Stesen komuter | |||||||||||
Lokasi | Batu Caves, Gombak, Selangor, Malaysia. | ||||||||||
Koordinat | 3°14′16.1″N 101°40′52.2″E / 3.237806°N 101.681167°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | Keretapi Tanah Melayu | ||||||||||
Laluan | 1 Seremban | ||||||||||
Platform | 2 platform sisi | ||||||||||
Trek | 4 | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Templat letak kenderaan | Tersedia dengan bayaran | ||||||||||
Kemudahan OKU | Tersedia | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | KC05 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 1905 | ||||||||||
Dibina semula | April 2010 | ||||||||||
Dielektrikkan | April 2010 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Stesen Komuter Batu Caves (sebelumnya stesen keretapi Batu Caves) ialah stesen kereta api komuter Malaysia yang terletak di Batu Caves, Kuala Lumpur. Telah dibuka pada 29 Julai 2010, ia adalah perhentian penghabisan baru bagi rangkaian KTM Komuter. Ia tidak digunakan untuk perkhidmatan KTM Antarabandar.
Sejarah
Stesen keretapi Batu Caves yang asal dibina pada tahun yang tidak dikenal pasti. Stesen ini sering digunakan terutama pada perayaan Thaipusam. Namun stesen ini berada dalam keadaan buruk, kampung di sekelilingnya senyap dan seperti ditinggalkan. Selepas landasan berkembar elektrik di antara Kuala Lumpur dan Sentul (sebahagian daripada Rancangan Malaysia Keenam) disiapkan, laluan di antara Sentul dan Batu Caves masih tidak diubahsuai.
Pada tahun 1990-an, cadangan dibuat untuk menjalankan projek landasan berkembar elektrik di antara Sentul dan Batu Caves, dan stesen baru, termasuklah pembinaan semula stesen ini, KC03 Stesen Komuter Kampung Batu dan Stesen Komuter Sentul serta membina stesen baru iaitu KC04 Stesen Komuter Taman Wahyu dan KC02 Stesen Komuter Batu Kentonmen. Projek ini dijangka bermula sebelum tahun 2001, dengan DRB-Hicom sebagai kontraktor utama, selepas surat tujuan dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan kepada syarikat itu pada 13 April 2001.[1] Akan tetapi, tiada surat pemberian dikeluarkan hingga 2006 apabila tapak ini diberi kepada YTL Corporation pada 17 November 2006.[2] Projek ini telah siap dan perkhidmatan KTM Komuter telah dimulakan pada 29 Julai 2010,[2] dan stesen baru sudah dibuka pada Ogos 2010.
Sekitar stesen
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Bursa Malaysia reply to query on article entitled: "DRB-HICOM, Emrail on track for more jobs"". Malaysian Stock Exchange. 15 August 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-12. Dicapai pada 2009-12-13.
- ^ a b "Landasan Berkembar Elektrik Sentul-Batu Caves (Sentul-Batu Caves double tracking and electrification)" (dalam bahasa Malay). KTMB. n.d. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2007. Dicapai pada 14 June 2007.CS1 maint: unrecognized language (link)
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Stesen Komuter Batu Caves |