![]() Drentsche patrijshond | |||||||||||||||||||
Negara asal | Belanda | ||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Drentsche patrijshond[a] ialah satu baka anjing pemburu serba guna jenis spaniel dari provinsi Drenthe di Belanda. Hampir-hampir 5,000 ekor anjing berdaftar dengan kelab baka di Belanda dan kelab-kelab baka beroperasi di Belgium, di Denmark, di Skandinavia, dan di Amerika Utara. Drentsche patrijshond mempunyai sedikit keserupaan dengan anjing kedua-dua jenis spaniel dan seter. Sebagai anjing penuding dan pengutip cemerlang, anjing ini kerap digunakan untuk memburu unggas dan menyesuaikan diri dengan baik terhadap padang atau rawa.
Penampilan
Warna sah ialah putih dengan tanda-tanda perang. Kebanyakannya putih dengan plat (tompok) perang besar. Biasanya terdapat satu plat yang menutupi sisi belakang di atas ekor. Mantel (tanda besar yang merentasi belakang) diizinkan, tetapi pada umumnya kurang diingini. Lapis bulunya sederhana panjang, dengan jumbai pada tungkai dan bulu lebih panjang di hadapan dada, yang memberikan kesan lapis bulu lebih panjang. Drentsche patrijshond adalah setinggi 55–63 cm (22–25 in) pada paras kelasa.[1] Baka ini berukuran pada purata seberat 55–73 paun (25–33 kg).[2]
Sejarah

Asal usul Drentsche patrijshond adalah pada abad ke-16, dari spioenen (atau spanjoelen) yang datang ke Belanda melalui Perancis dari Sepanyol, dan berkaitan dengan münsterländer kecil dari Jerman dan spaniel Perancis dari Perancis.[3] Di Belanda, anjing ini dipanggil anjing partridge (patrijshond).
Kehadiran anjing partridge telah kelihatan selama berabad-abad, seperti dalam lukisan abad ke-17 The Hunter's Present ("Hadiah Sang Pemburu"), sekitar 1658–1660, oleh Gabriel Metsu. Dalam lukisan itu, anjing partridge bersandar pada lutut sang pemburu, semasa lelaki itu menghulurkan seekor partridge kepada seorang wanita, yang pada masa itu merupakan kias seleweng.[4] Anjing dalam The Hunter's Present ialah anjing sangat besar dan gempal yang mungkin mampu menarik kereta; dengan menunjukkan lingkungan jenis awal, anjing jauh lebih kecil dan lebih ringan daripada jenis sama ditunjukkan dalam sebuah lagi lukisan oleh seniman sama, The Poultry seller ("Sang Penjual Daging Ayam"), 1662. Lukisan ini juga melibatkan seorang wanita yang ditawari seekor burung, yang dipandang dengan syak wasangka olehnya anjing.
Sebelum pengiktirafan formal sebagai baka pada tahun 1943, jenis ini telah kekal dipisahkan daripada anjing lain sebagai baka tidak berdokumen selama berabad-abad di provinsi pedalaman Drenthe.[1] Memandangkan Drentsche patrijshond ialah baka yang dikembangkan di Belanda, piawaian baka pertama kali dibangunkan dan diluluskan pada tahun 1943 oleh Raad van Beheer op Kynologisch Gebied in Nederland (Kelab Kenel Belanda), kelab kenel kebangsaan Persekutuan Kinologi Antarabangsa untuk Belanda. Persekutuan Kinologi Antarabangsa mengiktiraf baka yang menggunakan piawaian yang dibangunkan oleh negara asal baka berkenaan sebagai piawaian untuk digunakan dalam pertandingan antarabangsa. United Kennel Club di Amerika Syarikat juga mengiktiraf baka ini dengan menggunakan piawaian lapuk Persekutuan Kinologi Antarabangsa (Februari 1994).
Pada November 2010, AKC menambahkan Drentsche patrijshond ke dalam Program Khidmat Ternakan Asasi AKC, lalu membolehkan pemilik Drentse patrijshond berdaftar untuk menyertai acara yang diperkenankan oleh AKC seperti ujian perburuan dan pertandingan ketangkasan, mulai tahun 2011.[5]
Kegunaan
Provinsi Drenthe pada 300 tahun lalu adalah luar biasa, kerana mengizinkan ningrat umum hak untuk berburu. Datuk bandar tempatan, peladang, dan pemilik tanah pada umumnya mengembangkan anjing untuk menyokong usaha mereka terhadap pelbagai buruan kecil. Tidak seperti banyak baka pemburu lain, yang dikembangkan oleh golongan elit atau bangsawan, dan untuk mereka, hanya untuk berburu, Drentsche patrijshond dijangkakan untuk memburu semua haiwan, dan juga memikul tugas sebagai anjing penjaga, rakan sepermainan kanak-kanak, dll. Malah ada yang digunakan untuk menarik kereta anjing kini. Selama lebih daripada 300 tahun, jenis Drentsche patrijshond telah menjadi anjing serba boleh.
