Nama lain | Anjing penuding berbulu dawai Slovakia | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Slovakia | |||||||
| ||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing penuding berbulu kasar Slovakia atau anjing penuding berbulu dawai Slovakia[a] ialah satu baka gundog yang dikembangkan selepas Perang Dunia Kedua di Slovakia. Kerabat terdekatnya ialah barak Bulgaria.[1]
Sungguhpun namanya serupa, anjing penuding berbulu kasar Slovakia tidak sama dengan grifon penuding berbulu dawai, baka lebih kecil tetapi serupa dengan lapis bulu lebih panjang sedikit yang dikembangkan pada dasarnya untuk tujuan sama oleh orang Belanda dan kini paling umum di Perancis.
Pernah sekali, orang Slovakia yang mengembangkan baka ini meminta agar Kelab Anjing Weimar Jerman mengiktiraf anjing ini di bawah nama "anjing berbulu kasar Weimar", namun permintaan itu ditolak.[2]
Asal usul
Baka ini diasaskan dengan menyilangkan anjing penuding berbulu dawai Jerman, anjing Weimar, dengan anjing berjanggut Czech (yang juga dikenali sebagai grifon penuding berbulu dawai Bohemia). Baka ini telah mendapat sedikit input daripada anjing penuding berbulu dawai Jerman dan pudelpointer juga.[2] Pengembang, Koloman Slimak, menginginkan anjing dengan stamina hebat yang akan menjejak, menuding, mengutip di dalam air atau di darat, dan sesuai untuk pelbagai mangsa daripada burung, arnab, dan haiwan kecil lain, dan buruan besar sehingga saiz rusa.[2]
Baka ini diterima oleh FCI pada tahun 1985[2] atau 1995[3] dan dikategorikan sebagai Anjing Penuding Benua daripada jenis braque. Ia belum diiktiraf oleh AKC di Amerika Syarikat.
Setelah pertama kali diperkenalkan ke United Kingdom pada tahun 1997,[4] ia dipaparkan dalam segmen "meet the breed" ("kenali baka") bagi siaran tahun 2007 bagi pertunjukan anjing Crufts yang masyhur di Britain.[5]
Baka ini juga diiktiraf oleh North American Versatile Hunting Dog Association dan Persatuan Kenel Anjing Malaysia.[6]
Penampilan
Dengan jenis tubuh sama seperti tiga baka sumber ternakan asasinya, anjing penuding berbulu kasar Slovakia mempunyai wajah cerdas dan berwaspada dan lapis bulu "kasar" atau "putus-putus", dengan bulu dan misai kasar dan mirip dawai ("hiasan muka" atau, secara tidak rasmi, "misai") seperti anjing penuding berbulu dawai Jerman atau anjing berjanggut Czech. Lapis bulunya sederhana panjang dengan mana-mana cahaya warna antara perang kelabu tweedy dengan lapis bulu perak piuter klasik pada anjing Weimer. Mata mungkin berkisar daripada warna ambar pada anjing penuding berbulu dawai Jerman hingga cahaya warna cerah yang terlihat pada anjing Weimar.
FCI telah membangunkan piawaian terperinci yang menyatakan bahawa mata anjing juvenil mungkin "lazuardi" tetapi mata anjing dewasa mesti berwarna ambar. Putih diizinkan pada dada dan kaki. Cahaya warna kelabu lebih cerah dan lebih gelap diizinkan di serata lapis bulu, malah sehingga bintik-bintikan. Piawaian FCI selanjutnya mensyaratkan hidung, kelopak mata, dan tapak kaki gelap; gigitan gunting; dan stop mencerun secara sederhana kira-kira pada sekitar 45°. Menurut piawaian FCI, ekor terpotong pada 50% panjang semula jadi dan kuku embun ditanggalkan. Belakangnya lurus dan ketinggian pada paras kelasa patut dalam lingkungan 62–68 cm (24–27 in) untuk jantan dan 57–64 cm (22–25 in) untuk betina. Piawaian FCI juga menyatakan bahawa "nisbah panjang badan dengan ketinggian pada paras kelasa mesti 10:9 pada jantan dan 10:8 pada betina."[7]
Lihat juga
Catatan
- ^ Jawi: انجيڠ ڤنوديڠ بربولو کاسر سلوۏاکيا; انجيڠ ڤنوديڠ بربولو داواي سلوۏاکيا ; Slovak: slovenský hrubosrstý stavač ; Czech: slovenský hrubosrstý ohař; slovenský ohař hrubosrstý ; bahasa Inggeris: wirehaired Slovakian pointer; Slovakian wirehaired pointing dog; Slovakian wirehaired pointer; Slovakian rough-haired pointer; Slovak rough-haired pointer
Rujukan
- ^ Marinov, Miroslav; Teofanova, Denitsa; Gadjev, Dimitar; Radoslavov, Georgi; Hristov, Peter (27 Jun 2018). Alexandrov, Ludmil (penyunting). "Mitochondrial diversity of Bulgarian native dogs suggests dual phylogenetic origin" [Kepelbagaian mitokondrion bagi anjing asli Bulgaria mencadangkan asal usul filogenetik duaan]. PeerJ (dalam bahasa Inggeris). PeerJ. 6: e5060. doi:10.7717/peerj.5060. ISSN 2167-8359. PMC 6026455. PMID 29967734. S2CID 49549262.
- ^ a b c d Slovak Rough Haired Pointer history. (dalam bahasa Inggeris)Diarkibkan 12 Ogos 2007 di Wayback Machine Dicapai 23 Januari 2024.
- ^ "FCI breeds nomenclature: Group 7 : Pointing Dogs" [Tatanama baka FCI: Kumpulan 7: Anjing Penuding] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 13 Julai 2024.
- ^ Slovak Rough Haired Pointer photographs (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 12 Ogos 2007 di Wayback Machine Dicapai pada 5 Mac 2024.
- ^ Dog Shows and Competitions: Crufts Dog Show 2007 (dalam bahasa Inggeris) 28 Mei 2007 di saluran kabel Animal Planet di Amerika Syarikat
- ^ List of MKA-Recognized Breeds (dalam bahasa Inggeris) Dicapai pada 5 Mac 2024.
- ^ FCI Group 7 Breed Listing (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 24 November 2020 di Wayback Machine. Dicapai pada 5 Mac 2024.