![]() Seekor anjing penuding berbulu dawai Hungary | |||||||||||
Negara asal | Hungary | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||
| |||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing penuding berbulu dawai Hungary[a] ialah satu baka anjing penuding Hungary.
Ia merupakan anjing pemburu serba guna yang secara tradisional dan kini digunakan untuk memburu, menuding, dan mengutip, yang merujuk kebolehan semula jadi anjing ini dalam penjejakan, penudingan, dan pengutipan buruan.[2]
Sejarah

Anjing penuding berbulu dawai Hungary ialah baka yang sepenuhnya terpisah daripada anjing penuding berbulu pendek Hungary yang lebih terkenal. Anjing penuding berbulu dawai Hungary dikembangkan pada tahun 1930-an, pada mulanya oleh Vasas Jozsef, pemilik kenel anjing penuding Hungary Csabai bersama-sama dengan Gresznarik Laszlo, yang memiliki kenel anjing penuding berbulu dawai Jerman de Selle.[perlu rujukan] Matlamat mereka adalah untuk menghasilkan anjing yang menggabungkan warna anjing penuding berbulu pendek Hungary dengan lapis bulu lebih berat dan bingkai lebih besar yang lebih sesuai untuk kerja dalam cuaca sejuk dan pengutipan dari air berais.
Dua ekor anjing penuding berbulu pendek Hungary betina (Zsuzsi dan Csibi), kedua-duanya, sekali dengan pedigri cemerlang dan kebolehan kerja bagus, dipilih untuk dibiakbakakan dengan anjing penuding berbulu dawai Jerman jantan sepenuhnya berwarna hati (Astor von Potat).[perlu rujukan] Jantan kepada Zsuzsi diketahui menghaslkan keturunan dengan lapis bulu lebih panjang. Yang terbaik dariada keturunan Zsuzsi dan Csibi dipilih dan dibiakbakakan bersama-sama dan Dia de Selle, anjing penuding berbulu dawai Hungary pertama yang dipamerkan, lahir. Ia mempunyai tubuh sama seperti anjing penuding berbulu pendek Hungary, tetapi kepalanya sebentuk dengan anjing penuding berbulu dawai Jerman. Walaupun lapis bulunya tidak cukup kasar dan tebal, ia menjadi permulaan menjanjikan untuk penghasilan baka baharu.[perlu rujukan]
Selepas Jozef dan Laszlo, Koloman Slimák berusaha untuk menghasilkan anjing penuding berbulu dawai Hungary di Slovakia. Terdapat cadangan[Menurut siapa?] bahawa beliau menambahkan darah seter Ireland dan anjing penuding Inggeris sebagai tambahan kepada anjing penuding berbulu dawai Jerman ke dalam susur galur beliau sendiri bagi anjing penuding berbulu licin Hungary.[perlu rujukan] Bukti anekdot lain mencadangkan bahawa darah pudelpointer, anjing pemburu darah, dan seter Ireland ditambahkan semasa tempoh Perang Dunia Kedua apabila banyak kenel Hungary lain terlibat dalam perkembangan baka ini.[perlu rujukan] Sebelum ini, telah ada cadangan,[Menurut siapa?] walaupun salah, bahawa baka ini dihasilkan melalui pembiakan semula anak-anak berlapis bulu paling lebat daripada baka anjing penuding berbulu licin Hungary.[perlu rujukan]
Pada tahun 2009, terdapat hampir-hampir 400–450 ekor anjing penuding berbulu dawai Hungary di Amerika Syarikat dan antara 2,500 dengan 3,000 ekor di seluruh dunia.[perlu rujukan]
Pengiktirafan
Anjing penuding berbulu dawai Hungary diiktiraf di Eropah oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa di bawah piawaian Hungary pada tahun 1963 sebagai Drötzörü Magyar Vizsla (dengan ejaan sedemikian).[1] Setelah diperkenalkan ke Amerika Utara pada tahun 1970-an,[perlu rujukan] baka ini pertama kali diiktiraf oleh Canadian Kennel Club pada tahun 1977 dan North American Versatile Hunting Dog Association pada tahun 1986. Baka ini diiktiraf oleh United Kennel Club pada tahun 2006.[3] Ia diiktiraf oleh Australian National Kennel Council pada tahun 2007.[perlu rujukan]
