![]() ![]() Stesen kereta api ekspres dan antarabandar | ||||||||||||||||||||||||||||||
![]() Bahagian hadapan stesen keretapi Segamat | ||||||||||||||||||||||||||||||
Nama lain | سݢامت (Tulisan Jawi) | |||||||||||||||||||||||||||||
Lokasi | Jalan Stesen, 85000 Segamat, Johor | |||||||||||||||||||||||||||||
Koordinat | 2°30′25″N 102°48′50″E / 2.50694°N 102.81389°E | |||||||||||||||||||||||||||||
Dimiliki oleh | Perbadanan Aset Keretapi | |||||||||||||||||||||||||||||
Laluan | ETS Laluan ETS Ekspres Selatan Ekspres Rakyat Timuran | |||||||||||||||||||||||||||||
Platform | 2 platform sisi | |||||||||||||||||||||||||||||
Trek | 2 | |||||||||||||||||||||||||||||
Pembinaan | ||||||||||||||||||||||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | |||||||||||||||||||||||||||||
Templat letak kenderaan | Ada | |||||||||||||||||||||||||||||
Kemudahan OKU | Ya ![]() | |||||||||||||||||||||||||||||
Sejarah | ||||||||||||||||||||||||||||||
Dibuka | 1 Julai 1909 | |||||||||||||||||||||||||||||
Dibina semula | 2023 | |||||||||||||||||||||||||||||
Dielektrikkan | 2024 | |||||||||||||||||||||||||||||
Perkhidmatan | ||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||
Lokasi | ||||||||||||||||||||||||||||||
![]() |
Stesen keretapi Segamat merupakan sebuah stesen kereta api yang terletak di bandar Segamat, Johor. Stesen ini menyediakan perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan antarabandar kepada penduduk di bandar Segamat, serta kawasan sekitarnya seperti Tangkak dan Muar.
Jarak stesen ini dari Tangkak adalah 55 kilometer, manakala dari Muar adalah 80 kilometer. Penduduk Bandar Muadzam Shah di Pahang turut menggunakan stesen Segamat sebagai stesen KTMB terdekat iaitu 50 kilometer dari Segamat.
Sejarah
Pembinaan awal
Stesen ini mula didirikan pada bulan Februari 1907 di sebuah kawasan berhampiran Sungai Segamat[1] Pada awalnya, stesen ini dirangka sebagai sebahagian daripada jajaran Keretapi Negeri Johor (Johore State Railways) dari Gemas ke Johor Bahru. Stesen tersebut serta sebuah jambatan kekuda besi yang merentasi Sungai Segamat telah siap sepenuhnya pada 30 Jun 1909 dan dibuka secara rasminya pada 1 Julai 1909 oleh Sir John Anderson, Gabenor Negeri-Negeri Selat ketika itu.[2][3] Pembukaan stesen serta laluan ini sekaligus menjadi pelengkap kepada perjalanan tren yang menghubungkan negeri Johor di selatan dengan negeri-negeri di tengah dan utara semenanjung.
