Negara asal | Scotland | ||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Seter Gordon[a] atau seter Scotland[b] ialah satu baka anjing besar Scotland yang merupakan anggota keluarga seter yang juga menyertakan kedua-dua seter Ireland dan seter Inggeris. Baka-baka seter dikelaskan sebagai anggota sama ada bagi Kumpulan Sukan atau Kumpulan Gundog bergantung pada kelab atau majlis kenel kebangsaan.
Tujuan asli baka ini adalah untuk memburu unggas buruan. Buruannya di Scotland mungkin merupakan partridge atau grouse, kuang, ptarmigan, grouse hitam, berkek, atau woodcock: sementara anjing burung luar negara memburu puyuh, grouse dedalu, grouse pasir, ayam mutiara, sagehen, francolin, dan mana-mana burung lain yang duduk dalam kehadiran anjing — iaitu, ia mencuba untuk mengelakkan pemangsa berpotensi dengan penyembunyian diri daripada dengan terbang pada tanda bahaya pertama. Kombinasi burung ini yang akan duduk diam-diam di hadapan anjing yang kekal setempat yang memungkinkan kerja anjing burung.
Perihal
[sunting | sunting sumber]Penampilan
[sunting | sunting sumber]Seter Gordon, yang juga dikenali sebagai "black and tan" ("hitam dan sawo matang"), mempunyai lapis bulu hitam arang dengan tanda-tanda distingtif berwarna perang berangan atau mahogani pekat pada kaki dan tungkai bawah, lohong, tekak, dan muncung; satu tompok di sebelah atas setiap mata; dan dua tompok pada dada. Sebilangan kecil putih diizinkan pada dada. Walaupun jarang, seter Gordon merah kadang-kadang lahir daripada induk berwarna normal, hasil daripada ekspresi gen merah resesif. Anjing yang kebanyakannya sawo matang, merah, atau kuning pucat tidak layak untuk penunjukan. Lapis bulu seter Gordon adalah lurus atau sedikit berlarun (tetapi tidak keriting), panjang dan bak sutera, dengan jumbai dada, perut, telinga, tungkai, dan ekor. Menurut piawaian baka AKC, "perawakannya adalah cerdas, mulia, dan bermaruah". Ia merupakan baka seter paling berat, dengan jantan yang mencapai 27 inci (69 cm) pada paras kelasa dan sehingga seberat 80 paun (36 kg).[2]
Perangai
[sunting | sunting sumber]AKC memerihalkan perangai seter Gordon sebagai perangai "berjaga-jaga, berminat, dan yakin. Ia tidak gentar dan rela, cerdas, dan berkemampuan. Ia setia dan penyayang, dan cukup berfikiran kuat untuk menghadapi kesukaran latihan". Seter Gordon amat setia kepada pemiliknya; bertahan dalam persekitaran penuh perhatian dan kasih sayang; dan merupakan anjing keluarga bagus. Anak anjing dan anjing dewasa dapat menjadi agak riuh dan, walaupun bersifat sabar, mungkin tidak sesuai untuk rumah tangga dengan anak sangat muda. Seter Gordon sensitif dan berempati, bersemangat untuk belajar, dan memerlukan pengendalian tegas namun lemah lembut. Sosialisasi awal dan pelatihan kepatuhan adalah penting. Baka ini ialah salah satu baka paling lambat matang yang tidak mencapai puncak sehingga usia tiga tahun atau lebih tua dan akan menunjukkan ciri-ciri mirip eperti anak anjing hingga ke usia tuanya.
Seter Gordon dibiakbakakan untuk berlari dan memerlukan senaman ketat harian selama 60 hingga 80 minit. Anjing muda tidak patut disenamkan secara berlebihan atau memulakan pelatihan ketangkasan sehingga berusia sekurang-kurangnya 18 bulan untuk mengelakkan masalah sendi di kemudian hari. Oleh sebab naluri perburuannya, seter Gordon tidak patut diizinkan untuk berkeliaran dengan bebas tanpa pengawasan kerana ia cenderung untuk merayau-rayau ke dalam situasi lalu lintas berpotensi berbahaya sambil mengikuti bau.
