Lokasi | Stesen Mutiara Damansara, Persiaran Surian, Mutiara Damansara, 47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. | ||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°9′18.62″N 101°36′31.66″E / 3.1551722°N 101.6087944°EKoordinat: 3°9′18.62″N 101°36′31.66″E / 3.1551722°N 101.6087944°E | ||||||||||||||
Dimiliki oleh | MRT Corp | ||||||||||||||
Laluan | 9 Laluan Kajang | ||||||||||||||
Platform | 2 platform sisi | ||||||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||||||
Pengendali kereta api | RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia) | ||||||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: 780, 802, T809, T810 PJ City: PJ06 | ||||||||||||||
Pembinaan | |||||||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||||||
Templat letak kenderaan | Tiada | ||||||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||||||
Kod stesen | SBK08 | ||||||||||||||
Sejarah | |||||||||||||||
Dibuka | 16 December 2016 | ||||||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||||||
| |||||||||||||||
Lokasi | |||||||||||||||
Stesen MRT Mutiara Damansara ialah stesen transit aliran massa (MRT) di Mutiara Damansara, Selangor, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena kawasan perumahan Mutiara Damansara yang terletak berhampiran stesen. Stesen ini dibuka pada 16 Disember 2016 di bawah pembukaan Fasa 1 laluan ini.[1] Semasa pembinaan, stesen ini dikenali sebagai The Curve.[2]
Ciri-ciri stesen
Lokasi
Stesen ini terletak di sepanjang Persiaran Surian di Mutiara Damansara, Selangor berhampiran persimpangan Persiaran Surian dengan Jalan PJU 7/1. Terletak berhampiran stesen adalah pusat membeli-belah The Curve, IKEA Damansara, Hotel Royale Chulan Damansara,[3] pusat membeli-belah eCurve, Menara Surian, Taman Rekreasi Mutiara Damansara, taman perumahan PJU 7, taman perumahan BU 4 dan taman perumahan BU5.
Pelan stesen
L2 Platform |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | |
SBK Arah Selatan | → 9 Laluan Kajang menghala ke SBK35 Kajang (Bandar Utama) | |
SBK Arah Utara | ← 9 Laluan Kajang menghala ke SBK01 Sungai Buloh (Surian) | |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | ||
L1 | Aras legar | Kedai serbaguna, mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan laluan pejalan kaki ke Menara Surian dan eCurve |
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[4]
Kemudahan
Perkhidmatan bas
Bas RapidKL laluan 780, 802, T809, T810 dan bas bandar PJ City laluan PJ06 berkhidmat di stesen ini. Perkhidmatan bas pengantara MRT bagi laluan T809 berkhidmat di pintu C stesen di Jalan PJU 7/1, Mutiara Damansara dan laluan T810 berkhidmat di pintu B stesen di Jalan PJU 7/1, Mutiara Damansara. Kekerapan bas MRT ialah di antara 10 minit hingga 15 minit.[5][6]
Laluan | Terminal | Jumlah perhentian | Melalui | ||
---|---|---|---|---|---|
T809 | MRT Mutiara Damansara Pintu C | ↺ | Metropolitan Square | 12 stesen bas | Jalan PJU 7/7 Jalan PJU 7/15 Jalan PJU 8/1 Jalan PJU 7/1 Tengkat Bandar Utama Central Park Avenue Persiaran Surian Lebuhraya Damansara-Puchong Lebuh Bandar Utama |
T810 | MRT Mutiara Damansara Pintu B | ↺ | Empire Damansara | 6 stesen bas | Persiaran Surian Jalan Damansara Jalan PJU 8/8 Jalan PJU 7/1 Lebuhraya Damansara-Puchong Jalan Bukit Lanjan Jalan PJU 7/3 |
T809
Perkhidmatan bas laluan T809 akan melalui dan menghubungkan kawasan perumahan penduduk di Mutiara Damansara, Damansara Perdana dan Bandar Utama, dengan 12 buah perhentian bas (tidak termasuk terminal). 12 buah perhentian bas itu adalah Deret Kedai 7/7A, Komersial PJU 7/16, Perdana Shopping Centre, Perdana Exclusive Condo, Neo Damansara, Lotus's Mutiara Damansara (atau Tesco Mutiara Damansara), Oasis Bandar Utama, Terminal Bas 1 Utama, 1 Utama, 1 Utama–LDP dan IKEA Damansara Barat. T809 melalui Jalan PJU 7/7, Jalan PJU 7/15, Jalan PJU 7/1 dan Persiaran Surian di dalam Mutiara Damansara, Jalan PJU 8/1 di Damansara Perdana dan Tengkat Bandar Utama, Central Park Avenue, Persiaran Bukit Utama, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Dataran Bandar Utama di Bandar Utama. Terminal bagi laluan bas T809 terletak di MRT Mutiara Damansara Pintu C dan Metropolitan Square.[5][7]
T810
Perkhidmatan bas laluan T810 akan melalui dan menghubungkan kawasan perumahan penduduk di Mutiara Damansara, Neo Damansara, Kampung Bukit Lanjan dan Kampung Sungai Penchala dengan enam buah perhentian bas (tidak termasuk terminal). Enam buah perhentian bas itu adalah IKEA Damansara Timur, Bukit Lanjang (Selatan), Bukit Lanjan (Utara), PJ Trade Centre, Neo Damansara dan Lotus's Mutiara Damansara (atau Tesco Mutiara Damansara). T810 melalui Jalan PJU 7/1, Jalan PJU 7/3, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Persiaran Surian di dalam Mutiara Damansara, Jalan Damansara dan Jalan Bukit Lanjan di Kampung Bukit Lanjan dan Jalan PJU 8/8 dan Jalan PJU 8/1 di Neo Damansara. Terminal bagi laluan bas T810 terletak di MRT Mutiara Damansara Pintu B dan Empire Damansara.[6][8]
Galeri
Stesen
-
Permandangan stesen di atas Persiaran Surian daripada aras jalan.
