![]() | |||||||||||||||||||||||||
Nama lain | |||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Sepnyol | ||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
Catatan | diiktiraf dalam perundangan Sepanyol[3]:13430 | ||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Alano Sepanyol[a] atau buldog Sepanyol[b] ialah satu baka Sepanyol anjing bersaiz sederhana hingga besar daripada jenis alaunt-buldog. Ia pada pelbagai masa telah digunakan sebagai anjing perang, untuk laga lembu, untuk pengurusan lembu, untuk perburuan, dan sebagai anjing pengawal.[4]:498[5]
Pada lewat abad kedua puluh, ia menjadi baka terancam; projek pemulihan dilancarkan dan bilangannya telah pulih sejak itu. Ia diiktiraf secara rasmi di bawah undang-undang kebangsaan pada tahun 2004.
Sejarah
Asal usul alano Sepanyol tidak diketahui. Salah satu hipotesis menyebut bahawa ia diterbitkan daripada anjing yang dibawa ke Sepanyol pada Zaman Penghijrahan pada abad kelima oleh orang Alan, iaitu orang ahli pastoral nomad dari Eropah Tengah.[4]:498
Rujukan bertulis pertama tentang baka ini di Sepanyol adalah dalam bab dalam Libro de la Montería de Alfonso XI ("Buku Perburuan Alfonso XI") dari abad keempat belas, yang dalamnya anjing pemburu yang dipanggil alani (tunggal: alano) diperihalkan mempunyai warna-warna cantik.[6] Anjing jenis ini mengembara bersama dengan penjelajah Sepanyol dan digunakan sebagai anjing perang dalam penaklukan Orang Asli Amerika, serta dalam penangkapan semula hamba.[7]:23 Becerrillo, seekor anjing perang garang yang dimiliki oleh Juan Ponce de León, mungkin merupakan anjing jenis ini.[8][9]:18[10]:77

Anjing jenis ini ditunjukkan dalam gelanggang laga lembu dalam punaran oleh Francisco de Goya dalam siri beliau La Tauromaquia dari tahun 1816.[11]
Dari lewat abad kesembilan belas, alano mula merosot, atas pelbagai sebab: pada tahun 1880, penggunaan anjing dalam gelanggang lembu dilarang[6] dan amalan baharu laga lembu secara berjalan menjadi lebih meluas; cara perburuan berubah dan terdapat lebih banyak penggunaan anjing pemburu import daripada baka asing;[4]:499 pengurusan meluas bagi haiwan ternakan menjadi kurang lazim di sebahagian negara itu; dan pengendalian haiwan ternakan di rumah sembelih dimodenkan dan tidak lagi menggunakan anjing.[6] Alano tidak lagi diperlukan untuk tugas tradisionalnya dan bilangannya menurun dengan cepat[6] sehingga hampir ke tahap kelenyapan atau kepupusan baka ini.[4]:499
Populasi pembiakbakaan yang terselamat dikenal pasti di pergunungan Enkarterri/Las Encartaciones di Negara Basque pada tahun 1980-an.[5] Piawaian baka dirangka dan buku pembaka dimulakan.[12] Dengan kerjasama Real Sociedad Canina de España dan pentadbiran municipio termasuk yang di Alanís de la Sierra, di Archidona, di Cazalla, dan di El Ronquillo, sebuah projek pemulihan dilancarkan.[12] Terdapat dua buah persatuan baka, iaitu Asociación Nacional de Criadores de Alano Español ("Persatuan Pembiak Baka Alano Sepanyol Kebangsaan", dibentuk pada tahun 1995) dan Sociedad Española de Fomento y Cría del Alano Español ("Persatuan Sepanyol bagi Perkembangan dan Pembiakbakaan Alano Sepanyol").[4]:500[12]
Alano Sepanyol diiktiraf secara rasmi oleh Kementerian Pertanian, Perikanan, dan Makanan Sepanyol, pada tahun 2004; bersama-sama dengan anjing gembala Garafía, anjing pemburu tikus Valencia, anjing pemburu tikus Mallorca, dan anjing penuding Mallorca, ia ditambahkan ke dalam senarai baka peribumi Sepanyol.[3] Ia tidak diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa.