Kesihatan
[sunting | sunting sumber]Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 12.4 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[3]
Walaupun tidak begitu terdedah terhadap displasia pinggul seperti banyak baka lebih besar, seter Gordon dapat menderitai keadaan ini. Isu kesihatan lain dapat termasuk hipotiroidisme, kilasan gastrik (kembung), dan penyakit mata seperti atrofi retina progresif (PRA) dan katarak. Jangka hayat untuk baka ini pada umumnya pada sekitar 10 hingga 15 tahun.[4]
Pada awal tahun 2009, sebuah laporan dikeluarkan kepada semua kelab baka di United Kingdom mengenai kes PRA permulaan lewat pada seter Gordon.
Pada 14 Mac 2011, Animal Health Trust (AHT) menyediakan ujian DNA.[5] Mutasi ini diistilahi rcd4 (untuk degenerasi rod-kon 4) untuk membezakannya daripada bentuk-bentuk lain yang sebelumnya diperihalkan bagi degenerasi rod-kon. Ini adalah resesif dan 19 daripada 21 ekor seter Gordon dalam kajian mereka yang mempunyai tanda-tanda klinikal bagi PRA adalah homozigus untuk mutasi ini yang menunjukkan bahawa ini merupakan punca besar bagi PRA pada baka ini. Sebanyak 50% daripada semua seter Gordon mungkin merupakan pembawa.[5]
Asal usul
[sunting | sunting sumber]Anjing bela jinak yang mencari buruannya melalui bau, tetapi tidak membunuh buruannya, yang terutamanya digunakan sebagai bantuan senapang"
— Stonehenge [terjemahan][6]
Banyak gundog yang diterangkan oleh Stonehenge tidak lagi ditemukan di United Kingdom atau telah diserap ke dalam salah satu baka lain. Seter Rusia, seter Wales, spaniel air Ireland Utara, spaniel air Ireland Selatan dan spaniel air Inggeris, anjing penuding Sepanyol, anjing penuding Portugis kesemuanya telah lenyap dalam seratus lima puluh tahun lalu dan gambar-gambar bagi sesetengah baka yang masih bersama dengan kita menunjukkan perbezaan besar dengan baka seperti yang kita lihat kini.
Edward Laverick menulis dalam The Setter, yang diterbitkan pada tahun 1872 [terjemahan]: "seter adalah selain spaniel yang diperbaiki"; manakala Rev Pearce dalam The Dog, yang diterbitkan pada tahun sama, berkata, 'ia merupakan keturunan langsung bagi spaniel: "setting spaniel" ialah stter pertama'. Sejak itu, ini merupakan kesimpulan yang dipersetujui secara umum bahawa seter terutamanya diterbitkan daripada spaniel darat lama, yang dipanggil sedemikian untuk membezakannya daripada spaniel air. Walau bagaimanapun, ada kemungkinan bahawa silangan luaran dengan hound atau anjing penuding mempengaruhi perkembangannya. William Taplin dalam The Sportsman's Cabinet (1803–1804) menegaskan bahawa ia "pada asalnya dihasilkan dengan gabungan antara anjing penuding Sepanyol dengan baka spaniel Inggeris lebih besar".
Kita kini benar-benar tidak perlu kembali kepada spaniel dan perkembangan khususnya menjadi setting-dog, seperti yang dipanggil pada masa itu, dan terdapat dalam karya oleh ahli sukan masyhur Perancis, Gaston de Foix, Vicomte de Béarn (1331–1391), yang dikatakan memiliki kira-kira 1500 ekor anjing yang 'dibawa dari semua negara Eropah' dan dikenali sebagai 'Gaston Phèbus' kerana cintanya terhadap pengejaran itu. Karya ini dipanggil Livre de Chasse atau Miroir de Phèbus dan dimulakan pada tahun 1387. Karya ini merupakan asas bagi The Master of Game yang ditulis antara tahun 1406 dengan tahun 1413 oleh cucu kepada Edward III, Edward, Duke York kedua, yang mengakui hutang baginda kepada de Foix. Yang di bawah ialah kupasan utama yang merujuk spaniel dan setting-dog, seperti yang diterbitkan semula pada tahun 1904:
Satu lagi jenis anjing ialah yang dipanggil anjing falkon atau spaniel [espaignols dalam edisi asli bahasa Perancis] kerana ia berasal dari Sepanyol, walaupun terdapat banyak di negara lain....
