Negara asal | Sepanyol | ||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||||||||||||
Catatan | Diiktiraf dalam perundangan Sepanyol[1]:8 | ||||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing penuding Galicia[a] ialah satu baka penuding jarang dari komuniti berautonomi Galicia di Sepanyol barat daya. Ia merupakan salah satu daripada empat baka tradisional di rantau ini, yang lain merupakan can de palleiro, guicho atau quisquelo, dan podenco Galicia.[2]
Sejarah
Anjing penuding Galicia, bersama-sama dengan sebilangan anjing penuding rantauan seperti anjing penuding lama Sepanyol, anjing penuding Portugis, anjing penuding Navarra, dan anjing penuding Perancis diturunkan daripada anjing jenis anjing penuding Itali yang diimport ke Iberia barat laut dan ke Perancis barat daya beberapa abad lalu, kesemuanya berkembang menjadi jenis berlainan mengikut keutamaan dan keperluan ahli sukan tempatan.[3][2]
Anjing penuding Galicia paling kerap terdapat di municipio A Mezquita, Viana do Bolo, Riós, Laza, dan A Veiga di Provinsi Ourense di Galicia.[2] Dari tahun 1970-an dan selepasnya, baka-baka penuding asing menjadi tersedia kepada pemburu Sepanyol dan bilangan anjing penuding Galicia semakin berkurang; ini ditambah lagi dengan penurunan bilangan partridge di seluruh Masif Galicia.[3][2] Untuk mencegah kepupusan baka ini, spesimen terbaik yang masih tersedia ditemukan dan direkodkan, khususnya dari Provinsi Ourense dan Provinsi Lugo.[2] Pada tahun 2001, buku pembaka diasaskan untuk merekodkan pedigri; buku ini diuruskan oleh Club de Raza do Perdigueiro Galego ("Kelab Baka Anjing Penuding Galicia").[3][2]
Perihal
Anjing penuding Galicia ialah baka penuding bersaiz sederhana yang berukuran seberat 20–30 kilogram (44–66 lb) dan berdiri setinggi 50–55 sentimeter (20–22 in). Jantan biasanya lebih besar daripada betina.[4][5] Baka ini mempunyai lapis bulu padat pendek, yang mungkin bertompok atau berbelak dwiwarna atau triwarna dengan mana-mana daripada perang berangan, jingga, kayu manis, dan hitam pada putih; contoh perang, kuning, atau hitam padu juga terdapat.[3][5]
Kegunaan
Baka ini ialah baka penuding serba guna dalam erti kata bahawa ia digunakan untuk memburu, menuding, dan mengutip buruan sebaik ditembak oleh pemburu.[2] Anjing penuding Galicia digunakan terutamanya untuk memburu burung buruan, khususnya partridge, puyuh, dan woodcock, walaupun ia juga digunakan untuk memburu buruan tanah kecil seperti kelinci dan arnab.[3][2]
Lihat juga
Catatan
Rujukan
- ^ a b Cañete, Miguel Arias (14 Jun 2001). "Real Decreto 558/2001, de 25 de mayo, por el que se regula el reconocimiento oficial de las organizaciones o asociaciones de criadores de perros de raza pura" [Dekri Diraja 558/2001, pada 25 Mei, yang mengatur pengiktirafan rasmi bagi pertubuhan-pertubuhan atau persatuan-persatuan pembiak baka anjing baka tulen.] (PDF). Boletín Oficial del Estado (dalam bahasa Sepanyol) (142).
- ^ a b c d e f g h "Perdigueiro galego" [Anjing penuding Galicia] (dalam bahasa Sepanyol). Pemerintah Galicia. Dicapai pada 22 Mac 2025.
- ^ a b c d e Fernández Rodríguez, Miguel; Gómez Fernández, Mariano; Delgado Bermejo, Juan Vicente; Belmonte, Silvia Adán; Jiménez Cabras, Miguel, penyunting (1 Oktober 2009). Guía de campo de las razas autóctonas españolas [Panduan Lapangan Baka Anjing Autokton Sepanyol] (dalam bahasa Sepanyol). Madrid, Sepanyol: Kementerian Alam Sekitar dan Persekitaran Luar Bandar dan Laut. m/s. 566–568. ISBN 9788449109461. OCLC 804450785.
- ^ "Perdigueiro Galego" [Anjing Penuding Galicia] (PDF) (dalam bahasa Galicia). Pemerintah Galicia. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 5 Disember 2019. Dicapai pada 31 Mac 2024.
- ^ a b Diz Guedes, Juan Miguel (11 Mei 2001). "Orde do 26 de abril de 2001 pola que se fai público o estándar racial do Perdiguero Galego e se crea o libro xenealóxico da raza" [Perintah pada 26 April 2001 yang dengannya piawaian baka anjing penuding Galicia diumumkan dan buku genealogi baka ini diwujudkan] (PDF). Diario Oficial de Galicia (dalam bahasa Galicia) (91): 6334–6338.