Tahun 1924 pula menyaksikan pengubahsuaian bangunan stesen yang asalnya dibuat daripada kayu kepada sebuah bangunan baharu yang lebih luas dan boleh memuatkan sehingga 80 orang penumpang. Pembinaan Tambak Johor pada tahun yang sama juga bermakna perkhidmatan keretapi telah dilanjutkan terus ke Singapura.[4]
Pada 20 Januari 1942, jambatan keretapi Segamat telah diletupkan dalam usaha menghentikan kemaraan tentera Jepun menuju ke Singapura. Walau bagaimanapun, jambatan yang musnah itu telah dibina semula dengan pantas oleh mereka dan menjadi latar Pertempuran Muar.[5][6]
Sebelum dinaik taraf
Sejak dari awal pembukaannya, stesen ini merupakan salah satu perhentian utama perkhidmatan keretapi dari utara ke selatan semenanjung hingga ke Singapura. Antara perkhidmatan yang terkenal ialah:
- Ekspres Rakyat (ER) (ditamatkan pada 8 Mei 2016 untuk memberi laluan kepada ETS)[7][8]
- Tren no. 1: Butterworth - Singapura (sehingga 30 Jun 2011); Butterworth - Johor Bahru (sehingga 8 Mei 2016)
- Tren no. 2: Singapura - Butterworth (sehingga 30 Jun 2011); Johor Bahru - Butterworth (sehingga 8 Mei 2016)
- Ekspres Sinaran Pagi (XSP) (ditamatkan)[9][10]
- Tren no. 5: Singapura - KL Sentral
- Ekspres Sinaran Petang (XSP) (ditamatkan)[11]
- Tren no. 6: KL Sentral - Singapura
- Ekspres Senandung Malam (SM) (ditamatkan pada 1 April 2009)[12]
- Tren no. 11: Singapura - KL Sentral
- Tren no. 12: KL Sentral - Singapura
- Ekspres Timuran (ET) (telah digantikan dengan Ekspres Rakyat Timuran)[13]
- Tren no. 14: Singapura - Tumpat
- Tren no. 15: Tumpat - Singapura
- Ekspres Senandung Sutera (ditamatkan pada 1 April 2009)
Stesen ini juga antara stesen yang sering dilawati oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar. Pada 14 Februari 2016, baginda telah berkenan memandu sendiri sebuah lokomotif kelas 26 sejauh 180 kilometer dari stesen JB Sentral ke Segamat.
Beberapa hari kemudian, pada 20 Februari 2016, baginda sekali lagi berkenan memandu keretapi dari stesen keretapi Kuala Lumpur ke stesen Segamat. Perjalanan sejauh 200 km itu telah berlangsung sekembalinya baginda daripada menghadiri Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu ke-240 di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Naik taraf
Disebabkan faktor banjir yang kerap menimpa jajaran keretapi sektor selatan, termasuklah stesen Segamat, suatu projek penaiktarafan jajaran keretapi sektor selatan telah dimulakan pada April 2018 dikenali sebagai Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) Gemas-Johor Bahru. 11 stesen telah dikenal pasti sepanjang jajaran 197 kilometer dari Gemas ke Johor Bahru yang akan dinaik taraf.[14]
Bagi memberi laluan kepada penaiktarafan tersebut, pengoperasian di stesen ini telah ditamatkan dan dipindahkan ke sebuah stesen sementara di Jalan Melati, Kampung Sedeng berhadapan SMK Dato' Bentara Dalam dan Petronas Jalan Genuang pada 28 April 2021.[15][16] Bangunan stesen lama telah dirobohkan dan digantikan dengan sebuah stesen baharu bertingkat yang lebih luas dan canggih serta jejambat yang lebih tinggi. Penaiktarafan ini juga bermakna 3 lintasan rata di sekitar Segamat serta 2 stesen keretapi berhampiran iaitu Batu Anam dan Buloh Kasap tidak lagi digunakan.
Stesen baharu ini telah dibuka kepada awam pada 15 Mei 2024.[17]
Laluan ETS
Pada 15 Mac 2025 jam 7:00 pagi, Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) yang sebelum ini tamat di stesen Gemas telah dilanjutkan ke stesen Segamat dan buat pertama kalinya di negeri Johor. Para penumpang dari Segamat dan sekitarnya kini boleh menikmati perkhidmatan ini untuk ke Kuala Lumpur, Ipoh, Butterworth dan Padang Besar.
