Lokasi | Stesen Bukit Jalil, Jalan Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°3′29″N 101°41′32″E / 3.05806°N 101.69222°EKoordinat: 3°3′29″N 101°41′32″E / 3.05806°N 101.69222°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||
Platform | 2 platform sisi | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: T563, T580, T582, 652 | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
Templat letak kenderaan | Tiada | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | SP17 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 11 Julai 1998 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Stesen LRT Bukit Jalil ialah stesen LRT yang terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia dimana perkhidmatan Laluan Sri Petaling berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dinamakan sempena lokasi stesen yang terletak di kompleks sukan Bukit Jalil. Stesen ini dibuka kepada awam pada 11 Julai 1998.
Stesen ini pernah dijadikan lokasi penggambaran filem Entrapment (1999) yang dibintangi Sean Connery dan Catherine Zeta-Jones. Anehnya, papan tanda di stesen tersebut ketika penggambaran memaparkan "Pudu", Bukit Jalil.
Ciri-ciri stesen
Lokasi
Stesen ini terletak di sepanjang Sungai Kuyoh di Sri Petaling, Kuala Lumpur. Terletak berhampiran stesen adalah Skate Park@Stadium Negara Bukit Jalil, Stadium Negara Bukit Jalil, Pusat Akuatik Negara, Stadium Hoki Bukit Jalil dan taman Bukit Komanwel.
Pelan stesen
L2 Platform |
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri | |
SP Arah Selatan | → 4 Laluan Sri Petaling menghala ke Putra Heights (Sri Petaling) | |
SP Arah Utara | ← 4 Laluan Sri Petaling menghala ke Sentul Timur (Sungai Besi) | |
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri | ||
L1 | Aras Legar | Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan |
G | Aras Tanah | Pintu masuk/keluar, Stadium Bukit Jalil, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras platform, aras legar dan aras tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi untuk perkhidmatan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[1]
Perkhidmatan Bas
Bas RapidKL laluan T580, T582 dan 652 berkhidmat di stesen ini.
Insiden
25 September 2008 – Enam orang tercedera apabila tren yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah lagi tren berhampiran stesen Bukit Jalil. Dipercayai bahawa tren pertama tiba-tiba berhenti 200 meter dari stesen sebelum dihentak oleh sebuah lagi trek atas landasan yang sama, menyebabkan perkhidmatan LRT tergendala sepanjang hari sehingga pulih pada hari keesokannya.
Rujukan
- ^ Kevin Tan (23 Jul 2011). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2019. Dicapai pada 11 Jun 2019.