Nama ringkas | Corgi, Welsh Corgi, Pembroke | ||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Wales | ||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Corgi Wales Pembroke[a] ialah satu baka anjing gembala lembu yang berasal dari Pembrokeshire, Wales.[1] Ia merupakan salah satu daripada dua baka yang dikenali sebagai corgi Wales, yang lain merupakan corgi Wales Cardigan. Corgi Wales Pembroke diturunkan daripada keluarga anjing spits.
Corgi Wales Pembroke masyhur sebagai baka pilihan Ratu Elizabeth II yang memiliki lebih daripada 30 ekor corgi diraja semasa pemerintahan baginda.[2] Walaupun anjing-anjing ini telah digemari oleh kerabat diraja British selama lebih daripada tujuh puluh tahun, dalam kalangan orang awam British pula baru-baru ini, ia telah merosot dari segi kepopularan dan permintaan.[3] Walau bagaimanapun, ia kekal sangat popular di Amerika Syarikat. Bandar raya seperti New York, Boston, Los Angeles, dan San Francisco mengadakan "Corgi Meetup" tahunan yang melibatkan beratus-ratus ekor anjing dan pemilik anjing tersebut yang berkumpul untuk meluangkan hari itu.[4]
Corgi Wales Pembroke telah ditempatkan di tangga ke-11 dalam The Intelligence of Dogs oleh Stanley Coren yang menyatakan bahawa baka ini dianggap sebagai anjing pekerja cemerlang. Corgi Wales Pembroke dinilai sebagai baka anjing ke-11 paling popular pada tahun 2020 menurut American Kennel Club.[5]
Perihal
Penampilan
Corgi Wales Pembroke mempunyai telinga tegak yang berperkadaran dengan segi tiga sama sisi bagi kepala. Piawaian baka menunjukkan bahawa telinga patut kukuh, bersaiz sederhana, dan meruncing sedikit ke titik membulat. Kepalanya patutu "mirip rubah" dari segi rupa bentuk dan penampilan. Corgi Wales Pembroke berbeza daripada corgi Wales Cardigan dengan tubuh lebih pendek, telinga lebih kecil, dan tungkai lebih lurus sedikit.[6] Corgi Wales Pembroke mempunyai penandaan agak ringan pada setiap sisi kelasa yang disebabkan oleh perubahan dari segi ketebalan, panjang, dan arah pertumbuhan bulu.[7]
Sebagai anjing berlapis bulu ganda, corgi Wales Pembroke bersalin bulu dengan banyak sepanjang tahun, dengan puncaknya pada musim bunga dan musim luruh. Dengan pemberusan kerap, lapis bulunya agak mudah dijaga, serta secara semula jadi kalis air dan kalis kotoran (dengan pengecualian "fluffy").Templat:What Betina utuh juga diketahui berganti bulu semasa estrus.[8]
Kecacatan baka wujud dan tidak patut dibiakbakakan dengan sengaja; seperti corgi dengan lapis bulu sangat panjang dan lebih nipis yang berpunca daripada gen resesif[7] dan lapis bulu merah dengan kecenderungan kebiru-biruan yang mempunyai warna cair. Walaupun sesetengah corgi Wales Pembrok pesisih lahir dengan ekor yang pendek secara semula, kebanyakan anjing kerap mempunyai ekor yang dipotong pada usia 2–5 hari kerana tradisi bersejarah atau mengakuri piawaian baka.[9] Pemotongan ekor buatan tidak diperlukan untuk anjing berkenaan melakukan tugasnya sebagai anjing gembala di United Kingdom seperti yang didakwa oleh orang ramai (kerana corgi Wales Cardigan juga anjing gembala tetapi ekornya tidak pernah dipotong) tetapi sebaliknya kerana anjing bukan gembala dianggap sebagai kemewahan di bawah undang-undang cukai dan menarik cukai, jadi untuk menunjukkan bahawa anjing mereka anjing gembala, pemilik perlu memastikan bahawa anjing berkenaan memilik ekor terpotong.[perlu rujukan] The Kennel Club,[10] United Kennel Club,[11] dan FCI mengizinkan ekor utuh dalam pertunjukan pengakuran. Piawaian AKC menyatakan bahawa ekor patut dipotong tidak lebih daripada 2 inci (5 cm). Di banyak negara termasuk United Kingdom, pemotongan ekor telah diharamkan.[12]
