![]() | |||||||||||||||||
Negara asal | Itali | ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing air Romagna[a] ialah satu baka anjing. Ia merupakan baka tradisional di tanah rawa Delta del Po yang dahulunya meluas, iaitu di bahagian timur rantau Emilia-Romagna di Itali. Di sana, ia digunakan sebagai gundog, khususnya sebagai anjing pengutip air. Selepas penyaliran kawasan besar habitat tanah lembap di kawasan asalnya pada abad kesembilan belas dan abad kedua puluh, ia semakin kerap digunakan untuk memburu trufel.[2][1] Pada abad kedua puluh satu, ia dapat dibela sebagai haiwan pendamping.
Sejarah
Lagotto berasal dari tanah rawa dan lagun yang dahulunya meluas di Delta del Po, iaitu di kawasan seperti Comacchio dan Ravenna, di bahagian timur bekas rantau Romagna di Itali.[3][1]
Anjing yang menunjukkan sesetengah keserupaan dengan lagotto moden muncul dalam pelbagai lukisan dari Itali utara. Salah sebuah ialah anjing kecil di belakang kaki Ludovico III Gonzaga, Marchese Mantova, dalam frekso pada dinding barat Camera degli Sposi di Istana Duca di Mantova – kini di Lombardia – yang dilukis pada antara tahun 1465 dengan tahun 1474 oleh Andrea Mantegna. Sebuah lagi, dari hampir dua ratus tahun kemudian, ditunjukkan dalam potret karya Paolo Antonio Barbieri tentang saudari beliau dan saudara beliau – pelukis Il Guercino – dengan seekor anjing dan seekor kucing.[4]:4
-
Andrea Mantegna, Camera degli Sposi, Mantova, dinding barat, perincian (sekitar 1470)
-
Paolo Antonio Barbieri, potret saudari dan saudara beliau (sebelum 1649)
Fungsi tradisionalnya adalah sebagai gundog, khususnya anjing pengutip air, yang membawa buruan tertembak kembali ke darat atau perahu jalur di perairan.[4] Sejak penyaliran kawasan besar habitat tanah lembap di kawasan asalnya, ia kini lebih kerap digunakan untuk memburu trufel.[2][1] Ia telah dikenali sejak abad keenam belas, tetapi tidak tersebar luas sehingga abad kesembilan belas.[5]
Ia diterima sementara oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1995 dan mendapat penerimaan penuh pada tahun 2005.[6] Pada tahun 2018, Ente Nazionale Cinofilia Italiana merekodkan 2207 pendaftaran baharu.[3]
Ciri

Lagotto bersaiz kecil hingga sederhana, jarang melebihi 50 cm (20 in) pada paras kelasa,[5] terbina dengan berkuasa dan berpenampilan desa. Ia kira-kira bergaris luar segi empat sama, iaitu panjang tubuhnya lebih kurang sama dengan ketinggian. Lapis bulunya tebal, mirip wul, dan berkeriting halus menjadi gelung. Lapis bulunya mungkin sepenuhnya putih pudar, atau putih pudar dengan tompok-tompok jingga atau perang atau kemerah-merahan, atau jingga padu atau perang sama ada dengan tanda-tanda putih atau tanpa tanda-tanda putih.[2][7]
Lagotto biasanya hidup sehingga kira-kira lima belas tahun.[7] Gangguan neurologi yang telah dikenal pasti pada baka ini termasuk abiotrofi serebelum[8]:308 dan epilepsi idiopati.[8]:250[9]
Kegunaan

Lagotto dahulunya digunakan terutamanya sebagai gundog, khususnya sebagai anjing pengutip air. Selepas penyaliran kawasan besar habitat tanah lembap di kawasan asalnya pada lewat abad kesembilan belas dan awal abad kedua puluh, ia semakin kerap digunakan untuk memburu trufel.[2][1] Pada abad kedua puluh satu, ia dapat dibela sebagai haiwan pendamping.