-
Keretapi daripada Sungai Buloh menghampiri stesen MRT Mutiara Damansara.
-
Kaunter khidmat pelanggan di MRT Mutiara Damansara.
-
Pintu berbayar di stesen MRT Mutiara Damansara.
-
Menghala ke platform di stesen MRT Mutiara Damansara.
-
Aras legar stesen MRT Mutiara Damansara.
-
Aras legar stesen MRT Mutiara Damansara.
-
Sebuah keretapi MRT berhenti di stesen MRT Mutiara Damansara.
-
Tren arah selatan (Kajang) di stesen.
-
Sebuah mesin tiket di stesen MRT Mutiara Damansara.
Pintu Stesen
-
Pintu A di sepanjang Persiaran Surian (arah Kota Damansara).
-
Tangga di Pintu A di Persiaran Surian (arah Kota Damansara).
-
Pintu A menghala ke stesen MRT Mutiara Damansara.
-
Laluan pejalan kaki bertutup sepanjang Persiaran Surian menghala ke Pintu A.
-
Papan tanda Pintu B di stesen MRT Mutiara Damansara.
-
Hentian bas pengantara di Pintu B.
-
Sebelah kiri menghala ke stesen, sebelah kanan menghala terus ke Pintu B.
-
Pintu C di Jalan PJU 7/1.
-
Pintu C dan jambatan pejalan kaki di atasr Jalan PJU 7/1 ke station.
-
Pintu B dan Pintu C di kedua-dua belah Jalan PJU 7/1.
-
Hentian bas pengantara di Pintu B (kanan) dan Pintu C.
Sambungan pejalan kaki ke Surian Link
-
Pintu D stesen daripada jambatan pejalan kaki.
-
Jambatan pejalan kaki yang menghubungkan stesen MRT dan bagunan-bagunan berdekatan.
-
Papan tanda yang menghala ke stesen daripada eCurve.
-
Eskalator menghala dari Surian Link ke stesen.
-
Permandangan jambatan pejalan kaki Menara Surian-Stesen MRT Mutiara Damansara daripada pintu keluar stesen MRT.
-
Permandangan lokasi sama pada January 2017 ketika eskalator masih dalam proses pemasangan.
-
Papan tanda yang bermula dari The Curve ke stesen melalui jambatan pejalan kaki.
Rujukan
- ^ Hussaini, Amran; Norhawa, Mohd. Ali (15 Dec 2016). "PM rasmi Fasa 1 MRT laluan Sungai Buloh - Kajang". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-22. Dicapai pada 6 November 2018.
- ^ Meng Yew Choong (26 Nov 2014). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 28 Mei 2019.
- ^ T. Selva, Melizarani; Foo, Noel Timothy (17 Dec 2016). "Top 10 attractions near latest MRT stations". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Okt 2018. Dicapai pada 9 Nov 2018.
- ^ "Mutiara Damansara — MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
- ^ a b "MRT Mutiara Damansara (T809) & (T810) - Pintu C" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-08-07. Dicapai pada 2017-07-22.
- ^ a b "MRT Mutiara Damansara (T809) & (T810) - Pintu B" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-08-07. Dicapai pada 2017-07-22.
- ^ "Peta laluan, jadual, hentian untuk laluan T809 - MRT Mutiara Damansara Damansara Perdana". Moovit. 6 Mac 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Apr 2019. Dicapai pada 25 Mac 2020.
- ^ "Peta laluan, jadual, hentian untuk laluan T810 - MRT Mutiara Damansara Kampung Bukit Lanjan". Moovit. 24 Mac 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Apr 2019. Dicapai pada 25 Mac 2020.