Negara asal | Perancis | ||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing penuding Saint-Germain[a] ialah satu baka anjing bersaiz sederhana yang merupakan pemburu serba guna yang digunakan untuk perburuan sebagai gundog dan anjing penuding serta untuk pemburuan buruan kecil lain. Baka ini dihasilkan pada sekitar tahun 1830 dengan penyilangan baka-baka anjing jenis penuding Inggeris dan Perancis.
Penampilan
Anjing ini ialah anjing penuding tipikal dengan binaan sederhana dan lapis bulu perang kekuning-kuningan dan putih menarik, telinga labuh, dan ekor panjang yang terangkat separas semasa anjing bekerja. Anjing penuding Saint-Germain berdiri setinggi 56–62 sentimeter (22–24 in) pada paras kelasa dengan betina yang agak lebih kecil.
Sejarah
Setelah dibiakbakakan pertama kali di kenel diraja di Compiègne pada sekitar tahun 1830 daripada kacukan anjing penuding Inggeris dan benua, baka ini semakin masyhur di Saint-Germain-en-Laye, tempat yang menyumbangkan namanya. Walaupun sebagai anjing pemburu popular, baka ini mencapai kemasyhuran terbesarnya sebagai anjing pertunjukan. Bermula daripada pertunjukan anjing pertama di Perancis pada tahun 1863, ia merupakan baka anjing penuding paling banyak ditunjukkan.[1][2] Kelab baka Perancis diasaskan pada tahun 1913. Baka ini diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa dalam Kumpulan 7, Anjing Penuding, Seksyen 1.1 Anjing Penuding Jenis Benua. Ia juga diiktiraf di Amerika Utara oleh United Kennel Club setakat tahun 2006.[3] Baka ini juga diiktiraf oleh sebilangan pejabat pendaftaran kecil, kelab pemburu, dan perniagaan pejabat pendaftaran anjing berasaskan Internet dan dipromosikan sebagai baka jarang untuk mereka yang mencari haiwan peliharaan unik.
Kesihatan dan perangai
Perangainya diperihalkan dalam piawaian baka sebagai perangai yang mempunyai mulut lembut (untuk mengutip tanpa merosakkan buruan) dan sebagai "pemburu di atas segalanya" yang menghargai kehidupan bersama dengan orang.[1][2]
Lihat juga
Catatan
- ^ Jawi: انجيڠ ڤنوديڠ سين-جيرمين ; Perancis: braque saint-germain ; bahasa Inggeris: Saint-Germain pointing dog; Saint-Germain pointer
Rujukan
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing penuding Saint-Germain |
- ^ a b "Standard FCI N° 115 BRAQUE SAINT GERMAIN" [Piawaian FCI No. 115 Anjing Penuding Saint-Germain] (pdf) (dalam bahasa Perancis). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 19 September 2023. Dicapai pada 4 Mac 2024.
- ^ a b "FCI-Standard N° 115 BRAQUE SAINT-GERMAIN (Saint Germain Pointer)" [Piawaian FCI No. 115 Anjing Penuding Saint-Germain] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Miller, John; Triquet, Raymond. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 19 September 2023. Dicapai pada 4 Mac 2024.
- ^ United Kennel Club Breed Standard (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 22 Januari 2009 di Wayback Machine