Anjing pemburu tikus ialah sebarang anjing yang digunakan untuk penangkapan dan pembunuhan tikus dan haiwan perosak serupa.[1] Baka penangkap tikus khusus terdapat di banyak negara. Anjing pemburu tikus tipikal adalah bersaiz kecil hingga sederhana dan mempunyai lapis bulu pendek dan licin, namun bermacam-macam baka anjing dan baka tempatan anjing mungkin digunakan.[2][1][3] Penggunaan anjing pemburu tikus dianggap secara meluas sebagai kaedah paling mesra alam, berperikemanusiaan, dan cekap untuk membasmi tikus.[4][2] Anjing pemburu tikus dianggap lebih cekap daripada kucing bela jinak.[1]
Sejarah
Pemburuan tikus telah wujud selama berabad-abad, terutamanya di Eropah.[4][5] Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit menyenaraikan lebih daripada 20 penyakit yang dikaitkan secara langsung dengan tikus, yang menjadikan anjing pemburu tikus popular sebagai cara pembendungan penyakit.[4][6][2] Tikus dikaitkan dengan kerosakan pada tanaman dan bangunan.[7][2] Pada Zaman Pertengahan, penangkap tikus digunakan untuk membendung penyebaran penyakit. Penangkap tikus yang menggunakan anjing adalah lebih berjaya dan penangkap tikus dengan kawanan anjing pemburu tikus kerap mengembara dari pekan ke pekan.[2][5][3]
Kebanyakan anjing pemburu tikus berdokumen pertama adalah semasa pertengahan hingga lewat tahun 1800-an di United Kingdom. Semakin populasi di London bertambah, kesesakan dan sistem pengurusan sisa tidak cukup menyebabkan tahap kebersihan menurun dan penggunaan penangkap tikus dan anjing pemburu tikus mereka semakin popular.[4][5][8]
The Guinness Book of World Records menyenaraikan sebagai "anjing penangkap tikus terpantas" seekor bull-and-terrier bernama Billy, yang membunuh 100 ekor tikus dalam masa 5 minit 30 saat (purata seekor tikus setiap 3.3 saat) pada sebuah acara pada tahun 1825.[9] Guinness juga menyebut bahawa Billy telah membunuh 4000 ekor tikus dalam tempoh 17 jam (purata seekor tikus setiap 15.3 saat) pada acara yang tidak disebut;[9] sumber lain, termasuk Atlas of Dog Breeds of the World edisi tahun 1993, menyebut bahawa ia membunuh 2501 ekor tikus dalam tempoh 7 jam (purata seekor tikus setiap 10 saat).[10][11][12][13]
Semasa Perang Dunia Pertama, anjing pemburu tikus digunakan untuk mengawal populasi tikus di dalam parit.[2]
Penggunaan anjing pemburu tikus semakin meningkat lagi di banyak kawasan kerana tikus telah mengembangkan keimunan terhadap racun tikus.[14][15] Ryders Alley Trencher-fed Society (R.A.T.S.) ialah sebuah kumpulan Bandar Raya New York yang diasaskan pada tahun 1990-an[16] yang menjalankan pemburuan tikus terancang dengan anjing. Kumpulan itu dinamai oleh ahli pengasas Richard Reynolds sempena Ryders Alley di Manhattan, yang pernah dipenuhi oleh tikus, dan kawanan yang diberi makan di atas trencher berkumpul untuk berburu.[17][18][19] Kumpulan ini kerap berburu di lokasi Lower Manhattan seperti Theater Alley yang mempunyai sampah yang boleh dicapai oleh haiwan perosak.[20][21]
Sukan
Pengumpanan tikus ialah sukan berdarah yang melibatkan pelepasan tikus tangkapan di dalam ruang tertutup dengan penonton yang bertaruh atas masa yang diambil oleh anjing, biasanya terier, untuk membunuh tikus. Ini kini menyalahi undang-undang di kebanyakan negara.