Perkhidmatan
Ekspres Selatan
Jadual berkuat kuasa 1 Julai 2022:[18]
- Tren ke utara (Gemas)
- ES42: 12:40
- ES44: 18:32
- ES46: 22:13
- Tren ke selatan (Johor Bahru)
- ES41: 02:36
- ES43: 10:06
- ES45: 15:56
Ekspres Rakyat Timuran
Jadual berkuat kuasa 1 Julai 2023:[19]
- Tren ke timur (Tumpat)
- ERT26: 00:33
- Tren ke selatan (Johor Bahru)
- ERT27: 08:21
ETS
Jadual berkuat kuasa 15 Mac 2025:[20]
- Tren ke utara
- EG9420 Padang Besar: 07:55
- EG9322 Butterworth: 15:35
- Tren ke selatan
- EG9425 Padang Besar: 00:20
- EG9321 Butterworth: 14:57
Kemudahan
Stesen ini berkeluasan 2.254 ekar manakala kawasan keseluruhannya pula berkeluasan 11.870 ekar. Terdapat 2 platform sisi serta 2 landasan. Selain itu, terdapat juga 2 lif dan 2 eskalator bagi memudahkan para penumpang dari ruang berbayar (paid area) di bawah untuk naik ke platform di atas.[21]
Antara kemudahan lain yang tersedia di stesen ini ialah:
Jumlah tempat letak kenderaan
- 97 petak untuk kereta
- 49 petak untuk motosikal
- 1 petak untuk bas
- 2 petak untuk kenderaan OKU
Ruang komersial
- 1 kiosk
- 1 kafe
- 10 panel poster petak lampu di platform untuk iklan
- 10 panel poster di ruang menunggu untuk iklan
Kemudahan-kemudahan lain
- 1 tandas lelaki, 1 tandas perempuan, dan 1 tandas OKU di ruang menunggu
- 1 tandas lelaki, 1 tandas perempuan, dan 1 tandas OKU di ruang berbayar
- 1 surau lelaki, dan 1 surau perempuan
- Laluan pejalan kaki berbumbung yang menghubungkan stesen dengan kawasan tempat letak kereta dan terminal bas
- Laluan OKU
- Tempat menurunkan penumpang
Di sekitar stesen
Stesen ini terletak berhampiran dengan Terminal Bas Segamat Sentral yang menyediakan bas henti-henti serta bas ekspres.
Terminal Bas Segamat
Bas henti-henti
- Yow Hoe Sdn. Bhd. (Segamat - Labis - Yong Peng - Ayer Hitam)
Bas Muafakat Johor
Bas ini disediakan percuma kepada warganegara Malaysia menggunakan Kad Muafakat Johor yang perlu didaftarkan.
Laluan terkini
- Laluan ST001 (Terminal Segamat - Bandar Segamat - Bandar Putra - Bukit Siput)[22]
- Laluan ST002 (Terminal Segamat - Kipmart - Jalan Pemuda - Taman Yayasan)[23]
Laluan dahulu
- Laluan SE001 (Terminal Segamat - Bandar Segamat - Bukit Siput)[24]
- Laluan SE002 (Terminal Segamat - Buloh Kasap - Rockgarden)[25]
- Laluan SE003 (Terminal Segamat - Taman Bunga Raya - UiTM Segamat)[26]
Nota
- ^ "Zoom Ikonik - Stesen Segamat, Johor". Facebook KTMB. 26 November 2022. Dicapai pada 3 Julai 2025.
- ^ "Zoom Ikonik - Stesen Segamat, Johor". Facebook KTMB. 26 November 2022. Dicapai pada 3 Julai 2025.
- ^ "Sejarah Pembinaan Landasan Keretapi Segamat". Facebook Persatuan Bangsa Johor. 12 Disember 2015. Dicapai pada 3 Julai 2025.
- ^ "Zoom Trivia - Tambak Johor, Johor". Facebook KTMB. 12 Mac 2022. Dicapai pada 3 Julai 2025.
- ^ V., Jegatheesan (2 September 2019). "Malaya At War - Part 1". Museum Volunteers, JMM. Dicapai pada 3 Julai 2025.
