Lokasi | Stesen Kampung Baru, Jalan Hassan Salleh, 50300 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°09′40.8″N 101°42′24.0″E / 3.161333°N 101.706667°EKoordinat: 3°09′40.8″N 101°42′24.0″E / 3.161333°N 101.706667°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||
Laluan | 5 Laluan Kelana Jaya | ||||||||||
Platform | 1 | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bawah tanah | ||||||||||
Templat letak kenderaan | Tiada | ||||||||||
Kemudahan basikal | 20 petak basikal | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | KJ11 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 1 Jun 1999 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Stesen LRT Kampung Baru ialah stesen LRT bawah tanah yang terletak di kawasan Kampung Baru, Kuala Lumpur. Nama stesen ini diambil sempena lokasi stesen iaitu Kampung Baru. Stesen ini dibuka pada 1 Jun 1999 sebahagian fasa kedua Laluan Kelana Jaya yang melalui 12 stesen antara Masjid Jamek dan Gombak (tidak termasuk Sri Rampai).[1]
Ciri-ciri stesen
Lokasi
Stesen ini terletak di sebelah selatan Kampung Baru berdekatan dengan tebing Sungai Klang dan Lebuhraya Pantai Timur Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH). Terletak berhampiran stesen ini adalah flat perumahan awam Kampung Baru, Masjid Jamek Kampung Baru dan SRA Jalan Raja Muda Musa.
Pelan stesen
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar , perhentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
B1 | Aras legar | Pagar tambang, mesin tiket dan pusat khidmat pelanggan |
B2 Platform |
KJ Arah Utara | → 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke KJ1 Gombak (KLCC) |
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan | ||
KJ Arah Selatan | ← 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke KJ37 Putra Heights (Dang Wangi) |
Stesen ini adalah stesen bawah tanah dengan tiga tingkat iaitu: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di bawah ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[2]
Rujukan
- ^ Meng Yew Choong (31 Ogo 2015). "Klang Valley urban rail service turns 10". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Apr 2017. Dicapai pada 7 Mei 2019.
- ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.