Spaniel bagus tidak patut terlalu kasar, walaupun ekornya patut kasar. Kualiti baik yang dimiliki oleh anjing sedemikian merupakan ini: Ia sangat mengasihi tuannya dan mengikuti mereka tanpa kalah, walaupun ia berada dalam kumpulan besar manusia, dan lazimnya ia pergi mendahului tuannya, berlari dan menggoyangkan ekornya, dan menaikkan atau memulakan unggas dan binatang buas. Tetapi kemahiran utamanya adalah untuk partridge dan untuk burung puyuh. Seseorang lelaki yang mempunyai goshawk mulia, atau tierecel, atau helang pipit untuk partridge sebaiknya mempunyai anjing sedemikian; dan juga, apabila ia diajar untuk menjadi coucher (chiens couchants dalam edisi asli bahasa Perancis), ia bagus untuk mengambil partridge dan burung puyuh dengan jaring...
- —Baillie-Grohman, hlm. 66
Seter Gordon moden ialah anjing yang kebanyakannya berwarna hitam dengan tanda sawo matang pekat pada muncung, tungkai, dan dada. Anjing yang sedikit lebih besar dan lebih berat berbanding dengan seter Ireland atau seter Inggeris ini, walau bagaimanapun, diturunkan dari percampuran genetik sama, yang sudah pasti berasal usul dalam kalangan setting spaniel yang ditemukan sebelum ini. The Kennel Club menggunakan nama Gordon Setter untuk baka ini pada tahun 1924. Sebelum itu, ia dikenali sebagai seter hitam dan sawo matang dan ditemukan di banyak kennel di sebelah kenel Alexander Gordon, Duke Gordon ke-4 (1743–1827). Sesungguhnya, seperti yang bakal dilihat, terdapat banyak bukti bahawa majoriti seter di Istana Gordon pada zaman Duke adalah triwarna dan bukannya hitam dan sawo matang.
Baka ini dibawa ke Amerika Syarikat oleh George Blunt dan Daniel Webster pada tahun 1842 dengan pembelian dua ekor anjing bernama Rake dan Rachel daripada kenel milik Duke. American Kennel Club secara rasmi mengiktiraf baka ini pada tahun 1892.[7]
Perkembangan baka
[sunting | sunting sumber]Sebagai gundog di Scotland dan di England Utara
[sunting | sunting sumber]Antara banyak perubahan yang berlaku dalam hal ehwal sukan dan desa pada abad ke-20 ialah yang berkenaan dengan kaedah penembakan dan peranan ikutan gundog. Perubahan ini dipercepat selepas Perang Dunia Kedua, yang sebelum itu terdapat banyak "dogging moor" di utara England dan terutamanya di Scotland. Penghendapan ke arah buruan sebahagian besarnya digantikan dengan pemanduan dan kraf padang dengan kemahiran tembak. Fungsi gundog adalah kerana terhad kepada pemulihan burung mati atau tercedera dan — dalam zaman pengkhususan — ini bermakna anjing pengutip Labrador berada di hadapan manakala angka anjing penuding dan seter pekerja menurun dari tahun ke tahun.
Selain pemodenan gaya penembakan dan kerja yang diperlukan daripada gundog, situasi diubah oleh perkembangan baharu yang turut berlaku dalam pertanian, yang membantu untuk pengurangan jelas bagi populasi partridge. Faktor-faktor termasuk pengenalan pemodenan seperti pemotongan awal silaj, penggunaan peralatan mekanikal yang bergerak pantas, pembakaran atau pembajakan padang tunggul sejurus selepas penuaian, pemusnahan tanaman pepagar, dan penggunaan semburan kimia untuk pembunuhan rumpai. Tanaman pepagar telah menyediakan tempat perlindungan dan tempat sarang; rumpai dan bahan herba lain membekalkan makanan dan perlindungan; manakala padang tunggul telah menjadi sumber primer bagi makanan musim sejuk; jadi, partridge telah diputuskan daripada sesetengah aset penting, manakala penggunaan bahan kimia secara meluas terhadap tanah memberikan kesan berbahaya langsung. Perubahan ini memberika kesan ketara kepada status seter dan anjing penuding. Walaupun kerap digunakan sebagai gundog tujuan umum, seter Gordon telah menjadi anjing dengan rangkuman luas yang digunakan di Scotland untuk mencari red grouse dan ptarmigan di mur Scotland atau Utara England dan partridge di padang tunggul di selatan England. Sehingga lewat tahun 1930-an, kebanyakan seter Gordon dibela untuk jenis kerja ini, supaya majoriti ditemukan di Scotland dan di utara England; tetapi kini ia tertabur dengan lebih merata dan tidak ada kenel pekerja besar.
