KB13 Seremban سرمبن | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Stesen KTM Komuter dan stesen KTM Antarabandar | |||||||||||
Lokasi | Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. | ||||||||||
Dimiliki oleh | Keretapi Tanah Melayu | ||||||||||
Laluan | Laluan Seremban (KTM Komuter) (sejak 1995) KTM Antarabandar. | ||||||||||
Platform | 1 platform tepi dan 1 platform pulau. | ||||||||||
Trek | 3 | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Templat letak kenderaan | Tersedia, bayaran dikenakan | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | SEREMBAN | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 1910 | ||||||||||
Dielektrikkan | 1995 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Stesen Keretapi Seremban ialah sebuah stesen kereta api di pusat bandar raya Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Stesen ini menyediakan perkhidmatan KTM Antarabandar dan perkhidmatan KTM Komuter yang bermula sejak tahun 1995. Stesen ini merupakan bekas terminal selatan bagi perkhidmatan Komuter Laluan Seremban, di mana perkhidmatan ini sudah dilanjutkan ke Pulau Sebang/Tampin.
Sejarah
Stesen ini dibina pada antara tahun 1904 hingga tahun 1910 dengan kos sebanyak RM 26,000.00, berkhidmat untuk beberapa buah syarikat kereta api zaman awal sebelum Keretapi Tanah Melayu mengambil alih pengurusan semua laluan kereta api di Tanah Melayu pada tahun 1948. Stesen ini menyediakan perkhidmatan KTM Antarabandar dan juga pengangkutan barangan.
Dari 6 Februari 1994 hingga 12 April 1994, stesen ini dijalankan pemodelan semula yang ektensif sebagai persediaan untuk perkhidmatan KTM Komuter bagi Laluan Rawang-Seremban. Kerja-kerja pengubahsuaian menyaksikan penaiktarafan kemudahan KTM Komuter baharu dalam stesen, dan juga penaikan aras semua platform di stesen untuk memudahkan penumpang menaik turun kereta api KTM. Sekarang tren komuter telah dipanjangkan sehingga ke Stesen Pulau Sebang/Tampin di Pulau Sebang, Melaka. Rawang tidak lagi menjadi terminal utara bagi laluan ini, sebaliknya peranan ini digalas oleh Batu Caves.
Platform
Stesen ini menyediakan perkhidmatan ETS yang menghubungkan Gemas ke Butterworth dan Padang Besar dengan kekerapan dua kali sehari dengan kereta api berlepas pada pukul 5.30 pagi dan 4.30 petang ke Padang Besar dan pukul 4.00 petang ke Butterworth setiap hari.Perkhidmatan ETS berhenti di platform 3. Perkhidmatan KTM Komuter berhenti di sini untuk beberapa minit di platform 1 sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Sebang/Tampin dan platform kedua ke Tiroi serta Kuala Lumpur. Perkhidmatan Antarabandar juga disediakan untuk perjalanan ke seluruh semenanjung. Tren antarabandar biasanya berhenti di platform 1 untuk perjalanan ke selatan dan platform 2 untuk perjalanan ke Kuala Lumpur dan utara. Kaunter tiket untuk semua perkhidmatan turut disediakan
Stesen ini mempunyai satu platform tepi yang bersambung dengan bangunan stesen serta platform 2 dan 3 yang terletak di platform.
1 | ■Laluan Pantai Barat (Bawah) | Arah Gemas dan Woodlands Train Checkpoint |
---|---|---|
■Laluan Batu Caves–Pulau Sebang | Arah Pulau Sebang/Tampin | |
2 | ■Laluan Pantai Barat (Atas) | Arah Kuala Lumpur Sentral |
■Laluan Batu Caves–Pulau Sebang | Arah Batu Caves | |
3 | Tidak digunakan |
Seni bina
Stesen Keretapi Seremban pada dasarnya digayakan supaya berbentuk terlalu mudah dan terdiri daripada sebuah bangunan satu-tingkat berbentuk empat segi panjang yang menampung:
- pejabat-pejabat di separuh stesen bahagian selatan; dan
- ruang menjual tiket serta ruang penumpang di separuh stesen bahagian utara.
Pintu masuk bata-dan-lepa juga dibekalkan dalam reka bentuk awal. Selain itu, stesen ini menonjolkan serambi muka yang disangga oleh rasuk kayu terukir yang dihiasi dengan motif lengkok.
Stesen Keretapi Seremban dilitupi oleh dua lapis bumbung rabung miring: bumbung atas yang lebih kecil dan mempunyai tebeng layar bersilang dengan bumbung di bawahnya. Sebuah menara jam putih dibina di atas bumbung bangunan, dihiasi dengan kubah bawang. Bahagian bumbung yang atas juga dihiasi dengan ukiran kayu dan kemuncak-kemuncak kecil pada tubir atasnya.
Lihat juga
Rujukan
- Plak pelancong di depan stesen
Stesen sebelumnya | Laluan Rel (Lembah Klang) | Stesen berikutnya | ||
---|---|---|---|---|
Tiroi | Laluan Rawang-Seremban KTM Komuter |
Senawang |
- Rencana menggunakan kotak info stesen dengan nama dalam markup
- Rencana menggunakan kotak info stesen dengan pautan atau gambar dalam nama
- Rencana menggunakan kotak info stesen dengan markup dalam jenis
- Stesen Laluan Rawang-Seremban
- Stesen kereta api di Negeri Sembilan
- Tarikan pelancong di Negeri Sembilan