- ^ Kasimon, Mohamad Norzaharuddin (17 Mac 2017). "Jambatan Pertama Segamat Simpan Banyak Sejarah". Portal Komuniti Segamat. Dicapai pada 3 Julai 2025.
- ^ "Zoom Nostalgia - Ekspres Rakyat". Facebook KTMB. 11 Julai 2020. Dicapai pada 3 Julai 2025.
- ^ "Notis Pembatalan Perkhidmatan dan Penggantungan Sementara Jualan Tiket ETS dan Intercity" (PDF). Portal Rasmi KTMB. 14 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 15 Jun 2016. Dicapai pada 3 Julai 2025.
- ^ "Zoom Nostalgia - Ekspres Sinaran". Facebook KTMB. 31 Oktober 2020. Dicapai pada 3 Julai 2025.
- ^ "Jadual Singapura - Gemas - Sentral Kuala Lumpur 2005" (PDF). Portal Rasmi KTMB. 1 April 2005. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 29 Disember 2005. Dicapai pada 3 Julai 2025.
- ^ "Jadual Singapura - Gemas - Sentral Kuala Lumpur 2005" (PDF). Portal Rasmi KTMB. 1 April 2005. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 29 Disember 2005. Dicapai pada 3 Julai 2025.
- ^ "Jadual Singapura - Gemas - Sentral Kuala Lumpur 2005" (PDF). Portal Rasmi KTMB. 1 April 2005. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 29 Disember 2005. Dicapai pada 3 Julai 2025.
- ^ "Jadual Tumpat - Gua Musang - Gemas - Singapura 2005" (PDF). Portal Rasmi KTMB. 1 April 2005. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 29 Disember 2005. Dicapai pada 3 Julai 2025.
- ^ "PLBE Gemas-Johor Bahru pemangkin transformasi Segamat". BH Online. 3 April 2018. Dicapai pada 3 Julai 2025.
- ^ "Selamat pagi. Tahukah anda..." Facebook KTMB. 20 Februari 2025. Dicapai pada 3 Julai 2025.
- ^ "Operasi Stesen Segamat Akan Berpindah di Lokasi Sementara Bermula 28.04.2021". Facebook KTMB. 14 April 2021. Dicapai pada 3 Julai 2025.
- ^ "Pemindahan Operasi Stesen Sementara Segamat Ke Stesen Segamat (Baharu)". Facebook KTMB. 14 Mei 2025. Dicapai pada 3 Julai 2025.
- ^ "01 Website Jadual Tren 51 Intercity 1 Mac 2024 (Intercity)" (PDF). Laman Web KTMB. Dicapai pada 3 Julai 2025.
- ^ "01 Website Jadual Tren 51 Intercity 1 Mac 2024 (Intercity)" (PDF). Laman Web KTMB. Dicapai pada 3 Julai 2025.
- ^ "01 Website Jadual Tren 32 ETS 15 Mac 2025" (PDF). Laman Web KTMB. Dicapai pada 3 Julai 2025.
- ^ "JOM KENALI STESEN KERETAPI SEGAMAT". Facebook RAC. 23 Mac 2025. Dicapai pada 3 Julai 2025.
- ^ "Bas Muafakat Johor". Portal Majlis Perbandaran Segamat. Dicapai pada 3 Julai 2025.
- ^ "Bas Muafakat Johor". Portal Majlis Perbandaran Segamat. Dicapai pada 3 Julai 2025.
- ^ "BMJ Routes & Schedules (Segamat) - PAJ". Perbadanan Pengangkutan Awam Johor. Dicapai pada 3 Julai 2025.
- ^ "BMJ Routes & Schedules (Segamat) - PAJ". Perbadanan Pengangkutan Awam Johor. Dicapai pada 3 Julai 2025.
- ^ "BMJ Routes & Schedules (Segamat) - PAJ". Perbadanan Pengangkutan Awam Johor. Dicapai pada 3 Julai 2025.