Dengan kesesuaian untuk pemburu berjalan kaki (tanah tinggi), Drentsche patrijshond adalah teliti, untuk mencari semua buruan di plot lebih kecil yang tersedia di Drenthe. Ia berburu dengan kelajuan baik, dalam jangkauan senapang. Seperti kebanyakan baka serba boleh Eropah, Drentsche patrijshond menuding dan mengutip, dan akan memburu kedua-dua burung dan mamalia kecil, termasuk arnab, kelinci, dan rubah. Kini, Drentsche patrijshond ialah gundog kegemaran di serata negara aslinya, Belanda, dengan hampir-hampir 5,000 ekor anjing yang berdaftar dengan kelab baka.
Kesihatan
Kebimbangan kesihatan baka mungkin termasuk atrofi retina progresif (PRA) dan stomatositosis keturunan.
Perangai
Walaupun baka ini menunjukkan naluri perburuan kuat di padang dan dapat menjadi agak terdorong, anjing ini cenderung untuk menjadi lebih santai di dalam rumah berbanding dengan kebanyakan baka pemburu. Ia sangat terikat dengan anggota keluarga, setia, dan berpembawaan manis, khususnya dengan kanak-kanak.
Senaman
Sebagai anjing yang paling gembira apabila bekerja bersama dengan pemburu, Drentsche patrijshond menikmati pendampingan manusia di alam luar besar. Beberapa pusingan pantas di sekeliling taman akan memuaskannya juga. Walaupun ia pulang ke rumah dan senyap-senyap menempatkan diri di atas katilnya, ia tidak patut disalah anggap sebagai anjing tidak aktif - baka ini akan menderita jika tidak disenamkan secukupnya.
Lihat juga
- Senarai baka anjing
- Schapendoes, satu lagi baka yang berasal dari Drenthe
- Rijksmuseum
- Common pheasant
Catatan
- ^ Jawi: درينتسى ڤاتراءيسهوند; Belanda: Drentsche patrijshond; bahasa Inggeris: Drentsche partridge dog
Rujukan
- ^ a b "FCI-Standard N° 224 DRENTSCHE PATRIJSHOND (Drentsche Partridge Dog)" [Piawaian FCI No. 224 Drentsche Patrijshond] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 17 Mei 2016. Dicapai pada 5 Mac 2024.
- ^ "Drentsche Patrijshond" [Drentsche Patrijshond] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 5 Mac 2024.
- ^ "DRENTSE PATRIJSHOND" [DRENTSCHE PATRIJSHOND] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Jun 2011. Dicapai pada 5 Mac 2024.
- ^ "Hunter's Present" (dalam bahasa Inggeris). Rijksmuseum Amsterdam. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Jun 2011. Dicapai pada 5 Mac 2024.
- ^ "Drentsche Patrijshond" [Drentsche Patrijshond] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2012. Dicapai pada 5 Mac 2024.
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Drentsche patrijshond. |
- "American Drentsche Patrijshond Association | ADPA" (dalam bahasa Inggeris). American Drentsche Patrijshond Association. Dicapai pada 13 Julai 2024.
- "Drentsche Patrijshonden Club Nederland (DPHCN)" (dalam bahasa Belanda). Drentsche Patrijshonden Club Nederland. Dicapai pada 23 Januari 2024.
- "Vereniging "de Drentsche Patrijshond" | Nederlandse staande jachthond" (dalam bahasa Inggeris). Vereniging "de Drentsche Patrijshond". Dicapai pada 29 Julai 2013.
- "Home" [Laman] (dalam bahasa Inggeris). Drentsche Patrijshond Club of America. Dicapai pada 29 Julai 2013.
- "Welkom op de site van de BVDP" [Selamat datang ke tapak BVDP] (dalam bahasa Belanda). Belgische Vereniging van Drentsche Patrijshonden. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Julai 2011. Dicapai pada 29 Julai 2013.
- "Specialklub for racen Drentsche Patrijshond i Silkeborg | Bliv medlem nu" (dalam bahasa Denmark). Dansk Drentsche Patrijshond Klub. Dicapai pada 29 Julai 2013.
- "Drentklubben - Svenska Drentsche Patrijshondklubben" (dalam bahasa Sweden). Svenska Drentsche Patrijshondklubben. Dicapai pada 8 Februari 2025.