Perangai
Corgi Wales Pembroke suka terlibat dalam keluarga dan cenderung untuk ikut ke mana sahaja pemiliknya pergi. Ia mempunyai keinginan besar untuk menggembirakan pemiliknya, lalu menjadikannya bersemangat untuk belajar dan berlatih. Anjing ini juga dapat menjadi mencabar untuk dilatih kerana latar belakang kerja, kedegilan, dan kecerdasannya – ia dinilai sebagai anjing kesebelas paling cerdas dalam The Intelligence of Dogs karya Stanley Coren. Selain penggembalaan, ia juga berfungsi sebagai anjing pengawal kerana kewaspadaan dan kecenderungan untuk menyalak, yang dapat menjadi lebih parah jika tidak dirangsang dengan secukupnya. Kebanyakan corgi Pembroke akan mencari perhatian semua orang yang ditemui dan berkelakuan baik di sekeliling kanak-kanak dan haiwan peliharaan lain. Ada kepentingan untuk mensosialisasi baka ini dengan haiwan lain, orang dewasa, dan kanak-kanak semasa ia masih sangat muda untuk mengelakkan sebarang tingkah laku antisosial atau agresi di kemudian hari. Oleh sebab penggembalaannya dan – untuk sesetengah anjing – naluri pemangsa, ia suka mengejar apa sahaja yang bergerak, jadi hal terbaik ialah mengekalkannya di dalam kawasan berpagar. Naluri penggembalaan juga akan menyebabkan sesetengah corgi Pembroke lebih muda menggigit buku lali pemiliknya kerana ini ialah perbuatan terhadap lembu yang menjadi tujuan pembiakbakaannya.[13]
Kesihatan
Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 13.2 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[14] Corgi Wales Pembroke adalah akondroplastik, yang bermakna bahawa ia merupakan baka "kerdil sejati". Oleh itu, pendirian dan tubuhnya dapat membawa kepada keadaan kesihatan tidak terwaris tertentu, tetapi isu genetik juga patut dipertimbangkan. Lazimnya, corgi Pembroke dapat menderitai monorkidisme, penyakit von Willebrand, displasia pinggul, mielopati degeneratif (DM), dan masalah terwaris mata seperti atrofi retina progresif. Pengujian genetik tersedia untuk corgi Wales Pembroke untuk mengelakkan isu-isu ini dan meningkatkan takungan kesihatan genetik.[15] Corgi Pembroke juga terdedah terhadap obesiti jika terdapat selera makan mantap, yang merupakan ciri baka kumpulan gembala.[16]
Sejarah
Zuriat corgi Wales Pembroke telah dijejak kembali sejauh tahun 1107 Masihi.[1][17] Terdapat kata-kata bahawa para penenun Flemish membawa anjing ini bersama dengan mereka semasa mereka mengembara untuk menetap di Wales. Sesetengah kisah popular memberi corgi mitos penciptaan yang berkaitan dengan pari-pari. Salah satu kisah menyatakan bahawa dua orang kanak-kanak berlari melalui hutan dan terserempak dengan pengebumian seorang pari-pari. Pari-pari berkabung memberi dua orang kanak-kanak itu dua ekor anak corgi kecil dan kanak-kanak itu membawa anjing-anjing itu pulang, lalu memberi baka ini kepopularan.[perlu rujukan] Kisah-kisah juga menyatakan bahawa corgi memainkan peranan sebagai kuda perang untuk pari-pari sebelum menjadi anjing gembala untuk manusia. Di pangkal paha corgi, terdapat garis bulu lebih kasar sedikit yang dipanggil pelana pari-pari. Bukan pula daripada peribudaya Wales, ini mungkin merupakan mitos moden yang dicetuskan oleh pembiak baka corgi pada tahun 1940-an.[18]