Anjing jalang Uruguay telah dicadangkan diterbitkan terutamanya daripada alano Sepanyol.[13]:25
Ciri

Alano Sepanyol ialah anjing besar daripada jenis alaunt atau buldog. Betina berdiri kira-kira setinggi 55–60 cm (22–24 in) pada paras kelasa dan berukuran seberat kira-kira 25–30 kg (55–66 lb); jantan pula pada purata kira-kira lebih tinggi sebanyak 3 cm (1.2 in) dan lebih berat sebanyak 5 kg (11 lb).[5]
Lapis bulunya pendek dan tebal tetapi tidak pernah seperti baldu, dan paling kerap berwarna brindle; ini mungkin terdiri daripada sebarang warna, termasuk kelabu atau biru, dengan hitam atau tanpa hitam. Warna lain merupakan perang kekuning-kuningan dalam mana-mana cahaya warna daripada berwarna pasir hingga merah, dengan hitam atau tanpa hitam; dan hitam dan brindle – hitam dan tan dengan kawasan sawo matang yang brindle. Muka boleh mempunyai topeng hitam atau tidak mempunyai itu; hidungnya berpigmen hitam.[3]:13430[4]:500[5] Tanda-tanda putih pada leher, dada, atau kaki dapat diterima, tetapi putih berlebihan tidak digalakkan.[5]
Kepalanya besar, kuat, seakan muat dalam segi empat sama, dan brakisefalik.[5] Muncungnya pendek, sebaik-baiknya hampir-hampir 37% daripada panjang kepala, dengan rahang yang bawah sedikit cekung; prognatisme ringan ditoleransi.[14]:121[5] Telinga terletak tinggi-tinggi dan labuh jika tidak terpotong. Kulitnya sangat tebal dengan lipatan leher dan sesetengah kedutan pada muka.[5]
Oleh sebab baka ini digunakan untuk perburuan dalam kawanan, ia mudah bergaul dengan anjing lain.[6]
Kegunaan
Alano digunakan dari Zaman Pertengahan sebagai anjing perang. Sejak itu, ia telah digunakan untuk pemburuan babi hutan dan rusa, sebagai anjing pengawal, dan dalam pengurusan lembu di padang ragut dan di rumah sembelih.[4]:499 Sehingga kira-kira penghujung abad kesembilan belas, ia digunakan dalam gelanggang lembu jantan; penggunaan ini merosot dengan perkembangan laga lembu secara berjalan.[4]:499
Catatan
- ^ Jawi: الانو سڤاڽول; Sepanyol: alano español; bahasa Inggeris: Spanish alano; Spanish alaunt
- ^ Jawi: بولدوݢ سڤاڽول; Sepanyol: bulldog español; bahasa Inggeris: Spanish bulldog
Rujukan
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Alano Sepanyol |
- ^ Harris, David (24 Julai 2012). The Bully Breeds [Baka Bully] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Freehold, New Jersey, Amerika Syarikat: Kennel Club Books. ISBN 9781621870326. OCLC 820817161.
- ^ Beusterien, John (8 April 2016). Canines in Cervantes and Velázquez: An Animal Studies Reading of Early Modern Spain [Anjing di Cervantes dan di Velázquez: Pembacaan Pengajian Haiwan tentang Sepanyol Moden Awal] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Taylor & Francis. ISBN 9781317169963. OCLC 1018148067.
- ^ a b c Cañete, Arias (30 Mac 2004). "5652 ORDEN APA/807/2004, de 24 de marzo, por la que se actualiza el anexo del Real Decreto 558/2001, de 25 de mayo, por el que se regula el reconocimiento oficial de las organizaciones o asociaciones de criadores de perros de raza pura" [5652: PERINTAH APA/807/2004, pada 24 Mac, yang mengemaskinikan lampiran Dekri Diraja 558/2001, pada 25 Mei, yang mengatur pengiktirafan rasmi bagi pertubuhan-pertubuhan atau persatuan-persatuan pembiak baka anjing baka tulen.] (PDF). Boletín Oficial del Estado (dalam bahasa Sepanyol) (77): 13430–13435.
