol |
- ^ a b c d "Estándar-FCI N° 336 PERRO DE AGUA ESPAÑOL" [Piawaian FCI No. 336 Anjing Air Sepanyol] (pdf) (dalam bahasa Sepanyol). Diubah kali terakhir oleh Pejabat Besar FCI. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 11 Oktober 2019. Dicapai pada 11 Oktober 2025.CS1 maint: others (link)
- ^ a b c d "FCI-Standard N° 336 PERRO DE AGUA ESPAÑOL (Spanish Water Dog)" [Piawaian FCI No. 336 Anjing Air Sepanyol] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Davis, Peggy. Disemak oleh Pejabat Besar FCI. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 11 Oktober 2019. Dicapai pada 11 Oktober 2025.CS1 maint: others (link)
- ^ a b c d e Fernández Rodríguez, Miguel; Gómez Fernández, Mariano; Delgado Bermejo, Juan Vicente; Belmonte, Silvia Adán; Jiménez Cabras, Miguel, penyunting (1 Oktober 2009). Guía de campo de las razas autóctonas españolas [Panduan Lapangan Baka Anjing Autokton Sepanyol] (dalam bahasa Sepanyol). Madrid, Sepanyol: Kementerian Alam Sekitar dan Persekitaran Luar Bandar dan Laut. ISBN 9788449109461. OCLC 804450785.
- ^ Cañete, Miguel Arias (15 Februari 2012). "2254: Orden AAA/251/2012, de 9 de febrero, por la que se modifican el Anexo I del Real Decreto 2129/2008, de 26 de diciembre, por el que se establece el Programa nacional de conservación, mejora y fomento de las razas ganaderas, el Anexo del Real Decreto 558/2001, de 25 de mayo, por el que se regula el reconocimiento oficial de las organizaciones o asociaciones de criadores de perros de raza pura y el Anexo III del Real Decreto 841/2011, de 17 de junio, por el que se establecen las condiciones básicas de recogida, almacenamiento, distribución y comercialización de material genético de las especies bovina, ovina, caprina y porcina y de los équidos" [2254: Perintah AAA/251/2012, pada 9 Februari, yang meminda Lampiran I Dekri Diraja 2129/2008, pada 26 Disember, yang mengasaskan Program Kebangsaan bagi Pemuliharaan, Penambahbaikan, dan Perkembangan Baka-baka Ternakan, Lampiran Dekri Diraja 558/2001, pada 25 Mei, yang mengatur pengiktirafan rasmi bagi pertubuhan-pertubuhan atau persatuan-persatuan pembiak baka anjing baka tulen, dan Lampiran III Dekri Diraja 841/2011, pada 17 Jun, yang mengasaskan keadaan asas bagi pengumpulan, penyimpanan, pengedaran, dan pemasaran bagi bahan genetik bagi spesies-spesies lembu, biri-biri, kambing, dan babi, serta equid.]. Boletín Oficial del Estado (dalam bahasa Sepanyol) (39): 13452–13455.
- ^ "FCI breeds nomenclature: PERRO DE AGUA ESPAÑOL (336)" [Tatanama baka FCI: ANJING AIR SEPANYOL (336)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 11 Oktober 2025.
- ^ Kementerian Pertanian, Perikanan, dan Makanan (14 Jun 2001). "11347: REAL DECRETO 558/2001, de 25 de mayo, por el que se regula el reconocimiento oficial de las organizaciones o asociaciones de criadores de perros de raza pura" [11347: DEKRI DIRAJA 558/2001, pada 25 Mei, yang mengatur pengiktirafan rasmi bagi pertubuhan-pertubuhan atau persatuan-persatuan pembiak baka anjing baka tulen.]. Boletín Oficial del Estado (dalam bahasa Sepanyol) (142): 21156–21182.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ "Spanish Water Dog" [Anjing Air Sepanyol] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 25 Januari 2024.
- ^ "SWDs Health" [Kesihatan Anjing Air Sepanyol] (dalam bahasa Inggeris). Spanish Water Dog Club of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2018. Dicapai pada 10 Mac 2024.
- ^ Hahn, Kerstin Caroline; Rohdin, Cecilia; Jagannathan, Vidhya; Wohlsein, Peter; Baumgärtner, Wolfgang; Seehusen, Frauke; Spitzbarth, Ingo; Grandón, Rodrigo; Drögemüller, Cord; Jäderlund, Karin Hultin (10 November 2015). Seaman, Matthew N. J. (penyunting). "TECPR2 Associated Neuroaxonal Dystrophy in Spanish Water Dogs" [Distrofi Neuroakson Berkaitan dengan TECPR2 pada Anjing Air Sepanyol]. PLOS One (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 10 (11). Bibcode:2015PLoSO..1041824H. doi:10.1371/journal.pone.0141824. hdl:11250/2366233. ISSN 1932-6203. PMC 4640708. PMID 26555167. S2CID 560211. Unknown parameter
|article-number=ignored (bantuan)