Corgi Pembroke dan corgi Cardigan pertama kali muncul bersama-sama pada tahun 1925 apabila kedua-duanya ditunjukkan di bawah peraturan The Kennel Club di Britain.[19] The Corgi Club diasaskan pada Disember 1925 di Carmarthen, Carmarthenshire.[19] Anggota tempatan dilaporkan menggemari baka Pembroke, jadi sebuah kelab untuk penggemar corgi Cardigan diasaskan setahun atau lebih kemudian.[19] Kedua-dua kumpulan telah bekerja keras untuk memastikan penampilan dan jenis baka dipiawaikan melalui pembiakbakaan terpilih teliti.[19] Corgi Pembroke dan corgi Cardigan diiktiraf secara rasmi oleh The Kennel Club pada tahun 1928 dan pada mulanya dikategorikan bersama-sam di bawah tajuk tunggal Welsh Corgis sebelum kedua-dua baka ini diiktiraf sebagai baka berasingan dan berbeza pada tahun 1934.[19]
Corgi Wales Pembroke sedang menjadi semakin popular di Amerika Syarikat dan menduduki tempat ke-20 (ke-24) dalam pendaftaran American Kennel Club,[20] setakat tahun 2015 (2012). Walau bagaimanapun, corgi kini tersenarai sebagai baka "rentan" di United Kingdom; penurunan itu telah dikatakan disebabkan oleh pelarangan pada tahun 2007 terhadap pemotongan ekor di United Kingdom, serta kekurangan pembiak baka di United Kingdom.[21] Pada tahun 2009, corgi ditambahkan ke dalam senarai "Dipantau" The Kennel Club bagi baka British apabila pendaftaran tahunan berjumlah antara 300 dengan 450.[22] Pada tahun 2014, baka ini dimasukkan ke dalam senarai "Baka Asli Rentan" bagi The Kennel Club apabila pendaftaran menurun ke bawah 300.[22] Pada tahun 2018, baka ini keluar daripada senarai "Berisiko" dengan 456 ekor anak anjing yang didaftarkan pada Disember 2017.[22] The Kennel Club telah mengkreditkan minat baharu terhadap baka ini kepada siri televisyen popular Netflix, The Crown,[22] dan lain-lain.[23] Corgi Wales Pembroke juga telah muncul dalam rancangan televisyen Amerika Brooklyn Nine-Nine sebagai anjing peliharaan milik Captain Raymond Holt dan Kevin M. Cozner dan ditunjukkan amat setia. Ein, seekor corgi dengan kecerdasan setanding manusia, ialah salah satu daripada 5 watak utama dalam rancangan televisyen Cowboy Bebop.
Kegiatan
Corgi Wales Pembroke dapat bersaing dalam ujian ketangkasan anjing, kepatuhan, kemahiran persembahan, flyball, penjejakan, dan acara penggembalaan. Naluri dan kebolehlatihan penggembalaan dapat diukur dalam ujian penggembalaan tanpa persaingan.[24] Corgi, walaupun mengalami kekerdilan yang memberikan ilusi tungkai perlahan kecil, mampu mencapai 25 miles per jam (40 km/j) jika sihat dan cergas. Ini adalah kerana corgi cenderung untuk lebih menggunakan kekuatan tubuh atas untuk berlari berbanding dengan kebanyakan anjing, yang memberinya kebolehan tertingkat dengan kegiatan seperti ketangkasan dan penggembalaan dan perlumbaan.