Fungsi seter diringkaskan dengan baik oleh Kapten Blaine [terjemahan]:
Kerja yang diperlukan daripada seter dan anjing penuding berbeza daripada kerja daripada semua baka anjing lain. Urusannya adalah untuk merantau dan berburu secara bebas untuk buruan, pada suatu jarak dari ahli sukan, dengan menggunakan inisiatif dan kecerdasan sendiri untuk mencarinya, dan setelah berbuat demikian, untuk kekal teguh "dalam tudingan" sambil menunggu pendekatannya. Ia mesti mencari badan, dan bukan bau kaki, dan dapat mengekalkan derapan mantap cepat untuk tempoh lama tanpa keletihan. Untuk tujuan itu, anjing patut mempunyai kebebasan perwatakan, kelajuan, daya ketahanan, dan hidung sensitif, yang digabungkan dengan keupayaan semula jadi untuk berburu di rupa bumi, dengan kaedah terbaik untuk mencari buruan.[8]
Dua ekor seter Gordon telah mencapai gelaran Juara Duaan. Peraturan The Kennel Club menyatakan bahawa gelaran ini hanya dapat dituntut oleh anjing yang telah mencapai gelaran Juara Pertunjukan dan Juara Ujian Padang.[9] Yang pertama ialah seekor betina, Amscot Irresista Belle; nama timangannya ialah Trisca.[10][11] Yang kedua ialah kerabat kepada Trisca, Boyers Scarlatti.[perlu rujukan]
Gordon Castle dan kenel penting lain dalam sejarah
[sunting | sunting sumber]Alexander, Duke Gordon ke-4 (1743–1827), mengasaskan kenel seter hitam dan sawo matang beliau di Istana Gordon, yang terletak dekat dengan Fochabers, yang tidak jauh dari Sungai Spey dan beberapa batu dari pinggir laut Moray. Tarikh sebenar kejadian ini tidak diketahui. Seorang Kolonel Thornton melawat tempat itu semasa lawatan beliau ke Tanah Tinggi Scotland pada tahun 1786. Beliau tidak menyebut tentang mana-mana kenel seter pada masa itu, tetapi beliau mengambil perhatian bahawa "Duke Gordon masih mengekalkan hiburan falkonri....Saya melihat, juga, di sini seekor grehaun Tanah Tinggi sejati, yang kini menjadi sangat jarang…."[12] Duke sememangnya mengabdikan diri untuk pengejaran desa dan merupakan antara yang terakhir pada zaman beliau di Scotland untuk membelia helang sawah dan mengamalkan falkonri; beliau diraikan kerana anjing pemburu rusa Scotland beliau serta seter beliau. Walau bagaimanapun, semua yang dapat disimpulkan daripada ulasan Kolonel ialah bahawa tidak ada kemungkinan bahawa ada sebarang seter ketara di Istana pada tahun 1786.