Ujian anjing bumi menguji kebolehan kerja dan naluri terier kecil yang kerap bertungkai pendek atau dachshund. Ujian anjing bumi melibatkan terowong buatan manusia yang mesti dilalui oleh anjing, sambil menghidu tikus, iaitu "buruan". Anjing mesti mengikut bau ke arah buruan dan kemudian "mengerjakan" buruan. Bergantung pada pertubuhan penyokong, "mengerjakan" memaksudkan menyalak, mencakar, merenung, mengais, menggali; sebarang tingkah laku aktif. Buruan ini dilindungi pada setiap masa oleh palang kayu di hujung terowong. Pertemuan perburuan dikawal dan anjing mahupun buruan (biasanya dua ekor tikus) tidak terancam oleh kegiatan tersebut.[22][23]
Perburuan bangsal ialah sukan kompetitif pencarian tikus yang tersembunyi di dalam bandela rumput kering. Tikus jinak ditempatkan di dalam tiub keras untuk mengelakkan kecederaan dan disembunyikan di dalam bandela rumput kering sementara anjing mencarinya.[24]
Baka anjing pemburu tikus
Antara banyak baka yang digunakan untuk pemburuan tikus merupakan beberapa terier, pelbagai pincer dan schnauzer, dan baka anjing pemburu tikus Sepanyol. Penangkap tikus juga menggunakan anjing baka silang untuk menangkap tikus, termasuk lurcher dan silangan anjing penuding.[3]
Terier dan feist
Terier ialah anjing daripada mana-mana baka atau baka tempatan daripada jenis terier, yang biasanya kecil, tegap, game, dan tidak takut.[25] Feist ialah anjing pemburu kecil yang disilangkan dengan terier, yang dikembangkan di kawasan luar bandar Selatan oleh pembiak baka untuk pemburuan buruan kecil dan penghapusan haiwan perosak.[26] Terier dan feist yang lazimnya digunakan sebagai anjing pemburu tikus termasuk:
- Cairn terrier[4][1]
- Anjing pemburu tikus Praha
- Terier Airedale[3]
- Terier Bedlington[4][14]
- Terier Brazil[27]
- Terier Ireland[3]
- Terier Jack Russell[4][24]
- Terier Lakeland[4][14]
- Terier Manchester[14]
- Terier Norfolk[1]
- Terier Norwich[4]
- Terier Parson Russell[2]
- Terier Patterdale[4]
- Terier pemburu[4][28]
- Terier Plummer[21]
- Terier putih Tanah Tinggi Barat[4]
- Terier rubah Chile
- Terier rubah katik
- Terier sempadan[14]
- Terier Teddy Roosevelt[12]
- Terier Tenterfield[29]
- Terier tikus[30][12]
- Terier Yorkshire[4][1]
- Mountain feist[26]
Anjing pemburu tikus Sepanyol
Terdapat lima baka anjing pemburu tikus (ratonero) rantauan di Sepanyol:
- Anjing pemburu tikus bodega Andalusia dari Andalusia[31]
- Anjing pemburu tikus Mallorca dari Mallorca[32]
- Anjing pemburu tikus Murcia dari Murcia[33]
- Anjing pemburu tikus Valencia atau terier Valencia dari Valencia[31]
- Villanuco de las Encartaciones dari Negara Basque[34]
Pincer dan schnauzer
Banyak anjing jenis pincer dan schnauzer digunakan secara tradisional untuk menangkap tikus; baka moden yang diterbitkan daripada itu termasuk:
- Anjing ladang Denmark-Sweden[35]
- Pincer Austria[36]
- Pincer Jerman[1][28]
- Pincer kerdil[28]
- Pincer monyet[37][36]
- Schnauzer kerdil[4][1]
- Schnauzer sederhana
- Smoushond Belanda
Lain-lain
Rujukan
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing pemburu tikus |
- ^ a b c d e f g h i Robertson, Elizabeth (21 April 2021). "The Best Dog Breeds for Killing Rats" [Baka Anjing Terbaik untuk Membunuh Tikus] (dalam bahasa Inggeris). National Canine Research Association of America. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ a b c d e f g h "About Barn Hunt" [Tentang Perburuan Bangsal] (dalam bahasa Inggeris). Barn Hunt Association. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ a b c d e Matthews, Ike (1898). Full Revelations of a Professional Rat-catcher, After 25 Years' Experience [Pendedahan Lengkap Seorang Penangkap Tikus Profesional, selepas Pengalaman 25 Tahun] (dalam bahasa Inggeris). Manchester, United Kingdom: Friendly Societies' Printing Company. OCLC 1065992.