Baka ini dimasukkan ke dalam Program Khidmat Ternakan Asasi AKC pada tahun 2008. Berkuat kuasa 1 Januari 2009, anjing penuding berbulu dawai Hungary menjadi layak untuk bertanding dalam acara Teman dan Prestasi AKC. Anjing penuding berbulu dawai Hungary diizinkan untuk ditunjukkan dalam pengakuran dalam Kelas Lain-lain AKC mulai 1 Januari 2011. Ia menyertai Kumpulan Sukan dan menjadi baka beriktiraf sepenuhnya pada 2 Julai 2014.[4]
Baka ini juga diiktiraf di Amerika Utara oleh American Rare Breed Association[perlu rujukan] dan pejabat pendaftaran Buku Pembaka Anjing Padang.[perlu rujukan]
Ciri


Anjing penuding berbulu dawai Hungary adalah bersaiz sederhana dengan ketinggian kelasa untuk jantan yang biasanya dalam julat 58–64 cm (23–25 in) dan untuk betina sekitar 4 cm (1.6 in) kurang.[1]
Perangai
Anjing penuding berbulu dawai Hungary ialah baka penyayang yang menjalin ikatan baik dengan orang.[5]
Baka ini mempunyai keperibadian sekata yang menjadikannya sesuai untuk keluarga.[6]
Kesihatan
Tinjauan anggota kelab baka United Kingdom mendapati jangka hayat sebanyak 12.92 tahun daripada sampel 38 kematian.[7]
Catatan
- ^ Jawi: انجيڠ ڤنوديڠ بربولو داواي هڠݢري; Hungary: drótszőrű magyar vizsla; bahasa Inggeris: Hungarian wire-haired pointing dog; Hungarian wirehaired pointer; Hungarian wire-haired pointer; Hungarian wirehaired vizsla; Hungarian wire-haired vizsla
Rujukan
- ^ a b c d "FCI-Standard N° 239 DROTZÖRÜ MAGYAR VIZSLA (Hungarian Wire-Haired Pointer (Vizsla))" [Piawaian FCI No. 239 Anjing Penuding Berbulu Dawai Hungary] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Gross-Richardson, Honey; Mitchell, Ann; Peper, Elke. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 13 September 2000. Dicapai pada 1 Mac 2024.
- ^ "HPR breeds" [Baka HPR] (dalam bahasa Inggeris). Shooting UK. Dicapai pada 23 Januari 2024.
- ^ "Hungarian Wire-Haired Vizsla" [Anjing Penuding Berbulu Dawai Hungary] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Dicapai pada 5 Mac 2024.
- ^ "The AKC Family Grows to 180 Breeds" [Keluarga AKC Membesar Menjadi 180 Baka] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 16 Julai 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2015. Dicapai pada 5 Mac 2024.
- ^ Spencer, James (27 April 2021). "Wirehaired Vizsla: Breed Profile" [Anjing Penuding Berbulu Dawai Hungary: Profil Baka]. Gun Dog (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 Mac 2024.
- ^ Tomlinson, David (14 Mei 2020). "Why the Hungarian wirehaired vizsla is becoming more and more popular" [Sebabnya anjing penuding berbulu dawai Hungary menjadi semakin popular] (dalam bahasa Inggeris). Shooting UK. Dicapai pada 5 Mac 2024.
- ^ Adams, Vicki Jean; Evans, Katy M.; Sampson, Jeffery; Wood, James Lionel Norman (1 Oktober 2010). "Methods and mortality results of a health survey of purebred dogs in the UK" [Kaedah dan keputusan mortaliti tinjauan kesihatan anjing baka tulen di United Kingdom]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 51 (10): 512–524. doi:10.1111/j.1748-5827.2010.00974.x. ISSN 1748-5827. PMID 21029096. S2CID 36903216.
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing penuding berbulu dawai Hungary |
- "Home Page" [Laman] (dalam bahasa Inggeris). Wirehaired Vizsla Club of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Oktober 2008. Dicapai pada 21 Ogos 2013.CS1 maint: unfit URL (link)
- "Hungarian Wirehaired Vizsla Association" (dalam bahasa Inggeris). Hungarian Wirehaired Vizsla Association. Dicapai pada 21 Ogos 2013.