Kelasa atau ponok (Jawi: كلاس / ڤونوق ) ialah bahagian atas di antara tulang belikat mamalia berkaki empat. Dalam kebanyakan spesies kelasa merupakan titik tertinggi badan, dan pada kuda dan anjing kelasa merupakan tempat piawai untuk mengukur ketinggian haiwan tersebut (berbanding dengan lembu yang biasanya diukur ke bahagian atas pinggul).