- ^ a b c d e f g h i j k l m n "Rat Hunting Dogs: The History Of Rat Terriers and Ratcatchers" [Anjing Pemburu Tikus: Sejarah Terier Tikus dan Penangkap Tikus] (dalam bahasa Inggeris). A Life of Dogs. 24 Februari 2020. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ a b c Chronicler (1 Februari 2022). "Professional Rat Catchers Became The Pride of A Filthy Europe" [Penangkap Tikus Profesional Menjadi Kebanggaan Eropah Kotor] (dalam bahasa Inggeris). Medium. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 November 2023. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ "How to Control Wild Rodent Infestations" [Cara untuk Mengawal Infestasi Rodensia Liar] (dalam bahasa Inggeris). Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 September 2023. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ Toner, Casey; Bloom, Mina (31 Ogos 2023). "Why Chicago is Losing the War on Rats" [Sebabnya Chicago Sedang Kalah dalam Perang Lawan Tikus] (dalam bahasa Inggeris). Illinois Answers Project. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ "The Rat-Catcher Job and Rat-Baiting: Myth and History" [Kegas Penangkap Tikus dan Pengumpanan Tikus: Mitos dan Sejarah] (dalam bahasa Inggeris). Weird History Facts. 24 Mac 2024. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ a b "Fastest canine rat catcher" [Anjing penangkap tikus terpantas] (dalam bahasa Inggeris). Rekod Dunia Guinness. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ Wilcox, Bonnie; Walkowicz, Chris (1993). "Rat Terrier" [Terier Tikus]. The Atlas of Dog Breeds of the World [Atlas Baka Anjing di Dunia] (dalam bahasa Inggeris). 2 (ed. ke-4). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. m/s. 714–715. ISBN 9780866228732. OCLC 29808679.
- ^ "Rat Terrier" [Terier tikus] (dalam bahasa Inggeris). Save a Rescue. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ a b c "HISTORY OF THE RAT TERRIER" [SEJARAH TERIER TIKUS] (dalam bahasa Inggeris). National Rat Terrier Association. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ "HISTORY OF THE RAT TERRIER" [SEJARAH TERIER TIKUS] (dalam bahasa Inggeris). Rat Attack of North Carolina. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ a b c d e Henton, Alexandra (11 Februari 2015). "Ratting with terriers. Which terrier is top?" [Pemburuan tikus dengan terier. Terier mana yang teratas?] (dalam bahasa Inggeris). Future Publishing Limited Quay House. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 September 2023. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ Schappi, Colin (12 April 2023). "A Rat Hunter Takes Bushwick: A vintage way to tackle a newly pressing problem" [Seekor Pemburu Tikus Menghadap Bushwick: Cara vintaj untuk mengatasi masalah mendesak baharu] (dalam bahasa Inggeris). Curbed. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ Bitsky, Leah (23 Mac 2017). "Meet the fearless dogs solving NYC's rat problem" [Kenali anjing berani yang selesaikan masalah tikus NYC] (dalam bahasa Inggeris). New York Post. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ Kilgannon, Corey (21 November 2013). "In Manhattan Alleys, Dogs on Rat Hunts Find Bags of Fun" [Di Lorong Manhattan, Anjing Buru Tikus Temukan Berguni-guni Keseronokan] (dalam bahasa Inggeris). The New York Times. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ Newman, Will (9 Disember 2014). "Spending a Night with New York's Finest Rat-Hunting Club" [Meluangkan Satu Malam dengan Kelab Pemburuan Tikus Terbaik New York] (dalam bahasa Inggeris). Vice. Dicapai pada 18 Januari 2025.
