Negara asal | England | ||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing gembala lama Inggeris[a] ialah satu baka anjing besar yang muncul di England daripada jenis-jenis anjing gembala awal. Nama-nama lain untuk baka ini termasuk Shepherd's Dog ("anjing [milik] gembala biri-biri") dan bob-tailed sheep-dog ("anjing biri-biri berekor kontot").[1] Nama gelaran bob-tail (atau bobtail) berasal daripada cara anjing baka ini secara tradisional memiliki ekor terpotong. Anjing gembala lama Inggeris dapat menumbuhkan lapis bulu sangat panjang dengan bulu yang menutupi muka dan mata dan tidak gugur melainkan diberus.[perlu rujukan]
Penampilan
Anjing gembala lama Inggeris ialah anjing besar, serta-merta dapat dikenali dengan lapis bulu kelabu dan putih, panjang, tebal, berjumbai, dengan bulu yang menutupi muka dan matanya. Telinganya terletak merata ke kepala. Dari segi sejarah, ekor baka ini pada umumnya dipotong (menybabkan punggung mirip panda), tetapi anjing gembala lama Inggeris berekor kini umum, kerana banyak negara telah mengharamkan pemotongan ekor kosmetik. Apabila anjing berkenaan mempunyai ekor, ekornya mempunyai bulu panjang (jumbai), terletak rendah-rendah, dan biasanya tergantung ke bawah.[2] Anjing gembala lama Inggeris berdiri lebih rendah pada paras bahu berbanding dengan pada paras loin[3] dan berjalan dengan "gulungan mirip beruang dari belakang".[4]
Ketinggian pada paras kelasa sekurang-kurangnya 61 cm (24 in) dengan betina yang lebih kecil sedikit daripada jantan.[4] Tubuhnya pendek dan padat dengan dalam dalam dan rusuk cukup melengkung.[4]
Warna lapis bulu ganda mungkin mempunyai mana-mana cahaya warna kelabu, grizzle, hitam, biru, atau merle biru, dengan tanda-tanda putih yang tidak wajib. Lapis bulu bawah adalah kalis air.[5] Anak anjing lahir dengan lapis bulu hitam dan putih dan, hanya selepas lapis bulu anak anjing itu gugur, bulu kelabu atau perak yang lebih umum muncul. Anjing gembala lama Inggeris hanya bersalin bulu apabila diberus.[perlu rujukan]
Pemotongan ekor
Anjing gembala lama Inggeris tanpa ekor terpotong semakin kerap terlihat kerana banyak negara kini telah mengharamkan pemotongan ekor. Piawaian baka The Kennel Club (United Kingdom) dan piawaian baka Australian National Kennel Council tidak menyatakan keutamaan untuk haiwan dengan ekor terpotong (dengan mematuhi undang-undang) atau tidak terpotong dan mana-mana boleh ditunjukkan.[4][6] Piawaian baka American Kennel Club menyatakan bahawa ekor patut "dipotong dekat dengan tubuh, apabila tidak berekor kontot secara semula jadi",[5] walaupun amalan pemotongan ekor kosmetik kini ditentang oleh Persatuan Perubatan Veterinar Amerika.[7]
Sejarah
Anjing gembala lama Inggeris berasal daripada anjing jenis pastoral di England. Anjing bertelinga labuh kecil yang terlihat dalam lukisan tahun 1771 oleh Gainsborough dipercayai oleh sesetengah pihak mewakili jenis awal bagi anjing gembala lama Inggeris.[8] Pada awal abad ke-19, seekor anjing penggiring berekor kontot, yang dipanggil Smithfield atau Cotswold Cor, diperhatikan di kaunti-kaunti barat daya di England dan mungkin merupakan leluhur. Kebanyakan penggemar bersetuju bahawa collie berjanggut merupakan antara ternakan asli yang digunakan dalam perkembangan baka kini.[9] Sesetengah pihak berspekulasi bahawa anjing gembala Rusia merupakan antara leluhur baka ini.[Menurut siapa?]