Terdapat banyak catatan yang kelihatan boleh dipercayai tentang asal usul atau penerbitan seter Duke Gordon, walaupun pengesahan pada tarikh lewat ini sudah tentu mustahil. Kebanyakan bukti ini berasal daripada Samuel Brown, Pakar Bedah Veterinar Melton Mowbray, yang merupakan pihak berkuasa besar pada baka ini. Dalam sepucuk surat kepada The Field pada tahun 1864, Samuel Brown menyatakan:
Seorang ahli sukan budiman tua, dan seorang juga yang telah menembak dengan baka sama selama 50 tahun dan mengenalinya semasa zaman kanak-kanaknya, meyakinkan saya bahawa mendiang Duke Gordon, Marquis Anglesey, dan beberapa orang bangsawan lain, mempunyai teranakan asli mereka daripada mendiang En. Coke dari Longford, dan bahawa warna itu biasanya ialah hitam-putih-dan-sawo-matang. Yang milik saya diturunkan daripada baka asli En. Coke, Gordon Regent dan Fan, dan dalam tempoh lima tahun terakhir daripada seekor betina hitam-putih-dan-sawo matang yang saya dapat terus daripada kenel Beaudesart (iaitu milik Marquees Anglesey – Ed.).[13]
Lima tahun kemudian, dalam sepucuk lagi surat kepada jurnal sama, Rev F. W. Adye menulis:
En. Brown diberitahu oleh En. Coke sendiri bahawa beliau kerap mengirimkan anjing kepada Duke Gordon dan menerima yang lain sebagai pertukaran, agar dari semasa ke semasa mendapatkan darah segar.[14]
Fakta ini cukup diketahui oleh J. H. Walsh ('Stonehenge'), penyunting bagi The Field dan pihak berkuasa terkemuka mengenai anjing sukan, kerana beliaulah yang menyebut dalam bab pertama buku beliau The Dogs of the British Islands ("Anjing Kepulauan British") (1867) bahawa seter "daripada En. Coke dari Norfolk dan sudah pasti berkaitan dengan kenel milik mendiang Duke Gordon, kerana En. Coke dan duke bersama-sama membiakbakakan dan menukar-nukar seter dengan kerap." Oleh itu, kelihatannya ada kemunasabahan bahawa En. Coke menyediakan kebanyakan seter asli untuk kenel milik Duke. Rev Hutchinson, yang menulis atas nama samaran 'Sixty-one', bertegas bahawa "seter asli yang diambil atau dikirimkan ke Istana Gordon oleh Marquis Anglesea pertama",[15] namun yang telah terlihat ialah bahawa, menurut 'ahli sukan budiman' Samuel Brown, Marquees Anglesey juga mempunyai ternakan seter asli di Beaudesart daripada En. Coke – barang kali, walaupun ini tidak dapat disahkan, beberapa tahun sebelum kenel Istana Gordon diasaskan; kerana pada tahun 1869 seter Beaudesart dikatakan telah dikekalkan 'selama enam puluh tahun dengan tulen dan tidak bercampur dengan sebarang darah'.[16] Paling kurang ada kemungkinan bahawa Duke memperoleh seter beliau hanya daripada satu sumber. Telah ada pengenalpastian bahawa belia mencampurkan anjing dengan kenel lain selain kenel En. Coke, terutamanya dengan kenel Lord Lovat.
-
Seter Gordon yang berlari di padang
-
Seter Gordon selepas mandi
-
Seter Gordon yang berlari di pantai
-
Seter Gordon yng mengutip batang kayu
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jawi: سيتر ݢوردن ; bahasa Inggeris: Gordon setter
- ^ Jawi: سيتر سکوتلند
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Coat & Markings" [Lapis Bulu dan Tanda] (dalam bahasa Inggeris). Gordon Setter Club Canada. Dicapai pada 23 Januari 2024.
- ^ "Gordon Setter Dog Breed Information" [Maklumat Baka Anjing Seter Gordon]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Februari 2024.
- ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 38302530 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 267382263 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ "Individual Breed Results for Purebred Dog Health Survey" [Keputusan Baka Individu untuk Tinjauan Kesihatan Anjing Baka Tulen] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2013. Dicapai pada 12 Februari 2024.
- ^ a b "Progressive retinal atrophy in Gordon Setter" [Atrofi retina progresif pada seter Gordon] (dalam bahasa Inggeris). Animal Health Trust. Dicapai pada 12 Februari 2024.
- ^ Walsh, John Henry (1887). "IV". The Dog in Health and Disease [Kesihatan dan Penyakit Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-4). London, United Kingdom: Longmans, Green. m/s. 85. OCLC 894148251.
- ^ Harper, Lavonia (2001). Gordon Setter [Seter Gordon] (dalam bahasa Inggeris). Dorking, Surrey, United Kingdom: Interpet Publishing. m/s. 16. ISBN 9781903098691. OCLC 50580966.
- ^ Cameron, L. C. R. (1932). "The Gordon Setter" [Seter Gordon]. Dalam Smith, Arthur Croxton (penyunting). Hounds and Dogs: Their Care, Training and Working [Hound dan Anjing; Penjagaan, Pelatihan, dan Pengerjaannya] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Seeley, Service. m/s. 70. OCLC 538392.