Corgi diraja
Pada usia muda, keghairahan Sang Ratu terhadap baka ini bermula apabila ayahanda baginda, Raja George VI, membawa pulang corgi diraja pertama mereka yang kemudiannya dinamai Dookie.[25] Sang Ratu menghentikan pembiakbakaan corgi pada sekitar tahun 2012 supaya tidak meninggalkan seekor pun selepas baginda mangkat; corgi terakhir baginda, Willow, mati pada April 2018.[26] Baginda telah dihadiahi dua ekor anak corgi baharu oleh keluarga baginda pada tahun 2021.[27][28]
Pada 3 April 2019, filem The Queen's Corgi dikeluarkan.[29]
Lihat juga
Catatan
- ^ Jawi: کورݢي ويلس ڤيمبروک ; bahasa Inggeris: Pembroke Welsh corgi
Rujukan
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Corgi Wales Pembroke |
- ^ a b Wheeler, Jill C. (2010). Welsh Corgis [Corgi Wales] (dalam bahasa Inggeris). Edina, Minnesota, Amerika Syarikat: Abdo Publishing Company. m/s. 6. ISBN 9781616136413. OCLC 767670937.
- ^ "Queen's Diamond Jubilee: Just how many dogs does she own?" [Jubli Intan Ratu: Berapa anjing yang dimiliki oleh baginda?]. Christian Science Monitor (dalam bahasa Inggeris). 2 Jun 2012. Dicapai pada 15 Januari 2024.
- ^ "Vulnerable Native Breeds" [Baka Asli Rentan]. The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2024.
- ^ Ho, Eric (17 November 2017). "How I Became The Leader Of The New York City Corgi Meet Ups" [Cara Saya Menjadi Pemimpin Pertemuan Corgi Bandar Raya New York]. Medium (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2024.
- ^ "THE MOST POPULAR DOG BREEDS OF 2020" [BAKA ANJING PALING POPULAR PADA 2020] (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2024.
- ^ Beauchamp, Richard G. (1 Februari 1999). Welsh Corgis: Pembroke and Cardigan: A Complete Pet Owner's Manual [Corgi Wales: Pembroke dan Cardigan: Panduan Lengkap Pemilik Haiwan Peliharaan] (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. m/s. 15. ISBN 9780764105579. OCLC 151233328.
- ^ a b Eldredge, Debra M. (25 Februari 2009). Pembroke Welsh Corgi: Your Happy Healthy Pet, with DVD [Corgi Wales Pembroke: Haiwan Peliharaan Sihat Bahagia Anda, dengan DVD] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley. m/s. 17. ISBN 9780470443644. OCLC 609848033.
- ^ Eldredge, Debra M. (25 Februari 2009). Pembroke Welsh Corgi: Your Happy Healthy Pet, with DVD [Corgi Wales Pembroke: Haiwan Peliharaan Sihat Bahagia Anda, dengan DVD] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley. m/s. 70. ISBN 9780470443644. OCLC 609848033.
- ^ "PWCCA Standard of Perfection" [Piawaian Kesempurnaan PWCCA] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Januari 2015. Dicapai pada 21 Januari 2024.
- ^ "Pembroke Welsh Corgi" [Corgi Wales Pembroke]. United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Januari 2024.
- ^ "Pembroke Welsh Corgi" [Corgi Wales Pembroke]. United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Jun 2012. Dicapai pada 21 Januari 2024.
- ^ Lambert, Cathy (2008). Getting to Know Poodles: A Guide to Choosing and Owning a Poodle [Mengenali Pudel: Panduan untuk Memilih dan Memiliki Pudel] (dalam bahasa Inggeris). Kalamunda, Australia Barat, Australia: Animalinfo Publications. m/s. 15. ISBN 9781921537066. OCLC 765637546.
- ^ "Get to know the Pembroke Welsh Corgi" [Kenali Corgi Wales Pembroke] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Ogos 2009. Dicapai pada 21 Januari 2024.
- ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 38302530 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 267382263 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ "From the Genetics Committee of the Pembroke Welsh Corgi Club of America, Inc" [Daripada Jawatankuasa Genetik Pembroke Welsh Corgi Club of America, Inc.] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Januari 2013. Dicapai pada 21 Januari 2024.
- ^ Burton, E. Hywel (18 Oktober 2011). Pembroke Welsh Corgi: A Comprehensive Guide to Owning and Caring for Your Dog [Corgi Wales Pembroke: Panduan Komprehensif untuk Memiliki dan Menjaga Anjing Anda] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Kennel Club Books. m/s. 116. ISBN 9781593788902. OCLC 772844694.
- ^ "Pembroke Welsh Corgi - HISTORY" [Corgi Wales Pembroke - SEJARAH] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Disember 2014. Dicapai pada 21 Januari 2024.
- ^ Zeller, Jon (7 Disember 2021). "The Corgi Care Guide: Personality, History, Food, and More" [Panduan Penjagaan 'Corgi: Keperibadian, Sejarah, Makanan, dan Lebih Lagi]. The Farmer's Dog Digest (dalam bahasa Inggeris).
- ^ a b c d e Eldredge, Debra M. (27 Januari 2009). Pembroke Welsh Corgi: Your Happy Healthy Pet, with DVD [Corgi Wales Pembroke: Haiwan Peliharaan Sihat Bahagia Anda, dengan DVD] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley. m/s. 21. ISBN 9780470390610. OCLC 1249999552.
- ^ "AKC Dog Registration Statistics" [Statistik Pendaftaran Anjing AKC] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Februari 2015. Dicapai pada 21 Januari 2024.
- ^ "Dog Gone! Why You're Seeing Fewer Corgis" [Sebabnya Anda Melihat Kurang Corgi]. ABC News (dalam bahasa Inggeris). 9 Februari 2015. Dicapai pada 21 Januari 2024.
- ^ a b c d "Corgis and the Queen: Celebrating the breed that the Queen made popular" [Corgi dan Ratu: Meraikan baka yang dijadikan popular oleh Sang Ratu]. The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Januari 2024.
- ^ Rebecca Seales (3 Jun 2022). "Corgis: How the Queen fell in love and started a phenomenon" [Corgi: Cara Sang Ratu jatuh hati dan mulakan fenomena] (dalam bahasa Inggeris). BBC News. Dicapai pada 21 Januari 2024.
- ^ Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy [Selok-belok Anjing Ternakan] (dalam bahasa Inggeris). Crawford, Colorado, Amerika Syarikat: Alpine Publications. ISBN 9781577791065. OCLC 456420606.
- ^ "What Are the Queen's Corgis Called? All About Elizabeth II's Dogs" [Corgi Sang Ratu Dipanggil Apa? Semunya tentang Anjing Elizabeth II]. animalwised.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Januari 2024.
- ^ Wilkes, Joseph (3 Disember 2020). "Queen left with just one dog as her beloved dorgi Vulcan dies 'of old age'" [Ratu tinggal dengan hanya seekor anjing apabila dorgi kesayangan baginda mati 'akibat usia']. The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Januari 2024.
- ^ Corbin, Tianna (20 Mac 2021). "Queen's new corgi pups are named after relative and favourite beauty location" [Anak corgi baharu Sang Ratu dinaami sempena kerabat dan lokasi keindahan kegemaran]. The Cornishman (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Januari 2024.
- ^ Brazell, Emma (13 Jun 2021). "Queen 'given corgi puppy' by Andrew on Philip's 100th birthday" [Ratu 'dipersembahkan anak corgi' oleh Andrew pada hari keputeraan ke-100 Philip]. Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Januari 2024.
- ^ "The Queen's Last Corgi Is Dead and the Internet Is Inconsolable" [Corgi Terakhir Sang Ratu Mati dan Internet Tidak Dapat Dipujuk]. Time (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Januari 2024.