Anjing gembala lama Inggeris pada mulanya dipanggil "Shepherd's Dog" ("anjing [milik] gembala biri-biri") dan dipamerkan buat kali pertama dalam sebuah pertunjukan di Birmingham, England, pada tahun 1873. Terdapat hanya tiga penyertaan dan hakim berasa bahawa kualiti anjing itu sangat teruk sehingga beliau hanya menawarkan tempat kedua.[9] Dari permulaan itu, baka ini menjadi anjing pertunjukan popular, dan, walaupun rupa bentuk anjing ini sendiri telah berubah dengan sangat sedikit selama bertahun-tahun, penjagaan bulu rumit termasuk penyisiran belakang dan pembedakan bulu dicatatkan seawal tahun 1907.[9] Baka ini dieksport ke Amerika Syarikat pada tahun 1880-an dan, menjelang permulaan abad ke-20, lima daripada sepuluh buah keluarga terkaya Amerika membiakbakakan dan menunjukkan anjing gembala lama Inggeris.[perlu rujukan] Baka ini terus menjadi anjing pertunjukan popular kini.[perlu rujukan]
Penamat terkini terbaik bagi anjing gembala lama Inggeris dalam pertunjukan anjing Westminster Kennel Club adalah pada tahun 2013 apabila Bugaboo's Picture Perfect dianugerahi Reserve Best in Show.[10]
Kesihatan
Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 12.1 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[11] Anjing gembala lama Inggeris cenderung terhadap penyakit kulit alahan dan demodikosis.[12]
Sebuah kajian Amerika yang menyemak lebih daripada sejuta pesakit yang dibentangkan kepada 27 buah hospital pengajar veterinar di Amerika Utara mendapati bahawa anjing gembala lama Inggeris cenderung terhadap displasia pinggul, dengan 11.1% jumlah anjing yang diperiksa yang menghidap keadaan ini berbanding dengan 3.52% secara keseluruhan.[13] Sebuah lagi kajian Amerika terhadap lebih daripada sejuta penilaian pinggul pada anjing yang berusia lebih daripada 2 tahun mendapati prevalens sebanyak 17.8%.[14]
Semakan terhadap 1,934 kes daripada anjing yang hadir untuk volvulus pendilatan gastrik (GDV) mendapati bahawa anjing gembala lama Inggeris cenderung, dengan nisbah kemungkinan sebanyak 4.8.[15] Tinjauan dari United Kingdom mengatributkan 7% kematian anjing gembala lama Inggeris kepada GDV.[16]
Semakan terhadap 369 kes kardiomiopati terdilat di England yang mendapati bahawa anjing gembala lama Inggeris merangkumi 9 daripada kes itu.[17]
Anjing gembala lama Inggeris ialah salah satu baka yang lebih lazim terjejas akibat mutasi resesif autosom pada gen MDR1.[18] Mutasi ini menyebabkan haiwan terjejas menjadi lebih rentan terhadap kesan-kesan negatif daripada ubat pada jumlah yang sepatutnya selamat. Ubat lazim seperti doramektin dan ivermektin akan menyebabkan neurotoksikosis.[19]
Kegiatan
Anjing gembala lama Inggeris dapat bersaing dalam ujian ketangkasan anjing, kepatuhan, rally obedience, schutzhund, kemahiran persembahan, flyball, penjejakan, dan acara penggembalaan. Naluri dan kebolehlatihan penggembalaan dapat diukur dalam ujian penggembalaan tanpa persaingan. Anjing gembala lama Inggeris yang menunjukkan naluri penggembalaan asasi dapat dilatih untuk bertanding dalam ujian penggembalaan.[20]
Anjing Dulux
Anjing gembala lama Inggeris ialah maskot jenama untuk cat Dulux. Anjing ini pertama kali diperkenalkan dalam kempen pengiklanan pada tahun 1961. Sejak itu, ia menjadi ciri tekal dan amat popular dalam iklan televisyen dan cetak Dulux di mana sahaja cat itu dijual. Begitu popular sehinggakan ramai orang di pasaran tersebut merujuk baka ini sebagai 'anjing Dulux' dan bukan pula anjing gembala.
Selama bertahun-tahun, anjing berlainan telah muncul dalam iklan. Walau bagaimanapun, semuanya kelihatan sangat serupa, kerana proses pemilihan yang diurus dengan teliti yang dijalankan oleh agensi pengiklanan ICI. Anjing Dulux pertama ialah Shepton Daphnis Horsa, nama timangan Dash, yang memegang peranan ini selama lapan tahun, dimiliki oleh Eva Sharp di Tottenham. Penggantinya, Fernville Lord Digby, ialah anjing Dulux paling masyhur dan turut menjadikan pemiliknya, Cynthia dan Norman Harrison, terkenal.
