![]() | |||||||||||||||||
Nama lain | Anjing gembala Brazil | ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama ringkas | Collie Brazil | ||||||||||||||||
Negara asal | Brazil | ||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing gembala gauco[a] atau anjing gembala Brazil[b] ialah satu baka anjing yang berasal dari Pampa, Brazil.[2][3] Baka ini tidak diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa, tetapi telah diiktiraf oleh Confederação Brasileira de Cinofilia.[1] Anjing baka ini kerap berciri teguh dan tangkas, yang menjadikannya sesuai untuk kegiatan penggembalaan. Anjing gembala gauco digunakan secara meluas untuk penggembalaan biri-biri dan haiwan ternakan lain, terutamanya di rantau selatan Brazil.[1][3][2]
Sejarah
Anjing gembala gauco ditemukan di Rio Grande do Sul, Brazil oleh para gembala yang mencari-cari anjing dengan kebolehan penggembalaan lebih baik.[1][3][2]
Terdapat dua teori untuk asal usul baka ini. Teori lebih lama dan lebih meluas berhujah bahawa anjing gembala gauco diturunkan daripada anjing gembala (baka tidak spesifik) di Rio Grande do Sul. Teori ini berdasarkan ciri-ciri fizikal dan tingkah laku baka ini, serta konteks sejarah. Baka ini mempunyai keserupaan dengan baka-baka collie sempadan dan collie kasar yang tiba dengan penetap Eropah pada abad ke-19 dan abad ke-20 untuk menggembala anjing ladang seperti lembu, kuda, dan biri-biri. Collie sempadan berkemungkinan tiba di perbandaran Uruguaiana di Rio Grande do Sul pada tahun 1950-an, bersama-sama dengan sekawan biri-biri merino Australia. Kemudian, anjing ini diperkenalkan di bandar raya Pelotas. Collie kasar pertama kali tiba pada penghujung abad ke-19 dengan pendatang Eropah, kemudian pada awal abad ke-20. Sebagai tambahan, dengan ketibaan dengan pemiliknya dari Eropah, baka ini juga diimport oleh para peladang yang ingin memodenkan teknik pengurusan kawanan ternakan di ranco mereka.[1][3][2]
Sebagai hasil daripada kajian sejarah, morfologi, dan tingkah laku terkini bagi baka ini, teori asal usul kedua dibangunkan. Hipotesis ini pula berkedudukan bahawa anjing gembala gauco diturunkan daripada anjing gembala (baka tidak spesifik) di rantau ini, serta collie kasar, anjing Serra da Estrela, dan anjing gembala Jerman.
Kedua-dua teori berkesimpulan bahawa baka-baka gembala, sebaik tiba di rantau tiba, melalui pemilihan genetik. Anjing dengan aptitud penggembalaan biri-biri dibiakbakakan secara terpilih untuk memenuhi permintaan daripada para koboi gauco yang mencari anjing gembala. Baka baharu muncul dalam waktu singkat: anjing gembala gauco, dengan fenotip yang lebih tersesuai terhadap iklim dan geografi rantau ini dan perangai yang lebih tersesuai terhadap keperluan koboi tempatan, lalu mengekalkan aptitud cemerlang untuk penggembalaan biri-biri.[1][3][2]
Penampilan
Secara morfologi, anjing gembala gauco adalah serupa dengan collie sempadan, tetapi ia bergerak dengan berbeza semasa menggembala. Saiz dan ketinggiannya adalah sederhana, lebih besar daripada collie sempadan dan lebih kecil sedikit daripada collie kasar. Lapis bulunya sederhana panjang, dengan lapis bulu bawah atau tanpa lapis bulu bawah, dengan pelbagai warna.[1][3][2]
Perangai
Baka ini tidak diketahui agresif. Anjing gembala gauco dipandang sebagai calon anjing pengawal bagus kerana berwaspada terhadap bunyi aneh, walaupun jarang menyerang penceroboh. Ia merupakan anjing pintar dan cepat mempelajari perintah dan ia tidak agresif dengan kawanan ternakannya. Anjing ini diketahui wujud bersama dengan gembira dengan manusia kerana ia jinak dan ramah.[1][3][2]
Lihat juga
Catatan
- ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا ݢاءوچو; Portugis: ovelheiro gaúcho; bahasa Inggeris: gaucho sheepdog
- ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا برازيل; Portugis: ovelheiro brasileiro; bahasa Inggeris: Brazilian sheepdog
Bibliografi
- Calmon, Andrea (2009). "Judul tidak dikenal pasti". Cães e Raças (dalam bahasa Portugis). Editor On Line.
- Pennacchi, Marcos (2003). "Judul tidak dikenal pasti". Cães e Cia (dalam bahasa Portugis). No. 293. Editora Forix.
Rujukan
- ^ a b c d e f g h i "Padrão Oficial da Raça OVELHEIRO GAÚCHO" [Piawaian Rasmi Baka ANJING GEMBALA GAUCO] (pdf) (dalam bahasa Portugis). Disemak oleh Claudio Nazaretian Rossi. Confederação Brasileira de Cinofilia. 28 Ogos 2000. Dicapai pada 15 Februari 2025.CS1 maint: others (link)
- ^ a b c d e f g "Ovelheiro Gaúcho" [Anjing Gembala Gauco] (dalam bahasa Portugis). Canal do Pet. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Oktober 2018. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ a b c d e f g Mathias, João (19 Jun 2017). "Como criar ovelheiro-gaúcho" [Cara untuk membiakbakakan anjing gembala gauco] (dalam bahasa Portugis). Globo Rural. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Oktober 2018. Dicapai pada 15 Februari 2025.
Pautan luar
- "Padrão Oficial da Raça OVELHEIRO GAÚCHO" [Piawaian Rasmi Baka ANJING GEMBALA GAUCO] (pdf) (dalam bahasa Portugis). Disemak oleh Claudio Nazaretian Rossi. Confederação Brasileira de Cinofilia. 28 Ogos 2000. Dicapai pada 15 Februari 2025.CS1 maint: others (link)
- "Ovelheiro Gaúcho - Canil Reculuta" (dalam bahasa Portugis). Canil Reculuta. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 November 2018. Dicapai pada 19 Mac 2024.