- ^ a b c d e f g h Fernández Rodríguez, Miguel; Gómez Fernández, Mariano; Delgado Bermejo, Juan Vicente; Belmonte, Silvia Adán; Jiménez Cabras, Miguel, penyunting (1 Oktober 2009). Guía de campo de las razas autóctonas españolas [Panduan Lapangan Baka Anjing Autokton Sepanyol] (dalam bahasa Sepanyol). Madrid, Sepanyol: Kementerian Alam Sekitar dan Persekitaran Luar Bandar dan Laut. ISBN 9788449109461. OCLC 804450785.
- ^ a b c d e f g h "Spanish Alano" [Alano Sepanyol] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Real Sociedad Canina de España. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 10 Ogos 2019. Dicapai pada 31 Mac 2024.
- ^ a b c d e "Alano Español" [Alano Sepanyol] (dalam bahasa Sepanyol). El Mundo del Perro. 23 Februari 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Julai 2011. Dicapai pada 31 Mac 2024.
- ^ Derr, Mark (15 September 2004). A Dog's History of America: How Our Best Friend Explored, Conquered, and Settled a Continent [Sejarah Anjing di Amerika: Cara Sahabat Baik Kita Menjelajahi, Menakluki, dan Menduduki Sebuah Benua] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). New York, New York, Amerika Syarikat: North Point Press. ISBN 9780865476318. OCLC 54001668.
- ^ Coll y Toste, Cayetano (1960). Selección De Leyendas Puertorriqueñas [Pilihan Legenda Puerto Rico] (dalam bahasa Sepanyol). Editorial Orion.
- ^ Cummins, Bryan David (2003). Colonel Richardson's Airedales: The Making of the British War Dog School, 1900–1918 [Airedale Kolonel Richardson: Pembikinan Sekolah Anjing Perang British, 1900–1918] (dalam bahasa Inggeris). Calgary, Kanada: Detselig Enterprises. ISBN 9781550592481. OCLC 52071162.
- ^ Coren, Stanley (18 April 2002). The Pawprints of History: Dogs and the Course of Human Events [Tapak Kaki Sejarah: Anjing dan Perjalanan Peristiwa Manusia] (dalam bahasa Inggeris). Diilustrasi oleh Andy Bartlett. New York, New York, Amerika Syarikat: Free Press. ISBN 9780743227704. OCLC 900087273.
- ^ "PRINTS IN THE GOYA EXHIBIT" [CETAKAN DALAM PAMERAN GOYA] (dalam bahasa Inggeris). Meadows School of the Arts. 18 Disember 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mac 2002. Dicapai pada 31 Mac 2024.
- ^ a b c "Nosotros" [Kami] (dalam bahasa Sepanyol). Asociación Nacional de Criadores de Alano Español. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 April 2018. Dicapai pada 31 Mac 2024.
- ^ Fernández de Sierra, Gabriel E.; Mernies Falcone, Beatriz E. (2013). "Capítulo 3: Caracterización racial del perro cimarrón" [Bab 3: Pencirian baka anjing cimarrón]. Dalam Llambí Dellacasa, Silvia; Gagliardi Berenguer, Rosa (penyunting). Conociendo al perro cimarrón uruguayo [Mengenali Anjing Jalang Uruguay] (PDF) (dalam bahasa Sepanyol). Montevideo, Uruguay: Universiti Republik. m/s. 21–30. ISBN 9789974009967. OCLC 898540270.
- ^ Jarén Nebot, Manuel C. (2001). Alano español [Alano Sepanyol] (dalam bahasa Sepanyol). Torredonjimeno, Sepanyol: Editorial Jabalcuz. ISBN 9788495233240. OCLC 48849416.