Ketika penggambaran iklan, Digby dilayan seperti bintang, dipandu ke studio dengan kereta panduan supir. Barbara Woodhouse bekerja untuk melatih Digby dan tiga ekor pelagak gantinya, yang digunakan apabila helah atau aksi spesifik perlu dirakam. Populariti Digby menyebabkannya memainkan peranan utama dalam filem komedi British tahun 1973 Digby, the Biggest Dog in the World.
Gambit - seekor lagi anjing Dulux, digunakan dalam penggambaran fotografi pada tahun 1980 untuk Philips Video dan generasi perakam video baharunya. Menjelang penamat penggambaran, terdapat cukup bulu untuk mengisi tilam - anjing itu sentiasa didandani semasa penggambaran. King Hotspur of Amblegait digunakan dari tahun 1974 hingga tahun 1979 dan muncul dalam lebih daripada lima puluh buah rancangan televisyen serta penampilan awamnya untuk ICI/Dulux.
Selain Dash, semua anjing Dulux telah menjadi juara baka, dan lima ekor anjing tersebut telah memenangi hadiah 'Best in Show'.
Anjing Dulux diletakkan di tangga ke-51 dalam "100 Greatest Television Adverts" oleh Channel 4.
Lihat juga
- Senarai baka anjing
- The Shaggy Dog
- Digby, the Biggest Dog in the World
- The Shaggy D.A.
- The Return of the Shaggy Dog
- The Shaggy Dog (filem 1994), remake bagi filem asli
- Mr. Mugs
- Martha My Dear, lagu Beatles tentang anjing gembala lama Inggeris milik Paul McCartney
Catatan
- ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا لام ايڠݢريس ; bahasa Inggeris: old English sheepdog
Rujukan
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Anjing gembala lama Inggeris. |
- ^ Barton, Frank Townend (1908). "The Siamese—Abyssinian—Manx" [Kucing Siam—Kucing Habsyah—Kucing Manx]. The Cat: Its Points: and Management in Health and Disease [Kucing: Kelebihan: dan Pengurusan Kesihatan dan Penyakitnya] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Everett & Company. m/s. 31. OCLC 4482029.
- ^ "FCI-Standard N° 16 OLD ENGLISH SHEEPDOG" [Piawaian FCI No. 16 Anjing Gembala Lama Inggeris] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 5 Januari 2011. Dicapai pada 20 Januari 2024.
- ^ "Canadian kennel Club breed standard" [Piawaian baka Canadian Kennel Club] (dalam bahasa Inggeris). Canadian kennel Club. Dicapai pada 20 Januari 2024.
- ^ a b c d "The Kennel Club" (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club.
- ^ a b "American Kennel Club Breed Standard" [Piawaian Baka American Kennel Club] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Februari 2015. Dicapai pada 20 Januari 2024.
- ^ "Australian National Kennel Council breed standard" [Piawaian baka Australian National Kennel Council] (dalam bahasa Inggeris). Australian National Kennel Council. 21 November 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mei 2013. Dicapai pada 20 Januari 2024.
- ^ AVMA.org (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 25 Januari 2010 di Wayback Machine
- ^ Greater London Old English Sheepdog Club Breed History (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 3 Disember 2008 di Wayback Machine
- ^ a b c Rogers Clark, Anne; Brace, Andrew H., penyunting (10 November 1995). The International Encyclopedia of Dogs [Ensiklopedia Antarabangsa tentang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Disumbangkan oleh Renée Sporre-Willes. (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 326–328. ISBN 9780876056240. OCLC 32697706.
- ^ "The 2013 Westminster Kennel Club Dog Show" [Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club 2013]. The New York Times (dalam bahasa Inggeris). 17 Disember 2016. Dicapai pada 13 Mac 2024.
- ^ McMillan, Kirsten Marie; Bielby, Jon; Williams, Carys Louisa; Upjohn, Melissa Mary; Casey, Rachel Alison; Christley, Robert Matthew (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 38302530 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 267382263 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ Hnilica, Keith A.; Patterson, Adam P., penyunting (19 September 2016). Small Animal Dermatology: A Color Atlas and Therapeutic Guide [Dermatologi Haiwan Kecil: Atlas Berwarna dan Panduan Terapi] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-4). St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat: Saunders. doi:10.1016/C2014-0-01191-4. ISBN 9780323376518. OCLC 1052802486.