Catatan
- ^ Jawi: انجيڠ اءير روماڽ; Itali: lagotto romagnolo, sebutan bahasa Itali: [laˈɡɔtto romaɲˈɲɔːlo]
Rujukan
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing air Romagna |
- ^ a b c d e f g h "FCI-Standard N° 298 LAGOTTO ROMAGNOLO (Romagna Water Dog)" [Piawaian FCI No. 298 Anjing Air Romagna] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Morsiani, Antonio; Sporre-Willes, Renée; Triquet, Raymond. Disemak oleh Ente Nazionale Cinofilia Italiana dan Renée Sporre-Willes. Disemak oleh Pejabat Besar FCI. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 11 Oktober 2019. Dicapai pada 24 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
- ^ a b c d "LAGOTTO ROMAGNOLO" [ANJING AIR ROMAGNA] (pdf) (dalam bahasa Itali). Diterjemahkan oleh Condò, Pietro Paolo. Milan, Itali: Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Dicapai pada 24 Januari 2024.
- ^ a b "LAGOTTO ROMAGNOLO" [ANJING AIR ROMAGNA] (dalam bahasa Itali). Milan, Itali: Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Dicapai pada 24 Januari 2024.
- ^ a b "IL LAGOTTO ROMAGNOLO STORIA DELLA RAZZA" [ANJING AIR ROMAGNA: SEJARAH BAKA] (pdf) (dalam bahasa Itali). Milan, Itali: Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 10 Mei 2024. Dicapai pada 8 Mac 2025.
- ^ a b "Lagotto". Treccani (dalam bahasa Itali). Rom, Itali: Institut Ensiklopedia Itali Treccani. Dicapai pada 24 Januari 2024.
- ^ "FCI breeds nomenclature: LAGOTTO ROMAGNOLO (298)" [Tatanama baka FCI: ANJING AIR ROMAGNA (298)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 24 Januari 2024.
- ^ a b Pickeral, Tamsin (15 Oktober 2014). Dogs Unleashed [Anjing Dilepaskan] (dalam bahasa Inggeris). San Diego, California, Amerika Syarikat: Thunder Bay Press. ISBN 9781626860681. OCLC 880370238.
- ^ a b Dewey, Curtis W.; da Costa, Ronaldo C., penyunting (8 September 2015). Practical Guide to Canine and Feline Neurology [Panduan Amali untuk Neurologi Anjing dan Kucing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-3). New York, New York, Amerika Syarikat: Wiley. ISBN 9781119062042. OCLC 932058378.
- ^ Jokinen, Tarja Susanna; Metsähonkala, Eeva-Liisa; Bergamasco, Laura Maria; Viitmaa, Ranno; Syrjä, Pernilla Elisabet Sofia; Lohi, Hannes Tapani; Snellman, Marjatta P. M.; Jeserevics, Janis; Cizinauskas, Sigitas (Mei 2007). "Benign Familial Juvenile Epilepsy in Lagotto Romagnolo Dogs" [Epilepsi Juvenil Kekeluargaan Benigna pada Anjing Air Romagna]. Journal of Veterinary Internal Medicine (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 21 (3): 464–471. doi:10.1111/j.1939-1676.2007.tb02991.x. hdl:10138/159820. ISSN 1939-1676. PMID 17552452. S2CID 25207857.
Bacaan lanjut
- Seppälä, Eija H.; Jokinen, Tarja Susanna; Fukata, Masaki; Fukata, Yuko; Webster, Matthew Thomas; Karlsson, Elinor Kathryn; Kilpinen, Sami K.; Steffen, Frank; Dietschi, Elisabeth; Leeb, Tosso; Eklund, Ranja; Zhao, Xiaochu; Rilstone, Jennifer J.; Lindblad-Toh, Kerstin; Minassian, Berge A.; Lohi, Hannes Tapani (28 Julai 2011). Horwitz, Marshall Scott (penyunting). "LGI2 Truncation Causes a Remitting Focal Epilepsy in Dogs" [Pemangkasan LGI2 Menyebabkan Epilepsi Fokus Ringan pada Anjing]. PLOS Genetics (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 7 (7): e1002194. doi:10.1371/journal.pgen.1002194. hdl:10138/162566. ISSN 1553-7404. PMC 3145619. PMID 21829378. S2CID 12030404.