- ^ Harris, Emma Patti (11 Ogos 2014). "The Rat Catchers of New York" [Penangkap Tikus New York] (dalam bahasa Inggeris). The Baltimore Sun. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Disember 2023. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ Kilgannon, Corey (7 Disember 2013). "Brits can keep their foxes; New Yorkers do rat hunts" [Orang British boleh simpan rubah mereka; Orang New York buru tikus] (dalam bahasa Inggeris). The Seattle Times. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ a b Moxley, Mitch (23 Oktober 2013). "The Rat Hunters of New York" [Pemburu Tikus New York] (dalam bahasa Inggeris). Roads & Kingdoms. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ Lee, Muriel P. (17 April 2012). Fox Terrier: A Comprehensive Guide to Owning and Caring for Your Dog [Terier Rubah: Panduan Komprehensif untuk Memiliki dan Menjaga Anjing Anda] (dalam bahasa Inggeris). Freehold, New Jersey, Amerika Syarikat: Kennel Club Books. ISBN 9781593786304. OCLC 792687946.
- ^ "About Us" [Tentang Kami] (dalam bahasa Inggeris). American Working Terrier Association. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ a b Gillespie, Kerry (15 April 2022). "'In it for the treats': Ratting, where dogs sniff out live rats for awards, is making a comeback" ['Ikut serta untuk ganjaran': Pemburuan tikus, iaitu apabila anjing hidu kesan tikus hidup untuk anugerah, semakin kembali] (dalam bahasa Inggeris). Toronto Star. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ Roeder, Oliver (16 Februari 2016). "Terriers Were Once The Greatest Dogs In The World" [Terier Pernah Jadi Anjing Terhebat di Dunia] (dalam bahasa Inggeris). FiveThirtyEight. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ a b "Mountain Feist" [Mountain Feist] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ Morris, Desmond (1 September 2008). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 218. ISBN 9781570764103. OCLC 213449602.
- ^ a b c Morris, Desmond (1 September 2008). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 207–208. ISBN 9781570764103. OCLC 213449602.
- ^ Morris, Desmond (1 September 2008). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 215. ISBN 9781570764103. OCLC 213449602.
- ^ "Ratting Dogs: Dogs, Not Cats, Are the Ultimate Rat Hunters!" [Anjing Pemburu Tikus: Anjing, Bukan Kucing, Ialah Pemburu Tikus Muktamad!] (dalam bahasa Inggeris). Rat Control Headquarters. 18 Mei 2016. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ a b "Las Razas Españolas" [Baka Sepanyol] (dalam bahasa Inggeris). Real Sociedad Canina de España. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Disember 2013. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ "History Ratting Dog" [Sejarah Anjing Pemburu Tikus] (dalam bahasa Inggeris). Club del Ca Rater Mallorquí. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mei 2014. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ "ESTUDIO SOBRE EL RATONERO MURCIANO" [KAJIAN TENTANG ANJING PEMBURU TIKUS MURCIA] (pdf) (dalam bahasa Sepanyol). Asociación Canina de la Comunidad Autónoma de Murcia. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ Castillo Matías, J.; Mediavilla Iglesias, M. (April 2008). "Los 26 tesoros de nuestra comunidad" [26 khazanah komuniti kita] (pdf) (dalam bahasa Sepanyol). Sepanyol: La Anunciata Ikerketa. m/s. 72. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ Dohner, Janet Vorwald (4 Oktober 2016). Farm Dogs: A Comprehensive Breed Guide: 93 Guardians, Herders, Terriers, and Other Canine Working Partners [Anjing Ladang: Panduan Baka Komprehensif: 93 Anjing Pengawal, Anjing Gembala, Terier, dan Pasangan Anjing Pekerja Lain] (dalam bahasa Inggeris). North Adams, Massachusetts, Amerika Syarikat: Storey Publishing. ISBN 9781612125930. OCLC 952855477.
- ^ a b Morris, Desmond (1 September 2008). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 200. ISBN 9781570764103. OCLC 213449602.
- ^ "Breed History" [Sejarah Baka] (dalam bahasa Inggeris). Affenpinscher Club of America. Dicapai pada 8 Jun 2024.