- ^ Witsberger, Tige H.; Villamil, Jose Armando; Schultz, Loren G.; Hahn, Allen W.; Cook, James Lee (15 Jun 2008). "Prevalence of and risk factors for hip dysplasia and cranial cruciate ligament deficiency in dogs" [Prevalens dan faktor-faktor risiko bagi displasia pinggul dan kekurangan ligamen krusiat kranium pada anjing]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 232 (12): 1818–1824. doi:10.2460/javma.232.12.1818. ISSN 1943-569X. PMID 18598150. S2CID 11682638.
- ^ Oberbauer, Anita M.; Keller, G. Gregory; Famula, Thomas R. (24 Februari 2017). Loor, Juan Jose (penyunting). "Long-term genetic selection reduced prevalence of hip and elbow dysplasia in 60 dog breeds" [Pemilihan genetik jangka panjang mengurangkan prevalens displasia pinggul dan displasia siku pada 60 baka anjing]. PLOS One (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 12 (2): e0172918. Bibcode:2017PLoSO..1272918O. doi:10.1371/journal.pone.0172918. ISSN 1932-6203. PMC 5325577. PMID 28234985. S2CID 45459111.
- ^ Glickman, Lawrence T.; Glickman, Nita W.; Pérez, Cynthia M.; Schellenberg, Diana B.; Lantz, Gary C. (1 Mei 1994). "Analysis of risk factors for gastric dilatation and dilatation-volvulus in dogs" [Analisis faktor risiko untuk pendilatan gastrik dan volvulus pendilatan pada anjing]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 204 (9): 1465–1471. doi:10.2460/javma.1994.204.09.1465. ISSN 1943-569X. PMID 8050972. S2CID 20494568.
- ^ Evans, Katy M.; Adams, Vicki Jean (5 Julai 2010). "Mortality and morbidity due to gastric dilatation-volvulus syndrome in pedigree dogs in the UK" [Mortaliti dan morbiditi kerana sindrom volvulus pendilatan gastrik pada anjing pedigri di United Kingdom]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 51 (7): 376–381. doi:10.1111/j.1748-5827.2010.00949.x. ISSN 1748-5827. PMID 20626784. S2CID 22546571.
- ^ Martin, Mike W. S.; Stafford Johnson, Mike J.; Celona, B. (12 Januari 2009). "Canine dilated cardiomyopathy: a retrospective study of signalment, presentation and clinical findings in 369 cases" [Kardiomiopati terdilat anjing: kajian retrospektif tentang pengisyaratan, pembentangan, dan penemuan klinikal dalam 369 kes]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 50 (1): 23–29. doi:10.1111/j.1748-5827.2008.00659.x. ISSN 1748-5827. PMID 19037887. S2CID 40413750.
- ^ Oliver, James A. C.; Mellersh, Cathryn Suzanne (14 Disember 2020). "Genetics" [Genetik]. Dalam Cooper, Barbara; Mullineaux, Elizabeth; Turner, Lynn (penyunting). BSAVA Textbook of Veterinary Nursing [Buku Teks Kejururawatan Veterinar BSAVA] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-6). Gloucester, United Kingdom: British Small Animal Veterinary Association. m/s. 131. ISBN 9781910443392. OCLC 1197697572.
- ^ Mizukami, Keijiro; Chang, Hye-sook; Yabuki, Akira; Kawamichi, Takuji; Hossain, Mohammad Alamgir; Rahman, Mohammad Mahbubur; Uddin, Mohammad Mejbah; Yamato, Osamu (16 November 2011). "Rapid genotyping assays for the 4–base pair deletion of canine MDR1/ABCB1 gene and low frequency of the mutant allele in Border Collie dogs" [Cerakin penggenotipan cepat untuk pemotongan pasangan bes 4 bagi gen MDR1/ABCB1 anjing dan kekerapan rendah alel mutan pada collie sempadan]. Journal of Veterinary Diagnostic Investigation (dalam bahasa Inggeris). Sage Publishing. 24 (1): 127–134. doi:10.1177/1040638711425591. ISSN 1943-4936. PMID 22362942. S2CID 23112169.
- ^ Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy [Selok-belok Anjing Ternakan] (dalam bahasa Inggeris). Crawford, Colorado, Amerika Syarikat: Alpine Publications. ISBN 9781577791065. OCLC 456420606.