- ^ "Regulations for entries in the Stud Book, Champions and warrants" [Peraturan untuk kemasukan dalam Buku Pembaka, Juara dan waran] (PDF). The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 16 Oktober 2012. Dicapai pada 12 Februari 2024.
- ^ "Only dual champion Gordon dies" [Satu-satunya seter Gordon juara duaan mati]. DogWorld.co.uk (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 April 2023. Dicapai pada 12 Februari 2024.
- ^ McDonald, Christine. "First Dual Ch Gordon" [Seter Gordon Juara Duaan Pertama]. OurDogs.co.uk (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Februari 2024.
- ^ Thornton, Thomas (1804). A Sporting Tour Through the Northern Parts of England, and Great Part of the Highlands of Scotland [Lawatan Sukan melalui Bahagian Utara England dan Bahagian Besar Tanah Tinggi Scotland] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Printed for Vernor and Hood. m/s. 196. OCLC 5773487.
- ^ The Field (dalam bahasa Inggeris), 12 November 1864
- ^ The Field (dalam bahasa Inggeris), 8 Januari 1870
- ^ The Field (dalam bahasa Inggeris), 29 Januari 1870
- ^ The Field (dalam bahasa Inggeris), 11 Disember 1869
Rujukan umum
[sunting | sunting sumber]- Animal Health Trust (dalam bahasa Inggeris), Februari 2011
- Cunliffe, Juliette (2003). "Gordon Setter" [Seter Gordon]. The Encyclopedia of Dog Breeds [Ensiklopedia Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Bath, United Kingdom: Parragon. ISBN 9780752582764. OCLC 50248722.
- dari Norwich, Edward (1904). Baillie Grohamn, William Adolph; Baillie Grohman, Florence Nickalls (penyunting). The Master of Game: The Oldest English Book on Hunting [Tuan Buruan: Buku Inggeris Tertua tentang Perburuan] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Hanson & Co. OCLC 427310689.
- Fogle, Bruce (1 September 2000). "Gordon Setter" [Seter Gordon]. The New Encyclopedia of the Dog [Ensiklopedia Baharu Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. ISBN 9780789461308. OCLC 43615283.
- Gompertz, Godfrey St. George Montague (1976). The Gordon Setter: History & Character [Seter Gordon: Sejarah dan Perwatakan] (dalam bahasa Inggeris). Reading, United Kingdom: Godfrey St. George Montague Gompertz. ISBN 9780950557809. OCLC 3344584.
- Thornton, Thomas (1804). A Sporting Tour Through the Northern Parts of England, and Great Part of the Highlands of Scotland [Lawatan Sukan melalui Bahagian Utara England dan Bahagian Besar Tanah Tinggi Scotland] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Printed for Vernor and Hood. OCLC 5773487.
- Walsh, John Henry (1887). The Dog in Health and Disease [Kesihatan dan Penyakit Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-4). London, United Kingdom: Longmans, Green. OCLC 894148251.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Seter Gordon |
- Argue, Derry (1993). Pointers and Setters [Anjing Penuding dan Seter] (dalam bahasa Inggeris). Shrewsbury, United Kingdom: Swan Hill Press. ISBN 9781853102394. OCLC 41976522.
- Frederick, Schweppe; King, Bart (1990). Gordon Setters [Seter Gordon] (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. ISBN 9780866226905. OCLC 22571187.
- Hudson, David (3 Jun 2004). Working Pointers and Setters [Anjing Penuding dan Seter Pekerja] (dalam bahasa Inggeris). Shrewsbury, United Kingdom: Swan Hill Press. ISBN 9781904057406. OCLC 58047671.
- Look, Jean Sanger; Lustenberger, Anita (1984). The Complete Gordon Setter [Seter Gordon Lengkap] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. ISBN 9780876051580. OCLC 10754330.
- Sorby, Suzanne; Sorby, Norman B. (3 November 2005). The Field Gordon Setter: The Black and Tan Bombshell [Seter Gordon Padang: Bombshell Hitam dan Sawo Matang] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). Petaluma, California, Amerika Syarikat: Springset Gordon Setter Kennels. ISBN 9781413491807. OCLC 70207801.[sumber terbitan sendiri]